Saturday, October 31, 2020

ISU PAS SEMENTARA SABAH (PSS)

TIDAK MAHU ULANGI KESILAPAN KERAJAAN TERDAHULU (WARISAN) : JEFFREY KITINGAN


KOTA KINABALU
: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan membantah satu kenyataan blog yang mendakwa bahawa kerajaan pusat akan memberikan pas khas untuk pendatang tanpa izin di Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengatakan bahawa kenyataan blog yang telah dimuat naik di media sosial hari ini amat mengelirukan dan benar-benar berniat jahat.

Blog yang sama juga telah menggunakan gambar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jeffrey sebagai gambar utama padahal gambar itu tidak ada kaitan langsung dengan kenyataan tersebut.

“Perdana menteri hanya merujuk kepada situasi di semenanjung bahawa pas sementara adalah berbeza seperti kad sementara di Sabah atau PSS yang telah dipertahankan oleh Warisan dengan bersungguh-sungguh dan angkuh pada awal tahun ini.

"Cadangan itu adalah untuk memberi pendatang tanpa izin yang sedia ada di Semenanjung Malaysia untuk membolehkan mereka bekerja di ladang getah dan kelapa sawit secara sementara, ini membolehkan mereka bekerja selama setahun dua sebelum digantikan oleh pekerja yang sah," katanya.

Selain itu, Jeffrey mengatakan bahawa Sabah mempunyai dasar buruh tersendiri dan imigrasi dimana kerajaan pusat tidak boleh campur tangan.

Di Sabah, situasinya berbeza kerana kadar pengangguran yang tinggi. Pemberian pas kerja khas kepada pendatang tanpa izin sama seperti mencuri peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah sendiri.

"Kerajaan Sabah yang baru tidak mahu mengulangi kesalahan WARISAN.  Rakyat Sabah telah melaungkan suara mereka dengan lantang dan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan perkara karut seperti itu, ”katanya.

Jeffrey menasihati pembangkang untuk mengugunakan masa ini dengan lebih baik dan mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk berhenti bermain politik.

"Ini adalah masa yang amat getir terutama di Sabah di mana jumlah jangkitan Covid-19 belum menunjukkan penurunan yang positif.  Daripada memutarbelitkan setiap perkataan yang keluar dari mulut pemimpin kerajaan, saya rasa mereka seharusnya menyumbangkan idea mereka untuk bersama sama memerangi wabak ini, ”katanya.


Wednesday, October 28, 2020

STARSABAH + WARISAN/UPKO : APA KATA JEFFREY 


KOTA KINABALU :
Kisah ini sudah hampir tiga minggu berawang-awangan dijadikan salah satu subjek penting perbualan di ceruk-ceruk kampung hinggalah membawa ke Media Sosial.

Isu ini tercetus pada kala Kerajaan Negeri baharu mula terbentuk dan jelas sekali isu ini adalah rentetan dari kemelut perlantikan dalam jawatan kabinet Sabah sendiri.

Itu perkara biasa dalam membentuk sebuah organisasi pentadbiran negeri apabila ianya dipelopori lebih dari satu komponen parti.

Umpama menangguk di air keruh,pihak-pihak tertentu mula menyebar berbagai plot dalam usaha terakhir mereka menggagalkan pembentukan sebuah kabinet baharu. Cubaan itu nyata gagal sama sekali.

Antara plot terancang yang cuba diapi-apikan oleh sebahagian Cytro ini ialah isu StarSabah bakal bergabung bersama Warisan-UPKO untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan yang ada sekarang yang baru saja sebulan lebih usianya.

Apakah ini benar ?....Masakan pokok bergoyang tanpa di tiup angin ?

Sabah_OnlineNEWS menyingkap situasi ini bagi mendapatkan kebenaran dalam usaha untuk menutup terus 'kes' plot yang terancang ini kerana ianya mengelirukan rakyat khususnya kepada para penyokong StarSabah dan pengundinya yang kebingungan kesan dari tularan plot ini.

Hari ini,wartawan kami berdepan dengan Presiden StarSabah yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan untuk mendesak beliau mengesahkan situasi sebenar isu 'Parti StarSabah 'bakal nikah' dengan Warisan-Upko'.

"Buat apa mau join Warisan ?" Soal Jeffrey kepada kami semula. Wartawan kami terdiam dengan soalan tersebut yang disertai senyuman sinis di bibir Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.

"Dua tahun (selepas PRU14) Star berjuang bermati-matian untuk menukar kerajaan Warisan (ketika itu) semata-mata kerana motif Warisan-Upko yang membelakangi hak rakyat orang asal Sabah dan mesra PTI," jelasnya lagi.

"Kita tumbangkan Warisan-Upko,mengapa pula timbul soal mahu bergabung dengan mereka? Nonsense....Itu tidak mungkin berlaku ," katanya lagi.

Perbualan singkat itu sudah jelas menunjukkan bahawa apa yang ditularkan di media sosial dan di kampung-kampung itu cumalah sebuah spekulasi liar yang sengaja diapi-apikan dengan tujuan memecahbelah dan mungkin juga di lihat sebagai antara peluang terakhir mereka membuat onar dalam situasi politik hari ini.

"Kita semua,tidak kira fahaman politik apapun,berhenti dari berpolitik dulu..Lebih baik tumpukan kepada peperangan melawan pandemik Covid19 di Sabah dan perlu terus berusaha bagaimana caranya kita mahu membantu rakyat yang terkesan dengan PKPB ini.

Titah YDP Agong itu perlu di junjung sebagai perintah,demi rakyat," jelas Jeffrey lagi.

Seorang lagi anggota kanan StarSabah memberitahu Sabah_OnlineNEWS bahawa isu tersebut dimainkan dengan harapan untuk mereka menjadi kerajaan semula.

"Kehilangan kuasa,kehilangan kedudukan dan kehilangan elaun atau gaji yang besar telah membuatkan mereka (Cytro) ini bertindak meniupkan propaganda demi kepuasan diri sendiri atau bermotifkan dendam sedangkan mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu seperti 'pengemis' yang secara tidak langsung memburukkan lagi imej parti mereka sendiri (Warisan)", jelasnya.

Maka dengan kenyataan dari Presiden StarSabah itu sendiri telah menutup spekulasi berkenaan ura-ura kononnya StarSabah akan bergabung dengan Warisan-UPKO.

"Presiden StarSabah kini Timbalan Ketua Menteri Sabah,mereka bersama-sama dalam kerajaan baharu hari ini kerana itulah hasil permuafakatan dan persefahaman mereka (PN-BN-PBS) hari ini.

Yang penting,Warisan-UPKO sudah berjaya ditumbangkan...Itu yang penting dan itulah kehendak sebahagian besar rakyat Sabah yang totally menolak kepimpinan mereka.

Perlu juga di ingat,Presiden StarSabah adalah merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Malaysia,orang nombor 2 selepas YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN)."

NOKTAH.TAMAT.