STARSABAH + WARISAN/UPKO : APA KATA JEFFREY
KOTA KINABALU : Kisah ini sudah hampir tiga minggu berawang-awangan dijadikan salah satu subjek penting perbualan di ceruk-ceruk kampung hinggalah membawa ke Media Sosial.
Isu ini tercetus pada kala Kerajaan Negeri baharu mula terbentuk dan jelas sekali isu ini adalah rentetan dari kemelut perlantikan dalam jawatan kabinet Sabah sendiri.
Itu perkara biasa dalam membentuk sebuah organisasi pentadbiran negeri apabila ianya dipelopori lebih dari satu komponen parti.
Umpama menangguk di air keruh,pihak-pihak tertentu mula menyebar berbagai plot dalam usaha terakhir mereka menggagalkan pembentukan sebuah kabinet baharu. Cubaan itu nyata gagal sama sekali.
Antara plot terancang yang cuba diapi-apikan oleh sebahagian Cytro ini ialah isu StarSabah bakal bergabung bersama Warisan-UPKO untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan yang ada sekarang yang baru saja sebulan lebih usianya.
Apakah ini benar ?....Masakan pokok bergoyang tanpa di tiup angin ?
Sabah_OnlineNEWS menyingkap situasi ini bagi mendapatkan kebenaran dalam usaha untuk menutup terus 'kes' plot yang terancang ini kerana ianya mengelirukan rakyat khususnya kepada para penyokong StarSabah dan pengundinya yang kebingungan kesan dari tularan plot ini.
Hari ini,wartawan kami berdepan dengan Presiden StarSabah yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan untuk mendesak beliau mengesahkan situasi sebenar isu 'Parti StarSabah 'bakal nikah' dengan Warisan-Upko'.
"Buat apa mau join Warisan ?" Soal Jeffrey kepada kami semula. Wartawan kami terdiam dengan soalan tersebut yang disertai senyuman sinis di bibir Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.
"Dua tahun (selepas PRU14) Star berjuang bermati-matian untuk menukar kerajaan Warisan (ketika itu) semata-mata kerana motif Warisan-Upko yang membelakangi hak rakyat orang asal Sabah dan mesra PTI," jelasnya lagi.
"Kita tumbangkan Warisan-Upko,mengapa pula timbul soal mahu bergabung dengan mereka? Nonsense....Itu tidak mungkin berlaku ," katanya lagi.
Perbualan singkat itu sudah jelas menunjukkan bahawa apa yang ditularkan di media sosial dan di kampung-kampung itu cumalah sebuah spekulasi liar yang sengaja diapi-apikan dengan tujuan memecahbelah dan mungkin juga di lihat sebagai antara peluang terakhir mereka membuat onar dalam situasi politik hari ini.
"Kita semua,tidak kira fahaman politik apapun,berhenti dari berpolitik dulu..Lebih baik tumpukan kepada peperangan melawan pandemik Covid19 di Sabah dan perlu terus berusaha bagaimana caranya kita mahu membantu rakyat yang terkesan dengan PKPB ini.
Titah YDP Agong itu perlu di junjung sebagai perintah,demi rakyat," jelas Jeffrey lagi.
Seorang lagi anggota kanan StarSabah memberitahu Sabah_OnlineNEWS bahawa isu tersebut dimainkan dengan harapan untuk mereka menjadi kerajaan semula.
"Kehilangan kuasa,kehilangan kedudukan dan kehilangan elaun atau gaji yang besar telah membuatkan mereka (Cytro) ini bertindak meniupkan propaganda demi kepuasan diri sendiri atau bermotifkan dendam sedangkan mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu seperti 'pengemis' yang secara tidak langsung memburukkan lagi imej parti mereka sendiri (Warisan)", jelasnya.
Maka dengan kenyataan dari Presiden StarSabah itu sendiri telah menutup spekulasi berkenaan ura-ura kononnya StarSabah akan bergabung dengan Warisan-UPKO.
"Presiden StarSabah kini Timbalan Ketua Menteri Sabah,mereka bersama-sama dalam kerajaan baharu hari ini kerana itulah hasil permuafakatan dan persefahaman mereka (PN-BN-PBS) hari ini.
Yang penting,Warisan-UPKO sudah berjaya ditumbangkan...Itu yang penting dan itulah kehendak sebahagian besar rakyat Sabah yang totally menolak kepimpinan mereka.
Perlu juga di ingat,Presiden StarSabah adalah merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Malaysia,orang nombor 2 selepas YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN)."
NOKTAH.TAMAT.
semoga senantiasa telus dan tulus hati dalam menjalankan amanat sebagai kerajaan negeri sabah. Sebab setiap orang yang berada diatas akan senantiasa ditonton oleh orang yang dibawa.
ReplyDeleteApa pula komen tentang kenyataan PM pasal PTI kemarin....pahit tu
ReplyDelete