SHAHELMEY SERU BELIA PILIH NIAGA DI MUSIM PANDEMIK
PUTATAN : Belia perlu bijak cari peluang menjana pendapatan
di musim pandemik dan jangan memilih pekerjaaan,ceburi bidang perniagaan
sebagai fokus utama.
Demikian antara pesanan YB Tn Ir Shahelmey Yahya,Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah ketika merasmikan
pembukaan kiosk JT Burger di Jeti Pasir Putih Putatan semalam.
"Kepakaran tiga adik beradik ini iaitu Masri,Awangku Sidik
dan Aso Mustapa yang pernah bekerja sebagai Chef di hotel terkemuka di
ibunegeri malah Masri sendiri pernah menjadi Chef di sebuah hotel ternama di
Johor sebelum ini,diadaptasikan kepada perniagaan kecil-kecilan apabila sektor
perhotelan mula menguncup akibat pandemik COVID-19.
Inilah yang kerajaan maksudkan apabila ianya melibatkan
golongan muda belia,ceburi bidang perniagaan untuk menjanakan ekonomi diri dan
keluarga," jelas Shahelmey yang juga merupakan ADUN N24 Tanjung
Keramat,Putatan.
Kiosk JT Burger tersebut disumbangkan sendiri oleh Shahelmey
bagi membantu tiga beradik tersebut meneruskan perniagaan burger mereka yang
begitu popular dan viral di sekitar Putatan,Sabindo dan Kota Kinabalu.
Masri (kanan) bersama Shahelmey,Awangku Sidik dan Aso
Ketiga-tiganya merupakan Chef bertauliah bersama kronologi
karier masing-masing,jelas Shahelmey lagi.
“Masri,abang kepada tiga beradik ini merupakan seorang Chef
yang pernah berkhidmat di hotel-hotel terkemuka seperti di Johor dan Kota
Kinabalu manakala adik-adiknya pula merupakan bekas Chef di hotel Shangri La
Tanjung Aru & Resort.
Mereka gabungkan kemahiran mereka ini untuk mencipta resipi
baharu dalam industri makanan segera (burger) ini dengan menu hidangan bukan
biasa-biasa.
Tetapi harganya sama dan tidak jauh berbeza dengan burger
biasa dan inilah hasil buatan anak-anak tempatan kita yang seharusnya
dibanggakan,di sokong dan diketengahkan,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment