Bersama Tetamu Khas Sdr.Kong Soon Choi
Oleh Sam Hj.Othman
Selain menggunakan platform Zooming,pihak kami juga turut menggunakan segala aspek dan sudut untuk cara mana boleh kita melakukan Wawancara Khas bersama Tetamu Jemputan dalam konteks membicarakan isu-siu penting semasa dalam berbagai genre.
Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin dikuatkuasakan dalam usaha kita semua membendung penularan dan berusaha melandaikan situasinya,maka pihak Editorial melakukan 'bual bicara' secara teks untuk dipaparkan kepada umum.
Salah satu segmen yang telah berjaya kami utarakan sebagai perkongsian.Tetamu Jemputan kami kali ini ialah Sdr.Kong Soon Choi@Ah Choi,Ketua Wiramuda Star Paginatan,Ranau yang juga merupakan seorang penulis blog dan usahawan muda di Sabah.
Berikut adalah rentetan bual bicara beliau bersama kami di Sabah_Online_News yang dikendalikan oleh Sam Hj.Othman sebagai Moderator Maya.
Tetamu Jemputan : Sdr Kong Soon Choi (KSC)
Tajuk Bicara : Mencerna Makna Sabah Maju Jaya
MODERATOR : Bagaimanakah anda mencerna makna sebenar 'Sabah Maju Jaya' yang dijadikan slogan terbaru Sabah masa kini?
KSC : Pada saya, slogan ini memerlukan komitmen jitu semua peringkat kepimpinan dalam kerajaan semasa yang ada ketika ini.
Untuk menjadikan ianya suatu realiti, saya sebagai anak muda perlu berani tampil menyuarakan segala aspirasi rakyat contohnya isu-isu pembangunan yang tertangguh sekian lama, peluang kerjaya dan peningkatan ekonomi serta kemajuan sumber manusia lain.
Hentikan
sikap bagai ‘Katak Dibawah Tempurung’ dan kita kena terbuka menerima apa jua
kritikan agar ianya mampu di adun untuk mencapai kesepakatan bagi
mengimplementasikan makna sebenar Sabah Maju Jaya.
MODERATOR : Bagaimanakah keberkesanannya kepada rakyat apabila ianya dilaksanakan di peringkat daerah,kampung dan masyarakat luar Bandar?
KSC : Rakyat masa kini telah bijak menilai.
Bila mereka mendengar sahaja slogan Sabah Maju Jaya, apa yang terbayang di minda mereka adalah suatu bentuk pembangunan yang maju dan moden.
Maka dengan itu, jika ia dilaksanakan diperingkat daerah, kampung mahupun masyarakat luar bandar, sudah tentu memberikan sinar masa depan cerah kepada seluruh peringkat rakyat.
Inilah yang ditunggu-tunggu oleh segenap
masyarakat di negeri ini....Justeru, mulakan
dengan agenda pembangunan hakiki terlebih dahulu khasnya soal pembaikan
jalan-jalan raya, elektrik dan air kerana itu adalah tuntutan golongan rakyat
bawahan di daerah, kampung dan luar bandar.
MODERATOR : Pada pandangan anda,dari sudut manakah STAR dibawah pimpinan YB DSP Dr Jeffrey Kitingan,boleh membela nasib Rakyat khususnya di peringkat akar umbi?
KSC : Peranan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah ketika ini tepat pada waktunya.
Sebagai presiden Parti STAR, umum mengetahui majoriti pemimpin dan ahli organisasi politik ini adalah dikalangan masyarakat Bumiputera Sabahan khususnya suku kaum KDMR.
Sudah tentu mereka mengharapkan peranan dan komitmen jitu DDJK untuk membela nasib mereka.
Pada saya perjuangan DDJK sejak sekian lama khasnya dalam memperjuangkan MA63 memberikan banyak manfaat kepada rakyat akar umbi.
Namun itu diperingkat skop yang lebih luas. Pada masa kini, rakyat akar umbi khasnya di kampung-kampung agak jarang kedengaran lantang menyuarakan isu-isu mega, mereka hanya ingin melihat beberapa isu lama dapat diselesaikan.
Antaranya kerosakan jalan raya, ketiadaan bekalan air dan letrik serta isu-isu komoditi. Jadi, sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya rasa DDJK wajar memperjuangkan isu ini secara total terlebih dahulu untuk mempastikan rakyat akar umbi benar-benar dapat menikmati taraf kehidupan selesa.
Di samping itu, isu-isu bertaraf global dan
‘High Profile’, DDJK memiliki kepakaran dalam penyelesaian isu berkenaan.
MODERATOR : Persepsi warganet sering terpedaya tentang sesuatu perkara atau berita atau perkongsian yang tersebar dengan kecanggihan teknologi melalui MedSos...Apakah yang anda harapkan dari warganet berkenaan berita-berita sahih dan sebagainya?
KSC : Dunia serba canggih ini diakui mampu mempengaruhi sesiapa sahaja.
Saya mengambil contoh, masih ramai rakyat di Sabah yang takut untuk menerima vaksin Covid-19 akibat terlalu terpengaruh dengan penyebaran berita tidak sahih mengenai vaksin tersebut. Walhal, vaksin itu sebenarnya selamat diterima.
Justeru, saya berharap, bagi mereka yang masih menanam minda ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang arif atau memiliki pengetahun tentang sesuatu perkara.
Dalam masa sama, bagi mereka yang tergolong sebagai cendikiawan atau bijak pandai, curahkanlah ilmu berguna kepada mereka yang masih ada keraguan agar golongan ini terus terbuka minda untuk sentiasa releven dalam menilai sesuatu perkara atau isu.
Saya juga mengharapkan agar kerajaan memulakan suatu inisiatif untuk mewujudkan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada pemimpin-pemimpin kampung agar setiap penularan berita tidak sahih ini ditepis dengan cara mendapatkan bantuan penerangan daripada agensi atau individu tertentu.
Peranan pemimpin kampung
adalah menjadi perantara masyarakat dan kerajaan...Buat warganet yang gemar menyebarkan berita palsu,
hentikanlah segera kerana tabiat itu hanya sia-sia dan tidak mendatangkan
rezeki kepada anda.
MODERATOR : Apakah
misi dan visi anda di masa hadapan sebagai anak muda yang berjuang melalui
platform politik?
KSC : Visi dan misi saya sangat mudah.....Saya tidak mengharapkan untuk menjadi seperti Gong atau pembesar suara.
Kedua-dua alat ini semakin di palu atau semakin di letak pada mood kuat, maka suara itu kedengaran semakin kuat.
Tetapi bagi saya, sebagai anak muda yang berjuang menerusi platform politik, saya menanam visi dan misi untuk mempastikan suara anak muda semakin lantang menyuarakan segala isu yang membelenggu segenap lapisan rakyat selama ini.
Tidak kira lah isu itu besar atau kecil, asalkan ia memberi manfaat berguna kepada golongan atau kelompok yang besar, maka anak muda kena lantang.
Tetapi lantang bukan secara membuta tuli, sebaliknya secara profesional.
Disamping itu, saya juga telah menggariskan lapan teras perjuangan saya dalam perjuangan politik iaitu :-
1. WIRAMUDA STAR SABAH MENJADI TIANG UTAMA TERHADAP
PERJUANGAN PARTI YANG MENEGAKKAN AGENDA HAK-HAK SABAH DALAM PERJANJIAN MALAYSIA
1963.
(Suara Wiramuda Star Sabah akan terus lantang bersama kepimpinan utama parti dalam mempastikan Hak-Hak Negeri Sabah terus seadilnya diberikan oleh Kerajaan Persekutuan)
2. WIRAMUDA STAR SABAH AKAN MEMPASTIKAN GOLONGAN MUDA TERUS MENDAPAT PEMBELAAN SEWAJARNYA DARI SUDUT PENINGKATAN EKONOMI.
(Wiramuda
Star Sabah akan membentangkan idea-idea bernas kepada Kerajaan Pusat dan Negeri
Sabah mengenai saranan-saranan pembukaan sektor perkilangan, pembuatan,
pertanian serta kursus kemahiran yang boleh membantu golongan muda di negeri
Sabah meningkatkan taraf ekonomi mereka)
3. PEMBELAAN TERHADAP PEMBANGUNAN PENDUDUK PEDALAMAN.
(Wiramuda
Star Sabah akan mempastikan kedaifan hidup penduduk pedalaman negeri Sabah
terus terbela khasnya kanak-kanak sekolah.
Kami akan terus lantang menyuarakan isu-isu kemunduran teknologi
maklumat, jaringan capaian telekomunikasi, jalanraya, air dan bekalan elektrik
yang hingga kini masih membelenggu kehidupan masyarakat pedalaman di Sabah)
4. MEMPROMOSIKAN KEHARMONIAN HIDUP DIKALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DAN ANUTAN AGAMA.
(Wiramuda
Star Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba meniupkan
sentimen ‘Racist’ bagi memecah-belahkan keharmonian sejagat yang sekian lama
terjalin di negeri Sabah. Sebaliknya,
kami akan terus menjadi contoh kepada masyarakat untuk bersifat adil dan
saksama menyantuni setiap insan tanpa mengira kaum, agama dan budaya kehidupan)
5. BERKERJASAMA DENGAN PIHAK KESELAMATAN NEGARA UNTUK MEMPASTIKAN NEGARA DAN NEGERI SABAH TERUS AMAN DAMAI.
(Wiramuda
Star Sabah akan menjadi mata dan telinga kepada Pasukan Keselamatan negara
untuk menyalurkan apa juga bentuk maklumat yang boleh mengancam keselamatan
rakyat di negara ini khususnya di Negeri Sabah)
6. WIRAMUDA STAR SABAH BERHASRAT UNTUK MEWUJUDKAN KOPERASI WIRAMUDA BAGI MEMPASTIKAN KEDUDUKAN EKONOMI SAYAP PARTI TERUS TERJAMIN.
(Pendapatan
koperasi ini turut akan digunapakai untuk menggerakkan aktiviti kemasyarakatan
khasnya dalam membantu golongan miskin, OKU dan anak-anak yatim)
7. WIRAMUDA STAR SABAH KOMITED UNTUK MENDESAK AGAR KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI SABAH MENGKAJI SEMULA KADAR HARGA RUMAH DI NEGERI SABAH YANG TERLALU TINGGI.
(Isu ini
menyukarkan pembeli rumah khasnya dikalangan golongan muda yang baru memulakan
kerjaya memiliki rumah kediaman sendiri)
8. WIRAMUDA STAR SABAH KOMITED MEMPERJUANGKAN 7 TERAS PERJUANGAN AGENDA BORNEO SEPERTIMANA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH BARISAN BORNEO BERSATU.
(Wiramuda Star Sabah komited berjuang menuntut pengembalian hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak, syarat serta jaminan yang tidak ditunaikan semasa Pembentukan Malaysia melalui Laporan Jawatankuasa Antara-Kerajaan (JAK) 1963 yang ditandatangani di London).
Walau bagaimanapun, saya percaya, misi dan visi ini tidak mampu saya pikul sendirian.
Ianya sudah tentu memerlukan kerjasama semua peringkat dalam kepimpinan wiramuda parti. Adunan kuat dan seimbang antara seluruh AJK Tertinggi dan AJK bawahan amat penting bagi menjadikan misi dan visi ini lebih kuat untuk direalitikan sebagai sebuah perjuangan yang memberikan manfaat seluruh peringkat rakyat.
Justeru,
saya akan terus bersedia membuka minda menerima apa jua idea bernas dan baru
dari rakan-rakan seperjuangan bagi menguatkan lagi gerak langkah
merelalisasikan misi dan visi ini.
DEMIKIAN LAH HASIL BUAL BICARA KAMI BERSAMA SDR.KONG SOON CHOI.
Terimakasih.
No comments:
Post a Comment