KALAU TIDAK MAHU MEMBERI ‘BANTUAN’ JANGAN MEMBERI ‘MALU’
Ulasan oleh Ir.Jovilis Majami
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah diterajui oleh parti WARISAN tidak
seharusnya memalukan rakyat Sabah sekiranya tidak mempu memberi bantuan untuk
meringankan beban dalam tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Menurut Ir. Jovilis Majami jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri
Sabah Datuk Seri Shafie Apdal kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Tambunan Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan seperti yang dipetik oleh Utusan Borneo
Online seolah-olah menujukan selama ini rakyat Sabah bergantung sepenuhnya
kepada bantuan kerajaan negeri untuk hidup.
Sepatutnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini boleh
dijadiakan landasan untuk menyelesaikan rungutan dan masalah rakyat Sabah
sepanjang tempoh PKP ini seperti pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan
oleh kerejaan negeri tidak menyeluruh, rungutan masyarakat bahawa bantuan
kerajaan negeri hanya ditempat-tempat tertentu sahaja dan permohonan bantuan
‘one off’ RM300 susah untuk dibuat dan bukannya menuduh rakyat dengan tudauhan
yang bukan-bukan.
Ir. Jovilis berkata melabel rakyat dengan kata-kata bahawa ‘membantu
rakyat sepatutnya tidak dijadikan budaya sebaliknya rakyat perlu membantu
diri-sendiri‘ adalah sangat pedih dan sakit didengar oleh rakyat ketika mereka
kini tertekan kerana tidak tahu dimana mendapatkan sumber kewangan untuk
membeli keperluan harian akibat daripada mematuhi arahan daripada kerajaan.
“Saya percaya Ketua Menteri
tahu bahawa rakyat kehilangan sumber pendapatan bukanlah disebabkan oleh
masalah rakyat itu tetapi sebaliknya disebabkan oleh mereka mematuhi arahan
kerajaan untuk tidak keluar berkerja maka sudah seharusnya kerajaan perlu bantu
mereka”
“Tindakan kerajaan pusat untuk melaksanakan PKP disusuli dengan
memperkenalkan pelbagai ramuan bantuan kewangan untuk meringankan beban rakyat
yang terjejas termasuklah bantuan sokongan kepada kerajaan negeri sebanyak 130
juta sepanjang perintah ini berkuatkuasa sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh
kerajaan negeri untuk membantu rakyat”
Ir. Jovilis menambah tanggungjawab kerajaan pusat untuk melindungi
rakyat daripada pandemik COVID19 sudah dilaksanakan manakala rakyat Sabah juga
memberi respon yang baik untuk menunaikan tanggungjawab mereka seperti yang
diminta oleh kerajaan jadi kerajaan negeri juga seharusnya menunaikan
tanggungjawab meraka kepada rakyat Sabah dan bukannya dengan melemparkan
tuduhan yang boleh menambah tekanan kepada rakyat.
Mengulas menganai kenyataan Pengarah Komunikasi Parti WARISAN Ismaily
Bongsu bahawa isu ini timbul selepas Ketua Menteri menjawab soalan daripada
ADUN Tambunan yang membawa maksud selepas PKP ini selesai, Ir. Jovilis berkata
ianya cuma kenyataan untuk meredahkan kemarahan rakyat selepas KM mereka
mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.
“Saya juga ada meneliti teks ucapan yang disampaikan oleh Dr. Jeffrey
G. Kitingan dan lima daripada tujuh perkara yang disentuh oleh beliau adalah
menjurus kepada bantuan semasa perintah PKP ini berjalan dan bukannya selepas
negara kita bebas daripada COVID19”
No comments:
Post a Comment