Friday, May 1, 2020


JANGAN KELIRUKAN RAKYAT DAN ASYIK U-TURN  

  Jainab Ahmad Ayid  

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri Sabah diharapkan supaya lebih telus dalam apa juga ketetapan yang di ambil yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat,bukannya mengelirukan dan seolah-olah menunjuk kuasa yang ada pada ketika negara diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid berkata,sekalipun kerajaan Sabah adalah pembangkang di peringkat pusat,itu tidak bermakna kerajaan Sabah tidak boleh bertoleransi dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan.

“Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang diletakkan di bawah PKP yang sudahpun memasuki Fasa ke-4 nya mulai 29 April.

Majlis Keselamatan Negara sudah memutuskan untuk membolehkan setiap ketua keluarga yang keluar membeli barangan keperluan,perubatan atau sebagainya boleh ditemani oleh seorang dari ahli keluarga (serumah).

Mengapa pula kerajaan Sabah menidakkan arahan MKN tersebut kelmarin (29 April) seolah-olah mahu menunjukkan kuasa kerana memerintah Sabah ?

Adakah negeri lain di Malaysia ini turut sama membantah arahan MKN tersebut ? “ Kata Jainab dalam satu kenyataannya di sini.



Menurutnya lagi,hari ini (30 April),Ketua Menteri mengumumkan pula untuk meluluskan arahan MKN tersebut di Sabah dan ini sekaligus menunjukkan bahawa kerajaan Sabah tidak konsisten dan U-Turn lagi untuk sekadar mencari publisiti.

Menyentuh berkenaan Bantuan Covid 19 Sabah pula,Jainab turut kecewa dengan struktur pengagihan yang tidak pernah telus yang dilakukan oleh kerajaan yang ada kini.

“Janji lama di tampal dengan janji baharu…Isu lama belum selesai dan rakyat tertunggu-tunggu bantuan RM300 itu sejak dari PKP Fasa Pertama lagi.

Datuk Seri Shafie pernah umumkan bahawa lebih 30 ribu penerima sudah diagihkan tetapi belum nampak lagi ada di antara rakyat yang sudah menerimanya.

Kemudian,link suapan bagi saluran daftar Bantuan Covid 19 Sabah itu diperbaharui,pun lebih memihak kepada golongan-golongan tertentu sahaja sehinggalah baru-baru ini diedarkan pula borang untuk di isi.



Beginikah struktur pentadbiran kerajaan yang gah dengan slogan Sabah Ubah itu yang sebenarnya penuh dengan janji-janji kosong menyukarkan lagi kehidupan rakyat yang kini semakin terjejas di PKP Fasa ke-4 ?” Soal Jainab lagi.

“Sidang DUN yang baru lalu,khabarnya Ketua Menteri meluluskan lagi peruntukan RM500 Juta lebih dan sehingga ke hari ini,Ahli-Ahli DUN tertanya-tanya,kemanakah dan bilakah peruntukan tersebut akan disalurkan kerana rakyat tertunggu-tunggu untuk di bantu ?

Adakah janji kosong juga sepertimana jani-janji yang lain ?

Inilah yang membuatkan rakyat semakin bosan dan malas untuk memikirkan soal bantuan daripada kerajaan negeri tersebut kerana sejak PKP Pertama hinggalah ke fasa ke-4 ini,tidak ada seorang pun yang sudah mendapat bantuan berkenaan,” ujar Jainab  lagi yang juga merupakan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

" Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja yang jatuh pada 1hb Mei setiap tahun,juga kepada frontliner yang masih bertugas  untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan kita semua.
Marilah kita bersama putuskan rantaian Covid 19 ini dan belajar dari pengalaman apabila berakhirnya PKP ini nanti.
Kita perlu terus menjaga persekitaran  kita sambil terus menjaga kebersihan setiap masa. 
Apa yg terjadi ini kita jadikan tauladan dan jangan sampai ianya berulang kembali."

SELAMAT HARI PEKERJA
SELAMAT BERPUASA


#kitajagakita# kitateguhkitamenang#

No comments:

Post a Comment