Kenyataan Media
KHIANATI MANDAT RAKYAT JADI BUDAYA WARISAN-UPKO : HERBERT
KOTA BELUD : UPKO adalah parti yang mempunyai tradisi malang dalam sejarah politik Sabah dan tidak boleh dipercayai oleh rakyat Sabah khususnya oleh masyarakat KDMR. Ketika berucap dalam satu majlis pelancaran jentera Parti Bersatu Sabah (PBS) N. 11 Kadamaian di PDM Tengkurus, Datuk Herbert T. Lagadan menyeru semua pengundi supaya menghukum calon-calon UPKO dalam PRN 16 khususnya di DUN N 11 Kadamaian. Menurut beliau, Pemimpin -pemimpin seperti DSP Madius Tangau dan Datuk Ewon Benedict tidak boleh dipercayai kerana mereka membawa UPKO bergabung dengan WARISAN selepas PRU 14 sekaligus menghianati permuafakatan Majlis Presiden. Majlis presiden merujuk pakatan tiga parti iaitu PBS, UPKO dan PBRS yang di memeterai sebelum PRU 14 yang bertujuan mengabungkan tenaga, sokongan dan jentera kempen 3 parti terbabit untuk membantu calon yang bertanding memenangi PRU.
Beliau merujuk kedua-dua pemimpin tersebut sebagai pemimpin yang tidak berintegriri dan hanya mengejar jawatan semata-mata. Kenyataan Timbun diperkuatkan oleh kenyataan presiden UPKO Madius bahawa UPKO akan mengikuti sesiapa sahaja yang menjadi Kerajaan.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian En Demis Rumanti , beberapa AJK bahagian, ketua-ketua cawangan mukim Tengkurus, jentera PDM dan penyokong-penyokong parti.
Timbun seterusnya menyorot kembali perjuangan parti UPKO yang sejak awal gagal menjaga kepentingan politik KDMR. Selepas menang 12 kerusi dalam PRN 1967 parti UPKO yang diasaskan untuk menjaga kepentingan KDMR dibubarkan beberapa tahun kemudian oleh Tun Donald Stephen atas alasan perpaduan rakyat Sabah dan ahlinya diserap dalam USNO yang menguasai kerajaan perikatan bersama SCA. Payar Juman, adun UPKO partama melompat ke USNO telah di lantik sebagai menteri kebajikan masyarakat.
Catatan 53 tahun yang lalu, mengingatkan kita betapa UPKO adalah parti malang dimana pada tahun 1967 UPKO dibubar untuk ahlinya bekerjasama dengan parti perikatan, lebih malang pada 2018 kerana UPKO menghianati permuafakatan majlis Presiden, mandat rakyat ,tidak boleh dipercayai dan bekerjasama dengan parti mesra PTI.
No comments:
Post a Comment