SEJAK DARI DULU DR. JEFFREY G. KITINGAN DITAKUTI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN WARISAN.
BENARKAH WARISAN TAKUT KELIBAT JEFFREY KITINGAN ?
Hingga sanggup putar belit dan fitnah dari dahulu hingga kini..
TS Ir.Jovilis Majami,Penganalisa Politik
1. Isu Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan presiden STAR Sabah digasak oleh Datuk Azis Jamman berhubung kehadirannya di dewan rakyat yang dikatakan melanggar arahan 14 hari kuarantin wajib menujukan bahawa parti Warisan ini sangat takut dengan susuk tubuh yang bernama Dr. Jeffrey G. Kitingan.
2. Semua orang sedar, sejak dari wujudnya parti Warisan sehinggalah hari ini tiada lain pemimpin Sabah yang menjadi sasaran utama mereka ialah presiden STAR Sabah ini.
3. Mereka tidak kira sama ada berada dalam kerajaan atau pembangkang tetapi ketakutan itu tetap sama terhadap presiden STAR Sabah.
4. Sebenarnya kalaulah pemimpin Warisan ini tidak gundah-gulana dengan kelibat Dr. Jeffrey G. Kitingan isu ini sangat mudah difahami iaitu dengan meminta maklumat lanjut daripada Kementerian Kesihatan kerana kementerian ini yang bertanggungjawab memberi pelepasan kepada presiden STAR ini untuk datang ke Dewan Rakyat dan bukannya berterusan menuding jari kepada Dr. Jeffrey.
5. Kalaulah Azis Jamman benar-benar mengambil berat terhadap kesihatan ahli-ahli dewan maka beliau juga sepatutnya lebih risau dengan rakyat dan menyuarakan perkara ini sejak dahulu lagi kepada Kementerian Kesihatan memandangkan sebelum ini memang ramai rakyat kita yang dibenarkan untuk tidak menghabiskan kuarantin 14 hari sekiranya mereka berpuashati dengan beberapa keputusan ujian yang dibuat.
6. Namun, sekiranya Azis Jamman mengatakan bahawa beliau tidak tahu akan adanya prosedur sebegitu maka kita anggap sahaja yang beliau ini tidak sensitif dan malas mengambil tahu hal-hal rakyat yang terkesan dengan COVID-19.
7. Sebagai wakil rakyat Azis Jamman sepatutnya mengetengahkan sesuatu isu yang lebih menjurus kepada kepentingan Rakyat Sabah daripada mempersoalkan dan mempertikaikan perkara remeh seperti ini.
8. Ataupun mungkin juga pembangkang kita kali ini sudah ketandusan idea untuk dibahaskan di Dewan Rakyat kerana sebelum ini mereka pernah diberi peluang untuk menjadi kerajaan namun keadaan rakyat bertambah sengsara.
-TS.Ir.Jovilis Majami adalah merupakan Penganalisa Politik semasa di Sabah
(Ini adalah pandangan peribadi melalui analisa penulis dan tidak mewakili portal Sabah_OnlineNEWS)