STARSABAH BUKAN PARTI RASIS SEPERTI DAKWAAN ADRIAN LIM
PARTI STAR SABAH BUKAN PARTI RASIS SEPERTI DAKWAAN ADRIAN LIM - Parti Perlu Ambil Tindakan Undang-undang
1. Saya sangat mengambil serius satu kenyataan yang dibuat oleh orang bernama Adrian Lim@Happy Boy dalam group whatsapp SABAH POLITICS yang tular baru-baru ini dengan dakwaan bahawa parti STAR merupakan parti rasis.
2. Beliau mendakwa bahawa STAR Sabah pergi ke kawasan-kawasan pedalaman dan mengajar Kadazan-Murut-Murut (KDM) untuk membenci orang Bajau dan Orang Asal Sabah yang berkulit hitam.
3. Beliau juga megatakan bahawa STAR Sabah memberitahu masyarakat KDM yang tinggal di pergunungan dan lembah bahawa hanya suku kamu KDM sahaja merupakan orang Asal Sabah (OAS) manakala suku kaum yang lain adalah Pendatang Tanpa Izin (PTI).
4. Saya tegaskan disini bahawa bahawa kenyataan yang dibuat oleh individu ini adalah satu kenyataan yang bersifat fitnah, tidak bertanggungjawab, menganggu perpaduan dan keharmonian kaum, menjatuhkan reputasi parti STAR Sabah sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah dan turut boleh menimbulkan kebencian kaum lain kepada STAR Sabah.
5. Parti STAR Sabah ini ditubuhkan dengan matlamat yang sangat jelas seperti yang dinyatakan di dalam pelembagaan parti bahawa tujuan dan matlamat penubuhan parti yang paling utama ialah MEMPERTAHANKAN DAN MELINDUNGI KEDAULATAN MALAYSIA DAN OTONOMI SABAH.
6. Dalam Perkara 3.1.4 Tujuan dan Matlamat penubuhan parti STAR juga menyebut bahawa tujuan lain pewujudan parti ini adalah untuk menggalakkan ekonomi yang dinamik untuk KEMAKMURAN hidup bagi seluruh rakyat Malaysia, serta menggalakkan damai, perpaduan dan keharmonian diantara rakyat berbilang kaum, budaya dan agama di Sabah.
7. Daripada apa yang terkandung di dalam perlembagaan parti STAR Sabah jelas menujukan bahawa parti STAR Sabah ini memperjuangkan dan mengangkat martabat semua kaum asal di Sabah dan bukannya seperti apa yang diperkatakan oleh Adrian Lim.
8. Maka itu, dakwaan Adrian Lim bahawa STAR Sabah membenci kaum Bajau dan orang berkulit gelap merupakan satu fitnah yang sangat merbahaya dan tidak boleh diterima oleh Rakyat Sabah.
9. Hakikatnya parti STAR mempunyai keahlian dikawasan-kawasan yang majoritinya kaum Bajau dan Suluk seperti di daerah Kota Belud, Semporna, Papar, Putatan Sepanggar, Tawau, dan tempat-tempat lain lagi.
https://www.sabahpost.net/2020/06/30/penyertaan-500-ahli-bumiputera-islam-permulaan-baru-buat-parti-kitingan/
10. Sudah tentu mereka ini tidak akan bersama-sama dengan parti STAR sekiranya dakwaan yang dilontarkan oleh Adrian Lim ini adalah betul.
11. Di sini juga ingin saya tegaskan bahawa parti STAR Sabah tidak pernah menyebarkan propaganda kepada sesiapa pun bahawa hanya KDM sahaja satu-satunya kaum Orang Asal Sabah (OAS).
12. Kaum-kaum Penduduk asal di Sabah sudah terdapat dan ditakrifkan di dalam Perlembagaan Sabah dan Pelambagaan Persekutuan maka sudah tentu STAR Sabah berpegang kepada maksud Orang Asal Sabah seperti yang terdapat dalam perlembagaan itu.
13. Mungkin Adrian Lim keliru atau sengaja memutarbelitkan fakta kerana sakit hati apabila parti dokongannya gagal mempertahankan kerajaan selepas PRN baru-baru ini sehingga beliau tidak dapat membezakan antara Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan OAS.
14. Hakikatnya STAR Sabah tidak pernah menuduh mana-mana kaum OAS sebagai PTI tetapi STAR Sabah menentang keberadaan PTI di Sabah termasuklah mereka-mereka yang mesra dangan PTI.
15. Sebaliknya, pemimpin kaum lain pula yang mendakwa bahawa mereka itu adalah kaum kelas pertama di Sabah tetapi pada ketika itu Adrian Lim mengunci mulutnya atas dakwaan itu.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/01/651268/dakwaan-kaum-suluk-orang-asal-kelas-pertama-tidak-masuk-akal
16. Oleh yang demikian, memandangkan dakwaan ini sangat merbahaya kepada perpaduan dan keharmonian Sabah maka saya berharap agar parti mengambil tindakan undang-undang ke atas Adrian Lim.
17. Ini juga sebagai pengajaran kepada beliau memandangkan beliau ini banyak menyebarkan berita-berita palsu terutamanya kepada parti STAR Sabah.
Ts. Ir. JOVILIS MAJAMI
Timbalan Ketua Bahagian STAR N.07 Tandek
03.11.2020
No comments:
Post a Comment