Thursday, June 18, 2020


demi kesinambungan karier politik  
ANAK JATI SABAH LUPA PERADABAN ? 
dari meja Editor  


Saban kali laungan menuntut hak-hak pribumi Sabah berkumandang,mengapa begitu ramai rakyat mengamalkan sikap prejudis malah lebih buruk lagi apabila ada segelintirnya memandang remeh berhubung isu patriotisme ini.

Ada pula yang bersikap acuh tak acuh seolah-olah mereka menHALALkan hak-hak mutlak pribumi sendiri dicabuli malah lebih teruk lagi,memberi izin pada pemerkosaan adat susila yang sekianlama menjadi amalan budaya kita di Sabah ini.

Cuba anda bayangkan,di zaman sekarang ini pun sudah begini jadinya,bagaimana pula halnya apabila kita sudah mati, cucu cicit kita sudah beranak pinak lalu terperangkap di dunia ciptaan kita sendiri ini ?

Kita punya tanahair sendiri,tetapi kita gadaikan maruahnya kepada anasir luar yang membudayakannya pula ke arah corak kehidupan mereka sendiri yang sama sekali tidak sama dengan corak adat susila nenek moyang kita di sini.

Ada pula segelintir manusia yang keturunannya berdarah pribumi tetapi songsang akal fikirannya hanya kerana terlalu taksud kepada fahaman politik ekstrem.

Dari manakah datangnya pemikiran ekstrem itu kalau bukan dari buah fikir dan budaya luar yang cukup menyesatkan dan bagaimanakah nasib generasi selepas kita nanti apabila mereka berhadapan dengan hidangan begini ?

Setiapkali lahir saja seorang pejuang yang ingin memperjuangkan betapa pentingnya memartabatkan hak-hak pribumi,setiap kali itu juga lah pejuang ini di pandang serong seolah-olah dia lah musuh tanahair yang bakal merosak peradaban yang sedia ada.

Pejuang-pejuang ini sering di lontar dengan cemuhan,kritikan dan fitnah malah lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mahu mengancam nyawa mereka.

Perlukah sesebuah organisasi atau individu-individu tertentu itu mengupah seseorang untuk berbuat tidak baik kepada pejuang-pejuang ini sedangkan mereka sendiri sebenarnya adalah pribumi tanahair tercinta ini ?

Terpanggil rasanya untuk menyebut tentang beberapa pejuang anak jati Sabah yang pernah terkait dengan isu ancaman yang mana ianya sudahpun bermula sejak dahulu lagi.

Apabila para pejuang ini sudah mula mencapai puncak perjuangan,pasti akan ada sesuatu berlaku dan ianya bermula dengan sejarah hitam Double Six yang mengorbankan pahlawan-pahlawan ulung Sabah yang menentang kehendak luar demi memartabatkan hak-hak pribumi Sabah.

Rentetan itu,ada juga pejuang-pejuang selepasnya menerima tempias ancaman ini dalam berbagai bentuk seperti ancaman tangkap,di bicara,di humban ke penjara,buang negeri dan sebagainya.

Runtuhkah semangat mereka ? Tidak.

Semangat mereka itulah yang menjadi kilang misteri bagi melahirkan lebih ramai lagi pejuang-pejuang  nasionalis di Sabah yang kemudiannya disajikan lagi dengan ugutan demi ugutan dan sebagainya.

Kecanggihan teknologi hari ini dipergunakan sebaik mungkin samada dengan tujuan baik,mahupun untuk tujuan buruk.


Kita tidak boleh salahkan teknologi yang ada biarpun disalahgunakan oleh golongan tertentu dalam usaha mereka mencapai hasrat dan misi.

Dahulu,kita ada telefon rumah kemudian beralih ke telefon ‘atur’,ada bateri dan sering di buat untuk menunjuk seseorang atau sesuatu.


Kemudian kecanggihan itu di angkat naik ke telefon mudahalih dari talian tetap hinggalah mencapai kepada penggunaan simkad.

Pernah kah anda terfikir waktu itu bahawa khidmat SMS akan di ganti dengan aplikasi WhatsApp ?

Tidak kan ?

Begitulah canggihnya teknologi dari hari ke hari dan kita langsung tidak dapat membayangkan apa yang bakal terjadi terhadap kecanggihan telefon hari ini dengan hari-hari yang akan datang.

Apapun,itu semua adalah buatan manusia dan ianya mempunyai satu platform asas sebagai titik mula ianya terjadi.

Begitu halnya pula dengan nasib bangsa Orang Asal Sabah seperti kita,bakal terubah mengikut masa dan kemodenan yang di panggil Tamadun.

Apabila kita berbicara soal politik pula,laman FB merupakan laman perang siber di antara beberapa pihak sekarang ini.

Dahulu ianya dijadikan sebagai ruang luahan hati,sindir menyindir,berkirim salam,posting gambar itu ini dan gaduh BF-GF atau laki bini.

Hari ini,ianya sudah lebih kepada upacara menegak benang yang basah di antara beberapa pihak dan paling penting sekali,ianya tempat berhujah kepada umum sehingga memaksa pihak berkuasa ‘overtime’ memantau status-status yang kurang enak khususnya yang berbaur fitnah,hasutan,berita palsu,keaiban dan perkauman atau sensitiviti agama.

FB ini,apabila terdapatnya hujah atau kenyataan paling benar sekalipun,sudah pasti komentar netizen akan menghujani ruang komen apatah lagi jika kenyataan itu bermotifkan politik semasa.


Contohnya,isu memperjuangkan hak-hak pribumi Sabah yang semakin ternoda,ada pula pihak-pihak berfahaman ekstrim suka mencari sebab untuk bertelagah,kemudian ugut mengugut sehingga sanggup memuat naik gambar pistol dan peluru dengan tulisan dihalalkan bunuh.

Apakah ini budaya kita sebagai anak jati Sabah yang terkenal dengan adat susila murni dan penuh sifat perpaduan ?

Jika bukan,dari manakah budaya ekstrim ini datang ?

Bukankah sedari kecil lagi kita di Sabah ini di ajar oleh orang tua kita untuk saling hormat menghormati biarpun kita beza agama,beza kaum dan beza kedudukan ?

Bukan kah selama hidup kita ini,kita selalu berganding bahu,bergurau senda dan bersilaturrahim sesama kita tanpa adanya budaya keterlaluan (ugut bunuh) ini ?

Politik ibarat bermain judi,penuh tipu muslihat dan jerat menjerat kerana ia sebuah dunia seronok yang bila menang akan senang,bila kalah akan terhunjam.

Ia dunia penuh sepak terajang,kuntau dan silat maka bukan calang-calang manusia bisa termasuk ke dalam gelanggangnya jika tidak cukup ilmu dan sifat.

Bayangkan,kerana politik,sebuah video berdurasi hampir setengah jam,boleh di edit semula dengan panjang durasinya hanya sejengkal,di ubah suai sedikit dan dijadikan satu karya picisan yang boleh meruntuhkan aib seseorang dan boleh pula mempengaruhi golongan lain dek kerana tidak terlihat video original yang ada (kerana sikap orang kita yang malas mencari fakta sebenar).

Bayangkan,kerana politik,gambar asal di palagiat lalu di picisan lagi dengan tokok tambah yang bukan-bukan yang kemudiannya di muat naik dengan tujuan membuka aib orang demi sesuap nasi untuk keluarganya makan (kerana sikap orang kita yang suka shortcut dan mudah diperbodohkan).

Bayangkan juga,kerana taksub berpolitik,cerita sejengkal jadi sehasta,dari sehasta jadi sedepa dan dari sedepa,boleh jadi juga berkilo-kilo meter panjangnya.

Menegak benang basah dalam suatu kenyataan yang di muat naik segelintir ahli politik,tidak semestinya betul semuanya kerana 'budaya memintar' itu perlu ada dalam diri seorang ahli politik lebih-lebih lagi jika dia tipis pengalaman tapi pura-pura tahu akan segala-galanya di dunia ini sehingga sanggup mengaku faham bab-bab agama dan undang-undang (kerana sikap orang kita yang suka menunjuk-nunjuk dan egois). 

Kebanyakan dari mereka ini hanya ingin menyelamatkan karier politik mereka semata kerana sedar nasib diri sudah berada di hujung tanduk.

  
Habis hancuss semua gelaran baik,status kehormatan dan pengaruhnya yang di sandang ssekianlama sebagai manusia ilmuwan atau cendikia dek kerana amalan politik dicampur aduk pelbagai resipi bangas dan bangang.

Penyokong pula dipengaruhi untuk bertindak bagaikan sebuah angkatan gerilla yang membabi buta tanpa mengira mahu melanggar apa sekalipun bisa saja,asalkan tong beras di rumah sentiasa berisi dan poket sentiasa tebal.

Ketaksuban mereka ini didorong oleh wang ringgit dengan gaji/elaun yang diberikan tanpa mereka sedar bahawa maruah mereka tercalar sedikit demi sedikit apatah lagi apabila kebenaran sudah menunjukkan diri,mereka mula ‘lenyap’ sedikit demi sedikit.

Lupa adat susila,lupa perintah Tuhan,lupa daratan,lupa usia tua malah lupa pada siksa di alam baqa'.

Ingatlah,berpolitik bukan setakat ikut-ikutan sehingga membahayakan diri,memalukan anak bini/laki dan keluarga.

Ingatlah,berpolitik itu biarlah dengan cara berhemah,dengan cara berfakta,dengan cara berfikir dan dengan cara yang lebih prihatin supaya tampak professionalnya.

Dan ingatlah selalu,tidak selama-lamanya parti yang kamu agung-agungkan itu akan berkuasa hebat kerana hidup kita ini ibarat RODA,ada masa kita di atas,pasti nanti kita akan ke bawah juga.

Berjuanglah mengikut fahaman politikmu dengan ikhlas dan jujur supaya di akhir masa mu nanti,kamu masih punya rakan dan taulan yang mengingati keluhuran perjuanganmu.

Jangan biar sampai ada yang meludah di atas sikap ekstrim politik dan perbuatanmu

WALLAHI.WABILLAHI.WATULLAHI.
(Keagungan Alexander The Great juga runtuh di penghujungnya...Firaun juga akhirnya mati lemas walaupun seumur hidupnya tidak pernah demam dan sakit)

Wallahu alam bissawab.

Wednesday, June 17, 2020

Siaran Media
KEPUTUSAN SIAPA KM SAH AKAN LEBIH CEPAT DARI JANGKAAN : YONG  

KOTA KINABALU - RABU 17 JUN 2020  


Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Haji Aidi Moktar, mengatakan bahawa rayuan oleh Adun Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman, ke Mahkamah Persekutuan mengenai Ketua Menteri Sabah yang sah boleh mengambil masa satu tahun atau lebih.

Datuk Aidi memetik kes Perak Mohammad Nizar Bin Jamaluddin vs Zambri Bin Abd. Kadir, sebagai kes yang penting, dihakimi oleh panel lima hakim kanan dan bukannya panel tiga hakim.

Secara implikasinya, Datuk Aidi mengatakan bahawa rayuan Tan Sri Musa akan memakan masa yang lama sebelum Mahkamah Persekutuan dapat menyatakan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah.

Kes Menteri Besar Perak,Nizar hanya mengambil masa satu tahun

Izinkan saya mengingatkan Datuk Aidi bahawa kes Perak (Nizar vs Zambri) hanya memerlukan 12 bulan untuk diselesaikan. Nizar mengemukakan semakan kehakimannya di Mahkamah Tinggi KL pada 13 Februari 2009. Keseluruhan proses kehakiman dari Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Rayuan dan akhirnya ke Mahkamah Persekutuan selesai pada 9 Februari 2010 ketika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terakhir. 

Sebagai perbandingan, kes Tan Sri Musa telah berlangsung selama dua tahun. Kes Perak hanya mengambil masa satu tahun. Oleh itu, adalah diharapkan bahawa kes Sabah (Musa) akan sampai pada pengakhirannya.

Seperti yang dikatakan oleh Datuk Aidi, rayuan Tan Sri Musa Aman ke Mahkamah Persekutuan dibuat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan proses dua langkah. Langkah pertama adalah mendapatkan kebenaran untuk membuat rayuan dan langkah kedua adalah pendengaran rayuan itu sendiri.

Lebih jauh lagi, kerana proses ini adalah untuk menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah, ini adalah kepentingan nasional dan mendesak. Sesuai dengan kes seperti itu, Tan Sri Musa Aman telah mengajukan Sijil Urgensi untuk mempercepat pendengaran permohonan dan rayuan berikutnya.

Oleh itu, diharapkan permohonan dan rayuan Tan Sri Musa ke Mahkamah Persekutuan akan memakan masa beberapa hari atau minggu - bukan bulan atau tahun.

Saya melihat bahawa artikel oleh Datuk Aidi telah berlegar di media sosial. Setelah membaca artikelnya, saya menyimpulkan bahawa tujuannya adalah untuk mengelirukan orang Sabah untuk berfikir bahawa rayuan Tan Sri Musa ke Mahkamah Persekutuan akan menjadi proses yang panjang dan berlarutan. Bukankah demikian? Mengapa Menteri Warisan bimbang akan penghakiman mahkamah persekutuan yang akan datang? Tidakkah kita semua ingin melihat penyelesaian segera kes mahkamah KM Musa?

KES KM MUSA AMAN BUKAN AKADEMIK

Dia juga cuba berpendapat bahawa rayuan Tan Sri Musa adalah 'akademik'. Bukan demikian. Rayuan itu tidak bersifat akademik kerana tindakan tidak berperlembagaan dan TYT menyalahi undang-undang pelantikan Shafie sebagai Ketua Menteri tidak dapat dipermudahkan atau diimunisasi dengan 'Undi Percaya' berikutnya dalam Dewan. Ini terang dan jelas dan kini menjadi perkara yang perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Lebih membimbangkan, bagaimanapun, adalah implikasinya bahawa seolah-olah Mahkamah Persekutuan agak lambat dalam menjalankan tugasnya. Dalam artikelnya - dia mengatakan bahawa Mahkamah Persekutuan boleh mengambil masa hingga satu tahun lagi untuk memutuskan rayuan Tan Sri Musa. Dengan mengatakan demikian, dia menyimpulkan bahawa Mahkamah Persekutuan lambat dalam mengurus kepentingan keadilan yang tidak sesuai dengan prinsip "keadilan ditunda adalah keadilan ditolak."

Komen Datuk Aidi ini memalukan dan sangat menghina Mahkamah Persekutuan dan dia sebagai Menteri Undang-Undang Negeri, harus segera meminta maaf kepada Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakimnya.

Oleh itu, orang Sabah tidak boleh dikelirukan dengan kenyataan Datuk Aidi. Mahkamah Persekutuan akan segera memutuskan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah dan sementara itu kita semua, harus menunjukkan rasa hormat kita yang mendalam terhadap Mahkamah Persekutuan.

BERJANJILAH UNTUK HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH,TIDAK ADA KEKACAUAN

Saya juga meminta Datuk Aidi, sebagai pemimpin Parti Warisan, untuk berjanji bahawa parti dan anggotanya akan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Ini kerana, dari pengalaman langsung saya terhadap pengadilan yang lenyap oleh pemerintah negeri ini, telah menjadi jelas bagi saya bahawa pentadbiran Negeri Sabah sekarang tidak menghormati peraturan undang-undang dan telah menolak untuk mengiktiraf deklarasi mahkamah.

Sebagai rakyat Sabah yang taat dan cintakan keamanan, kita semua berharap agar tidak ada kekacauan ketika keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai Ketua Menteri Sabah yang sah yang akan segera dizahirkan.

Datuk Yong Teck Lee,
Mantan Ketua Menteri Sabah / Presiden SAPP
Peguambela & Peguamcara,Mahkamah Tinggi
Sabah dan Sarawak.

Keterangan Gambar :
Yong memegang buku 'Perak : Krisis Kerajaan' yang terbit di tahun 2010 yang menyebut Krisis Perlembagaan Perlantikan Menteri Besar.
Pemegang IMM13 Tidak Layak Memohon Kad Pengenalan Tegas Jeffrey Kitingan  
WAJAR JADI DOKUMEN TUNGGAL UNTUK BEKERJA DI SABAH
Oleh Sam Hj.Othman  


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bersetuju dengan penggunaan hanya satu dokumen iaitu IMM13 bagi warga asing Filipina yang sekarang memegang kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku itu berkata, pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tentang perkara itu merupakan langkah awal yang positif untuk menyelesaikan masalah imigran di Sabah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya turut menjelaskan bahawa golongan warga asing itu lebih mudah di kenal pasti dengan menggunakan satu dokumen antarabangsa sahaja berbanding Pas Sementara Sabah (PSS) yang mencurigakan.

“Kerajaan Filipina juga akan berasa gembira kerana selepas mereka diberikan status yang sah sebagai rakyat Filipina serta punyai pasport, mereka boleh mendapatkan pas kerja untuk bekerja di Malaysia.

“Saya difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambil langkah pertama ini yang telah lama di tunggu-tunggu untuk mengatasi punca segala masalah (kebanjiran warga asing) di Sabah,” katanya.

Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, partinya akan membantu Kerajaan Persekutuan memberi penjelasan tentang perkembangan terbaharu itu kepada rakyat melalui forum berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dicadangkannya.

“Polisi baharu yang disambut baik telah diumumkan dalam perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri di mana beliau bertegas mengambil tindakan ke atas semua pendatang haram di Malaysia, tiada lagi PATI.

“Saya juga gembira pasukan keselamatan telah mengenal pasti banyak laluan tikus digunakan pendatang haram untuk memasuki Malaysia dan akan memastikan kemasukkan haram itu dapat dihentikan.


“Penyelesaian ini adalah langkah positif di ambil Perikatan Nasional (PN) dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Saya juga berharap langkah penting seterusnya untuk memperkenalkan kad pengenalan Sabah akan menyusul kelak,” katanya.

KDN melalui menterinya baru-baru ini bakal melaksanakan kaedah tegas dan padu dalam menangani kebanjiran PTI di Sabah dan antara tindakan yang akan di buat ialah dengan membatalkan kesemua dokumen pengenalan diri milik warga asing KECUALI IMM13,

Ini menunjukkan bahawa setiap warga asing (Filipina) di Sabah tanpa dokumen IMM13,akan dikatagorikan sebagai Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan akan di tangkap lalu di hantar pulang ke negara masing-masing manakala pemegang passport serta pas kerja yang sah tidak termasuk dalam perkara ini.

Kaedah ini juga turut menjelaskan kepada umum bahawa setiap pemegang IMM13 akan di iktiraf kewarganegaraannya oleh negara asal mereka (Filipina) melalui Kedutaan mereka di Malaysia,dan mereka (pemegang IMM13) ini akan diberikan passport dan pas kerja untuk bekerja di Malaysia selepas ini.

"Kaedah ini adalah penyelesaian masalah PTI yang berpuluh tahun melanda Sabah dan ianya akan diselesaikan secara peringkat demi peringkat.

Dalam masa yang sama,semua pendatang asing tanpa dokumen (PTI) akan di ambil tindakan undang-undang,di tangkap dan di usir balik ke negara asal mereka," jelas Jeffrey lagi.

KDN turut menegaskan bahawa TIDAK ADA PEMBERIAN IC (KAD PENGENALAN) untuk pemegang IMM13 ini dan mereka akan di hantar pulang secara berperingkat ke negara asal mereka kelak.

Kerajaan Filipina juga tidak mempunyai alasan lagi untuk menerima kembali pemegang IMM13 ini dan akan menerima penghantaran pulang rakyatnya ke negara asal mereka.

Tuesday, June 16, 2020

Siaran akhbar (Selasa, 16 Jun 2020)  
WARISAN ANCAM KERAJAAN SENDIRI : YONG  

DSP Yong Teck Lee  

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah yang dipimpin Warisan sedang mengancam kestabilan dirinya sendiri dengan penafian berulangkali bahawa ahli-ahlinya akan meninggalkan kapal Warisan.

Sebagai contoh, yang mengejutkan rakyat, secara tiba-tiba, sekumpulan 19 orang YB, yang diketuai oleh Presiden UPKO merangkap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Madius Tangau, muncul pada sidang media secara tergesa-gesa yang mengikrarkan sokongan kepada Ketua Menteri. Itu berlaku pada 15 Mei 2020, tiga hari sebelum usul tidak percaya oleh Warisan terhadap Perdana Menteri sekarang di Parlimen.

Itulah berita "kalau tiada angin takkan pokok bergoyang" yang mencetuskan perbincangan yang meluas di kalangan masyarakat bahawa kerajaan pimpinan Warisan mungkin akan jatuh.

Kenyataan bahawa hanya 19 daripada 48 orang anggota dewan pemerintah yang seharusnya hadir telah menampakkan kelemahan mereka.

Pada 10 Jun, satu lagi kenyataan dikeluarkan di atas nama 8 Ahli Parlimen Warisan yang berjanji akan menyokong Ketua Menteri.

Adakah janji sokongan itu diperlukan? 

Dua hari kemudian, pada 12 Jun, Ketua Menteri, yang juga Presiden Warisan, memanggil semua YB ke pejabatnya untuk menunjukkan kekuatan.

Tiga orang YB tidak hadir.

Semua penafian demi penafian ini telah menunjukkan gambaran seorang Ketua Menteri yang panik yang tidak yakin dengan sokongan para YB.

Dalam satu minggu terakhir, sudah menjadi perbincangan umum bahawa Dewan Undangan Negeri mungkin dibubarkan untuk menggagalkan pengambilalihan kerajaan Sabah oleh YB yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN).
Kemudian, seorang menteri Warisan yang bersuara lantang membiarkan kucing itu keluar dari kantung ketika dia memuat naik tweet,

"Mengenai pertemuan di Istana bahawa idea Bubar dibuang untuk menunggu keputusan persidangan parlimen pada 18 Julai." (lihat tweet dilampirkan). 


Itu adalah kenyataan umum pertama oleh seorang menteri kabinet dalam pertemuan di Istana mengenai idea pembubaran Dewan Undangan.
Satu-satunya alasan bahawa Dewan Undangan dibubarkan TIGA tahun lebih awal adalah kerana kerajaan telah kehilangan majoriti dewan, sekarang dipercayai bahawa pemimpin Warisan percaya bahawa mereka tidak lagi dapat memperoleh kepercayaan majoriti Dewan.

Sebenarnya, Warisan tidak mempunyai kredibiliti untuk mencari alasan mengenai prospek pemergian YB mereka kerana daya tarikan Ahli Parlimen adalah apa yang cuba dilakukan oleh Warisan dan rakan PHnya di Parlimen.

Sekiranya tidak dengan keinginan memikat Ahli Parlimen melalui PH dan Warisan, bagaimana Warisan memberikan bayangan bahawa dari jumlah 107 MP dapat mencapai 129 MP, seperti yang mereka dakwa?

Begitupun, di sebalik usaha bersepadu PH Plus untuk memikat ahli parlimen untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pemimpin PN telah tampil tenang dan mantap serta mengawal sepenuhnya.

Tidak perlu ada pertunjukan kekuatan atau penafian oleh Ahli Parlimennya.

Sebaliknya, pemimpin Parti Warisan, bukannya fokus pada pemulihan pasca-Covid-19 untuk Sabah, tetapi telah menyibukkan diri dengan plot untuk menjatuhkan Perdana Menteri.


Kenyataan Media oleh :

Datuk Yong Teck Lee
Presiden SAPP


PEMAIN POLITIK DAN PARTISAN
dari meja editor  

Kerajaan Negeri Sabah di teraju Warisan khabarnya bakal kecundang sebelum garis penamat PRU14 berakhir lebih kurang dua tahun lagi.

Persoalannya,sejauh manakah kebenaran itu bakal di maktub sedangkan hanya dua orang ADUN sahaja yang berhijrah meninggalkan pemerintahan negeri untuk menyokong pemerintahan persekutuan?

Dua ADUN itu pula datang dari UPKO,maka UPKO lah yang goyah sebenarnya.


Memang benar,Warisan masih kukuh berdiri sebagai kerajaan kerana kelebihan kerusi DUN yang menyokong masih terlalu tebal sekali ganda.

Mampukah,kelebihan sekali ganda itu bertahan ?

Ianya akan terjawab dalam beberapa hari mendatang kerana khabar angin mengatakan akan ramai lagi yang akan berhijrah samada melalui pengumuman sidang media ataupun melalui SD yang secara tersembunyi dilaksanakan.

Itu firasat pihak di sebelah,setakat ini.

(Perenggan atas cuma sebagai Mukaddimah untuk info biasa sahaja : Isi nawaitunya ada di bawah ini..sila terus baca)

Berminggu kemelut ini mendalangi pemikiran rakyat Sabah khususnya para penggemar arena politik,juga pengkritik MedSos,pemain angka dan sebagainya.

Ada desus bertiup mengatakan rundumnya beberapa buah parti lokal akibat kebosanan dan kepercayaan umum terhadap corak pentadbirannya.
Tidak dinafikan,ada parti yang kononnya masih mengamalkan corak ‘kartel’ yang di anggap masih di takuk lama.
Malah berbalah sesama sendiri didalamnya pula kerana berebut kuasa dan cuba menampilkan diri dengan cara yang kurang menyenangkan.


Ada pula parti yang kononnya pejuang hak-hak Sabah,tetapi semakin senyap setiapkali isu mengenai itu muncul di MedSos.
Parti yang suka amalkan definisi 'tunggu dan lihat' seumur-umur semacam mencari peluang keemasan yang tak kunjung tiba.

Ada pula parti yang didalamnya punya kouta berpuak-puak,hingga ramai yang terpinggir dan mula menolak kepimpinan yang ada yang khabarnya sudah jauh terpesong dari istilah demokrasi.
Ahli-ahlinya berpusu-pusu keluar dengan rungutan yang pelbagai seolah-olah parti itu semakin mengamalkan sistem kronisme dan diktatoris.

Ada pula parti yang tiba-tiba buat kelainan dengan mengukir kejayaan yang sangat besar sehingga mampu menggamit minat dan keinginan rakyat menyertainya sebelum ini.
Entah mengapa,tiba-tiba cengkerik berbunyi dan suasana kembali seperti di hening dinihari di tengah rimba buana.

Ada pula parti yang ‘gitu-gitu’ sahaja ibarat mengikut rentak roda berputar menolak masa demi masa seakan hanya berniat untuk menunggu PRU15 saja,barulah gear di tukar.
Kerjanya seharian,memantau suasana politik semasa dan masuk campur bila perlu dengan kritikan-kritikan pedas seolah-olah diri sendiri benar melulu sedangkan hakikatnya hanya layak bagai ‘malukut di tepi gantang’ di pandangan rakyat.

Ada pula parti yang suka meninggi diri tanpa disedari...Laksana ‘ayam berkokok di pagi hari’,tidak sedar punggung penuh tahi.
Kononnya mereka parti keramat di negeri di bawah bayu ini,sedangkan ‘habuk pun tarak’,mau berhujah hanya demi kepentingan diri dan AMT yang ada tanpa berfikir bahawa rakyat sekitarnya perlukan nasib yang terbela sentiasa.

Apapun,saya lebih memanjangkan leher meninjau parti yang satu ini,yang agak konsisten dalam misi dan visinya.
Parti yang malar di kutuk termasuk pemimpinnya saban hari tetapi anehnya,mereka cuma ‘buat donno’ sahaja dengan semua serangan tersebut sambil terus buat kerja demi membela nasib rakyat yang mengundinya di PRU14 lalu.
Kendatipun menanggung hinaan dan kutukan,saya melihat parti ini terus-terusan pula ‘dikunjungi’ oleh ahli-ahli cebisan parti-parti di atas kerana kononnya dasar parti yang sangat terbuka,amalan setiakawan yang tinggi dan perjuangan terhadap hak-hak Orang Asal Sabah yang dijadikan sebagai keutamaan.

Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang LEADER dalam sebuah parti kerana ianya tidak sama seperti LEADER sebuah persatuan.


LEADER ini perlukan sekutu dalaman yang kuat dan berfikiran waras serta matang yang sering di panggil sebagai Ketua Bahagian.
Ketua-Ketua Bahagian pula ada yang menginap di lot-lot Ahli Majlis Tertinggi apabila Ketua-Ketua Cawangan mengundinya untuk ‘parking’ di situ.
Tidak ada istilah ‘singgah sebentar’ (Drive-Thru) di kawasan AMT ini kecuali dia letak jawatan atau sememangnya di minta untuk ‘isi kekosongan’ AMT itu buat sementara waktu  bagi menunggu Pemilihan Parti berikutnya.

Pengurusan di dalam parti perlu ada kerjasama yang hebat tanpa sedikitpun istilah ‘berpuak-puak’.
Istilah ini,bila di sebut,ramai mahu menafikan sedangkan hakikatnya tetap ada.(Jangan kamu bilang parti kamu tidak berpuak-puak sedangkan orang lain pun boleh nampak).

Perbezaan orang lama dan orang baru di dalam parti biasanya akan menimbulkan dua perkara iaitu yang pertama,orang baru kecil hati dengan sikap orang lama.
Orang lama pula,takut kedudukannya terancam dengan kehadiran orang baru.
(Jika takut kedudukan terancam,berusahalah dengan lebih gigih melalui persaingan positif dan bukannya mencemuh orang baru di belakangnya.Itu namanya,Idiots.)

Kedua,sikap ‘suka potong jalan’ rakan satu parti...Jika tercium sesuatu tindakan besar yang memungkinkan ahli lain menerima pujian,lekas-lekas lah bergandingan bersamanya untuk merealisasikan ‘impak’ tersebut agar sama-sama merasa laba nya.
Bukannya ‘potong jalan’ ahli tersebut sambil menabur ‘bawang busuk’ berbaur fitnah dan aib sehingga segala yang di rancang akhirnya menemui jalan buntu dan gagal.
Istilah,biar sama-sama rugi asalkan hati jadi puas tetapi dia tidak sedar akan perbuatannya itu pasti ada KARMA dan suatu hari nanti,hijab perbuatannya itu akan di buka oleh Yang Maha Esa.

Begitukah namanya sayangkan parti dan perjuangan ??

Mengidam mau menjadi Calon Pilihanraya mestilah melengkapkan diri dengan beberapa kriteria dan bukan seperti ‘tin kosong’ yang di canang bunyinya ke merata tempat.

Usaha memperbaiki diri sendiri,muhasabah dan gemar menjadikan pihak lawan sebagai kawan,boleh memungkinkan seseorang itu di anggap sebagai Calon Pilihanraya oleh rakyat sekitarnya.

Selain menambah pengaruh dan kewangan yang kuat,seseorang Calon Pilihanraya itu juga perlu tahu selok belok daerahnya selain menubalkan diri dengan sepak terajang dunia politik.

Bukannya sikit-sikit,merajuk..Sikit-sikit,membawang itu ini..Sikit-sikit,gugur semangat juang.
Be Professional...Be Matang,jangan macam budak-budak bah.

Ada sesetengah orang yang ingin dicalonkan parti,berusaha keras memenangi hati pihak atasan tetapi dia terlupa bahawa bukannya pihak atasan itu yang mengundinya nanti tetapi rakyat di kawasan yang ingin dia tandingi.
Mengekalkan sifat angkuh,tinggi diri dan sukar menerima cadangan orang lain,bukan sesuatu yang terpuji untuk bergelar calon kerana rakyat menilai hati budimu,pergerakanmu dan kreadibilitimu setiap masa.

Bukannya menunggu masa ‘Dewan Mau Bubar’ barulah muncul muka meminta simpati,serah zink atau tangki air dan buat program itu ini,di sana..Disini...Ke sana...Ke sini.

Bersuara di MedSos bagai mau runtuh dunia ini layaknya sedang nasib rakyat yang bakal mengundinya dilupai dan di tolak ketepi dahulu,malah ada pula calon-calon sebegini ‘perasan sendiri’ bahawa dialah pilihan utama rakyat di daerahnya sedangkan suara-suara sumbang kedengaran dibelakangnya tanpa dia sedari.


Akhirnya,kembalilah kepada rakyat kerana bukan sikap menunjuk-nunjuk itu yang mahu dihidangkan bagi juadah mereka di kampung tetapi inisiatif,iltizam,komitmen dan pendekatan diri kepada orang-orang kampung itu yang paling penting kerana dari situlah ‘pihak atasan’ mu akan menilai sejauh mana kreadibilitimu boleh di angkat naik menjadi seorang Calon Pilihanraya.

Dekati rakyat,perjuangkan haknya khusus sekali kita Orang Asal Sabah yang perlu bangkit untuk mempertahankan martabat kita sebagai pribumi asal mutlak.

Tidak kira kamu itu datang bersama dengan panji Usno,Warisan,BN,PBS,PBRS atau apapun benderanya,rakyat hari ini hanya mahu melihat siapa calonnya untuk meneliti serta menilai akal budinya,corak pemikirannya dan misi perjuangannya.

Kemudian,apa partinya...Dan apa jasa nya kepada kampung mereka.

Kemudian,andai sekalipun dia Calon Bebas,asalkan dia pejuang tegar yang kukuh semangat,pasti rakyat lebih menginginkan lebih dari segala-galanya.Itu saja.

Jadi...Berhentilah dari di gelar seorang ahli parti atau pun calon yang tidak berguna apa-apa untuk di sokong atau di undi.

Pilihanraya dua tahun lagi dari sekarang ataupun bila-bila masa sahaja.

Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Renungkan.