Thursday, June 18, 2020


demi kesinambungan karier politik  
ANAK JATI SABAH LUPA PERADABAN ? 
dari meja Editor  


Saban kali laungan menuntut hak-hak pribumi Sabah berkumandang,mengapa begitu ramai rakyat mengamalkan sikap prejudis malah lebih buruk lagi apabila ada segelintirnya memandang remeh berhubung isu patriotisme ini.

Ada pula yang bersikap acuh tak acuh seolah-olah mereka menHALALkan hak-hak mutlak pribumi sendiri dicabuli malah lebih teruk lagi,memberi izin pada pemerkosaan adat susila yang sekianlama menjadi amalan budaya kita di Sabah ini.

Cuba anda bayangkan,di zaman sekarang ini pun sudah begini jadinya,bagaimana pula halnya apabila kita sudah mati, cucu cicit kita sudah beranak pinak lalu terperangkap di dunia ciptaan kita sendiri ini ?

Kita punya tanahair sendiri,tetapi kita gadaikan maruahnya kepada anasir luar yang membudayakannya pula ke arah corak kehidupan mereka sendiri yang sama sekali tidak sama dengan corak adat susila nenek moyang kita di sini.

Ada pula segelintir manusia yang keturunannya berdarah pribumi tetapi songsang akal fikirannya hanya kerana terlalu taksud kepada fahaman politik ekstrem.

Dari manakah datangnya pemikiran ekstrem itu kalau bukan dari buah fikir dan budaya luar yang cukup menyesatkan dan bagaimanakah nasib generasi selepas kita nanti apabila mereka berhadapan dengan hidangan begini ?

Setiapkali lahir saja seorang pejuang yang ingin memperjuangkan betapa pentingnya memartabatkan hak-hak pribumi,setiap kali itu juga lah pejuang ini di pandang serong seolah-olah dia lah musuh tanahair yang bakal merosak peradaban yang sedia ada.

Pejuang-pejuang ini sering di lontar dengan cemuhan,kritikan dan fitnah malah lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mahu mengancam nyawa mereka.

Perlukah sesebuah organisasi atau individu-individu tertentu itu mengupah seseorang untuk berbuat tidak baik kepada pejuang-pejuang ini sedangkan mereka sendiri sebenarnya adalah pribumi tanahair tercinta ini ?

Terpanggil rasanya untuk menyebut tentang beberapa pejuang anak jati Sabah yang pernah terkait dengan isu ancaman yang mana ianya sudahpun bermula sejak dahulu lagi.

Apabila para pejuang ini sudah mula mencapai puncak perjuangan,pasti akan ada sesuatu berlaku dan ianya bermula dengan sejarah hitam Double Six yang mengorbankan pahlawan-pahlawan ulung Sabah yang menentang kehendak luar demi memartabatkan hak-hak pribumi Sabah.

Rentetan itu,ada juga pejuang-pejuang selepasnya menerima tempias ancaman ini dalam berbagai bentuk seperti ancaman tangkap,di bicara,di humban ke penjara,buang negeri dan sebagainya.

Runtuhkah semangat mereka ? Tidak.

Semangat mereka itulah yang menjadi kilang misteri bagi melahirkan lebih ramai lagi pejuang-pejuang  nasionalis di Sabah yang kemudiannya disajikan lagi dengan ugutan demi ugutan dan sebagainya.

Kecanggihan teknologi hari ini dipergunakan sebaik mungkin samada dengan tujuan baik,mahupun untuk tujuan buruk.


Kita tidak boleh salahkan teknologi yang ada biarpun disalahgunakan oleh golongan tertentu dalam usaha mereka mencapai hasrat dan misi.

Dahulu,kita ada telefon rumah kemudian beralih ke telefon ‘atur’,ada bateri dan sering di buat untuk menunjuk seseorang atau sesuatu.


Kemudian kecanggihan itu di angkat naik ke telefon mudahalih dari talian tetap hinggalah mencapai kepada penggunaan simkad.

Pernah kah anda terfikir waktu itu bahawa khidmat SMS akan di ganti dengan aplikasi WhatsApp ?

Tidak kan ?

Begitulah canggihnya teknologi dari hari ke hari dan kita langsung tidak dapat membayangkan apa yang bakal terjadi terhadap kecanggihan telefon hari ini dengan hari-hari yang akan datang.

Apapun,itu semua adalah buatan manusia dan ianya mempunyai satu platform asas sebagai titik mula ianya terjadi.

Begitu halnya pula dengan nasib bangsa Orang Asal Sabah seperti kita,bakal terubah mengikut masa dan kemodenan yang di panggil Tamadun.

Apabila kita berbicara soal politik pula,laman FB merupakan laman perang siber di antara beberapa pihak sekarang ini.

Dahulu ianya dijadikan sebagai ruang luahan hati,sindir menyindir,berkirim salam,posting gambar itu ini dan gaduh BF-GF atau laki bini.

Hari ini,ianya sudah lebih kepada upacara menegak benang yang basah di antara beberapa pihak dan paling penting sekali,ianya tempat berhujah kepada umum sehingga memaksa pihak berkuasa ‘overtime’ memantau status-status yang kurang enak khususnya yang berbaur fitnah,hasutan,berita palsu,keaiban dan perkauman atau sensitiviti agama.

FB ini,apabila terdapatnya hujah atau kenyataan paling benar sekalipun,sudah pasti komentar netizen akan menghujani ruang komen apatah lagi jika kenyataan itu bermotifkan politik semasa.


Contohnya,isu memperjuangkan hak-hak pribumi Sabah yang semakin ternoda,ada pula pihak-pihak berfahaman ekstrim suka mencari sebab untuk bertelagah,kemudian ugut mengugut sehingga sanggup memuat naik gambar pistol dan peluru dengan tulisan dihalalkan bunuh.

Apakah ini budaya kita sebagai anak jati Sabah yang terkenal dengan adat susila murni dan penuh sifat perpaduan ?

Jika bukan,dari manakah budaya ekstrim ini datang ?

Bukankah sedari kecil lagi kita di Sabah ini di ajar oleh orang tua kita untuk saling hormat menghormati biarpun kita beza agama,beza kaum dan beza kedudukan ?

Bukan kah selama hidup kita ini,kita selalu berganding bahu,bergurau senda dan bersilaturrahim sesama kita tanpa adanya budaya keterlaluan (ugut bunuh) ini ?

Politik ibarat bermain judi,penuh tipu muslihat dan jerat menjerat kerana ia sebuah dunia seronok yang bila menang akan senang,bila kalah akan terhunjam.

Ia dunia penuh sepak terajang,kuntau dan silat maka bukan calang-calang manusia bisa termasuk ke dalam gelanggangnya jika tidak cukup ilmu dan sifat.

Bayangkan,kerana politik,sebuah video berdurasi hampir setengah jam,boleh di edit semula dengan panjang durasinya hanya sejengkal,di ubah suai sedikit dan dijadikan satu karya picisan yang boleh meruntuhkan aib seseorang dan boleh pula mempengaruhi golongan lain dek kerana tidak terlihat video original yang ada (kerana sikap orang kita yang malas mencari fakta sebenar).

Bayangkan,kerana politik,gambar asal di palagiat lalu di picisan lagi dengan tokok tambah yang bukan-bukan yang kemudiannya di muat naik dengan tujuan membuka aib orang demi sesuap nasi untuk keluarganya makan (kerana sikap orang kita yang suka shortcut dan mudah diperbodohkan).

Bayangkan juga,kerana taksub berpolitik,cerita sejengkal jadi sehasta,dari sehasta jadi sedepa dan dari sedepa,boleh jadi juga berkilo-kilo meter panjangnya.

Menegak benang basah dalam suatu kenyataan yang di muat naik segelintir ahli politik,tidak semestinya betul semuanya kerana 'budaya memintar' itu perlu ada dalam diri seorang ahli politik lebih-lebih lagi jika dia tipis pengalaman tapi pura-pura tahu akan segala-galanya di dunia ini sehingga sanggup mengaku faham bab-bab agama dan undang-undang (kerana sikap orang kita yang suka menunjuk-nunjuk dan egois). 

Kebanyakan dari mereka ini hanya ingin menyelamatkan karier politik mereka semata kerana sedar nasib diri sudah berada di hujung tanduk.

  
Habis hancuss semua gelaran baik,status kehormatan dan pengaruhnya yang di sandang ssekianlama sebagai manusia ilmuwan atau cendikia dek kerana amalan politik dicampur aduk pelbagai resipi bangas dan bangang.

Penyokong pula dipengaruhi untuk bertindak bagaikan sebuah angkatan gerilla yang membabi buta tanpa mengira mahu melanggar apa sekalipun bisa saja,asalkan tong beras di rumah sentiasa berisi dan poket sentiasa tebal.

Ketaksuban mereka ini didorong oleh wang ringgit dengan gaji/elaun yang diberikan tanpa mereka sedar bahawa maruah mereka tercalar sedikit demi sedikit apatah lagi apabila kebenaran sudah menunjukkan diri,mereka mula ‘lenyap’ sedikit demi sedikit.

Lupa adat susila,lupa perintah Tuhan,lupa daratan,lupa usia tua malah lupa pada siksa di alam baqa'.

Ingatlah,berpolitik bukan setakat ikut-ikutan sehingga membahayakan diri,memalukan anak bini/laki dan keluarga.

Ingatlah,berpolitik itu biarlah dengan cara berhemah,dengan cara berfakta,dengan cara berfikir dan dengan cara yang lebih prihatin supaya tampak professionalnya.

Dan ingatlah selalu,tidak selama-lamanya parti yang kamu agung-agungkan itu akan berkuasa hebat kerana hidup kita ini ibarat RODA,ada masa kita di atas,pasti nanti kita akan ke bawah juga.

Berjuanglah mengikut fahaman politikmu dengan ikhlas dan jujur supaya di akhir masa mu nanti,kamu masih punya rakan dan taulan yang mengingati keluhuran perjuanganmu.

Jangan biar sampai ada yang meludah di atas sikap ekstrim politik dan perbuatanmu

WALLAHI.WABILLAHI.WATULLAHI.
(Keagungan Alexander The Great juga runtuh di penghujungnya...Firaun juga akhirnya mati lemas walaupun seumur hidupnya tidak pernah demam dan sakit)

Wallahu alam bissawab.

No comments:

Post a Comment