PEMAIN POLITIK DAN PARTISAN
dari meja editor
Kerajaan Negeri Sabah di teraju Warisan khabarnya bakal kecundang sebelum
garis penamat PRU14 berakhir lebih kurang dua tahun lagi.
Persoalannya,sejauh manakah
kebenaran itu bakal di maktub sedangkan hanya dua orang ADUN sahaja yang
berhijrah meninggalkan pemerintahan negeri untuk menyokong pemerintahan
persekutuan?
Dua ADUN itu pula datang
dari UPKO,maka UPKO lah yang goyah sebenarnya.
Memang benar,Warisan masih
kukuh berdiri sebagai kerajaan kerana kelebihan kerusi DUN yang menyokong masih
terlalu tebal sekali ganda.
Mampukah,kelebihan sekali
ganda itu bertahan ?
Ianya akan terjawab dalam
beberapa hari mendatang kerana khabar angin mengatakan akan ramai lagi yang
akan berhijrah samada melalui pengumuman sidang media ataupun melalui SD yang
secara tersembunyi dilaksanakan.
Itu firasat pihak di sebelah,setakat ini.
(Perenggan atas cuma sebagai Mukaddimah untuk info biasa sahaja : Isi nawaitunya ada di bawah ini..sila terus baca)
Berminggu kemelut ini
mendalangi pemikiran rakyat Sabah khususnya para penggemar arena politik,juga
pengkritik MedSos,pemain angka dan sebagainya.
Ada desus bertiup
mengatakan rundumnya beberapa buah parti lokal akibat kebosanan dan kepercayaan
umum terhadap corak pentadbirannya.
Tidak dinafikan,ada parti
yang kononnya masih mengamalkan corak ‘kartel’ yang di anggap masih di takuk
lama.
Malah berbalah sesama
sendiri didalamnya pula kerana berebut kuasa dan cuba menampilkan diri dengan
cara yang kurang menyenangkan.
Ada pula parti yang
kononnya pejuang hak-hak Sabah,tetapi semakin senyap setiapkali isu mengenai
itu muncul di MedSos.
Parti yang suka amalkan definisi 'tunggu dan lihat' seumur-umur semacam mencari peluang keemasan yang tak kunjung tiba.
Ada pula parti yang
didalamnya punya kouta berpuak-puak,hingga ramai yang terpinggir dan mula
menolak kepimpinan yang ada yang khabarnya sudah jauh terpesong dari istilah demokrasi.
Ahli-ahlinya berpusu-pusu
keluar dengan rungutan yang pelbagai seolah-olah parti itu semakin mengamalkan
sistem kronisme dan diktatoris.
Ada pula parti yang
tiba-tiba buat kelainan dengan mengukir kejayaan yang sangat besar sehingga
mampu menggamit minat dan keinginan rakyat menyertainya sebelum ini.
Entah mengapa,tiba-tiba
cengkerik berbunyi dan suasana kembali seperti di hening dinihari di tengah rimba buana.
Ada pula parti yang ‘gitu-gitu’
sahaja ibarat mengikut rentak roda berputar menolak masa demi masa seakan hanya
berniat untuk menunggu PRU15 saja,barulah gear di tukar.
Kerjanya seharian,memantau
suasana politik semasa dan masuk campur bila perlu dengan kritikan-kritikan
pedas seolah-olah diri sendiri benar melulu sedangkan hakikatnya hanya layak bagai ‘malukut
di tepi gantang’ di pandangan rakyat.
Ada pula parti yang suka
meninggi diri tanpa disedari...Laksana ‘ayam berkokok di pagi hari’,tidak sedar
punggung penuh tahi.
Kononnya mereka parti keramat
di negeri di bawah bayu ini,sedangkan ‘habuk pun tarak’,mau berhujah hanya demi
kepentingan diri dan AMT yang ada tanpa berfikir bahawa rakyat sekitarnya perlukan nasib yang terbela sentiasa.
Apapun,saya lebih
memanjangkan leher meninjau parti yang satu ini,yang agak konsisten dalam misi
dan visinya.
Parti yang malar di kutuk
termasuk pemimpinnya saban hari tetapi anehnya,mereka cuma ‘buat donno’ sahaja dengan
semua serangan tersebut sambil terus buat kerja demi membela nasib rakyat yang
mengundinya di PRU14 lalu.
Kendatipun menanggung
hinaan dan kutukan,saya melihat parti ini terus-terusan pula ‘dikunjungi’ oleh
ahli-ahli cebisan parti-parti di atas kerana kononnya dasar parti yang sangat
terbuka,amalan setiakawan yang tinggi dan perjuangan terhadap hak-hak Orang
Asal Sabah yang dijadikan sebagai keutamaan.
Bukan senang sebenarnya
untuk menjadi seorang LEADER dalam sebuah parti kerana ianya tidak sama seperti
LEADER sebuah persatuan.
LEADER ini perlukan sekutu
dalaman yang kuat dan berfikiran waras serta matang yang sering di panggil
sebagai Ketua Bahagian.
Ketua-Ketua Bahagian pula
ada yang menginap di lot-lot Ahli Majlis Tertinggi apabila Ketua-Ketua Cawangan
mengundinya untuk ‘parking’ di situ.
Tidak ada istilah ‘singgah
sebentar’ (Drive-Thru) di kawasan AMT ini kecuali dia letak jawatan atau
sememangnya di minta untuk ‘isi kekosongan’ AMT itu buat sementara waktu bagi menunggu
Pemilihan Parti berikutnya.
Pengurusan di dalam parti
perlu ada kerjasama yang hebat tanpa sedikitpun istilah ‘berpuak-puak’.
Istilah ini,bila di
sebut,ramai mahu menafikan sedangkan hakikatnya tetap ada.(Jangan kamu bilang parti kamu tidak berpuak-puak sedangkan orang lain pun boleh nampak).
Perbezaan orang lama dan
orang baru di dalam parti biasanya akan menimbulkan dua perkara iaitu yang
pertama,orang baru kecil hati dengan sikap orang lama.
Orang lama pula,takut
kedudukannya terancam dengan kehadiran orang baru.
(Jika takut kedudukan
terancam,berusahalah dengan lebih gigih melalui persaingan positif dan bukannya
mencemuh orang baru di belakangnya.Itu namanya,Idiots.)
Kedua,sikap ‘suka potong
jalan’ rakan satu parti...Jika tercium sesuatu tindakan besar yang memungkinkan
ahli lain menerima pujian,lekas-lekas lah bergandingan bersamanya untuk
merealisasikan ‘impak’ tersebut agar sama-sama merasa laba nya.
Bukannya ‘potong jalan’
ahli tersebut sambil menabur ‘bawang busuk’ berbaur fitnah dan aib sehingga
segala yang di rancang akhirnya menemui jalan buntu dan gagal.
Istilah,biar sama-sama rugi asalkan
hati jadi puas tetapi dia tidak sedar akan perbuatannya itu pasti ada KARMA dan
suatu hari nanti,hijab perbuatannya itu akan di buka oleh Yang Maha Esa.
Begitukah namanya sayangkan
parti dan perjuangan ??
Mengidam mau menjadi Calon
Pilihanraya mestilah melengkapkan diri dengan beberapa kriteria dan bukan
seperti ‘tin kosong’ yang di canang bunyinya ke merata tempat.
Usaha memperbaiki
diri sendiri,muhasabah dan gemar menjadikan pihak lawan sebagai kawan,boleh memungkinkan seseorang
itu di anggap sebagai Calon Pilihanraya oleh rakyat sekitarnya.
Selain menambah pengaruh
dan kewangan yang kuat,seseorang Calon Pilihanraya itu juga perlu tahu selok
belok daerahnya selain menubalkan diri dengan sepak terajang dunia politik.
Bukannya sikit-sikit,merajuk..Sikit-sikit,membawang itu ini..Sikit-sikit,gugur semangat juang.
Be Professional...Be Matang,jangan macam budak-budak bah.
Ada sesetengah orang yang
ingin dicalonkan parti,berusaha keras memenangi hati pihak atasan tetapi dia
terlupa bahawa bukannya pihak atasan itu yang mengundinya nanti tetapi rakyat
di kawasan yang ingin dia tandingi.
Mengekalkan sifat
angkuh,tinggi diri dan sukar menerima cadangan orang lain,bukan sesuatu yang
terpuji untuk bergelar calon kerana rakyat menilai hati budimu,pergerakanmu dan
kreadibilitimu setiap masa.
Bukannya menunggu masa ‘Dewan
Mau Bubar’ barulah muncul muka meminta simpati,serah zink atau tangki air dan
buat program itu ini,di sana..Disini...Ke sana...Ke sini.
Bersuara di MedSos bagai
mau runtuh dunia ini layaknya sedang nasib rakyat yang bakal mengundinya
dilupai dan di tolak ketepi dahulu,malah ada pula calon-calon sebegini ‘perasan
sendiri’ bahawa dialah pilihan utama rakyat di daerahnya sedangkan suara-suara
sumbang kedengaran dibelakangnya tanpa dia sedari.
Akhirnya,kembalilah kepada
rakyat kerana bukan sikap menunjuk-nunjuk itu yang mahu dihidangkan bagi juadah
mereka di kampung tetapi inisiatif,iltizam,komitmen dan pendekatan diri kepada
orang-orang kampung itu yang paling penting kerana dari situlah ‘pihak atasan’
mu akan menilai sejauh mana kreadibilitimu boleh di angkat naik menjadi seorang
Calon Pilihanraya.
Dekati rakyat,perjuangkan haknya khusus sekali kita Orang Asal Sabah yang perlu bangkit untuk mempertahankan martabat kita sebagai pribumi asal mutlak.
Tidak kira kamu itu datang bersama
dengan panji Usno,Warisan,BN,PBS,PBRS atau apapun benderanya,rakyat hari ini hanya mahu
melihat siapa calonnya untuk meneliti serta menilai akal budinya,corak pemikirannya dan misi perjuangannya.
Kemudian,apa partinya...Dan
apa jasa nya kepada kampung mereka.
Kemudian,andai sekalipun dia Calon Bebas,asalkan dia pejuang tegar yang kukuh semangat,pasti rakyat lebih menginginkan lebih dari segala-galanya.Itu saja.
Jadi...Berhentilah dari di gelar seorang ahli parti atau pun calon yang tidak berguna apa-apa untuk di sokong atau di undi.
Pilihanraya dua tahun lagi
dari sekarang ataupun bila-bila masa sahaja.
Jangan kerana nila
setitik,rosak susu sebelanga.Renungkan.
No comments:
Post a Comment