Monday, April 29, 2019

USNO BANGKIT
 wadah politik baharu-semangat juang 1961


Berbekal semangat 1961 dan tahun-tahun berikutnya USNO baharu bakal bangkit mewarnai senario politik Sabah sebagai sebuah wadah perjuangan untuk rakyat jelata.

USNO dipertaruhkan dengan wadah baharu tetapi akan terus mengekalkan semangat lamanya ketika ianya tertubuh pada tahun 1961 oleh Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Bin Datu Hj.Harun.

Tinjauan di buat dalam beberapa bulan kebelakangan ini mendapati golongan muda khususnya dari suku kaum Berunai dan Bajau Sama merupakan golongan yang beriltizam dengan pewarnaan semula parti tertua negeri di bawah bayu ini.

Melihat kepada situasi yang berlaku,parti ini bergerak secara perlahan-lahan dan senyap dengan berpandukan nasihat dan dorongan veteran politik yang sememangnya berpengaruh serta berpengalaman luas dalam politik.

Ironinya,ahli politik-ahli politik ini pula pernah di didik oleh Allahyarham Tun dan juga merupakan anggota parti berkenaan suatu ketika dahulu.

Kini,semangat golongan muda tertiup kembali dengan tiba-tiba untuk membangkitkan roh USNO 61' ini dengan iltizam dan semangat baharu sebagai landasan untuk meneruskan perjuangan mewarnai pentas politik Sabah.


PRU14 - SUARA ANAK MUDA

Benar...........PRU sebelum ini,USNO seolah kepatahan taring dan cubaan menghidupkannya kembali menempuh jalan penuh liku dan beronak duri.

Saat itu,USNO tidak di pandang pun oleh lapisan umur muda belia kerana kononnya terdapat kepincangan pengurusan yang tidak betul dan ibaratnya,hangat-hangat tahi ayam serta hanya laksana sebuah replika usang yang di cat semula.

Setelah berakhirnya PRU14 yang penuh tragis dan keajaiban,USNO seakan terus hilang dan seolah berada di ambang kejatuhan buat kesekiankalinya lagi.


PERUBAHAN SEKALI LAGI ?

Golongan belia muda membuat perubahan besar-besaran umpama Magik yang sukar dilumpuhkan mantera ajaibnya semasa PRU14.

Percaturan politik di Sabah jadi huru hara dengan berbagai peristiwa yang menidakkan suatu peradaban yang sekian lama terbina malah juga merestui peradaban baharu yang menjadi teras perjuangan golongan anak muda ini.

Lalu kini....Hampir setahun peradaban itu berada di takhta rampasan,kepuasan hati anak muda kembali tergetus dan bakal meletus lagi.

Angin perubahan titipan anak-anak muda hari ini,semakin kuat bertiup meskipun PRU15 agak lama lagi.

Angin ini adalah angin siulan anak-anak muda yang kebanyakannya mula merasa bosan dengan janji yang tidak tertunai,hala tuju yang mula terpesong dan sokongan mereka terhadap parti pemerintah mula goyah akibat isu-isu sensitif di luar jangkaan mereka selain diri terasa diabaikan.


USNO AMBIL PERANAN 

Di sinilah titik mula USNO baharu ini seolah dibangkitkan semula dengan gema siulan anak-anak muda yang kembali sedar akan janji tidak tertunai lebih-lebih lagi mengenai isu-isu kenegerian yang melibatkan Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Semangat 1961 dirembeskan di beberapa daerah oleh beberapa pihak yang amat-amat mencintai USNO dan perjuangan Allahyarham Tun sebagai pengasas parti keramat itu.

Golongan muda mula memberikan reaksi yang sangat positif dan menggalakkan malah 'penghijrahan' mula terbentuk sekali lagi dan kali ini diwarnai dengan acuan yang lebih padu,konsisten dan komitmen yang tinggi berbanding dari tahun-tahun sebelumnya.

Apakah USNO akan bangkit merebut 'kejuaraan' sekali lagi di pentas politik Sabah ?

Perlu di ingat,USNO merupakan parti politik tertua di Sabah dan sudah tentu keasliannya cukup terpelihara sebagai PARTI LOKAL yang berbilang suku kaum.

Ramai netizen dan jelata berpendapat (khususnya golongan muda belia) bahawa selepas kemunculan USNO tahun 1961 dahulu,belum ada lagi parti Sabahan lain yang mampu sehebat dan seasli USNO.

Banyak parti muncul di era kegemilangan USNO dan selepasnya...UNKO,PASOK MOMOGUN,,UPKO,BERJAYA,PBS,LDP,PARTI AKAR,BERSEKUTU,STAR,SAPP,PBRS,PPRS,PARTI SETIA,PARTI CINTA SABAH dan Warisan serta macam-macam lagi.

Dari tanah semenanjung pula,mendarat UMNO,DAP,Semangat 46,PAS,PKR,AMANAH (sekadar menyebut beberapa nama) dan senario politik Sabah mengalami kepupusan parti lokal (kalau adapun,keasliannya tercemar dengan campurtangan semenanjung).

Persoalannya,adakah parti-parti ini mampu seasli Parti USNO ?


USNO JATUH SEBAB BANTAH PDA 1974

Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) telah di bantah oleh Allahyarham Tun ketika Presiden USNO itu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Tun Mustapha tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut jika Sabah tidak mendapat sekurang-kurangnya 25% royalti minyak berkenaan.

Natijahnya,Allahyarham Tun Mustapha 'dibaham' oleh pemimpin semenanjung sehingga mengakibatkan kejatuhannya dan USNO.(sumber : KPen USNO Musli Oli)

Jangankan itu,tahun-tahun sebelumnya juga terlalu banyak cubaan untuk menyekat kekuasaan dan kehebatan Tun dan USNO.

Malah,USNO turut terjebak dengan permainan semenanjung ini akibat bulan dan bintang yang dijanjikan sehingga terbentuknya MA63 pun,ahli-ahli politik Sabah yang terlibat turut di cilok tanpa mereka disedari.

Kesilapan inilah yang membuatkan Sabah menanggung sebak dan pedih yang hanya mampu di tutup dengan senyuman tawar selama berpuluh tahun sedang semenanjung pula bahagia tanpa segan silu membangun maju dengan sektor ekonomi yang mapan jauh ke depan.


USNO BAHARU : EDISI 2019-SEMANGAT 61'

USNO baharu umpama terbangun dari lena yang panjang.

USNO baharu seakan mula sedar betapa hak-hak Sabah itu selama ini disonglap ketika ia 'ditidurkan' dalam keterpaksaan.

USNO baharu bangkit bersama jiwa anak-anak muda yang mulai sedar akan tanggungjawabnya.

Bangun dengan dorongan veteran politik yang menjadi tulang belakang kebangkitan anak jati Sabahan itu sendiri.

USNO baharu hari ini mahu berdiri dan bertekad untuk tidak lagi terawang-awang dan diperbodohkan oleh pihak lain.

USNO baharu hari ini sudah tidak ingin lagi bermimpi di siang hari dan tidak ingin lagi di janjikan bulan dan bintang apatah lagi mahu mengikut telunjuk orang lain.


JEMAAH KEPIMPINAN USNO BAHARU HARI INI
(Jawatankuasa sementara / EGM di jangka selepas bulan Syawal)

USNO baharu diketuai oleh Tuan Ibrahim Linggam sebagai Presiden (dipilih) manakala timbalannya ialah Puan Leong Chau Chu.

Tuan Kok Yin Thau di lantik sebagai Naib Presiden,Matbeh Hj.Ismail (SU),Hasai Tudai (Bendahari),Ketua Penerangan Datuk Musli Oli,manakala 11 Ahli Majlis Tertinggi di pilih untuk berada dalam Jawatankuasa Tertinggi parti.

USNO baharu juga turut melantik SU Kerja baharu iaitu Tuan Laliman Kemad manakala Ketua Pemuda USNO diketuai oleh Sdr Zamzuri TS Pandikar Amin Mulia.

Adalah difahamkan bahawa pejabat perhubungan parti ini terletak di Tanjung Aru Plaza,Kota Kinabalu Sabah dan akan memulakan operasi pentadbirannya dalam tempoh terdekat ini.


PILIHANRAYA KECIL P.186 SANDAKAN 2019

PRK Sandakan dijadikan sebagai tapak pertama memperkenalkan semula USNO baharu ini apabila ahlinya mula bergerak dalam kem pembangkang bagi menyokong calon Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk dimenangkan bersama-sama dengan PBS,Star,UMNO Sabah dan PPRS.

Ramai yang terkejut dan agak tidak percaya dengan kemunculan segerombolan penyokong-penyokong USNO baharu di Sandakan malah kemunculan rombongan tersebut agak menonjol dengan penampilan mereka dengan baju dan lambang USNO baharu.

Bagaimanapun,itulah realitinya hari ini di mana pentas politik Sabah bakal digegarkan dengan kebangkitan semula USNO baharu sebagai wadah perjuangan anak jati Sabah khususnya golongan muda belia dengan berinspirasikan SEMANGAT 61' Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Bin Datu Harun.

Tempikan bagai halilintar akan mula kedengaran membingit laungan 'Berjuang Terus Berjuang' bergema di sana sini kelak bagi mencetuskan suatu fenomena baharu untuk 'Sabah yang betul-betul BAHARU'...

Ini kali lah !!

Wednesday, April 24, 2019


PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN TADAU KAAMATAN

Tabii Pisompuruan.

Bulan 5 tiba lagi. Bagi masyarakat Anak Negeri serta rakyat Sabah amnya, bulan ini sudah sinonim dengan sambutan Tadau Kaamatan.

Sambutan ini secara tradisinya adalah majlis kesyukuran ke atas tuaian padi oleh para petani kita, tetapi dalam era hari ini, warga kita menuai kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang. Pencapaian paling besar bagi warga kita adalah kemantapan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Sabah sejak sekian lamanya. Ini yang kita harus tuai sepanjang masa, dan raikan dengan penuh keinsafan.

Justeru, Kaamatan mengingatkan kita bukan hanya perjuangan, pengorbanan dan pencapaian masyarakat kita di masa yang lalu, tetapi juga sebagai ikhtibar, motivasi dan cabaran di esok hari.

Saya ucapkan selamat menyambut Tadau Kaamatan kepada semua yang menganjurkannya di pelbagai platform dari peringkat keluarga di kampung nun jauh di desa sehinggalah di peringkat nasional. 

Semoga sambutan ini terus mengikat keluarga besar kita di Sabah dan dalam masa yang sama mempertahankan warisan budaya dan tradisi Anak Negeri yang ikonik kepada Sabah.

Juga semoga lebih banyak kejayaan dan pencapaian hasil tuaian kita pada tahun berikutnya. Mari menggembleng usaha bersama ke arah kejayaan dan pencapaian positif agar kita mempunyai sebab yang lebih nyata meraikan keramaian ini. 

Tombolog mulud-tulud mogihum do sokoon,
Kasako bunga id tanga koumaan,
Ounsikou ginawo ku koruba tambalut om tobpinai toinsanan,
Tanda togirot piombolutan om pisompuruan.

Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan.

#TerusCemerlang

EWON BENEDICK
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
ADUN Kadamaian
Naib Presiden UPKO



Friday, April 12, 2019

UMNO KOTA BELUD MASIH KUAT & KUKUH : FADLI JUANAS

KOTA BELUD : UMNO Kota Belud masih kuat dan kukuh berikutan sokongan ahli akar umbi yang masih setia dengan parti keramat itu.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO P169 Kota Belud,Tuan Haji Fadli Juanas mengesahkan sejumlah 32,098 ahli masih setia bersama UMNO Kota Belud mengikut perangkaan terkini semasa persidangan bahagian baru-baru ini.

"UMNO Kota Belud masih relevan malah ianya semakin kuat dan kukuh setelah melalui pemutihan yang berlaku dan kami menjangkakan,semakin ramai yang akan menyertai sebagai ahli baharu dan juga 'kekembalian' penyokong-penyokong yang dahulunya terpancing dengan janji-janji kosong pada PRU14 lalu," katanya kepada Geng Ngayau Sabahitz_Online disini.

"Alhamdulillah...UMNO Kota Belud masih mampu berdiri dan terus berjuang.Kali ini dengan semangat yang kental dari pejuang-pejuang yang setia pada parti keramat ini," ujarnya lagi.

Persidangan UMNO Bahagian berlangsung baru-baru ini dengan kehadiran begitu ramai penyokong-penyokong yang setia.Malah,Ketua-ketua cawangan daan ketua-ketua sayap Wanita,Pemuda dan Puteri berduyun-duyun hadir memenuhi Majlis Perasmian Persidangan Cawangan-Cawangan itu di tiga DUN iaitu Tempasuk,Usukan dan Kadamaian.

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh bahagian urusetia pejabat UMNO Bahagian P169 Kota Belud,sejumlah 12,954 orang ahli UMNO masih berdaftar di DUN N8 Usukan,12,371 ahli di DUN N6 Tempasuk dan seramai 6,773 orang ahli berdaftar di DUN N7 Kadamaian.

Statistik ini disenaraikan sehingga 31 Januari 2019 yang lalu dengan jumlah keseluruhan seramai 32,098 orang ahli UMNO P169 Kota Belud.Jumlah tersebut adalah jumlah terkini selepas sesi pemutihan berlaku di 290 buah cawangan di daerah berkenaan.

"UMNO Kota Belud sudah melafazkan ikrar untuk taatsetia dan terus berjuang tanpa gentar biarpun di barisan Pembangkang...UMNO Kota Belud akan terus bangkit dan akan menjadi JUARA Rakyat semula," jelas beliau lagi yang telah mengambilalih kerusi Ketua Bahagian tersebut selepas penyandangnya (Datuk Seri Panglima Mohd.Salleh Tun Said Keruak) meninggalkan parti berkenaan bersama-sama dengan Timbalannya,Datuk Musbah Jamli dan Datuk Japlin Akim (naib) bagi membawa haluan politik masing-masing.

"Perkara ini tidak pernah menggugat atau melemahkan semangat juang kami semua untuk terus bangkit mempertahankan hak dan suara rakyat di Kota Belud malah UMNO Kota Belud akan menjadi pembangkang yang hebat dan digeruni," katanya lagi.

Kota Belud merupakan daerah kelahiran UMNO sewaktu ianya diterbangkan masuk ke Sabah pada awal tahun 90an dahulu.Daerah ini terbahagi kepada tiga kawasan persempadanan iaitu Usukan,Tempasuk (kubu kuat UMNO) dan Kadamaian sebagai kubu kuat Parti Bersatu Sabah.

Pada PRU14 yang lalu,Kadamaian diberikan kepada calon UPKO-BN (Ewon Benedick (Datuk)) atas tiket Barisan Nasional manakala UMNO-BN bertanding di kerusi Usukan (Datuk Japlin Akim) dan Tempasuk (Datuk Musbah Jamli).Ketiga-tiga kawasan ini dimenangi oleh Barisan Nasional.

Bagaimanapun,selepas hari pengundian tersebut UPKO mengisytiharkan keluar dari BN dan menyertai Warisan sebagai rakan komponen.Datuk Musbah Jamli (Tempasuk) dan Datuk Japlin Akim (Usukan) pula kemudiannya mengisytiharkan diri keluar dari BN dan menjadi Wakil Rakyat Bebas.Ini sekaligus melucutkan keanggotaan dua wakil rakyat berkenaan dari UMNO manakala Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said (tewas kerusi parlimen atas tiket UMNO-BN) kemudiannya ikut serta dan mengosongkan kerusi Ketua Bahagian UMNO P169 Kota Belud.

Terkini,Musbah (Tempasuk) menyertai Warisan manakala Japlin pula menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

SUARA RAKYAT PENTING : ISNIN
Tekad ADUN Klias di hari pertama Sidang DUN ke-15

KOTA KINABALU : Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah ke-15 bagi penggal kedua 2019 semalam menyaksikan 9 orang wakil rakyat PPBM Sabah memulakan sesi dewan di pihak kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N25 Klias,YB Datuk Isnin Aliasnih berkata dengan kemasukan beliau bersama 8 lagi ADUN yang lain yang diketuai oleh YB Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Hj.Noor selaku Ketua Perhubungan Bersatu Negeri,suara dan permasalahan rakyat akan lebih telus dan sampai kepada kerajaan untuk di ambil tindakan.

"Beginilah politik sebenarnya,perkara berlaku boleh jadi tiba-tiba dan sering berubah cuaca tetapi apa yang penting,sebagai wakil kepada rakyat,kita harus teruskan hasrat kita demi kesejahteraan rakyat dengan mandat yang diberikan," katanya.

"Sikap ego harus dipinggirkan dahulu..Inspirasi rakyat harus diutamakan kerana itu mandat yang telah rakyat berikan pada kita," ujarnya lagi.

Sidang Dewan Undangan Negeri ke-15 bagi penggal kedua disempurnakan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di sini semalam.

Pada 10 April lepas,PPBM Sabah (Bersatu) dirasmikan pelancarannya oleh Pengerusi Bersatu YAB Tun Dr.Mahathir Mohamad di Dewan Besar ITCC,Penampang yang dihadiri hampir 50,000 orang warga Sabah.

YB Datuk Isnin Aliasnih merupakan salah seorang dari 7 wakil rakyat yang menerima kad keahlian VIP parti berkenaan daripada Tun Mahathir yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia selain ADUN Apas YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan,YB Datuk Japlin Hj.Akim (Adun Usukan),YB Matbali Musah (Adun Lumadan),YB Datuk Arifin Arif (Adun Membakut) dan YB Datuk Ghulamkhan Bahadar (Adun Kawang) manakala Adun Sulaman YB Datuk Seri Panglima Hajiji Hj.Noor dan YB Datuk Seri Panglima Hj.Masidi Manjun (Adun Keranaan Ranau) sudahpun menerima kad keahlian masing-masing sebelum ini.


Monday, April 1, 2019

PERANG NETIZEN ISU SALLEH KERUAK

KOTA KINABALU : Netizen di media sosial perang mulut mengenai isu Salleh Said Keruak Ada RM200 Juta Untuk Kuasai Bersatu di Sabah.

Gelanggang debat media sosial tersebut terbuka apabila sebuah portal berita di Sabah mengeluarkan satu berita yang mengejutkan semua pihak.Makanya,sejak 24 jam lalu,laman sosial dijadikan sebagai medan tempur golongan Cytro dan penganalisa politik bebas serta netizen pelbagai genre.

Tinjauan Krew Geng Ngayau SABAHitz_Onine memperincikan setiap komen setelah membaca beberapa kali laporan berita berkenaan.Rata-rata,netizen mengambil kesempatan untuk mengeluarkan kenyataan yang pedas terhadap DSP Salleh Tun Said seolah-olah perkara tersebut adalah benar dan nyata.

Tidak kelihatan pula komen pengamal-pengamal media mengenai isu ini.Admin berpendapat,media lebih mengetahui.

Bagaimanapun,kebanyakan netizen lebih mengenali siapa sebenarnya DSSK,mantan Ketua Menteri dan juga mantan Menteri di kabinet persekutuan.Netizen yang lebih mengenali DSSK,ingat akan komitmen dan jasa DSSK terhadap kepembangunan Sabah dan Malaysia amnya.Manakala sebahagian lagi melontarkan kritikan pedas dan ekstrem berkenaan dengan isu ini.

DSSK sememangnya amat popular malah beliau juga sangat disegani di daerah kelahirannya,Kota Belud.Banyak perubahan dan kemajuan di bawa oleh beliau sejak memegang jawatan politik di dalam kerajaan.Tidak ada yang berani menafikan kecuali musuh-musuh politik DSSK itu sendiri ataupun kalangan mereka yang pernah tidak sebulu dengan anak mantan TYT ini.

Admin bukanlah mahu menyebelahi DSSK.Sebenarnya,banyak yang Admin tidak bersetuju dengan DSSK sepanjang 20 tahun sebagai pengamal media.Malah,sewaktu DSSK menjawat Menteri KKMM dulu pun,Admin banyak mengeluarkan komentar yang agak keras di suratkhabar dan media sosial.

Tetapi di dalam isu di atas,Admin tahu,DSSK bukan begitu orangnya.Bagi Admin,isu tersebut lebih kepada fitnah dan serangan peribadi pihak-pihak tertentu untuk mengaibkan nama baik DSSK.Bagi Admin,sewaktu kerajaan terdahulu di mana DSSK berjuang untuk rakyat dan negara,beliau ini Admin katagorikan sebagai 'The Sharp Shooter' yang hebat juga.Beliau lantang mengkritik dan pantas mengambil tindakan.

Soal DSSK dikatakan pernah kritik Tun M dan pujian melambung tinggi pula untuk Najib,itu adalah perkara lumrah.Kritik Tun M,kerana Tun waktu itu berada di pihak pembangkang dan tugas DSSK adalah mempertahankan kerajaan yang di pimpin oleh Najib ketika itu.
(Takkan nak puji orang lain dan bidas boss sendiri pula...Jika anda bekerja dengan majikan,beranikah anda mengkritik bigboss anda dan puji bos orang lain di hadapan majikan sendiri ??...Haha..)

Berbalik kepada isu di atas,laporan portal tersebut Admin anggap sebagai fitnah dan serangan peribadi oleh pihak tertentu.Admin juga tidak begitu gemar apabila nama pemimpin-pemimpin lain turut dikaitkan dalam isu ini seolah ianya berhubungkait.
Nampak sangat laporan itu berat sebelah kerana menyerang peribadi orang lain tanpa mengemukakan sebarang bukti dari pihak berkuasa.Umpama,melontar batu-sembunyi tangan.Itu bukan tindakan yang matang dan professional.
Admin ada berhubung dengan DSSK untuk mendapatkan komen mengenai isu ini kelmarin dan DSSK mengatakan bahawa ianya Fitnah dan Tuduhan Palsu.

Begitu banyak tuduhan Tidak Masuk Akal yang di tulis mengenai DSSK dan pemimpin lain terpapar pada laporan portal berkenaan.Malah ulasan-ulasan penganalisa politik seperti Sdr Musli Oli cukup berkesan untuk mematahkan serangan fitnah tersebut.


Tidak perlu tuduh Datuk Salleh ada RM200 juta selepas tinggalkan UMNO. Kamu tahukah Datuk Salleh Said sudah memiliki harta dan wang ringgit lebih dari RM200 juta sebelum menjadi Menteri Persekutuan.
Skg kamu serang SSK kerana satu tulisan dari blog yg tidak bertanggungjawab. Satu tuduhan yg belum ada bukti dan tidak berasas, kamu sudah cerca dan hina bekas KM itu. Kenapa bah? Ada Datuk Salleh hutang duit kamu? Pernah Datuk Salleh hutang duit tok nenek kamu? Pernah dia makan beras kamu? Atau Tok nenek kamu yg banyak hutang dgn dia?
Bila SSK dilantik jadi Pengerusi Perhubungan UMNO yg baru menggantikan Tan Sri Musa Aman, secara berjemaah kamu bantah. Kamu hentam dia. Kamu kata dia tidak layak kerana bukan wakil rakyat. SSK tolak tawaran dengan baik. UMNO kemudian pilih Hajiji jadi pengganti. SSK tidak bantah malah sokong pemilihan Hajiji. Bila Hajiji bawa pemimpin2 dan YB Umno keluar sertai PPBM kamu tuduh Datuk Salleh dalang...Apa bah sebab kamu marah dan benci sangat dgn Datuk Salleh? Apa kamu mahu?

Musli Oli seorang yang tegas mengkritik siapa sahaja.Malah,mantan ketua menteri terdahulu juga pernah dikritik.Buku-buka hasil tulisannya mengenai politik Sabah sangat sinis dan ramalan-ramalan di dalam buku tersebut banyak yang jadi realiti.

Mengapa Musli Oli pertahankan DSSK yang tidak menganggotai mana-mana parti?
Jawapannya : Musli Oli tahu kenyataan portal tersebut adalah bohong belaka.

Apa yang penting ialah,kutukan netizen terhadap DSSK di media sosial dalam isu ini,banyak yang di jawab semula oleh individu-individu tertentu dan dari parti lain.Kutukan itu kemudiannya 'senyap' dan tiada penghujung apabila berjaya dimatikan oleh jawapan yang sahih.

Biarpun pada saat PPBM bakal dilancarkan di Sabah (walhal DSSK bukan ahlinya),serangan ini lebih kepada ketakutan pihak-pihak tertentu dengan 'kemunculan semula' DSSK.
Kerana mereka tahu,DSSK bukan calang-calang ahli politik.DSSK jatuh bangun banyak kali dalam dunia politik tetapi DSSK berjiwa kental serta punya semangat juang yang terwaris dari keturunan pahlawan keluarganya.Kononnya,mereka takut DSSK di angkat jadi pemimpin dek kerana geliganya otak beliau.

DSSK Mastermind ?
Ya benar.Tetapi bukan untuk membelakangi sahabat atau 'membunuh' karier pemimpin lain yang seangkatan dengannya.Sejak puluhan tahun dahulu pun,DSSK memang mastermind pembangunan Kota Belud dan banyak menyumbang untuk negeri-negeri lain sebelum ini.

DSSK Mastermind Bersatu Sabah ?
TIDAK....Beliau seorang yang setiakawan dan hormat kepada rakan-rakan politik yang lain malah beliau juga salah seorang dari pemimpin yang berjiwa rakyat di Kota Belud.Ibaratnya,di panggil membantu,dia datang-tidak di sebut,dia diam...Hanya jauhari yang kenal manikam..

Alhamdulillah.Wassalam

#Keluarkan nama kamu dari list 'pemakan daging saudaramu sendir'
#Fitnah bukan cara untuk memajukan diri..Sama-sama kita jauhi