Monday, April 29, 2019

USNO BANGKIT
 wadah politik baharu-semangat juang 1961


Berbekal semangat 1961 dan tahun-tahun berikutnya USNO baharu bakal bangkit mewarnai senario politik Sabah sebagai sebuah wadah perjuangan untuk rakyat jelata.

USNO dipertaruhkan dengan wadah baharu tetapi akan terus mengekalkan semangat lamanya ketika ianya tertubuh pada tahun 1961 oleh Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Bin Datu Hj.Harun.

Tinjauan di buat dalam beberapa bulan kebelakangan ini mendapati golongan muda khususnya dari suku kaum Berunai dan Bajau Sama merupakan golongan yang beriltizam dengan pewarnaan semula parti tertua negeri di bawah bayu ini.

Melihat kepada situasi yang berlaku,parti ini bergerak secara perlahan-lahan dan senyap dengan berpandukan nasihat dan dorongan veteran politik yang sememangnya berpengaruh serta berpengalaman luas dalam politik.

Ironinya,ahli politik-ahli politik ini pula pernah di didik oleh Allahyarham Tun dan juga merupakan anggota parti berkenaan suatu ketika dahulu.

Kini,semangat golongan muda tertiup kembali dengan tiba-tiba untuk membangkitkan roh USNO 61' ini dengan iltizam dan semangat baharu sebagai landasan untuk meneruskan perjuangan mewarnai pentas politik Sabah.


PRU14 - SUARA ANAK MUDA

Benar...........PRU sebelum ini,USNO seolah kepatahan taring dan cubaan menghidupkannya kembali menempuh jalan penuh liku dan beronak duri.

Saat itu,USNO tidak di pandang pun oleh lapisan umur muda belia kerana kononnya terdapat kepincangan pengurusan yang tidak betul dan ibaratnya,hangat-hangat tahi ayam serta hanya laksana sebuah replika usang yang di cat semula.

Setelah berakhirnya PRU14 yang penuh tragis dan keajaiban,USNO seakan terus hilang dan seolah berada di ambang kejatuhan buat kesekiankalinya lagi.


PERUBAHAN SEKALI LAGI ?

Golongan belia muda membuat perubahan besar-besaran umpama Magik yang sukar dilumpuhkan mantera ajaibnya semasa PRU14.

Percaturan politik di Sabah jadi huru hara dengan berbagai peristiwa yang menidakkan suatu peradaban yang sekian lama terbina malah juga merestui peradaban baharu yang menjadi teras perjuangan golongan anak muda ini.

Lalu kini....Hampir setahun peradaban itu berada di takhta rampasan,kepuasan hati anak muda kembali tergetus dan bakal meletus lagi.

Angin perubahan titipan anak-anak muda hari ini,semakin kuat bertiup meskipun PRU15 agak lama lagi.

Angin ini adalah angin siulan anak-anak muda yang kebanyakannya mula merasa bosan dengan janji yang tidak tertunai,hala tuju yang mula terpesong dan sokongan mereka terhadap parti pemerintah mula goyah akibat isu-isu sensitif di luar jangkaan mereka selain diri terasa diabaikan.


USNO AMBIL PERANAN 

Di sinilah titik mula USNO baharu ini seolah dibangkitkan semula dengan gema siulan anak-anak muda yang kembali sedar akan janji tidak tertunai lebih-lebih lagi mengenai isu-isu kenegerian yang melibatkan Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Semangat 1961 dirembeskan di beberapa daerah oleh beberapa pihak yang amat-amat mencintai USNO dan perjuangan Allahyarham Tun sebagai pengasas parti keramat itu.

Golongan muda mula memberikan reaksi yang sangat positif dan menggalakkan malah 'penghijrahan' mula terbentuk sekali lagi dan kali ini diwarnai dengan acuan yang lebih padu,konsisten dan komitmen yang tinggi berbanding dari tahun-tahun sebelumnya.

Apakah USNO akan bangkit merebut 'kejuaraan' sekali lagi di pentas politik Sabah ?

Perlu di ingat,USNO merupakan parti politik tertua di Sabah dan sudah tentu keasliannya cukup terpelihara sebagai PARTI LOKAL yang berbilang suku kaum.

Ramai netizen dan jelata berpendapat (khususnya golongan muda belia) bahawa selepas kemunculan USNO tahun 1961 dahulu,belum ada lagi parti Sabahan lain yang mampu sehebat dan seasli USNO.

Banyak parti muncul di era kegemilangan USNO dan selepasnya...UNKO,PASOK MOMOGUN,,UPKO,BERJAYA,PBS,LDP,PARTI AKAR,BERSEKUTU,STAR,SAPP,PBRS,PPRS,PARTI SETIA,PARTI CINTA SABAH dan Warisan serta macam-macam lagi.

Dari tanah semenanjung pula,mendarat UMNO,DAP,Semangat 46,PAS,PKR,AMANAH (sekadar menyebut beberapa nama) dan senario politik Sabah mengalami kepupusan parti lokal (kalau adapun,keasliannya tercemar dengan campurtangan semenanjung).

Persoalannya,adakah parti-parti ini mampu seasli Parti USNO ?


USNO JATUH SEBAB BANTAH PDA 1974

Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) telah di bantah oleh Allahyarham Tun ketika Presiden USNO itu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Tun Mustapha tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut jika Sabah tidak mendapat sekurang-kurangnya 25% royalti minyak berkenaan.

Natijahnya,Allahyarham Tun Mustapha 'dibaham' oleh pemimpin semenanjung sehingga mengakibatkan kejatuhannya dan USNO.(sumber : KPen USNO Musli Oli)

Jangankan itu,tahun-tahun sebelumnya juga terlalu banyak cubaan untuk menyekat kekuasaan dan kehebatan Tun dan USNO.

Malah,USNO turut terjebak dengan permainan semenanjung ini akibat bulan dan bintang yang dijanjikan sehingga terbentuknya MA63 pun,ahli-ahli politik Sabah yang terlibat turut di cilok tanpa mereka disedari.

Kesilapan inilah yang membuatkan Sabah menanggung sebak dan pedih yang hanya mampu di tutup dengan senyuman tawar selama berpuluh tahun sedang semenanjung pula bahagia tanpa segan silu membangun maju dengan sektor ekonomi yang mapan jauh ke depan.


USNO BAHARU : EDISI 2019-SEMANGAT 61'

USNO baharu umpama terbangun dari lena yang panjang.

USNO baharu seakan mula sedar betapa hak-hak Sabah itu selama ini disonglap ketika ia 'ditidurkan' dalam keterpaksaan.

USNO baharu bangkit bersama jiwa anak-anak muda yang mulai sedar akan tanggungjawabnya.

Bangun dengan dorongan veteran politik yang menjadi tulang belakang kebangkitan anak jati Sabahan itu sendiri.

USNO baharu hari ini mahu berdiri dan bertekad untuk tidak lagi terawang-awang dan diperbodohkan oleh pihak lain.

USNO baharu hari ini sudah tidak ingin lagi bermimpi di siang hari dan tidak ingin lagi di janjikan bulan dan bintang apatah lagi mahu mengikut telunjuk orang lain.


JEMAAH KEPIMPINAN USNO BAHARU HARI INI
(Jawatankuasa sementara / EGM di jangka selepas bulan Syawal)

USNO baharu diketuai oleh Tuan Ibrahim Linggam sebagai Presiden (dipilih) manakala timbalannya ialah Puan Leong Chau Chu.

Tuan Kok Yin Thau di lantik sebagai Naib Presiden,Matbeh Hj.Ismail (SU),Hasai Tudai (Bendahari),Ketua Penerangan Datuk Musli Oli,manakala 11 Ahli Majlis Tertinggi di pilih untuk berada dalam Jawatankuasa Tertinggi parti.

USNO baharu juga turut melantik SU Kerja baharu iaitu Tuan Laliman Kemad manakala Ketua Pemuda USNO diketuai oleh Sdr Zamzuri TS Pandikar Amin Mulia.

Adalah difahamkan bahawa pejabat perhubungan parti ini terletak di Tanjung Aru Plaza,Kota Kinabalu Sabah dan akan memulakan operasi pentadbirannya dalam tempoh terdekat ini.


PILIHANRAYA KECIL P.186 SANDAKAN 2019

PRK Sandakan dijadikan sebagai tapak pertama memperkenalkan semula USNO baharu ini apabila ahlinya mula bergerak dalam kem pembangkang bagi menyokong calon Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk dimenangkan bersama-sama dengan PBS,Star,UMNO Sabah dan PPRS.

Ramai yang terkejut dan agak tidak percaya dengan kemunculan segerombolan penyokong-penyokong USNO baharu di Sandakan malah kemunculan rombongan tersebut agak menonjol dengan penampilan mereka dengan baju dan lambang USNO baharu.

Bagaimanapun,itulah realitinya hari ini di mana pentas politik Sabah bakal digegarkan dengan kebangkitan semula USNO baharu sebagai wadah perjuangan anak jati Sabah khususnya golongan muda belia dengan berinspirasikan SEMANGAT 61' Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Bin Datu Harun.

Tempikan bagai halilintar akan mula kedengaran membingit laungan 'Berjuang Terus Berjuang' bergema di sana sini kelak bagi mencetuskan suatu fenomena baharu untuk 'Sabah yang betul-betul BAHARU'...

Ini kali lah !!

No comments:

Post a Comment