Wednesday, April 24, 2019


PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN TADAU KAAMATAN

Tabii Pisompuruan.

Bulan 5 tiba lagi. Bagi masyarakat Anak Negeri serta rakyat Sabah amnya, bulan ini sudah sinonim dengan sambutan Tadau Kaamatan.

Sambutan ini secara tradisinya adalah majlis kesyukuran ke atas tuaian padi oleh para petani kita, tetapi dalam era hari ini, warga kita menuai kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang. Pencapaian paling besar bagi warga kita adalah kemantapan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Sabah sejak sekian lamanya. Ini yang kita harus tuai sepanjang masa, dan raikan dengan penuh keinsafan.

Justeru, Kaamatan mengingatkan kita bukan hanya perjuangan, pengorbanan dan pencapaian masyarakat kita di masa yang lalu, tetapi juga sebagai ikhtibar, motivasi dan cabaran di esok hari.

Saya ucapkan selamat menyambut Tadau Kaamatan kepada semua yang menganjurkannya di pelbagai platform dari peringkat keluarga di kampung nun jauh di desa sehinggalah di peringkat nasional. 

Semoga sambutan ini terus mengikat keluarga besar kita di Sabah dan dalam masa yang sama mempertahankan warisan budaya dan tradisi Anak Negeri yang ikonik kepada Sabah.

Juga semoga lebih banyak kejayaan dan pencapaian hasil tuaian kita pada tahun berikutnya. Mari menggembleng usaha bersama ke arah kejayaan dan pencapaian positif agar kita mempunyai sebab yang lebih nyata meraikan keramaian ini. 

Tombolog mulud-tulud mogihum do sokoon,
Kasako bunga id tanga koumaan,
Ounsikou ginawo ku koruba tambalut om tobpinai toinsanan,
Tanda togirot piombolutan om pisompuruan.

Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan.

#TerusCemerlang

EWON BENEDICK
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
ADUN Kadamaian
Naib Presiden UPKO



No comments:

Post a Comment