Friday, April 12, 2019

UMNO KOTA BELUD MASIH KUAT & KUKUH : FADLI JUANAS

KOTA BELUD : UMNO Kota Belud masih kuat dan kukuh berikutan sokongan ahli akar umbi yang masih setia dengan parti keramat itu.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO P169 Kota Belud,Tuan Haji Fadli Juanas mengesahkan sejumlah 32,098 ahli masih setia bersama UMNO Kota Belud mengikut perangkaan terkini semasa persidangan bahagian baru-baru ini.

"UMNO Kota Belud masih relevan malah ianya semakin kuat dan kukuh setelah melalui pemutihan yang berlaku dan kami menjangkakan,semakin ramai yang akan menyertai sebagai ahli baharu dan juga 'kekembalian' penyokong-penyokong yang dahulunya terpancing dengan janji-janji kosong pada PRU14 lalu," katanya kepada Geng Ngayau Sabahitz_Online disini.

"Alhamdulillah...UMNO Kota Belud masih mampu berdiri dan terus berjuang.Kali ini dengan semangat yang kental dari pejuang-pejuang yang setia pada parti keramat ini," ujarnya lagi.

Persidangan UMNO Bahagian berlangsung baru-baru ini dengan kehadiran begitu ramai penyokong-penyokong yang setia.Malah,Ketua-ketua cawangan daan ketua-ketua sayap Wanita,Pemuda dan Puteri berduyun-duyun hadir memenuhi Majlis Perasmian Persidangan Cawangan-Cawangan itu di tiga DUN iaitu Tempasuk,Usukan dan Kadamaian.

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh bahagian urusetia pejabat UMNO Bahagian P169 Kota Belud,sejumlah 12,954 orang ahli UMNO masih berdaftar di DUN N8 Usukan,12,371 ahli di DUN N6 Tempasuk dan seramai 6,773 orang ahli berdaftar di DUN N7 Kadamaian.

Statistik ini disenaraikan sehingga 31 Januari 2019 yang lalu dengan jumlah keseluruhan seramai 32,098 orang ahli UMNO P169 Kota Belud.Jumlah tersebut adalah jumlah terkini selepas sesi pemutihan berlaku di 290 buah cawangan di daerah berkenaan.

"UMNO Kota Belud sudah melafazkan ikrar untuk taatsetia dan terus berjuang tanpa gentar biarpun di barisan Pembangkang...UMNO Kota Belud akan terus bangkit dan akan menjadi JUARA Rakyat semula," jelas beliau lagi yang telah mengambilalih kerusi Ketua Bahagian tersebut selepas penyandangnya (Datuk Seri Panglima Mohd.Salleh Tun Said Keruak) meninggalkan parti berkenaan bersama-sama dengan Timbalannya,Datuk Musbah Jamli dan Datuk Japlin Akim (naib) bagi membawa haluan politik masing-masing.

"Perkara ini tidak pernah menggugat atau melemahkan semangat juang kami semua untuk terus bangkit mempertahankan hak dan suara rakyat di Kota Belud malah UMNO Kota Belud akan menjadi pembangkang yang hebat dan digeruni," katanya lagi.

Kota Belud merupakan daerah kelahiran UMNO sewaktu ianya diterbangkan masuk ke Sabah pada awal tahun 90an dahulu.Daerah ini terbahagi kepada tiga kawasan persempadanan iaitu Usukan,Tempasuk (kubu kuat UMNO) dan Kadamaian sebagai kubu kuat Parti Bersatu Sabah.

Pada PRU14 yang lalu,Kadamaian diberikan kepada calon UPKO-BN (Ewon Benedick (Datuk)) atas tiket Barisan Nasional manakala UMNO-BN bertanding di kerusi Usukan (Datuk Japlin Akim) dan Tempasuk (Datuk Musbah Jamli).Ketiga-tiga kawasan ini dimenangi oleh Barisan Nasional.

Bagaimanapun,selepas hari pengundian tersebut UPKO mengisytiharkan keluar dari BN dan menyertai Warisan sebagai rakan komponen.Datuk Musbah Jamli (Tempasuk) dan Datuk Japlin Akim (Usukan) pula kemudiannya mengisytiharkan diri keluar dari BN dan menjadi Wakil Rakyat Bebas.Ini sekaligus melucutkan keanggotaan dua wakil rakyat berkenaan dari UMNO manakala Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said (tewas kerusi parlimen atas tiket UMNO-BN) kemudiannya ikut serta dan mengosongkan kerusi Ketua Bahagian UMNO P169 Kota Belud.

Terkini,Musbah (Tempasuk) menyertai Warisan manakala Japlin pula menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

No comments:

Post a Comment