Sunday, August 23, 2020

Kenyataan Media

KHIANATI MANDAT RAKYAT JADI BUDAYA WARISAN-UPKO : HERBERT


KOTA BELUD : UPKO adalah parti yang mempunyai tradisi malang dalam sejarah politik Sabah dan tidak boleh dipercayai oleh rakyat Sabah khususnya oleh masyarakat KDMR. Ketika berucap dalam satu majlis pelancaran jentera Parti Bersatu Sabah (PBS) N. 11 Kadamaian di  PDM Tengkurus, Datuk Herbert T. Lagadan menyeru semua pengundi supaya menghukum calon-calon UPKO dalam PRN 16 khususnya di DUN N 11 Kadamaian. Menurut beliau, Pemimpin -pemimpin seperti DSP Madius Tangau dan Datuk Ewon Benedict tidak boleh dipercayai kerana mereka  membawa UPKO bergabung dengan WARISAN selepas PRU 14 sekaligus menghianati permuafakatan Majlis Presiden. Majlis presiden merujuk pakatan tiga parti iaitu PBS, UPKO dan PBRS yang di memeterai sebelum PRU 14 yang bertujuan mengabungkan tenaga, sokongan dan jentera kempen 3 parti terbabit untuk membantu calon yang bertanding memenangi PRU.

Beliau merujuk kedua-dua pemimpin tersebut sebagai pemimpin yang tidak berintegriri dan hanya mengejar jawatan semata-mata. Kenyataan Timbun diperkuatkan oleh kenyataan presiden UPKO Madius bahawa UPKO akan mengikuti sesiapa sahaja yang menjadi Kerajaan.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian En Demis Rumanti , beberapa AJK bahagian, ketua-ketua cawangan mukim Tengkurus, jentera PDM dan  penyokong-penyokong parti.

Timbun seterusnya menyorot kembali perjuangan parti UPKO yang sejak awal gagal menjaga kepentingan politik KDMR. Selepas menang 12 kerusi dalam PRN 1967  parti UPKO yang diasaskan untuk menjaga kepentingan KDMR dibubarkan beberapa tahun kemudian oleh Tun Donald Stephen atas alasan perpaduan rakyat Sabah dan ahlinya diserap dalam USNO yang menguasai kerajaan perikatan bersama SCA. Payar Juman,  adun UPKO partama melompat ke USNO telah di lantik sebagai menteri kebajikan masyarakat.

Catatan 53  tahun yang lalu, mengingatkan kita betapa UPKO adalah parti malang dimana pada tahun 1967 UPKO dibubar untuk ahlinya bekerjasama dengan parti perikatan, lebih malang pada 2018 kerana UPKO menghianati permuafakatan majlis Presiden, mandat rakyat ,tidak boleh dipercayai dan bekerjasama dengan parti mesra PTI.

Monday, August 17, 2020

PRN SABAH : PARTI BARU MUNCUL VS PARTI SEDIA ADA

Tinjauan R.Mikhail@Sabah_OnlineNEWS


Bila saja umum mengetahui terdapatnya gerakan Musa Aman dalam usaha mengumpul sokongan ADUN Sabah bagi membolehkan Kerajaan Sabah pimpinan Shafie Apdal di tukar,seperti wajah politik negeri ini tiba-tiba di timpa pertukaran monsun.

Lima hari gerakan Musa Aman itu berusaha mau mencapai puncak tetapi klimaksnya jadi lain bila Shafie bertindak membubarkan DUN.

Tidak berhenti di situ,kedua-dua pihak mula perang saraf dengan berpaksikan hujah benar di pihak masing-masing tanpa sedar betapa natijahnya berbias kepada rakyat jelata.

Pada saat inilah,para politikus mula melabuh mata kail kerana ikan-ikan besar sudah dilepaskan di dalam sungai.

Ada yang berumpankan air liur dengan mentaksir minda rakyat melalui perjumpaan dengan alasan mahu melihat sejauh mana relevannya diri sendiri di mata pengundi.

Ada yang menangguk di air keruh dengan cubaan menyalakan kembali obor parti yang sekianlama terpadam dengan bercirikan tema baharu.

Ada juga yang berumpankan daging segar untuk mengaut kepercayaan rakyat yang mula merundum akibat tidak dipedulikan pada pasca PRU14.

Lagi lucu,ada juga yang mula kelihatan memberi bantuan itu ini,masuk kampung ke sana ke sini,ikut gotong royong dan mula duduk sebelah warga emas sedangkan mukanya sebelum ini hilang entah kemana.

Inilah senario politik di kala DUN dibubarkan manakala politik tebal muka berduyun-duyun muncul tanpa rasa malu.

Isu lompat melompat parti tidak boleh dijadikan istilah sinonim kepada politik Sabah kerana hal ini juga terjadi di tanah Semenanjung dan Sarawak.

Rakyat pula,ada juga yang lompat parti atau menukar lambang perjuangan semata-mata demi masa depan politik masing-masing.

Menuduh pemimpin atau parti lain sebagai KATAK adalah tidak wajar kerana hampir semua pemimpin merasainya atau terlibat dalam mengusahakannya.

Jadi,adalah wajar jika istilah katak itu digantikan dengan istilah hijrah,yakni berpindah sokongan kepada pihak lain.

Pilihanraya Negeri Sabah (jika terjadi) kali ini merupakan PRN paling unik pernah anda saksikan kerana kemungkinan terdapatnya pertandingan lebih dari 3 penjuru.

Rugi jika tidak terlibat dalam sejarah PRN kali ini kerana ianya tidak mungkin sama dengan PRN atau PRU yang akan datang atau sebelum ini.

Setiap parti punya kelebihan sendiri,biar pun kelemahan itu tetap ada.

Rakyat perlu lebih bijak kali ini dan jangan lagi tersalah pilih seperti PRU14 lalu dalam cubaan untuk mewarnakan kembali politik lama.

Kesilapan undi pilihan perlu diperbaiki pada PRN kali ini sebagai membuktikan bahawa rakyat tidak salah pilih lagi atau ingin mengubah sekali lagi ataupun mandat itu terus dikekalkan.

Melihat kepada kebijaksanaan pengundi di Era Politik Baharu kali ini,hukuman tetap akan dilakukan di beberapa kawasan atau DUN.

Mengikut tinjauan yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan kemunculan parti-parti baru atau parti-parti re-branding belum pasti mampu menjadi suatu 'kuasa baru' kerana rakyat masih lagi trauma dengan pengalaman lalu akibat salah pilih (parti baru).

Tinjauan mendapati,kemunculan semula wajah-wajah ikon politik lama boleh menggugat persepsi pengundi tetapi tidaklah sehebat mana kerana rakyat membayangkan dua kemungkinan iaitu 'sistem politik lama' yang tidak relevan lagi dan juga misi otai-otai ini kembali hanya untuk singgahsana Ketua Menteri.

Persepsi rakyat sangat pelbagai dan sukar untuk meletakkan inspirasi mereka mengikut gred-gred tertentu kerana ada di antara mereka sering kelihatan di perjumpaan parti sebelah sini dan kemudiannya esok di parti sebelah situ pula.

Malah,ada persepsi nyata-nyata merengus bila bakal-bakal calon sesebuah parti itu terdiri daripada golongan lanjut usia dan 'muka-muka itu juga'.

Rengusan 'tiada muka lain lagi kah?' sering kedengaran terutamanya di kalangan anak-anak muda belia yang baru mahu mengundi kali ini.

Kebosanan dengan karenah birokrasi,nepotisme dan kronisme masih membayang di mata rakyat selepas PRU14 dan adalah kemungkinan,situasi sebegini bakal membawa sekali lagi angin perubahan di persada politik Sabah.

Di MedSos,kalangan petugas cytro mula muncul dengan post-post kempen lebih-lebih lagi bila menyedari ikon politik lama ini bakal beraksi di pentas PRN.

Rengusan rakyat dan persepsi di tangkis dengan berbagai cara dan alasan semata-mata demi meraih sokongan tetapi,adakah cara itu berkesan ?

Kempen mengetengahkan calon PRN bukan sekadar hebat di pesbuk semata tetapi rakyat lebih suka membuat ukuran berdasarkan prestasi dan kewajipan calon-calon ini di masa lalu.

Menyakinkan pengundi bukanlah begitu mudah kerana pengundi hari ini tidak boleh di suap lagi dengan janji-janji atau imbalan tunai seperti dahulu.

Hari ini,jika di beri janji,mereka akan cakap 'ok bos'....Terbaik.

Hari ini,jika di beri imbalan wang ringgit,mereka akan cakap,tengkiu bosku....Kau jugalah pemimpin.

Esok lusa,warna baju boleh di tukar...Lambang bendera turun naik....Hukuman tetap dijalankan.

Rakyat hari ini tidak boleh diperkota-katikkan dengan sogokan sistem politik lama...Kau bagi,kami ambil tetapi undi tetap pada yang satu.

Pagi-pagi pakai baju Biru...Tengahari pakai baju putih..Petang sikit tukar lain dan malam kupi2 dengan duit pemberian bakal calon sambil membawang kedunguan manusia lain.

Tiba masa mengundi,berilah apa saja,rakyat tetap menerima....Terima pujukan dan rayuan...Terima sampul saguhati dan sebagainya.

Undinya hanya dia yang tahu kerana dia sudah matang untuk menilai calon mana pilihan hati.

Calon PRN pula,kurangkan lah membuka aib calon lain kerana apabila kau mula memburuk-burukkan orang lain,rakyat akan menilaimu dari kata-kata dan perbuatanmu samada layakkah kau menjadi YB kalau baru bergelar 'calon' sudah mula menunjukkan peribadimu yang jelek.

Akhir kalam,jika PRN itu jadi...Selamat Mengundi.Selamat Berkempen.Selamat Berjuang.

TAHNIAH bila sudah menang dan bergelar Yang Berhormat.

TAHNIAH juga kerana telah berjaya menjadi KULI rakyat.

ps : jangan jadi YB krik-krik bila kuasa sudah di tangan,takut nanti kecundang di pilihanraya akan datang....Rajin-rajinlah check wassap,sms dan pesbuk demi rakyat yang mengundimu.

Sunday, August 16, 2020

PRN ATAU TIDAK,TERUSLAH DEKATI RAKYAT KATA JEFFREY

Oleh Wartawan Sabah_OnlineNEWS

 

KIAWAYAN,TAMBUNAN : StarSabah mengamalkan prinsip terus bekerja dan prihatin terhadap rakyat walau di mana jua di negara ini tanpa mengira masa samada DUN Bubar,pilihanraya ataupun tidak melanda Sabah.

Bercakap selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Santai di Mukim Nambayan,Tambunan semalam,Presiden StarSabah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan menegaskan bahawa amalan 'penunjukan kuasa' di dalam parti bukanlah suatu amalan bagi StarSabah kerana prinsip tersebut boleh merencat keharmonian dan perpaduan di kalangan ahli parti. 

“Samada PRN ataupun tidak,StarSabah tetap terus berjuang demi rakyat Sabah dari berbagai aspek dan cara,kerana itulah komitmen kita yang kekal sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Rakyat perlu pembelaan dan harus didekati setiap masa dan walau dalam keadaan apa sekalipun kerana StarSabah wujud adalah semata-mata untuk perjuangan sebegitu,iaitu membela nasib,masa depan serta hak-hak kepentingan Orang Asal Sabah itu sendiri,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Tambunan itu menyifatkan tindakan sesetengah anasir-anasir untuk ‘menunjukkan kuasa’ di dalam parti adalah bertentangan dengan amalan parti itu sendiri malah kegelojohan budaya sedemikian bakal merosakkan institusi serta perpaduan yang sedia ada.

“Jentera parti sentiasa bersiap siaga sepanjang masa tanpa mengira pilihanraya sudah dekat ataupun tidak kerana StarSabah berbeza daripada parti politik yang lain di mana apabila tarikh pembubaran sudah dekat,barulah mula masuk keluar kampung.

StarSabah tetap berusaha mendekati rakyat di kawasan masing-masing  bermula selepas pilhanraya dan sehingga ke pilihanraya seterusnya tanpa berhenti.”

Jeffrey yang juga merupakan Ahli Parlimen P180 Keningau,turut menyatakan rasa gembira dengan jentera parti di seluruh Sabah yang terus bekerja menemui rakyat dari kampung ke kampung semata-mata untuk memberikan pencerahan dan penerangan tentang perjuangan StarSabah sehingga berjaya membawa masuk lebih ramai keahlian.

Katanya,rakyat kini menaruh kepercayaan dan keyakinan dengan perjuangan parti StarSabah kerana perjuangan itu konsisten sejak parti itu ditubuhkan beberapa tahun lepas lalu tidak mustahil setiap hari,ada saja ahli baru menyertai parti. 

“Jentera parti di setiap kawasan berganding bahu dan punya persepakatan sesama ahli kerana tiada perbezaan antara pejuang lama dan baharu,mereka sama-sama bangkit dan berusaha mendekati rakyat serapat yang boleh.

Istilah permuafakatan dijadikan teras utama dalam pergerakan kerana semua anggota parti mengamalkan prinsip kekeluargaan dan berusaha untuk menolak sebarang persengketaan.

"Musuh tetap ada dalam perjuangan politik...Malah,musuh juga ada di dalam parti dan persekitaran tetapi kita di StarSabah lebih suka mengambil pendekatan supaya musuh itu dijadikan kawan," katanya.

sumber foto Awani

Di dalam perjuangan politik,mencipta musuh yang ramai boleh mengakibatkan karier politik seseorang itu tidak punya masa depan....Maka ada baiknya ambil langkah positif untuk menjadikan musuh-musuh kita itu sebagai kawan dengan harapan agar mereka berubah hati untuk melangkah bersama-sama kita,seperjuangan dan saling sokong menyokong.

"Di arena politik zaman ini,tidak sama dengan dunia politik tahun-tahun sebelumnya kerana kita berhadapan dengan suasana Politik Era Baharu di mana fitnah dan tohmahan adalah intipati perosak minda masyarakat.

Perjuangan politik perlukan minda yang sihat dan jauhi sifat munafik dan adu domba kerana rakyat hari ini menilai setiap apa yang kita perbuat dan apa yang kita lakukan samada secara rutin ataupun di MedSos.

Perjuangan StarSabah adalah perjuangan berasaskan minda sihat dan positif kerana kita ikhlas bersama rakyat dan terus-terusan berusaha untuk mendekati rakyat di masa susah dan di masa senang.

Inilah yang menjadikan StarSabah itu di pandang tinggi oleh masyarakat khususnya para pengundi,selain kita memperjuangkan nasib dalam menuntut hak-hak milik kita sebagai pribumi Sabah,kita juga terus kekal dan relevan sebagai sebuah parti pilihan rakyat setiap masa samada pilihanraya sudah hampir ataupun jauh lagi.

Rakyat pribumi Sabah perlu diutamakan dan tiada istilah ‘tunggu dan lihat’ kerana sikap begitu membuang masa,” jelas beliau lagi.