Sunday, August 16, 2020

PRN ATAU TIDAK,TERUSLAH DEKATI RAKYAT KATA JEFFREY

Oleh Wartawan Sabah_OnlineNEWS

 

KIAWAYAN,TAMBUNAN : StarSabah mengamalkan prinsip terus bekerja dan prihatin terhadap rakyat walau di mana jua di negara ini tanpa mengira masa samada DUN Bubar,pilihanraya ataupun tidak melanda Sabah.

Bercakap selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Santai di Mukim Nambayan,Tambunan semalam,Presiden StarSabah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan menegaskan bahawa amalan 'penunjukan kuasa' di dalam parti bukanlah suatu amalan bagi StarSabah kerana prinsip tersebut boleh merencat keharmonian dan perpaduan di kalangan ahli parti. 

“Samada PRN ataupun tidak,StarSabah tetap terus berjuang demi rakyat Sabah dari berbagai aspek dan cara,kerana itulah komitmen kita yang kekal sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Rakyat perlu pembelaan dan harus didekati setiap masa dan walau dalam keadaan apa sekalipun kerana StarSabah wujud adalah semata-mata untuk perjuangan sebegitu,iaitu membela nasib,masa depan serta hak-hak kepentingan Orang Asal Sabah itu sendiri,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Tambunan itu menyifatkan tindakan sesetengah anasir-anasir untuk ‘menunjukkan kuasa’ di dalam parti adalah bertentangan dengan amalan parti itu sendiri malah kegelojohan budaya sedemikian bakal merosakkan institusi serta perpaduan yang sedia ada.

“Jentera parti sentiasa bersiap siaga sepanjang masa tanpa mengira pilihanraya sudah dekat ataupun tidak kerana StarSabah berbeza daripada parti politik yang lain di mana apabila tarikh pembubaran sudah dekat,barulah mula masuk keluar kampung.

StarSabah tetap berusaha mendekati rakyat di kawasan masing-masing  bermula selepas pilhanraya dan sehingga ke pilihanraya seterusnya tanpa berhenti.”

Jeffrey yang juga merupakan Ahli Parlimen P180 Keningau,turut menyatakan rasa gembira dengan jentera parti di seluruh Sabah yang terus bekerja menemui rakyat dari kampung ke kampung semata-mata untuk memberikan pencerahan dan penerangan tentang perjuangan StarSabah sehingga berjaya membawa masuk lebih ramai keahlian.

Katanya,rakyat kini menaruh kepercayaan dan keyakinan dengan perjuangan parti StarSabah kerana perjuangan itu konsisten sejak parti itu ditubuhkan beberapa tahun lepas lalu tidak mustahil setiap hari,ada saja ahli baru menyertai parti. 

“Jentera parti di setiap kawasan berganding bahu dan punya persepakatan sesama ahli kerana tiada perbezaan antara pejuang lama dan baharu,mereka sama-sama bangkit dan berusaha mendekati rakyat serapat yang boleh.

Istilah permuafakatan dijadikan teras utama dalam pergerakan kerana semua anggota parti mengamalkan prinsip kekeluargaan dan berusaha untuk menolak sebarang persengketaan.

"Musuh tetap ada dalam perjuangan politik...Malah,musuh juga ada di dalam parti dan persekitaran tetapi kita di StarSabah lebih suka mengambil pendekatan supaya musuh itu dijadikan kawan," katanya.

sumber foto Awani

Di dalam perjuangan politik,mencipta musuh yang ramai boleh mengakibatkan karier politik seseorang itu tidak punya masa depan....Maka ada baiknya ambil langkah positif untuk menjadikan musuh-musuh kita itu sebagai kawan dengan harapan agar mereka berubah hati untuk melangkah bersama-sama kita,seperjuangan dan saling sokong menyokong.

"Di arena politik zaman ini,tidak sama dengan dunia politik tahun-tahun sebelumnya kerana kita berhadapan dengan suasana Politik Era Baharu di mana fitnah dan tohmahan adalah intipati perosak minda masyarakat.

Perjuangan politik perlukan minda yang sihat dan jauhi sifat munafik dan adu domba kerana rakyat hari ini menilai setiap apa yang kita perbuat dan apa yang kita lakukan samada secara rutin ataupun di MedSos.

Perjuangan StarSabah adalah perjuangan berasaskan minda sihat dan positif kerana kita ikhlas bersama rakyat dan terus-terusan berusaha untuk mendekati rakyat di masa susah dan di masa senang.

Inilah yang menjadikan StarSabah itu di pandang tinggi oleh masyarakat khususnya para pengundi,selain kita memperjuangkan nasib dalam menuntut hak-hak milik kita sebagai pribumi Sabah,kita juga terus kekal dan relevan sebagai sebuah parti pilihan rakyat setiap masa samada pilihanraya sudah hampir ataupun jauh lagi.

Rakyat pribumi Sabah perlu diutamakan dan tiada istilah ‘tunggu dan lihat’ kerana sikap begitu membuang masa,” jelas beliau lagi.

 

No comments:

Post a Comment