PRN SABAH : PARTI BARU MUNCUL VS PARTI SEDIA ADA
Tinjauan R.Mikhail@Sabah_OnlineNEWS
Bila saja umum mengetahui terdapatnya gerakan Musa Aman dalam usaha mengumpul sokongan ADUN Sabah bagi membolehkan Kerajaan Sabah pimpinan Shafie Apdal di tukar,seperti wajah politik negeri ini tiba-tiba di timpa pertukaran monsun.
Lima hari gerakan Musa Aman itu berusaha mau mencapai puncak tetapi klimaksnya jadi lain bila Shafie bertindak membubarkan DUN.
Tidak berhenti di situ,kedua-dua pihak mula perang saraf dengan berpaksikan hujah benar di pihak masing-masing tanpa sedar betapa natijahnya berbias kepada rakyat jelata.
Pada saat inilah,para politikus mula melabuh mata kail kerana ikan-ikan besar sudah dilepaskan di dalam sungai.
Ada yang berumpankan air liur dengan mentaksir minda rakyat melalui perjumpaan dengan alasan mahu melihat sejauh mana relevannya diri sendiri di mata pengundi.
Ada yang menangguk di air keruh dengan cubaan menyalakan kembali obor parti yang sekianlama terpadam dengan bercirikan tema baharu.
Ada juga yang berumpankan daging segar untuk mengaut kepercayaan rakyat yang mula merundum akibat tidak dipedulikan pada pasca PRU14.
Lagi lucu,ada juga yang mula kelihatan memberi bantuan itu ini,masuk kampung ke sana ke sini,ikut gotong royong dan mula duduk sebelah warga emas sedangkan mukanya sebelum ini hilang entah kemana.
Inilah senario politik di kala DUN dibubarkan manakala politik tebal muka berduyun-duyun muncul tanpa rasa malu.
Isu lompat melompat parti tidak boleh dijadikan istilah sinonim kepada politik Sabah kerana hal ini juga terjadi di tanah Semenanjung dan Sarawak.
Rakyat pula,ada juga yang lompat parti atau menukar lambang perjuangan semata-mata demi masa depan politik masing-masing.
Menuduh pemimpin atau parti lain sebagai KATAK adalah tidak wajar kerana hampir semua pemimpin merasainya atau terlibat dalam mengusahakannya.
Jadi,adalah wajar jika istilah katak itu digantikan dengan istilah hijrah,yakni berpindah sokongan kepada pihak lain.
Pilihanraya Negeri Sabah (jika terjadi) kali ini merupakan PRN paling unik pernah anda saksikan kerana kemungkinan terdapatnya pertandingan lebih dari 3 penjuru.
Rugi jika tidak terlibat dalam sejarah PRN kali ini kerana ianya tidak mungkin sama dengan PRN atau PRU yang akan datang atau sebelum ini.
Setiap parti punya kelebihan sendiri,biar pun kelemahan itu tetap ada.
Rakyat perlu lebih bijak kali ini dan jangan lagi tersalah pilih seperti PRU14 lalu dalam cubaan untuk mewarnakan kembali politik lama.
Kesilapan undi pilihan perlu diperbaiki pada PRN kali ini sebagai membuktikan bahawa rakyat tidak salah pilih lagi atau ingin mengubah sekali lagi ataupun mandat itu terus dikekalkan.
Melihat kepada kebijaksanaan pengundi di Era Politik Baharu kali ini,hukuman tetap akan dilakukan di beberapa kawasan atau DUN.
Mengikut tinjauan yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan kemunculan parti-parti baru atau parti-parti re-branding belum pasti mampu menjadi suatu 'kuasa baru' kerana rakyat masih lagi trauma dengan pengalaman lalu akibat salah pilih (parti baru).
Tinjauan mendapati,kemunculan semula wajah-wajah ikon politik lama boleh menggugat persepsi pengundi tetapi tidaklah sehebat mana kerana rakyat membayangkan dua kemungkinan iaitu 'sistem politik lama' yang tidak relevan lagi dan juga misi otai-otai ini kembali hanya untuk singgahsana Ketua Menteri.
Persepsi rakyat sangat pelbagai dan sukar untuk meletakkan inspirasi mereka mengikut gred-gred tertentu kerana ada di antara mereka sering kelihatan di perjumpaan parti sebelah sini dan kemudiannya esok di parti sebelah situ pula.
Malah,ada persepsi nyata-nyata merengus bila bakal-bakal calon sesebuah parti itu terdiri daripada golongan lanjut usia dan 'muka-muka itu juga'.
Rengusan 'tiada muka lain lagi kah?' sering kedengaran terutamanya di kalangan anak-anak muda belia yang baru mahu mengundi kali ini.
Kebosanan dengan karenah birokrasi,nepotisme dan kronisme masih membayang di mata rakyat selepas PRU14 dan adalah kemungkinan,situasi sebegini bakal membawa sekali lagi angin perubahan di persada politik Sabah.
Di MedSos,kalangan petugas cytro mula muncul dengan post-post kempen lebih-lebih lagi bila menyedari ikon politik lama ini bakal beraksi di pentas PRN.
Rengusan rakyat dan persepsi di tangkis dengan berbagai cara dan alasan semata-mata demi meraih sokongan tetapi,adakah cara itu berkesan ?
Kempen mengetengahkan calon PRN bukan sekadar hebat di pesbuk semata tetapi rakyat lebih suka membuat ukuran berdasarkan prestasi dan kewajipan calon-calon ini di masa lalu.
Menyakinkan pengundi bukanlah begitu mudah kerana pengundi hari ini tidak boleh di suap lagi dengan janji-janji atau imbalan tunai seperti dahulu.
Hari ini,jika di beri janji,mereka akan cakap 'ok bos'....Terbaik.
Hari ini,jika di beri imbalan wang ringgit,mereka akan cakap,tengkiu bosku....Kau jugalah pemimpin.
Esok lusa,warna baju boleh di tukar...Lambang bendera turun naik....Hukuman tetap dijalankan.
Rakyat hari ini tidak boleh diperkota-katikkan dengan sogokan sistem politik lama...Kau bagi,kami ambil tetapi undi tetap pada yang satu.
Pagi-pagi pakai baju Biru...Tengahari pakai baju putih..Petang sikit tukar lain dan malam kupi2 dengan duit pemberian bakal calon sambil membawang kedunguan manusia lain.
Tiba masa mengundi,berilah apa saja,rakyat tetap menerima....Terima pujukan dan rayuan...Terima sampul saguhati dan sebagainya.
Undinya hanya dia yang tahu kerana dia sudah matang untuk menilai calon mana pilihan hati.
Calon PRN pula,kurangkan lah membuka aib calon lain kerana apabila kau mula memburuk-burukkan orang lain,rakyat akan menilaimu dari kata-kata dan perbuatanmu samada layakkah kau menjadi YB kalau baru bergelar 'calon' sudah mula menunjukkan peribadimu yang jelek.
Akhir kalam,jika PRN itu jadi...Selamat Mengundi.Selamat Berkempen.Selamat Berjuang.
TAHNIAH bila sudah menang dan bergelar Yang Berhormat.
TAHNIAH juga kerana telah berjaya menjadi KULI rakyat.
ps : jangan jadi YB krik-krik bila kuasa sudah di tangan,takut nanti kecundang di pilihanraya akan datang....Rajin-rajinlah check wassap,sms dan pesbuk demi rakyat yang mengundimu.
No comments:
Post a Comment