Bersama Tetamu Khas Sdr.Kong Soon Choi
Oleh Sam Hj.Othman
Selain menggunakan platform Zooming,pihak kami juga turut menggunakan segala aspek dan sudut untuk cara mana boleh kita melakukan Wawancara Khas bersama Tetamu Jemputan dalam konteks membicarakan isu-siu penting semasa dalam berbagai genre.Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin dikuatkuasakan dalam usaha kita semua membendung penularan dan berusaha melandaikan situasinya,maka pihak Editorial melakukan 'bual bicara' secara teks untuk dipaparkan kepada umum.
Salah satu segmen yang telah berjaya kami utarakan sebagai perkongsian.Tetamu Jemputan kami kali ini ialah Sdr.Kong Soon Choi@Ah Choi,Ketua Wiramuda Star Paginatan,Ranau yang juga merupakan seorang penulis blog dan usahawan muda di Sabah.
Berikut adalah rentetan bual bicara beliau bersama kami di Sabah_Online_News yang dikendalikan oleh Sam Hj.Othman sebagai Moderator Maya.
Tetamu Jemputan : Sdr Kong Soon Choi (KSC)
Tajuk Bicara : Mencerna Makna Sabah Maju Jaya
MODERATOR : Bagaimanakah
anda mencerna makna sebenar 'Sabah Maju Jaya' yang dijadikan slogan terbaru
Sabah masa kini?
KSC : Pada
saya, slogan ini memerlukan komitmen jitu semua peringkat kepimpinan dalam
kerajaan semasa yang ada ketika ini.
Untuk menjadikan ianya suatu realiti, saya sebagai anak muda perlu
berani tampil menyuarakan segala aspirasi rakyat contohnya isu-isu pembangunan
yang tertangguh sekian lama, peluang kerjaya dan peningkatan ekonomi serta
kemajuan sumber manusia lain.
Hentikan
sikap bagai ‘Katak Dibawah Tempurung’ dan kita kena terbuka menerima apa jua
kritikan agar ianya mampu di adun untuk mencapai kesepakatan bagi
mengimplementasikan makna sebenar Sabah Maju Jaya.
MODERATOR : Bagaimanakah
keberkesanannya kepada rakyat apabila ianya dilaksanakan di peringkat
daerah,kampung dan masyarakat luar Bandar?
KSC : Rakyat
masa kini telah bijak menilai.
Bila
mereka mendengar sahaja slogan Sabah Maju Jaya, apa yang terbayang di minda
mereka adalah suatu bentuk pembangunan yang maju dan moden.
Maka dengan itu, jika ia dilaksanakan
diperingkat daerah, kampung mahupun masyarakat luar bandar, sudah tentu
memberikan sinar masa depan cerah kepada seluruh peringkat rakyat.
Inilah yang ditunggu-tunggu oleh segenap
masyarakat di negeri ini....Justeru, mulakan
dengan agenda pembangunan hakiki terlebih dahulu khasnya soal pembaikan
jalan-jalan raya, elektrik dan air kerana itu adalah tuntutan golongan rakyat
bawahan di daerah, kampung dan luar bandar.
MODERATOR : Pada
pandangan anda,dari sudut manakah STAR dibawah pimpinan YB DSP Dr Jeffrey
Kitingan,boleh membela nasib Rakyat khususnya di peringkat akar umbi?
KSC : Peranan
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Menteri Pertanian dan
Perikanan Negeri Sabah ketika ini tepat pada waktunya.
Sebagai presiden Parti STAR, umum mengetahui
majoriti pemimpin dan ahli organisasi politik ini adalah dikalangan masyarakat
Bumiputera Sabahan khususnya suku kaum KDMR.
Sudah tentu mereka mengharapkan peranan dan komitmen jitu DDJK untuk
membela nasib mereka.
Pada saya
perjuangan DDJK sejak sekian lama khasnya dalam memperjuangkan MA63 memberikan
banyak manfaat kepada rakyat akar umbi.
Namun itu diperingkat skop yang lebih luas. Pada masa kini, rakyat akar
umbi khasnya di kampung-kampung agak jarang kedengaran lantang menyuarakan
isu-isu mega, mereka hanya ingin melihat beberapa isu lama dapat diselesaikan.
Antaranya kerosakan jalan raya, ketiadaan
bekalan air dan letrik serta isu-isu komoditi.
Jadi, sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya rasa DDJK wajar
memperjuangkan isu ini secara total terlebih dahulu untuk mempastikan rakyat
akar umbi benar-benar dapat menikmati taraf kehidupan selesa.
Di samping itu, isu-isu bertaraf global dan
‘High Profile’, DDJK memiliki kepakaran dalam penyelesaian isu berkenaan.
MODERATOR : Persepsi warganet sering terpedaya tentang sesuatu perkara atau berita atau perkongsian
yang tersebar dengan kecanggihan teknologi melalui MedSos...Apakah yang anda
harapkan dari warganet berkenaan berita-berita sahih dan sebagainya?
KSC : Dunia
serba canggih ini diakui mampu mempengaruhi sesiapa sahaja.Saya mengambil contoh, masih ramai rakyat di
Sabah yang takut untuk menerima vaksin Covid-19 akibat terlalu terpengaruh
dengan penyebaran berita tidak sahih mengenai vaksin tersebut. Walhal, vaksin itu sebenarnya selamat
diterima.
Justeru, saya berharap, bagi
mereka yang masih menanam minda ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, jangan malu
untuk bertanya kepada mereka yang arif atau memiliki pengetahun tentang sesuatu
perkara.
Dalam masa sama, bagi mereka
yang tergolong sebagai cendikiawan atau bijak pandai, curahkanlah ilmu berguna
kepada mereka yang masih ada keraguan agar golongan ini terus terbuka minda
untuk sentiasa releven dalam menilai sesuatu perkara atau isu.
Saya juga mengharapkan agar kerajaan
memulakan suatu inisiatif untuk mewujudkan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada
pemimpin-pemimpin kampung agar setiap penularan berita tidak sahih ini ditepis
dengan cara mendapatkan bantuan penerangan daripada agensi atau individu
tertentu.
Peranan pemimpin kampung
adalah menjadi perantara masyarakat dan kerajaan...Buat warganet yang gemar menyebarkan berita palsu,
hentikanlah segera kerana tabiat itu hanya sia-sia dan tidak mendatangkan
rezeki kepada anda.
MODERATOR : Apakah
misi dan visi anda di masa hadapan sebagai anak muda yang berjuang melalui
platform politik?
KSC : Visi dan
misi saya sangat mudah.....Saya tidak
mengharapkan untuk menjadi seperti Gong atau pembesar suara.
Kedua-dua alat ini semakin di palu atau
semakin di letak pada mood kuat, maka suara itu kedengaran semakin kuat.
Tetapi bagi saya, sebagai anak muda yang
berjuang menerusi platform politik, saya menanam visi dan misi untuk
mempastikan suara anak muda semakin lantang menyuarakan segala isu yang
membelenggu segenap lapisan rakyat selama ini.
Tidak kira lah isu itu besar atau kecil, asalkan ia memberi manfaat
berguna kepada golongan atau kelompok yang besar, maka anak muda kena
lantang.
Tetapi lantang bukan secara
membuta tuli, sebaliknya secara profesional.
Disamping itu, saya juga telah menggariskan lapan teras perjuangan saya dalam
perjuangan politik iaitu :-
1. WIRAMUDA STAR SABAH MENJADI TIANG UTAMA TERHADAP
PERJUANGAN PARTI YANG MENEGAKKAN AGENDA HAK-HAK SABAH DALAM PERJANJIAN MALAYSIA
1963.
(Suara
Wiramuda Star Sabah akan terus lantang bersama kepimpinan utama parti dalam
mempastikan Hak-Hak Negeri Sabah terus seadilnya diberikan oleh Kerajaan Persekutuan)
2. WIRAMUDA STAR SABAH AKAN MEMPASTIKAN
GOLONGAN MUDA TERUS MENDAPAT PEMBELAAN SEWAJARNYA DARI SUDUT PENINGKATAN
EKONOMI.
(Wiramuda
Star Sabah akan membentangkan idea-idea bernas kepada Kerajaan Pusat dan Negeri
Sabah mengenai saranan-saranan pembukaan sektor perkilangan, pembuatan,
pertanian serta kursus kemahiran yang boleh membantu golongan muda di negeri
Sabah meningkatkan taraf ekonomi mereka)
3. PEMBELAAN TERHADAP PEMBANGUNAN PENDUDUK
PEDALAMAN.
(Wiramuda
Star Sabah akan mempastikan kedaifan hidup penduduk pedalaman negeri Sabah
terus terbela khasnya kanak-kanak sekolah.
Kami akan terus lantang menyuarakan isu-isu kemunduran teknologi
maklumat, jaringan capaian telekomunikasi, jalanraya, air dan bekalan elektrik
yang hingga kini masih membelenggu kehidupan masyarakat pedalaman di Sabah)
4. MEMPROMOSIKAN KEHARMONIAN HIDUP
DIKALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DAN ANUTAN AGAMA.
(Wiramuda
Star Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba meniupkan
sentimen ‘Racist’ bagi memecah-belahkan keharmonian sejagat yang sekian lama
terjalin di negeri Sabah. Sebaliknya,
kami akan terus menjadi contoh kepada masyarakat untuk bersifat adil dan
saksama menyantuni setiap insan tanpa mengira kaum, agama dan budaya kehidupan)
5. BERKERJASAMA DENGAN PIHAK KESELAMATAN
NEGARA UNTUK MEMPASTIKAN NEGARA DAN NEGERI SABAH TERUS AMAN DAMAI.
(Wiramuda
Star Sabah akan menjadi mata dan telinga kepada Pasukan Keselamatan negara
untuk menyalurkan apa juga bentuk maklumat yang boleh mengancam keselamatan
rakyat di negara ini khususnya di Negeri Sabah)
6. WIRAMUDA STAR SABAH BERHASRAT UNTUK
MEWUJUDKAN KOPERASI WIRAMUDA BAGI MEMPASTIKAN KEDUDUKAN EKONOMI SAYAP PARTI
TERUS TERJAMIN.
(Pendapatan
koperasi ini turut akan digunapakai untuk menggerakkan aktiviti kemasyarakatan
khasnya dalam membantu golongan miskin, OKU dan anak-anak yatim)
7. WIRAMUDA STAR SABAH KOMITED UNTUK
MENDESAK AGAR KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI SABAH MENGKAJI SEMULA KADAR HARGA RUMAH
DI NEGERI SABAH YANG TERLALU TINGGI.
(Isu ini
menyukarkan pembeli rumah khasnya dikalangan golongan muda yang baru memulakan
kerjaya memiliki rumah kediaman sendiri)
8. WIRAMUDA STAR SABAH KOMITED
MEMPERJUANGKAN 7 TERAS PERJUANGAN AGENDA BORNEO SEPERTIMANA YANG TELAH
DIGARISKAN OLEH BARISAN BORNEO BERSATU.
(Wiramuda
Star Sabah komited berjuang menuntut pengembalian hak-hak rakyat Sabah dan
Sarawak, syarat serta jaminan yang tidak ditunaikan semasa Pembentukan Malaysia
melalui Laporan Jawatankuasa Antara-Kerajaan (JAK) 1963 yang ditandatangani di
London).
Walau bagaimanapun,
saya percaya, misi dan visi ini tidak mampu saya pikul sendirian.
Ianya sudah
tentu memerlukan kerjasama semua peringkat dalam kepimpinan wiramuda parti.
Adunan kuat dan seimbang antara seluruh AJK Tertinggi dan AJK bawahan amat
penting bagi menjadikan misi dan visi ini lebih kuat untuk direalitikan sebagai
sebuah perjuangan yang memberikan manfaat seluruh peringkat rakyat.
Justeru,
saya akan terus bersedia membuka minda menerima apa jua idea bernas dan baru
dari rakan-rakan seperjuangan bagi menguatkan lagi gerak langkah
merelalisasikan misi dan visi ini.
DEMIKIAN LAH HASIL BUAL BICARA KAMI BERSAMA SDR.KONG SOON CHOI.
Terimakasih.