Thursday, March 12, 2020

JUNZ WONG TAK SEPATUTNYA MENTERI KPIM SABAH
Oleh : Ir. Jovilis Majami

  Ir.Jovilis  

Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong bahawa jawatan YB. Jonathan Yasin iaitu Timb. Menteri Dalam Negeri sepatutnya ditukarkan kepada Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingam yang kini dilantik sebagai Timb. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian merupakan satu kenyataan untuk menyedapkan hati mereka memandangkan parti Warisan langsung tidak mendapat tempat dalam kerajaan baru malahan mereka turut kehilangan beberapa jawatan menteri di peringkat persekutuan.

Disamping kita bersimpati dengan kehilangan jawatan mereka ini, kita juga berasa bersyukur kerana dilihat kehadiran mereka dalam kabinet selama lebih kurang 22 bulan tidak membawa banyak kelebihan kepada rakyat Sabah sebalik ada diantara mereka ini yang menjadi bahan jenaka ketika berada di parlimen serta memperkenalkan sistem yang memudaratkan orang asal Sabah umpamanya PSS.

Selain itu, Junz Wong seharusnya cerminkan dirinya sendiri sama ada jawatan yang diberikan oleh bosnya ketika ini bersesuaian atau tidak dengan latar belakang beliau sehingga industri pertanian dan makanan yang sinonim dengan pekebun kecil dan golongan petani tidak menampakan sebarang perkembangan kerana ketidakcekapan beliau mengurus kementerian ini.

Untuk makluman Junz Wong juga, selepas PRU14 ada perbincangan untuk menubuhkan kerajaan antara Warisan dan STAR tapi Warisan menolaknya kerana tidak bersetuju denagn syarat-syarat yang dikenakan oleh Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Sedangkan syarat-syarat yang dikemukakan oleh presiden STAR itu adalah untuk menyelesaikan sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh Sabah seperti yang diungkit oleh Junz Wong.

Sekiranya Warisan bersetuju menubuhkan kerajaan bersama STAR ketika itu maka hingga ke saat ini kerajaan Sabah yang dibentuk masih lagi merupakan sebuah kerajaan yang kukuh dan disukai rakyat kerana Sabah memiliki sebuah kerajaan yang menjurus kearah menyelesaikan rakyat.

Dan apabila hari ini YB. Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan dan YB. Jonathan Yasin dilantik oleh kerajaan baru Junz Wong tidak sepatutnya perlekehkan perlantikan ini kerana mereka-mereka ini tidak diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka semasa mereka membentuk kerajaan dulu walaupun tangan sudah dihulur untuk menubuhkan kerajaan bersama.

Oleh itu, saya minta supaya jangan perlekehkan perlantikan ini sebaliknya berkerjasama dengan Datuk Dr. Jeffrey dan menteri-menteri yang baru dilantik untuk memastikan Sabah terus maju kehadapan.

Ir. Jovilis Majami
STARSabah

Wednesday, March 11, 2020

CADANG WUJUD SEMULA JPPS : HAJIJI


KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diminta mewujudkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) berikutan Kerajaan Negeri Sabah kini berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, JPPS pernah diwujudkan di Sabah semasa Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah sebagai pembangkang.

Beliau berkata, dengan perkembangan politik mutakhir dan Kerajaan Warisan Sabah kini adalah pembangkang, maka adalah wajar JPPS diwujudkan semula sebagai platform mewakili Kerajaan Persekutuan di Sabah.

Katanya, penubuhan JPPS amat penting sebagai instruments Persekutuan untuk menyelia, memantau dan menyelaras pengagihan peruntukan pembangunan Persekutuan di peringkat negeri.

"BERSATU Sabah mencadangkan  kepada Kerajaan Persekutuan  segera mewujudkan JPPS bagi menjayakan segala program dan projek pembangunan yang disalurkan Pusat kepada Negeri Sabah".


"JPPS juga berfungsi sebagai wakil Kerajaan Pusat, perantara dan penghubung antara Pusat dan Negeri seperti yang telah diwujudkan di negeri Kelantan", katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah di Alamesra, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan juga perlu mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Persekutuan di Sabah bagi memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di peringkat akar umbi.

Katanya, Sabah kini mempunyai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan perlantikannya masih dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, manakala
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pembayaran elaun.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, adalah menjadi amalan biasa peruntukan pembangunan Kerajaan Pusat tidak akan disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri dari parti pembangkang.

Beliau optimis, menerusi JPPS, Kerajaan Pusat dapat membantu membangun dan memajukan Sabah khususnya kawasan luar bandar yang masih ketinggalan merusi peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada JPPS.

"Kita tidak mahu rakyat dan negeri Sabah  rugi dan menderita akibat peruntukan pembangunan tidak sampai kerana Kerajaan Sabah adalah pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan.

Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sekutunya Upko dan PH Sabah kekal menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di blok pembangkang dan tidak kepada Perikatan Nasional (PN) yang menjadi Kerajaan Persekutuan.

Monday, March 9, 2020


Peranan Wanita Penting Dalam Kabinet
WANITA TUNTUT JAWATAN PENTING DI PERSEKUTUAN
Oleh Sam Hj.Othman

  Jainab Ahmad Ayid  

KOTA KINABALU : Melihat kepada situasi terkini politik negara dan pembangunan luar bandar yang agak perlahan kebelakangan ini,penglibatan kaum wanita dalam pentadbiran negara sewajarnya  diberikan keutamaan untuk bersama-sama  pemimpin lain mencorak dan memperkasakan kerajaan dari berbagai sudut penting. 

Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr,Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid menegaskan betapa pentingnya penglibatan kaum wanita dalam sistem pembangunan negara masa kini kerana golongan ini merupakan tulang belakang kepada sesebuah keluarga,institusi dan kejayaan.

“Di kerajaan terdahulu sudah membuktikan peranan kaum wanita sangat penting dan ianya dizahirkan dengan perlantikan Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.

Oleh yang demikian,kita terpanggil untuk mencadangkan agar Ahli Parlimen wanita yang ada di lantik untuk mengetuai jawatan terpenting dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar pentadbiran dan pembangunan bakal seimbang,” kata Jainab dalam satu kenyataannya di sini.

Sebelum ini,Wanita UMNO Sabah mencadang dan menyokong Ketua UMNO Sabah,Datuk Seri Bung Moktar dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Hj.Alamin diberi ruang dlm pembentukan kabinet Menteri Persekutuan sebagai mewakili suara Umno Sabah untuk memberi pandangan, idea dan buah fikiran bagaimana kerajaan baharu ini boleh terus membawa  pembangunan serta kemajuan ekonomi yang pesat di Sabah sambil pada masa yang sama memastikan sokongan dan kerjasama padu dari negeri Sabah kepada pentadbiran Kerajaan baru  PN berterusan,lebih-lebih lagi pada ketika Warisan yang menjadi kerajaan di negari Sabah memilih untuk tidak bersama-sama PN.

“Dato Noraini Ahmad selaku Ketua Wanita Umno Malaysia, sebagai contoh adalah salah seorang Ahli Parlimen Wanita yang layak di beri peluang menjadi Menteri Penuh dalam kabinet kerana beliau bukan saja mewakili Wanita Umno Malaysia, malah mempunyai  berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan kerana pernah jadi Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia masa zaman Pak lah jadi PM.

Kalau kerajaan PH dahulu boleh bagi peluang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan TPM , tidak mustahil PN juga boleh memberikan peluang kepada ramai ahli-ahli Parlimen  Wanita untuk menjawat jawatan Menteri kerana mereka berkelayakan bukan saja dari segi akademik tapi juga berpengalaman luas untuk  ditampilkan bagi menyandang jawatan menteri kabinet dan juga mengetuai GLC atau agensi-agensi kerajaan yang lain,” ujar Jainab lagi yang merupakan mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Menurutnya,Wanita pada hari ini, sama seperti kaum lelaki yang turut berganding bahu  menyumbang kepada kemajuan pesat ekonomi negara seiring dengan peredaran zaman di mana statistik jumlah keseluruhan penduduk  Wanita pun hampir menyamai jumlah penduduk lelaki di negara ini dan ini sudah tentu penglibatan lebih ramai pemimpin Wanita dalam kerajaan sebagai pembuat dasar mewakili suara Wanita secara keseluruhannya.

Sunday, March 8, 2020


Jemaah Kabinet Persekutuan  
WANITA UMNO SABAH CADANG ZAHID,BUNG MOKTAR DAN NORAINI AHMAD 
oleh Sam Hj.Othman  


KOTA KINABALU : Wanita UMNO Sabah menyambut baik saranan Ketua Wanita UMNO Malaysia Dato’ Noraini Ahmad agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berada dalam senarai menteri kabinet yang bakal di bentuk oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin,Perdana Menteri Malaysia.

“Saya menyambut baik sokongan Dato Dr Noraini Ahmad yang mencadangkan Datuk Seri Zahid Hamidi perlu berada dalam barisan kabinet yang bakal dibentuk atas dasar membantu Perdana Menteri mengurus dan mentadbir negara,” kata Ketua Wanita Umno Sabah ,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid dalam satu kenyataannya lewat petang ini.


  Noraini Ahmad  

“Wanita UMNO Sabah juga turut mencadangkan agar Ketua Wanita UMNO Malaysia Dato’ Noraini Ahmad turut berada dalam senarai lantikan menteri kabinet pimpinan Perdana Menteri supaya suara wanita lebih mapan dalam memperjuangkan hak-hak kewanitaan dan keluarga sejahtera.”

Menurutn Jainab lagi,Wanita UMNO Sabah juga mengambil kira pendekatan yang sama mahukan dua Ahli Parlimen Sabah iaitu Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Juga Datuk Mohamad Hj.Alimin turut di lantik menganggotai kabinet persekutuan memandangkan hanya beberapa ahli parlimen sahaja yang kini mewakili Sabah di dalam kerajaan Perikatan Nasional.


UMNO Sabah yang memperolehi otonominya pada Disember tahun lalu mempunyai dua orang Ahli Parlimen iaitu (Kinabatangan) Datuk Seri Bung moktar Radin yang juga merupakan Ketua UMNO Sabah manakala Ketua UMNO P176 Kimanis Datuk Mohamad Hj.Alamin yang merupakan seorang peguam,baru sahaja memenangi kerusi tersebut dalam PRK baru-baru ini.

  Bung Moktar  
“Adalah wajar melantik Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Menteri penuh memandangkan beliau adalah ahli palimen yang berasal dari luar bandar malah mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam skop luar bandar Sabah dan Felda.

Lantikan ini difikirkan perlu atas dasar suara mewakili autonomi rakyat Sabah apatah lagi bila melihat kepada kedudukan Bung yang begitu konsisten di parlimen sejak sekianlama,” jelas Jainab lagi.

  Mohamad Alamin  

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 berikutan perletakan jawatan Tun Mahathir Mohamad yang sekaligus meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah selepas PRU14 yang lalu.

“Kita tahu Kerajaan PH dan Warisan telah melakukan banyak kerosakan dalam sistem pentadbiran dan ia turut sama memberikan impak kepada agihan lantikan pegawai setiap jabatan.

Kerana itu perlu utk Kerajaan Perikatan hari ini menyiasat dan mengkaji semula semua lantikan yang telah dilakukan bagi mengembalikan sistem pentadbiran baharu yang lebih baik dan stabil.

Sebagai seorang wanita yang pernah memegang portfolio kabinet negeri sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Masyarakat Sabah,saya menyarankan agar kerajaan kembali mensasarkan lantikan sekurang-kurangnya 30% Wanita di kabinet persekutuan manakala selainnya turut di lantik memegang jawatan dalam pembuat dasar keputusan dalam mana-mana jabatan dan syarikat GLC,” katanya lagi.

Jainab turut merasakan bahawa usaha ini amat perlu bagi memartabatkan golongan wanita berkerjaya agar diletakkan di tempat yang sepatutnya seiring dengan arus kemodenan hari ini.

“Saya juga turut mengambi kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di Sabah dan Malaysia,semoga kita akan terus bergerak seiring dan berjuang bersama-sama demi hak-hak kewanitaan..Duduk sama rendah-berdiri sama tinggi,” katanya di akhir kenyataan.

Friday, March 6, 2020

hinaan dan kutukan umum  
SAYA SENTIASA TERIMA SEADANYA : JEFFREY  
Dari Hujung Pena Editor Sam Hj.Othman  



Setiap jam berlalu,kritikan,hinaan dan kutukan mengatasi pujian buat seorang tokoh yang sudah puluh tahun menelusuri dunia politik.

Detik jatuh bangunnya ahli politik bernama Jeffrey Kitingan ini sudah tertulis dalam lipatan buku sejarah politik Sabah dan Malaysia yang sudah tentu kronologinya berwarna warni seperti yang diketahui umum.

Beliau sering di kutuk dan di hina dengan begitu hebat sekali sehinggakan ada khalayak umum terpedaya dengan tohmahan tersebut lalu menjelmakan irama kebencian di hati mereka.

Tidak dinafikan semua itu malah ketika diajukan persoalan dengan perkara ini,Jeffrey hanya tersenyum dan menjawab,"saya sentiasa terbuka hati dan menerima semua itu seadanya".

Berbagai hinaan dilemparkan oleh kalangan pembenci tokoh politik tempatan ini seperti menggelarkan beliau sebagai 'katak yang acapkali melompat',malah ada juga yang melabelkan Jeffrey sebagai 'tidak tetap pendirian'.

Kadang,fitnah dilemparkan bermacam-macam terhadapnya seperti gila kuasa dan jawatan di dalam Perikatan Nasional dan juga di fitnah sebagai salah seorang yang menyokong PTI di negeri Sabah ini.

Alangkah sakitnya rasa hati para pembenci Jeffrey Kitingan ini apabila setiap fitnah,tohmahan,kutukan dan cacian itu cuma di jawab dengan senyuman di bibir Jeffrey ??

Berani kerana benar,konsep dan prinsip perjuangan beliau bukan ditunjukkan setahun dua kebelakangan ini tetapi sudah melantun ke seantero benua berpuluh tahun lamanya.

Ingatkah anda sejarah Tahanan ISA melibatkan Jeffrey dan tahukah anda mengapa beliau di tahan di bawah akta berkenaan di sekitar tahun 80an dahulu ??

Nyata dan fakta,perjuangan Jeffrey untuk hak-hak negeri Sabah itu sudah bermula agak lama dan bukan setahun dua sepertimana halnya dengan pemimpin-pemimpin lain yang gah meraung dengan berbagai slogan tentang hak Sabahan ini,tetapi sebelumnya tidak pernah kelihatan di barisan hadapan perjuangan.

Ada pemimpin baru bermula sejak setahun dua lalu dengan menjadikan Perjuangan Hak-Hak Sabah dan MA63 itu sebagai tuntunan karier politik mereka.


Persoalannya,mengapa baru sekarang baru hendak menyebut itu semua perjuangan dan mengapa tidak dislogankan sejak awal menapak di dunia politik ?

Adakah laungan perjuangan hak-hak Sabah mereka itu semata-mata untuk mencari nama dan mengaburi mata rakyat jelata sahaja ?

Seolah-olah,mereka memulakan perjuangan politik mereka dengan menafikan perjuangan Jeffrey yang sudah puluh tahun berlangsung.


Hendak dikatakan otak mereka di lutut,tak patut juga kerana masing-masing punya lulusan akademik dan pengalaman berpolitik.

Pernahkah anda mendengar ucapan Jeffrey tanpa menyentuh soal hak-hak Sabah dan MA63 ??

Andai pernah,nyata sekali anda sudah mendengar ucapan yang di edit dan malang sekali,anda telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang telah berjaya dikelirukan.

Sefakta lagi yang anda perlu ketahui bahawa ini adalah kali kedua Jeffrey menyertai blok kerajaan persekutuan dengan harapan perjuangannya terhadap hak-hak Sabah dan MA63 akan punya kesinambungan yang positif setelah sekian lama bergerak sebagai pembangkang yang nyata kurang memberikan impak.

Mencuba nasib untuk bersuara bagi anak asal Sabahan di peringkat persekutuan adalah tindakan bijak apabila selama ini,ramai pemimpin yang ada menemui jalan tandus dan terhalang dengan berbagai dugaan.

Peluang perlu diberikan kepada Jeffrey untuk kali ini dengan cara mempersandingkan perjuangannya di ketika menjadi pembangkang dahulu itu dengan situasinya ketika berada dalam blok kerajaan kini.

Pasti beliau sudah mempunyai perancangan yang teliti dan bersesuaian untuk 'menggerakkan' sedikit keberhasilan tuntutan rakyat Sabah dengan lebih mapan dan ianya perlu di terima sebagai wadah oleh sekelian rakyat Sabah sebagai satu lagi peluang yang tersedia daripada tiada punya apa-apa langsung.

Soal Jeffrey di dalam kabinet persekutuan pula,itu terserah kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri.



Jika melihat kepada struktur politik negeri Sabah yang unik,pemilihan Jeffrey untuk diserapkan ke kabinet persekutuan adalah wajar kerana 9 MP dari Warisan kini berada di blok pembangkang meskipun masih memegang tampuk pemerintahan negeri Sabah dan kita menghormati pendirian kerajaan Sabah tersebut sebagai pro dan kontra,yakni mereka di bahagian negeri akan terus berjuang untuk hak-hak Sabah (seperti sebelum ini di kerajaan PH terdahulu) manakala Jeffrey bersama Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) dan Datuk Seri Bung Moktar (Kinabatangan) pula,teruskan perjuangan yang sama sebagai kesinambungan usaha.

Kita belum menemui titik gagal dalam usaha mendapatkan hak-hak Sabahan ini cuma kita belum lagi menemui jalan dan landasan yang tepat sepertimana yang sudah diperolehi oleh GPS di Sarawak.

Hakikatnya,Jeffrey si pelantang yang sering melaung-laungkan keberHakkan Rakyat Sabah itu wajar dikembalikan,bakal bersuara lagi di parlimen Malaysia sebagai badan kerajaan persekutuan.

Kepada Cyber-Trooper pihak pembenci,kurangkan lah sedikit dosa menghina,memfitnah dan mengutuk itu sedikit kerana khuatir pula nanti,terkena batang hidung pemimpin sendiri yang di puji melambung tinggi seolah-olah 'pemimpin-pemimpin' mereka itu terlalu suci dari segala dosa politik.

Percaya atau tidak,setiap kali kalian mengutuk dan memfitnah seseorang pemimpin itu,sepuluh kali ganda nama pemimpin itu akan mengharum dan dikenali ramai....Rakyat hari ini bukan lagi otak fikirnya sedungu politik era Usno atau Berjaya atau selepasnya.



Corak fikir rakyat hari ini jauh lebih Advance lagi dan mereka sudah tahu buruk atau baiknya seseorang pemimpin itu meski mereka terhidang saban hari dengan fitnah dan cerca kalian di media sosial....Cerminan kepada situasi ini akan memburukkan nama anda pula kerana di anggap sudah terlalu buta dan taksub tanpa menggunakan otak bijak anugerah Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Siapapun anda dengan tanggungjawab pemimpin politik Sabah dan Malaysia yang dimandatkan oleh rakyat....
Dan dari parti manapun anutan politik anda,haruslah beringat bahawa perjuangan menuntut hak-hak pribumi Sabah perlu terus dipergiatkan tanpa titik noktah agar keberhasilannya kelak bakal dipersembahkan dengan bangga untuk anak cucu cicit kita juga pada tahun-tahun mendatang. 

Demi hak rakyat Sabah.
Demi kesinambungan perjuangan Orang Asal Sabah.
Demi negeri Sabah TanahAirku tercinta.


Wednesday, March 4, 2020

KERAJAAN WARISAN TERBENTUK CARA 'HARAM' : GHAZALIE

  Ghazalie Ansing  
KOTA KINABALU : Pengarah Komunikasi UMNO Sabah, Encik Ghazalie Ansing mendakwa Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman tidak dapat menerima hakikat kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) sekarang "haram" kerana dibentuk selepas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO melompat parti, bekerjasama dengan Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, Aziz cuba mengaitkan tindakan ADUN UPKO itu dengan apa yang berlaku pada tahun 1994 apabila Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah Sabah selepas ADUN Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai BN ketika itu sehingga menyebabkan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meletak jawatan.

"Inilah sebenarnya perbezaan yang ada di antara Kerajaan BN pada tahun 1994 dengan Warisan sekarang kerana pada masa itu Pairin telah meletakkan jawatan selepas mengetahui BN mendapat majoriti berbanding PBS".


"Dalam sistem demokrasi memang sewajarnya Pairin meletakkan jawatan kerana Ketua Menteri baru perlu dilantik iaitu Tun Sakaran Dandai", katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mendakwa, berbeza dengan apa yang berlaku kepada Warisan pada tahun 2018, yang mana Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman masih belum meletakkan jawatan tetapi Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal bersama Warisan telah berunding dengan Yang Di-Pertua Negeri untuk dilantik menjadi Ketua Menteri secara "haram".

"Ini menyebabkan Sabah mempunyai dua Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dilantik secara sah tetapi Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal diantik secara "haram"", dakwa Ghazalie yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau.

Beliau berkata, pelantikan secara haram itu menyebabkan kerajaan Warisan kini juga adalah haram, dan kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi.

"Sekiranya kepimpinan Warisan dan penyokong mereka rujuk kononnya UMNO pun rampas kuasa di Perak pada tahun 2009, itu pun ada perbezaan dengan kes di Sabah".

"Di Perak pada tahun 2009, setelah Kerajaan negeri Perak di bawah PAS dan PH gagal mendapat sokongan majoriti ADUN kerana ada dua orang ADUN kerajaan telah menyokong UMNO, MB Perak,  Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengaku di depan Sultan bahawa kerajaannya telah hilang majoriti dan mahu pilihan raya mengejut diadakan".

"Sultan Perak tidak bersetuju membubar DUN dan akhirnya Sultan menjemput UMNO/BN untuk membentuk kerajaan", tegasnya.

Ghazalie berkata, di Sabah, Musa tidak pernah mengaku hilang majoriti dan mencabar sesiapa pun termasuk Yang di-Pertua Negeri untuk membuktikan dia sudah hilang majoriti di DUN Sabah.

  Foto FMT. 

"Tetapi Warisan tidak pernah menyahut cabaran ini, mereka memilih untuk merampas kerajaan secara haram melalui pelantikan Shafie Apdal", tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tuesday, March 3, 2020

Corat-Coret Politik  
UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN
Oleh Dato' Seri Abdul Rahman Dahlan

Apakah DS Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan 
Lim Guan Eng akan meletak jawatan untuk mengambil tanggungjawab jika undi tidak percaya gagal?

Undi tidak percaya boleh dilakukan di parlimen. 

Walaupun dalam peraturan mesyuarat parlimen Malaysia tidak ada peruntukan spesifik untuk mengusulkan undi tidak percaya, ada beberapa cara untuk menujukkan undi tidak percaya.

Salah satunya ialah dengan tidak meluluskan bajet atau mana-mana rang undang-undang kerajaan yang dibentangkan di parlimen.

Undi tidak percaya kepada kerajaan bukan perkara remeh. Ia memberi kesan yang besar yang akan menyebabkan ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.

Jika undi tidak percaya berjaya maka ada beberapa perkara yang akan terjadi.

(1) Perdana Menteri terpaksa letak jawatan dan kerajaannya terbubar dengan sendirinya.

(2) seorang ahli parlimen dari pembangkang akan menawarkan dirinya sebagai Perdana Menteri baru.

(3) seorang ahli parlimen dari parti pemerintah juga boleh cuba untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen dari semua parti dan menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri baru.

(4) Perdana Menteri boleh menasihati YDP Agong untuk membubarkan parlimen supaya pilihanraya umum diadakan. Itu terpulang kepada kebijaksanaan YDP Agong untuk memperkenankannya atau tidak. 

Tetapi ada satu perkara yang jarang orang perkatakan. Apa jadi jika undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dibawa oleh pembangkang tidak berjaya?

Sebenarnya undi tidak percaya juga bukan saja berkait dengan kredibiliti seorang Perdana Menteri. Ia juga adalah berkenaan kredibiliti pembawa usul.

Apa yang akan berlaku kepada pemimpin pembangkang jika undi tidak percaya gagal?

Bila undi tidak percaya gagal, secara budiman (gentleman), pemimpin parti pembangkang yang membawa usul itu wajib letak jawatan kerana kegagalan yang memalukan itu.

Persoalannya samaada DS Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Guan Eng akan meletak jawatan untuk mengambil tanggungjawab atas kekalahan undi tidak percaya?

Undi tidak percaya adalah perkara serius untuk negara. Ianya tidak boleh dibuat sambil lewa tanpa ada pertanggungjawaban dari pembawa usul.

DARD
03.03.20
Tuaran, Sabah.