Thursday, March 12, 2020

JUNZ WONG TAK SEPATUTNYA MENTERI KPIM SABAH
Oleh : Ir. Jovilis Majami

  Ir.Jovilis  

Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong bahawa jawatan YB. Jonathan Yasin iaitu Timb. Menteri Dalam Negeri sepatutnya ditukarkan kepada Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingam yang kini dilantik sebagai Timb. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian merupakan satu kenyataan untuk menyedapkan hati mereka memandangkan parti Warisan langsung tidak mendapat tempat dalam kerajaan baru malahan mereka turut kehilangan beberapa jawatan menteri di peringkat persekutuan.

Disamping kita bersimpati dengan kehilangan jawatan mereka ini, kita juga berasa bersyukur kerana dilihat kehadiran mereka dalam kabinet selama lebih kurang 22 bulan tidak membawa banyak kelebihan kepada rakyat Sabah sebalik ada diantara mereka ini yang menjadi bahan jenaka ketika berada di parlimen serta memperkenalkan sistem yang memudaratkan orang asal Sabah umpamanya PSS.

Selain itu, Junz Wong seharusnya cerminkan dirinya sendiri sama ada jawatan yang diberikan oleh bosnya ketika ini bersesuaian atau tidak dengan latar belakang beliau sehingga industri pertanian dan makanan yang sinonim dengan pekebun kecil dan golongan petani tidak menampakan sebarang perkembangan kerana ketidakcekapan beliau mengurus kementerian ini.

Untuk makluman Junz Wong juga, selepas PRU14 ada perbincangan untuk menubuhkan kerajaan antara Warisan dan STAR tapi Warisan menolaknya kerana tidak bersetuju denagn syarat-syarat yang dikenakan oleh Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Sedangkan syarat-syarat yang dikemukakan oleh presiden STAR itu adalah untuk menyelesaikan sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh Sabah seperti yang diungkit oleh Junz Wong.

Sekiranya Warisan bersetuju menubuhkan kerajaan bersama STAR ketika itu maka hingga ke saat ini kerajaan Sabah yang dibentuk masih lagi merupakan sebuah kerajaan yang kukuh dan disukai rakyat kerana Sabah memiliki sebuah kerajaan yang menjurus kearah menyelesaikan rakyat.

Dan apabila hari ini YB. Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan dan YB. Jonathan Yasin dilantik oleh kerajaan baru Junz Wong tidak sepatutnya perlekehkan perlantikan ini kerana mereka-mereka ini tidak diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka semasa mereka membentuk kerajaan dulu walaupun tangan sudah dihulur untuk menubuhkan kerajaan bersama.

Oleh itu, saya minta supaya jangan perlekehkan perlantikan ini sebaliknya berkerjasama dengan Datuk Dr. Jeffrey dan menteri-menteri yang baru dilantik untuk memastikan Sabah terus maju kehadapan.

Ir. Jovilis Majami
STARSabah

No comments:

Post a Comment