Peranan Wanita Penting
Dalam Kabinet
WANITA TUNTUT JAWATAN
PENTING DI PERSEKUTUAN
Oleh Sam Hj.Othman
Jainab Ahmad Ayid |
KOTA KINABALU : Melihat
kepada situasi terkini politik negara dan pembangunan luar bandar yang agak
perlahan kebelakangan ini,penglibatan kaum wanita dalam pentadbiran negara sewajarnya diberikan keutamaan untuk bersama-sama pemimpin lain mencorak dan memperkasakan kerajaan dari berbagai sudut penting.
Ketua Wanita UMNO
Sabah,Datuk Dr,Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid menegaskan betapa pentingnya
penglibatan kaum wanita dalam sistem pembangunan negara masa kini kerana
golongan ini merupakan tulang belakang kepada sesebuah keluarga,institusi dan
kejayaan.
“Di kerajaan terdahulu
sudah membuktikan peranan kaum wanita sangat penting dan ianya dizahirkan
dengan perlantikan Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri buat pertama
kalinya dalam sejarah Malaysia.
Oleh yang demikian,kita
terpanggil untuk mencadangkan agar Ahli Parlimen wanita yang ada di lantik
untuk mengetuai jawatan terpenting dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar
pentadbiran dan pembangunan bakal seimbang,” kata Jainab dalam satu
kenyataannya di sini.
Sebelum ini,Wanita UMNO
Sabah mencadang dan menyokong Ketua UMNO Sabah,Datuk Seri Bung Moktar dan Ahli
Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Hj.Alamin diberi ruang dlm pembentukan kabinet
Menteri Persekutuan sebagai mewakili suara Umno Sabah untuk memberi pandangan,
idea dan buah fikiran bagaimana kerajaan baharu ini boleh terus membawa pembangunan serta kemajuan ekonomi yang pesat
di Sabah sambil pada masa yang sama memastikan sokongan dan kerjasama padu dari
negeri Sabah kepada pentadbiran Kerajaan baru
PN berterusan,lebih-lebih lagi pada ketika Warisan yang menjadi kerajaan
di negari Sabah memilih untuk tidak bersama-sama PN.
“Dato Noraini Ahmad selaku
Ketua Wanita Umno Malaysia, sebagai contoh adalah salah seorang Ahli Parlimen
Wanita yang layak di beri peluang menjadi Menteri Penuh dalam kabinet kerana
beliau bukan saja mewakili Wanita Umno Malaysia, malah mempunyai berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan
kerana pernah jadi Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia masa zaman Pak lah
jadi PM.
Kalau kerajaan PH dahulu
boleh bagi peluang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan TPM , tidak
mustahil PN juga boleh memberikan peluang kepada ramai ahli-ahli Parlimen Wanita untuk menjawat jawatan Menteri kerana
mereka berkelayakan bukan saja dari segi akademik tapi juga berpengalaman luas
untuk ditampilkan bagi menyandang
jawatan menteri kabinet dan juga mengetuai GLC atau agensi-agensi kerajaan yang
lain,” ujar Jainab lagi yang merupakan mantan Menteri Pembangunan Masyarakat
dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.
Menurutnya,Wanita pada hari
ini, sama seperti kaum lelaki yang turut berganding bahu menyumbang kepada kemajuan pesat ekonomi
negara seiring dengan peredaran zaman di mana statistik jumlah keseluruhan
penduduk Wanita pun hampir menyamai
jumlah penduduk lelaki di negara ini dan ini sudah tentu penglibatan lebih
ramai pemimpin Wanita dalam kerajaan sebagai pembuat dasar mewakili suara
Wanita secara keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment