Sunday, May 19, 2019

USNO : CUMA PERAHU KECIL,TAPI...


Istilah 'perahu kecil' yang pernah disebut-sebut oleh Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia menarik perhatian,sebenarnya.

Istilah yang perlu di rungkai makna dan intipati serta wajar di lihat dari pelbagai sudut,jika benar anda seorang ahli fikir politik yang benar-benar matang.

Perahu Kecil ini pernah juga diucapkan oleh pemimpin-pemimpin dari sebuah parti dahulu yang menggunakan lambang perahu layar,namun ia tidak disebut 'perahu kecil' tetapi 'kapal kecil' sahaja.

Istilah perahu kecil yang pernah terlontar dari bibir Tan Sri Pandikar membawa maksud bahawa parti USNO baharu yang sedang bangkit ini,sedang bermula dari bawah (yakni-sedikit demi sedikit beranjak/belayar di lautan politik) setelah parti keramat Sabahan ini terkubur puluhan tahun lamanya.

Saya petik beberapa teks ucapan daripada Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia mengenai USNO baharu yang bakal melabuh tirai perjuangannya menjelang PRU15 yang akan datang.

"Penampilan saya dalam politik tanah air kali ini melalui USNO, setelah berpuluh tahun tidak aktif, bukan lah untuk mendambakan kedudukkan dalam kerajaan lagi kerana saya telah duduk dalam kuasa dibawah beberapa Ketua Menteri dan Perdana Menteri dan pada saya semuanya sama, cuma stail sahaja yang berbeza.

Saya juga pernah dalam dunia pembangkang bertahun-tahun..Sewaktu dalam pembangkang, kita boleh lemparkan hujah dan tuduhan sesuka hati untuk mempopularkan diri atau parti kita."

Akan tetapi, semasa dalam kerajaan, kita kena hati-hati apabila kita berhujah. Sebab? Takut nanti, hujah kita akan menghantui kita pada bila-bila.

"Saya aktif politik dalam USNO Era Malaysia Baharu untuk mencurah khidmat dan berkongsi pengalaman dengan pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi sebagai pemimpin baik di hari muka,tapi mereka ini tidak ada tempat di parti-parti politik yang besar dan berkuasa."

"Ayuh! Gen Y..Mari kita bangkit bersama dengan USNO.

Kalau pun sebagai pemimpin dalam UMNO-BN dahulu pada persipsi anda saya buat kesilapan, melalui wadah baharu USNO ini, saya akan perbaiki kesilapan-kesilapan tersebut seperti pemimpin di dalam video clip di bawah ini."

Sebelum PRU 14, disana sini kedengar: SABAH UBAH.

Dengan izinNYA jua, maka landskap politik negeri telah berubah.

Kesan perubahan? Biarlah rakyat yang membuat penghukuman.

Pada PRK Sandakan pula, kedengaran satu lagi Seruan: SABAH KITA PUNYA.

Seruan ini mempunyai pelbagai dimensi pengertian.

Sebab? Perkataan KITA itu tidak semestinya termasuk SAYA dan AWAK dan kalau pun SAYA dimasukkan dalam pengertiannya, TIDAK semestinya saya akan MENGAKU.

Apapun,kesan seruan SABAH UBAH dan SABAH KITA PUNYA telah membangkitkan ramai 'KITA' yang memikirkan untuk menyertai perjuangan USNO Era Malaysia Baharu.

Dengan perjuangan melalui USNO Era Malaysia Baharu ini,maka biar sekerdil manapun USNO pada pandangan pihak lain, setidak-tidaknya USNO ada membuat peranan dalam 'PERUBAHAN' di PRU 15 kelak.

Dan, dengan penyertaan USNO Era Malaysia Baharu pada PRU 15 nanti, Sabah tidak akan dipunyai oleh pihak KITA yang mementingkan 'MEREKA-MEREKA' sahaja.


Politik Bangsa, Rumpun dan Agama.?

Peralihan kuasa politik di Sabah berlaku bukan atas faktor-faktor isu-isu ekonomi, sosial, pendidikan atau sebagainya?

Peralihan terjadi atas sebab agama, bangsa dan rumpun.

. Tun Mustapha vs Tun Fuad Stephen
. Tan Sri Harris vs Tan Sri Joseph Pairin
. UMNO vs PBS
. Tan Sri Musa Aman vs Datuk Shafie Apdal

Dalam Era Malaysia Baharu ini, agaknya apakah isu ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya akan menjadi faktor-faktor yang menentukan kemenagan atau kekalahan?

Apakah Rumpun atau Bangsa atau semangat Kedaerahan akan juga menjadi salah satu isu utama yang menjadi faktor kekalahan atau kemenangan?

. Rumpun Pantai Barat Vs Rumpun              Pantai Timur
. Daerah Pedalaman Vs Daerah                    Persisiran  Pantai

Apakah isu Parti Lokal (Sabah base parti) vs Parti Malaya dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan juga menyumbang sebagai faktor kekalahan atau kemenangan?

USNO Era Malaysia Baharu berada dalam posisi yang agak selesa di tengah-tengah isu-isu yang membungkam alam fikir rakyat jelata saat ini.

USNO cuma ada PERAHU KECIL tetapi sarat dengan angkatan Generasi Muda Belia dan tokoh-tokoh politik penuh pengalaman.

Gen Y dan rakyat jelata original Sabahan,sila hadam dan hayati kenyataan ini.

(rujuk : PaMin Padila Mulia FB)




Saturday, May 18, 2019

NYATA !! USNO BANGKIT HANTUI POLITIK SABAH 

petikan ucapan YBhg Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia, Sandakan Sabah 09/05/2019

USNO Era Malaysia Baharu memerlukan pejuang-pejuang yang bersemangat 'Lawan Tatap Lawan'.

Sudah banyak parti-parti kuat di Sabah yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin lama dan muda yang berpengaruh.

Setiap parti tersebut sudah tiada ruang lagi untuk menerima ahli, penyokong atau pemimpin yang tiada pengaruh, tiada pengalaman, masih ingusan dan otai-otai yang hampir nyanyuk.

USNO Era Malaysia Baharu mendambakan sesiapa sahaja di luar sana yang ada semangat juang 'Lawan TATAP Lawan' untuk menggerakkan USNO dalam misinya dalam kebangkitan semula.

USNO Era Malaysia Baharu mempunyai ruang perjuangan yang luas untuk semua.

Suara-suara sumbang terhadap kebangkitan USNO Era Malaysia Baharu, akan menyemarakkan lagi semangat pejuangnya untuk membantu KEBANGKITAN berlandaskan Semangat 1961.

Komen-komen negatif dari warga dan netizen media sosial bukan mewakili suara rakyat secara keseluruhan tetapi adalah pandangan peribadi. 

Lebih banyak komen komen negatif, maka lebih membara lah juga semangat para pejuangnya.

Kerana, USNO baharu ini bukan USNO tahun 90an.

USNO baharu ini adalah USNO yang miliki angkatan besar hasil dari gabungan generasi muda dan tokoh-tokoh politik berpengalaman. 

Aroma kebangkitannya sudah meresap ke halkum anak jati Sabahan. 

USNO..Bangkit!.

Thursday, May 16, 2019

USNO ERA MALAYSIA BAHARU BERBEKAL SEMANGAT 1961

USNO ditubuhkan pada akhir tahun 1961 sebagai wadah perjuangan rumpun Bumiputera Islam yang pada ketika itu rata rata tinggal dipersisiran pantai.

Perjuangan USNO bersama dengan parti-parti lain, pada masa itu, adalah untuk menuntut kemerdekaan dari British melalui penubuhan Malaysia.

Perjuangan USNO era Malaysia Baharu ini adalah MENUNTUT supaya Putrajaya atau Malaya melihat dan melayan Sabah sebagai negeri merdeka dalam Malaysia yang perlu untuk dibangunkan setara dengan pembangunan pesat di negeri-negeri lain di Malaya.

Memandangkan jurang perbezaan pembangunan di antara Sabah dan negeri-negeri lain di Malaya adalah amat ketara sekali, maka USNO bersama dengan parti-parti lain di Sabah, menuntut supaya pembangunan negeri Sabah dalam semua sektor di percepatkan.

Jaminan dan Perlindungan untuk Sabah yang dimaktubkan dalam Perlembagaan selari dengan Semangat Perjanjian Malaysia 1963 hendaklah dilaksanakan oleh Putrajaya sebagai tindakan mengotakan janji kerajaan PH-Warisan kepada rakyat Sabah.

USNO era Malaysia Baharu ini akan memastikan janji-janji kerajaan Warisan ditunaikan selari dengan seruan mereka, Sabah UBAH kearah pembangunan pesat dan kebaikan-kebaikan lain untuk rakyat.

Selepas Ramadhan, dengan izinNYA USNO akan buat road show ke seluruh pelusuk negeri Sabah untuk menjelaskan perjuangan Parti USNO.

Ringkasnya, perjuangan USNO kali ini adalah untuk MEMBANGKITKAN kesedaran dikalangan generasi muda semangat perjuangan USNO pada tahun 1961. USNO ditubuhkan pada akhir tahun 1961 oleh Tun Mustapha Datu Harun sebagai wadah perjuangan rumpun Bumiputera Islam sewaktu Sabah menuntut kemerdekaan.

Perjuangan USNO kali ini adalah berlandaskan kepada tuntutan PERUNDINGAN BARU atau NEW DEAL dengan Malaya.

Perjanjian Malaysia 1963 ada lah perjuangan pemimpin-pemimpin dahulu untuk memerdekakan Sabah yang pada ketika itu dijajah oleh British.

Perjuangan USNO kali ini adalah perjuangan Negeri Sabah yang merdeka dalam Malaysia. Ianya tidak dilandaskan kepada Perjanjian Malaysia. Tuntutan ini adalah tuntutan baru iaitu Sabah dan Sarawak hendaklah diberikan perhatian yang khusus oleh Putrajaya di atas komitmennya yang sedia ujud di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Monday, May 13, 2019

USNO BANGKIT GEGAR SABAH

oleh MediaUSNObaharu

Kejatuhan USNO akibat permainan politik dari parti-parti lain yang bertalam dua muka bermula di era 70an setelah belasan tahun parti keramat Sabah ini menjadi wadah perjuangan rakyat jelata.

Kini,setelah hampir empat puluh lima tahun berkubur,USNO kembali bangkit dengan nafas perjuangan baharu yang dibaikpulih meneladani kelemahan dan kesilapan terdahulu.

Semua orang tahu,lebih-lebih lagi penyokong tegar Almarhum Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun yang masih hidup saat ini bahawa betapa jujur dan lurusnya insan yang bernama Tun Mustapha ini.

Kelurusan dan kebaikan hatinya sahaja membuatkan rakyat jatuh cinta dengan USNO yang ketika itu diketuai Almarhum.

Kejujuran Tun yang menambat hati rakyat Sabah sehingga berjaya menobatkan USNO menjadi sebuah parti politik yang kukuh dan kuat.

Dan,kejujuran serta kelurusan itu jugalah membuatkan Tun dan USNO tersembam jatuh lalu perlahan-lahan disingkirkan oleh rakyat yang teracun oleh tusukan idealisme politik jahat.

Untuk pengetahuan umum,Tun Mustapha merupakan seorang ahli fikir yang banyak mentelaah dan memiliki hubungan kukuh dengan negara-negara luar yang kaya serta punya pengaruh kuat.

Kelantangannya bersuara di peringkat kabinet nasional cukup digeruni lantaran wibawanya yang bukan alang kepalang hebat.

Pengetahuan beliau ternyata melebih dari jangkauan Perdana Menteri ketika itu iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengesan betapa hebatnya fizikal dan mental Tun Datu Haji Mustapha ini sedang Malaysia saat itu belum cukup kuat pengaruhnya berbanding Mustapha kerana baru sahaja merdeka.

Negara-negara Arab misalnya,mempunyai hubungan yang cukup kuat dengan Almarhum Tun hanya kerana Malaysia dan Tun itu Muslim yang perlu di bantu dengan dana yang cukup besar.

Perancis juga tidak menafikan untuk sama berganding bahu membantu dari segi kewangan kepada Malaysia yang baru saja merdeka dek kerana hubungan diplomatiknya baik dengan Ratu Elizabeth,selaku negara yang masih memantau pentadbiran negara-negara bekas jajah takluknya sebelum ini.

Dari tawaran sebagai Menteri Pertahanan hinggalah ke jawatan Ketua Menteri Sabah,Tun Mustapha menjadi 'bola' di tolak ke sana sini oleh Persekutuan yang sekejap ya,sekejap tidak.

Tun yang sememangnya bijak menghidu permainan politik semenanjung ini,mula memberontak untuk hak-hak tertentu sebelum ianya bertambah rumit dan merugikan Sabah.

Di saat itulah,Tun menjadi bahan permainan mereka sehingga tumbang di tangan parti Berjaya pimpinan Harris Salleh.

Dipendekkan cerita,kemasukan UMNO ke Sabah adalah untuk mengekang kekuasaan politik rakyat tempatan (parti lokal) yang diwakili oleh Parti Bersatu Sabah (PBS).

Saat itu,PBS kononnya lebih bersifat condong kepada suku kaum kadazan dusun dan murut sahaja sehingga kerajaan persekutuan memasang banyak jerangkap samar (strategi) bagi mencantas pemerintahan PBS di Sabah.

Tun Menghembuskan nafas terakhirnya dengan penuh kekesalan kerana terlalu sayangkan USNO dan rakyat Sabah yang ternyata diperbodoh-bodohkan selama ini demi kepentingan Tanah Semenanjung.

Makamnya sarat mengubur duka dan perjuangan anak asal negeri Sabah.

Lebih duka lagi bila ada pihak-pihak tertentu cuba menghidupkan USNO kembali dengan cara mereka sendiri semata-mata mahu mencari nama tanpa menyerapkan nilai-nilai mutlak initipati asal perjuangan 1961 malah sepanjang 45 tahun itu pun,ada pihak-pihak dungu begitu berani menjenamakan semula perjuangan parti USNO sehingga tergamak melarikan wang ratusan ribu (kononnya),atau terkait dengan jenayah penipuan yang mencemar nama baik USNO.

Mereka terlupa bahawa USNO itu,jika mahu dibangkitkan kembali,mestilah dengan izin aura Semangat 1961 Tun Datu Haji Mustapha.

Mereka terlupa,bahawa jika mahu bangkitkan USNO kembali,perlu satu pengorbanan yang sejati sepertimana almarhum Tun korbankan dahulu.

Mereka juga lupa bahawa jika ingin melihat USNO kembali tegak berdiri,ianya perlu sisipan wadah perjuangan,sifat muafakatan,berani kerana benar dan bukan semata-mata mengejar wang tunai untuk dilarikan saat tirai pilihanraya mula berlabuh.

Perlu di ingat,bukan senang untuk mengembalikan kepercayaan rakyat apabila nama sudah di cemar sebegitu teruk sekali.

Keadaan ini memaksa kebangkitan USNO baharu yang amat-amat menuntut pengorbanan.

Pada saat politik Sabah kembali goyah dengan dasar-dasar perjuangan tidak tentu hala bila mana hala tuju parti-parti yang sedia ada bercakaran sesama sendiri,berpecah belah dan format perjuangan yang mula tersasar dari landasan asal,menyebabkan rakyat kembali muak dan loya dengan janji-janji manis.

USNO baharu hari ini umpama memasukkan diri di celah rekah ranting yang patah agar menjadi penyelamat kepada pohon berakar tunjang kekal berdiri.

USNO baharu membangkitkan kembali semangat 1961 Almarhum Tun Mustapha dan di elus begitu tulus dengan wadah dan iltizam perjuangan era baharu.

Kemunculan anak-anak muda mendukung kemaraannya sambil di gilap oleh tokoh-tokoh politik lama yang penuh pengalaman dan ilmu.

Biar apa sahaja anggapan jelata tentang perkara ini,namun USNO sudah berwajah baharu dan beriltizam baharu demi bangsa,agama dan tanahair tercinta.

USNO hari ini adalah dokongan generasi muda belia yang pernah mengubah sebuah kerajaan lama kepada kerajaan baharu sebelum ini.

Dan kini,ketidakpuashatian anak-anak muda belia ini kembali tercetus dan mahukan perubahan lagi setelah merasa tertipu dengan omongan kosong dan janji manis yang dilafazkan oleh sebilangan parti yang di sokong ketika PRU14 yang lalu.

Generasi muda ini akan bangun kembali dengan gelombang yang lebih besar untuk menentukan hala tuju sebenar masa hadapan mereka yang akan menjadi pelapis teraju negara.

Inilah gelombang besar yang bakal menghentam parti-parti Sabah yang sedia ada tidak kira ianya datang dari Semenanjung ataupun yang sedia ada bertapak di bumi negeri di bawah bayu ini.

Bukannya parti-parti tempatan ini tidak kuat dan kurang pengaruh,tetapi kerana parti-parti ini tidak punya kejelasan tentang masa depan Sabah di tangan generasi muda belia.

Mereka sudah bijak menimbang tara dengan parti-parti yang sedia ada.

Hendak menyokong parti A,juangnya lebih kepada kroni dan pihak luar yang tidak punya kepentingan.

Nak sokong parti B,nyata ingin perjuang suku kaumnya sendiri dan mau sokong parti C,D, dan F pula,asal usulnya dari Tanah Semenanjung yang pernah menenggelamkan bahtera USNO dan nakhodanya dahulu.


Lalu,mahu tidak mahu,roh USNO yang sekianlama berkubur itu di seru semula dengan mantera puja semangat asalnya.

Sabah mula goncang dan langkah kanan itu kedengaran berderap hebat rentaknya di bumi Sandakan dalam PRK yang baru lalu.

Itu baru 'satu' permulaan....

USNO datang bukan sebagai pertanding calon tetapi mengibar panji dengan gempita suara sekadar cuma seakan mahu mencuba betapa kuat dan gagahnya Aura Semangat 1961 itu.

Itu saja pun sudah mampu menggelisahkan ramai pemimpin lain.

Dengan itu saja pun sudah berjaya menerbit sakit hati ramai tokoh politik yang beranggapan USNO baharu ini cuma si kokok jalak di pagi hari.

Sedang cemuhan dan juih muncung mulut mereka semakin rancak berbaur gelak ketawa,tiba-tiba sahaja pentas politik Sabah mengalihkan pandangan ke panji-panji USNO yang berkibar megah.

Rakyat jelata umpama terbangun dari tidur yang panjang di setiap ceruk rantau,lembah dan daerah di negeri Sabah.

Mendengar dan melihat USNO baharu ini sudah bangkit dengan penuh semangat dan daya,para pejuang-pejuang USNO veteran muncul satu persatu dengan linangan airmata gembira.

Biar datang bertatih,bertongkat dan tersengguk-sengguk akibat mamahan usia,semangat mereka kental,padu dan jitu untuk berdiri bersama anak muda belia hari ini sebagai memberikan sokongan dorongan,

Biar tiada kudrat di tiap sendi namun pengalaman dan semangat telah mereka resapkan ke jiwa anak-anak muda belia ini agar USNO itu diperkukuh sebagai parti lokal yang ORIGINAL.

USNO baharu...Kemunculannya untuk rakyat jelata yang sedang mencari-cari erti perjuangan sebenar demi Sabah,tanahair tercinta.

USNO baharu...Bangkitnya sebagai parti rakyat yang tidak mungkin membenarkan anasir-anasir asing bermaharajalela di bumi Sabah.

USNO baharu...PARTI LOKAL YANG ORIGINAL !!
SABAH TANAHAIRKU TERCNTA.







Wednesday, May 8, 2019


Kenyataan Media Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia  08/05/2019

PEMBOHONGAN BERPANJANGAN

Kehadiran Anwar Ibrahim dan penampilan Lim Kit Siang di Sandakan buat kali yang kedua pada 7hb Mei adalah suatu menifestasi PEMBOHONGAN YANG BERPANJANGAN

Sewaktu berceramah politik di Masjid Batu 4 Sandakan, beliau mengakui bahawa banyak permasalahan rakyat Sandakan yang perlu ditangani oleh kerajaan pada hari ini.

Akan tetapi, Anwar Ibrahim tidak memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat Sandakan bagaimana masalah itu dapat di atasi. 

Sebaliknya, dalam petikan ceramahnya yang tular di media sosial,Anwar Ibrahim memuji Lim Kit Siang yang hadir bersamanya berbuka puasa.

Kononnya, kehadiran Lim Kit Siang itu adalah menghormati agama Islam.

Dalam ceramah tersebut Anwar Ibrahim juga menekankan bahawa kehadiran beliau dan Lim Kit Siang untuk membantu memenangkan calon PH-DAP, Vivian Wong,adalah kerana kemenangan ini amat mustahak untuk mengekalkan kekuatan kerajaan PH yang MENGHADANG kehebatan cara politik UMNO-PAS.

Yang amat menyakitkan hati warga Sandakan ialah apabila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa PBS cuma menempek,menempel dan menumpang sahaja kepada UMNO-PAS. 

Dalam hujah ini sebenarnya Anwar Ibrahim memperkecilkan rakyat Sandakan termasuk ahli-ahli Parti Warisan, USNO dan parti-parti lain yang tidak bertanding dalam PRK Sandakan.

Parti Warisan yang menunjangi Kerajaan Negeri Sabah bukanlah komponen kerajaan PH.

"Dengan keadaan sedemikian, 'Adakah Parti Warisan itu juga menempel atau menumpang kepada PH kerana tanpa sokongan DAP dan PKR maka Shafie Apdal tidak akan jadi Ketua Menteri Negeri Sabah?'," kata Pandikar lagi.

Pada kebanyakan warga Sandakan khasnya dan Negeri Sabah amnya, kemunculan pemimpin-pemimpin PH dari Malaya dalam PRK Sandakan yang berceramah di sana sini adalah manifestasi PEMBOHONGAN YANG BERTERUSAN.

"Seharusnya, dalam ceramah-ceramah mereka,pemimpin-pemimpin PH dari Malaya ini,harus MEMOHON MAAF kepada rakyat Malaysia di Sandakan atas janji-janji mereka yang telah tidak ditunaikan....Saya ada satu pertanyaan pada Anwar Ibrahim, 'Sudah setahun PH memerintah negara ini, tapi harga minyak tidak juga turun.

Mana sudah perginya janji - HARI INI KITA TAWAN PUTRAJAYA, ESOK HARGA MINYAK TURUN? " Ujarnya lagi.

Dalam beberapa hari ini, kecuali Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir, telah turun ke Sandakan, berkempen untuk memenangkan calon DAP-PH, Vivian Wong.

Sewaktu berada di Sandakan, mereka ini telah menzahirkan pelbagai hujah untuk mempengaruhi pengundi Sandakan.

"Sejak saya berada di Sandakan dari 2hb Mei, membantu calon PBS, Datuk Linda Tsen, saya telah dimaklumkan oleh ramai masyarakat Sandakan berhubung dengan pelbagai  permasalahan....Antaranya ialah dua musibah yang telah berlaku baru-baru ini di Sandakan, iaitu kebakaran di Kampung Gas dan Kampung Air."

"Sehingga hari ini, penduduk-penduduk yang terlibat masih lagi menumpang di rumah-rumah keluarga dan ada yang masih tinggal di rumah sementara kontena (container)," jelas Pandikar sambil menyatakan bahawa ramai di antara mereka ini mengundi dalam kawasan Parlimen P186 sebenarnya. 

Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin dari Putrajaya ini, yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Dr. Wan Azizah dan Menteri Kewangan Lim Guan untuk berkempen memenangkan calon DAP-PH,mereka terlupa untuk mengumumkan -walau sedikit bantuan - kepada mereka yang telah di timpa musibah kebakaran.

Pemimpin-pemimpin dari Putrajaya ini mungkin terlupa atau sengaja untuk tidak mengumumkan bantuan atas sebab mereka sibuk membebel pasal hal 1MDB, Wang Rakyat dicuri, Rasuah, penjimatan wang dari projek ECLR dan lain-lain isu nasional yang tidak pun difahami oleh ramai penduduk Sandakan.

Yang menyakitkan hati rakyat Sandakan ialah sebelum PRK Sandakan ini,tidak ada pun menteri-menteri dari Putrajaya sibuk melawat di Sandakan.

Sunday, May 5, 2019

KUASA RAKYAT : REKTOR PENENTU KERAJAAN

Pada saat arena politik Sabah kian goncang akibat terlalu banyak parti tumbuh bagai cendawan musim tengkujuh, minda masyarakat hari ini seakan di ajak untuk menilai kembali pilihan hati bagi menentukan masa depan tanahair sendiri. 

Amat mudah membuat spekulasi..
-Siapa rektor dan siapa kurator di bumi sendiri ??

Rakyat hari ini bukan lah begitu taksub terhadap kerajaan yang ada malahan rakyat hari ini begitu berani mempertaruhkan undi mereka bagi mengubah peradaban. 

Biar kecil biar besar, keutuhan dan kegemilangan sesebuah organisasi politik itu bisa runyai jika itu yang rakyat mahukan.

Itulah watak Rakyat laksana sebuah Rektor yang mutlak menjana atau membina sebuah kerajaan.

Kerajaan yang didirikan itu pula di beri watak sebagai Kurator,yakni pengurus atau penerus pembangunan demi kesejahteraan dan pembangunan sosio ekonomi rakyat jelata. 


REKTOR BERKUASA MUTLAK MENGGANTI KURATOR

Sejak merdeka, Barisan Nasional gah dengan takhtanya bagai tiada lagi kuasa lain bisa menggugah. 

Ketika itu, puluhan kali PRU menjelang, kerajaan itu tetap pada paksi pemerintahannya sehingga ianya mampu menzahirkan ratusan jutawan politik dan tokoh ilmuwan dalam pelbagai segi. 

Rasionalnya, tidak ada yang miskin jika sudah bergelar ahli politik lebih-lebih lagi kalau pernah memegang jawatan sana sini. 

Sabah tidak kurang hebatnya malah kancah politik Sabah sering diibaratkan sebagai gelanggang paling polemik dan versetail kerana cuacanya sering benar berubah.

Dari tahun 1960an hinggalah ke detik ini, Sabah sudah mencatat ukiran sejarah politik yang paling unik dan penuh warna warni berbanding negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia.

Alangkah setianya jelata Sabahan di era 60an dan 70an dahulu terhadap pemimpinnnya laksana hikayat Tun Tuah mencanai peran si Jebat di balairong astana Sultan Melaka. 

Akibatnya, Tuah dan Jebat tidak sehaluan biar pernah mendukung istilah sedarah sedaging sedari kecil susah senang bersama. 

Kemelut sebegini menjarah kotak fikir masyarakat ketika itu sehingga menerbitkan fahaman berpuak dalam kalangan orang -orang besar negeri yang kemudiannya menular wabak serius itu menjangkiti rakyat akar umbi. 

-Kesultanan Melayu Melaka runtuh bila Portugis masuk campur di dalam kemelut orang melayu itu sendiri. 

Pembesar negeri jadi barua demi kesinambungan mewah dan masa depan jawatannya. 

Itu cerita 510 tahun yang lampau,yang masih segar dan tegar menghantui masyarakat kita hari ini seolah-olah wabak itu tidak punya penawarnya walau ceritanya semakin berlainan dari asal.


WABAK 5 ABAD DI ASIA TENGGARA

-Kerajaan USNO tumbang bila pembesar-pembesar di dalamnya jadi haloba dan terpancing dengan janji-janji indah semimpi bulan purnama .

Era BERJAYA mengambil alih tampuk singgahsana pemerintahan lalu menyambung perancangan asal kerajaan terdahulu sebagai wawasannya untuk rakyat jelata. 

Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah juga mencipta sejarah dan kemudiannya Barisan Nasional bertapak kukuh di bumi Sabah.

Dari satu parti ke sebuah parti lain,Sabah di tadbir dalam berbagai acuan mengikut kemahuan mereka sendiri yang berwatak Kurator itu.

Bila Kuasa Rakyat (Rektor) ingin perubahan,Kurator sekali lagi di pecat dengan begitu tragis lalu mempertaruhkan watak Kurator baharu yang lebih muda dan kurang pengalaman.

Rektor memberikan kuasa penuh kepada Kurator baharu untuk kesinambungan pembangunan dan kemajuan sosio ekonomi negeri Sabah.

Di ulang sekali lagi - Rektor memberikan kuasa penuh kepada Kurator untuk kesinambungan pambangunan dan kemajuan sosio ekonomi negeri Sabah...

Sejak Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Datu Harun memerintah Sabah,kemudiannya diteruskan lagi oleh Ketua Menteri-Ketua Menteri berikutnya,idea dan plan pembangunan itu diwariskan...Cuma saja di tokok tambah dengan idea baharu mengikut peredaran zaman.

Tidak dinafikan,komitmen Tan Sri DSP Musa Hj.Aman sebagai Ketua Menteri,banyak memberikan impak pembangunan yang besar kepada negeri Sabah.

Bagaimanapun,idea dan plan pembangunan itu berasal dari pemimpin terawal di era 60an yang kemudiannya dipercambah lagi ideanya agar lebih bagus,konsisten dan mampu memberikan 'kepuasan' kepada Rektor sebagai BigBoss.


REKTOR LANTIK LAGI KURATOR BAHARU

Parti Warisan Sabah (Warisan) menyaksi kemenangannya menjadi Kurator baharu dalam suasana haru biru 'pemberhentian tugas' kurator lama.

Wabak jangkitan di era 60an bergelombang agak besar kali ini sehingga mampu menyingkirkan kerajaan lama untuk dimaktubkan di dalam sejarah politik Sabah.

Ramai pembesar-pembesar yang mengkhianati kehendak Rektor di beberapa tempat (ADUN) semata-mata untuk menyokong naik Warisan sebagai Kurator Baharu di negeri ini.

Rektor melihat dan menghitung bagaimana kemelut wabak jangkitan ini kembali menular di negeri yang amat-amat dicintai lalu terpaksa juga menerima pasukan Kurator Baharu menyambung plan kemajuan negeri.

Segalanya berlaku begitu pantas sehingga tiba pada titik di mana Kurator mula melupakan kuasa Rektor.

Kurator hampir terlupa bahawa ia di lantik oleh Rektor.

Kurator memang banyak idea baharu untuk kesinambungan kemajuan dan pembangunan negeri tetapi perlu di ingat bahawa plan-plan itu berasal dari mana dan tidak seharusnya diperakui sebagai milik Kurator walau sudah bergelar pemerintah.

Kurator hampir terlupa bahawa semuanya itu berasal dari pemerintah-pemerintah sebelumnya walaupun ada tangan-tangan ghaib cuba mengubah susur galurnya namun acuan,rasa dan baunya tetap yang original.

Sapi punya susu, lembu yang dapat nama : Susu Lembu


KESIMPULANNYA

Kerajaan demi kerajaan (kurator) yang terbentuk di Sabah hasil dari undian rakyat (rektor) yang jiwa fikir mereka di giring ke kiri dan sekejap lagi di giring ke kanan pula pada era 60an hingga 80an dahulu kini mencapai satu ketetapan baru.

Tahun-tahun itu (1960-2000) belum lagi menampakkan kuasa sebenar rakyat dalam menentukan parti mana membentuk kerajaan kerana minda rakyat ketika itu masih terlalu taksub kepada pemimpin malah di peringkat akar umbi pun belum lagi akil  baligh permainan gelanggang  politiknya ketika itu.

Merentasi alaf baharu yang serba canggih,corak pemikiran politik akar umbi (rektor) mula berubah sedikit demi sedikit sehingga ianya mencapai Klimaks setelah pilihanraya umum berusia ke -14/2018.

Begitu lama Sang Rektor berfikir,mencongak dan memantau untuk mencari formula bagaimana untuk merealisasikan 'jiwa fikir rakyat jelata' itu disahkan sebagai sebuah Kuasa Rakyat yang benar-benar milik rakyat (rektor). 

Perubahan telah dilakukan sekelip mata dan maruah masa depan negeri dipertaruhkan.

Gah sebuah peradaban itu gugur dan disemadikan dalam liang sejarah. 

Peradaban baharu terbentuk atas kehendak rakyat yang meletakkan seluruh kepercayaannya kepada kerajaan baharu ini .

Persoalannya, apakah kerajaan baharu Sabah ini mampu bertahan lama ?? 

Baru pun setahun, desas desus ketidakpuashatian rakyat mula menular dari segenap ceruk rantau dan lembah. 

Penyesalan,garu kepala dan tepuk dahi silih berganti di belakang tabir pentas perjuangan.

Hikayat Tun Tuah dan Jebat bertelagah di balairong seri Sultan ternama kembali menyusun slot demi slot untuk tayangan semula. 

Sang Rektor celaru dengan Kurator baharu ini.Jiwa mula kacau dengan karenah dan perancangan yang menentang arus.

Rektor mula jadi bingung dengan tindak tanduk Kurator yang kelihatannya ingin menentang dan membelakanginya.

Wabak Jangkitan tahun 1511 antara Tuah dan Jebat,antara kesultanan melayu dan Potugis mungkin akan muncul semula sepertimana ia menular di era 60an-80an dahulu.

Mungkin kali ini sedikit berbeda kerana slot -slot itu bakal terlayar secara songsang pula. 

Nyata benar,parti -parti politik yang lain itu yang timbul semasa PRU14,sudah main tapuk-tapuk dan hilang terus sebab pru15 lama lagi (katanya),bila dah dekat nanti barulah muncul semula.

Kepercayaan Sang Rektor pada sang kurator baharu mula membentuk awan hitam walaupun baru setahun di lantik sebagai Kurator. 

Dalam pada sesebuah parti itu melaungkan perubahan yang benar-benar sebuah perubahan baharu,mengapa ianya lebih cenderung kepada kumpulan atau keperluan lain selain kehendak Rektor yang empunya kuasa ??

Kepentingan rakyat jadi nombor dua dan perubahan ini benar-benar Drastik !!

Ingat lah,REKTOR itu bisa membuat pertukaran sekali lagi.

Mana satu 100% parti lokal Sabah yang benar-benar boleh di harap ??

Warisan ?...PBS ?...SAPP ?...PBRS ?...PPRS ?
STAR ?...PCS ?...UPKO ?...

Atau perlukah Rektor memanterakan semula puja semangat parti BERJAYA atau USNO agar bangkit kembali dari makamnya?

Sebelum ini,Kurator lama itu yang cukup kuat,rajin dan penuh idealistik pun di pecat oleh Rektor,meskipun sudah lama bertugas.

Inikan pula menukar sekali lagi kurator tersebut ??

Kini,hari ini...Visi baharu di bentuk lagi dan Rektor mula memikirkan suatu agenda baharu.

"Kalau visi jadi hambatan,
pancangkanlah roh dan semangat,
di perdu kekentalan
kerana semangat dan kekuatan itu,
tidak mungkin lahir dari kekalutan dan perpecahan..."

Akhirnya,Rektor harus mula kembali menelaah sejarah ke era 60an dahulu di mana semangat dan perjuangan anak jati Sabah itu perlu di serap masuk semula ke jiwa Rektor.

Kemudian 'refreshing' sekali lagi sambil berusaha mencari-cari 'Mutiara Hitam Laut China Selatan' (parti lokal) untuk di gilap sebagai sebuah wadah baharu,semangat baharu dan perjuangan yang benar-benar tulin untuk kepentingan REKTOR sebagai rakyat jelata,anak watan Sabah tercinta.

#SabahTanahAirku
#YangPentingPartiLokalSabah


Friday, May 3, 2019

ISU PATI, SAYA HANYA SUARAKAN ISI HATI & KEBIMBANGAN RAKYAT SABAH-HAJIJI

KOTA KINABALU: Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kebanyakan rakyat Sabah khususnya masyarakat pribumi, bimbang mengenai isu perihal Pendatang  Asing Tanpa Izin (PATI) yang sedang dan akan ditangani oleh Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Parti Warisan Sabah.


Katanya, pengumuman oleh Kerajaan mengenai program pemutihan PATI, pemberian dokumen kepada rakyat tanpa negara (stateless), dan terkini cadangan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal untuk menempatkan PATI di pulau-pulau berhampiran sempadan, amat merisaukan rakyat Sabah.

“Apa yang saya suarakan (video mengenai ucapannya menyentuh isu PATI) yang tular di media sosial, merupakan kebimbangan dan suara hati rakyat negeri Sabah.

“Selaku Wakil Rakyat, saya menyampaikan isi hati rakyat yang kurang senang atau tidak setuju dengan beberapa pendekatan atau cadangan menangani isu PATI yang diambil oleh kerajaan”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hajiji yang juga mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman yang mengkritik dan menyifatkan beliau sebagai pembangkang, apabila satu rakaman video ucapannya di Tuaran menyentuh isu PATI tular di media sosial.

“Sekiranya apa yang saya sentuh (dalam video itu), merupakan program Kerajaan Negeri yang masih di peringkat cadangan, maka seharusnya ia tidak diteruskan (dilaksanakan), kerana rakyat negeri ini membantah dan tidak bersetuju dengan pendakatan dan cawangan tersebut.

“Tetapi, saya nampak dalam media sosial, ramai orang (warga asing) yang berpusu-pusu berjumpa dengan Suruhanjaya Sumpah (JP), termasuk di Tuaran untuk mengesahkan dokumen diri mereka untuk urusan seperti ini.

“Sehingga terdapat rakyat yang bimbang dengan insiden itu, bertindak membuat laporan polis kerana bimbang dengan kehadiran ramai warga asing.

“Selaku Wakil Rakyat, saya telah diminta oleh rakyat untuk menyuarakan kebimbangan mereka kepada Kerajaan Negeri dan Kerajan Persekutuan. Justeru yang saya suarakan itu bukan bersifat menyerang Kerajaan Warisan Negeri seperti yang didakwa oleh Aziz.

“Kerajaan Negeri seharusnya tidak berasa bimbang dengan hal-hal demikian, kerana saya hanya menzahirkan isi hati dan suara rakyat akar umbi Sabah. Kerajaan Negeri sepatutnya positif dengan teguran daripada rakyat.

“Kenapa Kerajaan Negeri perlu rasa tersinggung atau “offended”, sekiranya perkara ini tidak betul?

“Justeru, sekiranya dasar, program dan pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan dalam menangani isu PATI, pemutihan dan rakyat tanpa negara yang mendapat respon negatif daripada rakyat, kerana mungkin akan menghakis hak-hak dan menjejaskan kepentingan mereka selaku pribumi dan warga negara Malaysia, maka ia sepatutnya tidak diteruskan”, tegasnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi keutamaan dan tumpuan kepada membangunkan  ekonomi rakyat dan negeri, dan bukan kepada hal-hal seperti menyediakan pulau berhampiran sempadan kepada pendatang asing dan pelarian serta pemberian dokumen kepada PATI. 

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut mengalu-alukan jaminan Azis Jamman bahawa PATI yang masuk ke negara ini khususnya di negeri Sabah secara haram, jika ditangkap, akan ditahan, dakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka.