Thursday, May 16, 2019

USNO ERA MALAYSIA BAHARU BERBEKAL SEMANGAT 1961

USNO ditubuhkan pada akhir tahun 1961 sebagai wadah perjuangan rumpun Bumiputera Islam yang pada ketika itu rata rata tinggal dipersisiran pantai.

Perjuangan USNO bersama dengan parti-parti lain, pada masa itu, adalah untuk menuntut kemerdekaan dari British melalui penubuhan Malaysia.

Perjuangan USNO era Malaysia Baharu ini adalah MENUNTUT supaya Putrajaya atau Malaya melihat dan melayan Sabah sebagai negeri merdeka dalam Malaysia yang perlu untuk dibangunkan setara dengan pembangunan pesat di negeri-negeri lain di Malaya.

Memandangkan jurang perbezaan pembangunan di antara Sabah dan negeri-negeri lain di Malaya adalah amat ketara sekali, maka USNO bersama dengan parti-parti lain di Sabah, menuntut supaya pembangunan negeri Sabah dalam semua sektor di percepatkan.

Jaminan dan Perlindungan untuk Sabah yang dimaktubkan dalam Perlembagaan selari dengan Semangat Perjanjian Malaysia 1963 hendaklah dilaksanakan oleh Putrajaya sebagai tindakan mengotakan janji kerajaan PH-Warisan kepada rakyat Sabah.

USNO era Malaysia Baharu ini akan memastikan janji-janji kerajaan Warisan ditunaikan selari dengan seruan mereka, Sabah UBAH kearah pembangunan pesat dan kebaikan-kebaikan lain untuk rakyat.

Selepas Ramadhan, dengan izinNYA USNO akan buat road show ke seluruh pelusuk negeri Sabah untuk menjelaskan perjuangan Parti USNO.

Ringkasnya, perjuangan USNO kali ini adalah untuk MEMBANGKITKAN kesedaran dikalangan generasi muda semangat perjuangan USNO pada tahun 1961. USNO ditubuhkan pada akhir tahun 1961 oleh Tun Mustapha Datu Harun sebagai wadah perjuangan rumpun Bumiputera Islam sewaktu Sabah menuntut kemerdekaan.

Perjuangan USNO kali ini adalah berlandaskan kepada tuntutan PERUNDINGAN BARU atau NEW DEAL dengan Malaya.

Perjanjian Malaysia 1963 ada lah perjuangan pemimpin-pemimpin dahulu untuk memerdekakan Sabah yang pada ketika itu dijajah oleh British.

Perjuangan USNO kali ini adalah perjuangan Negeri Sabah yang merdeka dalam Malaysia. Ianya tidak dilandaskan kepada Perjanjian Malaysia. Tuntutan ini adalah tuntutan baru iaitu Sabah dan Sarawak hendaklah diberikan perhatian yang khusus oleh Putrajaya di atas komitmennya yang sedia ujud di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


1 comment:

  1. Masa dlm kerajaan dulu kenapa hak2 sebigini tidak dituntut? Dah kena reject...kamu sambung

    ReplyDelete