USNO : CUMA PERAHU KECIL,TAPI...
Istilah 'perahu kecil' yang pernah disebut-sebut oleh Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia menarik perhatian,sebenarnya.
Istilah yang perlu di rungkai makna dan intipati serta wajar di lihat dari pelbagai sudut,jika benar anda seorang ahli fikir politik yang benar-benar matang.
Perahu Kecil ini pernah juga diucapkan oleh pemimpin-pemimpin dari sebuah parti dahulu yang menggunakan lambang perahu layar,namun ia tidak disebut 'perahu kecil' tetapi 'kapal kecil' sahaja.
Istilah perahu kecil yang pernah terlontar dari bibir Tan Sri Pandikar membawa maksud bahawa parti USNO baharu yang sedang bangkit ini,sedang bermula dari bawah (yakni-sedikit demi sedikit beranjak/belayar di lautan politik) setelah parti keramat Sabahan ini terkubur puluhan tahun lamanya.
Saya petik beberapa teks ucapan daripada Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia mengenai USNO baharu yang bakal melabuh tirai perjuangannya menjelang PRU15 yang akan datang.
"Penampilan saya dalam politik tanah air kali ini melalui USNO, setelah berpuluh tahun tidak aktif, bukan lah untuk mendambakan kedudukkan dalam kerajaan lagi kerana saya telah duduk dalam kuasa dibawah beberapa Ketua Menteri dan Perdana Menteri dan pada saya semuanya sama, cuma stail sahaja yang berbeza.
Saya juga pernah dalam dunia pembangkang bertahun-tahun..Sewaktu dalam pembangkang, kita boleh lemparkan hujah dan tuduhan sesuka hati untuk mempopularkan diri atau parti kita."
Akan tetapi, semasa dalam kerajaan, kita kena hati-hati apabila kita berhujah. Sebab? Takut nanti, hujah kita akan menghantui kita pada bila-bila.
"Saya aktif politik dalam USNO Era Malaysia Baharu untuk mencurah khidmat dan berkongsi pengalaman dengan pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi sebagai pemimpin baik di hari muka,tapi mereka ini tidak ada tempat di parti-parti politik yang besar dan berkuasa."
"Ayuh! Gen Y..Mari kita bangkit bersama dengan USNO.
Kalau pun sebagai pemimpin dalam UMNO-BN dahulu pada persipsi anda saya buat kesilapan, melalui wadah baharu USNO ini, saya akan perbaiki kesilapan-kesilapan tersebut seperti pemimpin di dalam video clip di bawah ini."
Sebelum PRU 14, disana sini kedengar: SABAH UBAH.
Dengan izinNYA jua, maka landskap politik negeri telah berubah.
Kesan perubahan? Biarlah rakyat yang membuat penghukuman.
Pada PRK Sandakan pula, kedengaran satu lagi Seruan: SABAH KITA PUNYA.
Seruan ini mempunyai pelbagai dimensi pengertian.
Sebab? Perkataan KITA itu tidak semestinya termasuk SAYA dan AWAK dan kalau pun SAYA dimasukkan dalam pengertiannya, TIDAK semestinya saya akan MENGAKU.
Apapun,kesan seruan SABAH UBAH dan SABAH KITA PUNYA telah membangkitkan ramai 'KITA' yang memikirkan untuk menyertai perjuangan USNO Era Malaysia Baharu.
Dengan perjuangan melalui USNO Era Malaysia Baharu ini,maka biar sekerdil manapun USNO pada pandangan pihak lain, setidak-tidaknya USNO ada membuat peranan dalam 'PERUBAHAN' di PRU 15 kelak.
Dan, dengan penyertaan USNO Era Malaysia Baharu pada PRU 15 nanti, Sabah tidak akan dipunyai oleh pihak KITA yang mementingkan 'MEREKA-MEREKA' sahaja.
Politik Bangsa, Rumpun dan Agama.?
Peralihan kuasa politik di Sabah berlaku bukan atas faktor-faktor isu-isu ekonomi, sosial, pendidikan atau sebagainya?
Peralihan terjadi atas sebab agama, bangsa dan rumpun.
. Tun Mustapha vs Tun Fuad Stephen
. Tan Sri Harris vs Tan Sri Joseph Pairin
. UMNO vs PBS
. Tan Sri Musa Aman vs Datuk Shafie Apdal
Dalam Era Malaysia Baharu ini, agaknya apakah isu ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya akan menjadi faktor-faktor yang menentukan kemenagan atau kekalahan?
Apakah Rumpun atau Bangsa atau semangat Kedaerahan akan juga menjadi salah satu isu utama yang menjadi faktor kekalahan atau kemenangan?
. Rumpun Pantai Barat Vs Rumpun Pantai Timur
. Daerah Pedalaman Vs Daerah Persisiran Pantai
Apakah isu Parti Lokal (Sabah base parti) vs Parti Malaya dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan juga menyumbang sebagai faktor kekalahan atau kemenangan?
USNO Era Malaysia Baharu berada dalam posisi yang agak selesa di tengah-tengah isu-isu yang membungkam alam fikir rakyat jelata saat ini.
USNO cuma ada PERAHU KECIL tetapi sarat dengan angkatan Generasi Muda Belia dan tokoh-tokoh politik penuh pengalaman.
Gen Y dan rakyat jelata original Sabahan,sila hadam dan hayati kenyataan ini.
(rujuk : PaMin Padila Mulia FB)
Ngam banar ni.. Diteruskan hingga mencapai kejaayan yg mutlak"
ReplyDelete