Kenyataan Media Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia 08/05/2019
PEMBOHONGAN BERPANJANGAN
Kehadiran Anwar Ibrahim dan penampilan Lim Kit Siang di Sandakan buat kali yang kedua pada 7hb Mei adalah suatu menifestasi PEMBOHONGAN YANG BERPANJANGAN.
Sewaktu berceramah politik di Masjid Batu 4 Sandakan, beliau mengakui bahawa banyak permasalahan rakyat Sandakan yang perlu ditangani oleh kerajaan pada hari ini.
Akan tetapi, Anwar Ibrahim tidak memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat Sandakan bagaimana masalah itu dapat di atasi.
Sebaliknya, dalam petikan ceramahnya yang tular di media sosial,Anwar Ibrahim memuji Lim Kit Siang yang hadir bersamanya berbuka puasa.
Kononnya, kehadiran Lim Kit Siang itu adalah menghormati agama Islam.
Dalam ceramah tersebut Anwar Ibrahim juga menekankan bahawa kehadiran beliau dan Lim Kit Siang untuk membantu memenangkan calon PH-DAP, Vivian Wong,adalah kerana kemenangan ini amat mustahak untuk mengekalkan kekuatan kerajaan PH yang MENGHADANG kehebatan cara politik UMNO-PAS.
Yang amat menyakitkan hati warga Sandakan ialah apabila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa PBS cuma menempek,menempel dan menumpang sahaja kepada UMNO-PAS.
Dalam hujah ini sebenarnya Anwar Ibrahim memperkecilkan rakyat Sandakan termasuk ahli-ahli Parti Warisan, USNO dan parti-parti lain yang tidak bertanding dalam PRK Sandakan.
Parti Warisan yang menunjangi Kerajaan Negeri Sabah bukanlah komponen kerajaan PH.
"Dengan keadaan sedemikian, 'Adakah Parti Warisan itu juga menempel atau menumpang kepada PH kerana tanpa sokongan DAP dan PKR maka Shafie Apdal tidak akan jadi Ketua Menteri Negeri Sabah?'," kata Pandikar lagi.
Pada kebanyakan warga Sandakan khasnya dan Negeri Sabah amnya, kemunculan pemimpin-pemimpin PH dari Malaya dalam PRK Sandakan yang berceramah di sana sini adalah manifestasi PEMBOHONGAN YANG BERTERUSAN.
"Seharusnya, dalam ceramah-ceramah mereka,pemimpin-pemimpin PH dari Malaya ini,harus MEMOHON MAAF kepada rakyat Malaysia di Sandakan atas janji-janji mereka yang telah tidak ditunaikan....Saya ada satu pertanyaan pada Anwar Ibrahim, 'Sudah setahun PH memerintah negara ini, tapi harga minyak tidak juga turun.
Mana sudah perginya janji - HARI INI KITA TAWAN PUTRAJAYA, ESOK HARGA MINYAK TURUN? " Ujarnya lagi.
Dalam beberapa hari ini, kecuali Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir, telah turun ke Sandakan, berkempen untuk memenangkan calon DAP-PH, Vivian Wong.
Sewaktu berada di Sandakan, mereka ini telah menzahirkan pelbagai hujah untuk mempengaruhi pengundi Sandakan.
"Sejak saya berada di Sandakan dari 2hb Mei, membantu calon PBS, Datuk Linda Tsen, saya telah dimaklumkan oleh ramai masyarakat Sandakan berhubung dengan pelbagai permasalahan....Antaranya ialah dua musibah yang telah berlaku baru-baru ini di Sandakan, iaitu kebakaran di Kampung Gas dan Kampung Air."
"Sehingga hari ini, penduduk-penduduk yang terlibat masih lagi menumpang di rumah-rumah keluarga dan ada yang masih tinggal di rumah sementara kontena (container)," jelas Pandikar sambil menyatakan bahawa ramai di antara mereka ini mengundi dalam kawasan Parlimen P186 sebenarnya.
Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin dari Putrajaya ini, yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Dr. Wan Azizah dan Menteri Kewangan Lim Guan untuk berkempen memenangkan calon DAP-PH,mereka terlupa untuk mengumumkan -walau sedikit bantuan - kepada mereka yang telah di timpa musibah kebakaran.
Pemimpin-pemimpin dari Putrajaya ini mungkin terlupa atau sengaja untuk tidak mengumumkan bantuan atas sebab mereka sibuk membebel pasal hal 1MDB, Wang Rakyat dicuri, Rasuah, penjimatan wang dari projek ECLR dan lain-lain isu nasional yang tidak pun difahami oleh ramai penduduk Sandakan.
Yang menyakitkan hati rakyat Sandakan ialah sebelum PRK Sandakan ini,tidak ada pun menteri-menteri dari Putrajaya sibuk melawat di Sandakan.
No comments:
Post a Comment