oleh MediaUSNObaharu
Kejatuhan USNO akibat permainan politik dari parti-parti lain yang bertalam dua muka bermula di era 70an setelah belasan tahun parti keramat Sabah ini menjadi wadah perjuangan rakyat jelata.
Kini,setelah hampir empat puluh lima tahun berkubur,USNO kembali bangkit dengan nafas perjuangan baharu yang dibaikpulih meneladani kelemahan dan kesilapan terdahulu.
Semua orang tahu,lebih-lebih lagi penyokong tegar Almarhum Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun yang masih hidup saat ini bahawa betapa jujur dan lurusnya insan yang bernama Tun Mustapha ini.
Kelurusan dan kebaikan hatinya sahaja membuatkan rakyat jatuh cinta dengan USNO yang ketika itu diketuai Almarhum.
Kejujuran Tun yang menambat hati rakyat Sabah sehingga berjaya menobatkan USNO menjadi sebuah parti politik yang kukuh dan kuat.
Dan,kejujuran serta kelurusan itu jugalah membuatkan Tun dan USNO tersembam jatuh lalu perlahan-lahan disingkirkan oleh rakyat yang teracun oleh tusukan idealisme politik jahat.
Untuk pengetahuan umum,Tun Mustapha merupakan seorang ahli fikir yang banyak mentelaah dan memiliki hubungan kukuh dengan negara-negara luar yang kaya serta punya pengaruh kuat.
Kelantangannya bersuara di peringkat kabinet nasional cukup digeruni lantaran wibawanya yang bukan alang kepalang hebat.
Pengetahuan beliau ternyata melebih dari jangkauan Perdana Menteri ketika itu iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengesan betapa hebatnya fizikal dan mental Tun Datu Haji Mustapha ini sedang Malaysia saat itu belum cukup kuat pengaruhnya berbanding Mustapha kerana baru sahaja merdeka.
Negara-negara Arab misalnya,mempunyai hubungan yang cukup kuat dengan Almarhum Tun hanya kerana Malaysia dan Tun itu Muslim yang perlu di bantu dengan dana yang cukup besar.
Perancis juga tidak menafikan untuk sama berganding bahu membantu dari segi kewangan kepada Malaysia yang baru saja merdeka dek kerana hubungan diplomatiknya baik dengan Ratu Elizabeth,selaku negara yang masih memantau pentadbiran negara-negara bekas jajah takluknya sebelum ini.
Dari tawaran sebagai Menteri Pertahanan hinggalah ke jawatan Ketua Menteri Sabah,Tun Mustapha menjadi 'bola' di tolak ke sana sini oleh Persekutuan yang sekejap ya,sekejap tidak.
Tun yang sememangnya bijak menghidu permainan politik semenanjung ini,mula memberontak untuk hak-hak tertentu sebelum ianya bertambah rumit dan merugikan Sabah.
Di saat itulah,Tun menjadi bahan permainan mereka sehingga tumbang di tangan parti Berjaya pimpinan Harris Salleh.
Dipendekkan cerita,kemasukan UMNO ke Sabah adalah untuk mengekang kekuasaan politik rakyat tempatan (parti lokal) yang diwakili oleh Parti Bersatu Sabah (PBS).
Saat itu,PBS kononnya lebih bersifat condong kepada suku kaum kadazan dusun dan murut sahaja sehingga kerajaan persekutuan memasang banyak jerangkap samar (strategi) bagi mencantas pemerintahan PBS di Sabah.
Tun Menghembuskan nafas terakhirnya dengan penuh kekesalan kerana terlalu sayangkan USNO dan rakyat Sabah yang ternyata diperbodoh-bodohkan selama ini demi kepentingan Tanah Semenanjung.
Makamnya sarat mengubur duka dan perjuangan anak asal negeri Sabah.
Lebih duka lagi bila ada pihak-pihak tertentu cuba menghidupkan USNO kembali dengan cara mereka sendiri semata-mata mahu mencari nama tanpa menyerapkan nilai-nilai mutlak initipati asal perjuangan 1961 malah sepanjang 45 tahun itu pun,ada pihak-pihak dungu begitu berani menjenamakan semula perjuangan parti USNO sehingga tergamak melarikan wang ratusan ribu (kononnya),atau terkait dengan jenayah penipuan yang mencemar nama baik USNO.
Mereka terlupa bahawa USNO itu,jika mahu dibangkitkan kembali,mestilah dengan izin aura Semangat 1961 Tun Datu Haji Mustapha.
Mereka terlupa,bahawa jika mahu bangkitkan USNO kembali,perlu satu pengorbanan yang sejati sepertimana almarhum Tun korbankan dahulu.
Mereka juga lupa bahawa jika ingin melihat USNO kembali tegak berdiri,ianya perlu sisipan wadah perjuangan,sifat muafakatan,berani kerana benar dan bukan semata-mata mengejar wang tunai untuk dilarikan saat tirai pilihanraya mula berlabuh.
Perlu di ingat,bukan senang untuk mengembalikan kepercayaan rakyat apabila nama sudah di cemar sebegitu teruk sekali.
Keadaan ini memaksa kebangkitan USNO baharu yang amat-amat menuntut pengorbanan.
Pada saat politik Sabah kembali goyah dengan dasar-dasar perjuangan tidak tentu hala bila mana hala tuju parti-parti yang sedia ada bercakaran sesama sendiri,berpecah belah dan format perjuangan yang mula tersasar dari landasan asal,menyebabkan rakyat kembali muak dan loya dengan janji-janji manis.
USNO baharu hari ini umpama memasukkan diri di celah rekah ranting yang patah agar menjadi penyelamat kepada pohon berakar tunjang kekal berdiri.
USNO baharu membangkitkan kembali semangat 1961 Almarhum Tun Mustapha dan di elus begitu tulus dengan wadah dan iltizam perjuangan era baharu.
Kemunculan anak-anak muda mendukung kemaraannya sambil di gilap oleh tokoh-tokoh politik lama yang penuh pengalaman dan ilmu.
Biar apa sahaja anggapan jelata tentang perkara ini,namun USNO sudah berwajah baharu dan beriltizam baharu demi bangsa,agama dan tanahair tercinta.
USNO hari ini adalah dokongan generasi muda belia yang pernah mengubah sebuah kerajaan lama kepada kerajaan baharu sebelum ini.
Dan kini,ketidakpuashatian anak-anak muda belia ini kembali tercetus dan mahukan perubahan lagi setelah merasa tertipu dengan omongan kosong dan janji manis yang dilafazkan oleh sebilangan parti yang di sokong ketika PRU14 yang lalu.
Generasi muda ini akan bangun kembali dengan gelombang yang lebih besar untuk menentukan hala tuju sebenar masa hadapan mereka yang akan menjadi pelapis teraju negara.
Inilah gelombang besar yang bakal menghentam parti-parti Sabah yang sedia ada tidak kira ianya datang dari Semenanjung ataupun yang sedia ada bertapak di bumi negeri di bawah bayu ini.
Bukannya parti-parti tempatan ini tidak kuat dan kurang pengaruh,tetapi kerana parti-parti ini tidak punya kejelasan tentang masa depan Sabah di tangan generasi muda belia.
Mereka sudah bijak menimbang tara dengan parti-parti yang sedia ada.
Hendak menyokong parti A,juangnya lebih kepada kroni dan pihak luar yang tidak punya kepentingan.
Nak sokong parti B,nyata ingin perjuang suku kaumnya sendiri dan mau sokong parti C,D, dan F pula,asal usulnya dari Tanah Semenanjung yang pernah menenggelamkan bahtera USNO dan nakhodanya dahulu.
Lalu,mahu tidak mahu,roh USNO yang sekianlama berkubur itu di seru semula dengan mantera puja semangat asalnya.
Sabah mula goncang dan langkah kanan itu kedengaran berderap hebat rentaknya di bumi Sandakan dalam PRK yang baru lalu.
Itu baru 'satu' permulaan....
USNO datang bukan sebagai pertanding calon tetapi mengibar panji dengan gempita suara sekadar cuma seakan mahu mencuba betapa kuat dan gagahnya Aura Semangat 1961 itu.
Itu saja pun sudah mampu menggelisahkan ramai pemimpin lain.
Dengan itu saja pun sudah berjaya menerbit sakit hati ramai tokoh politik yang beranggapan USNO baharu ini cuma si kokok jalak di pagi hari.
Sedang cemuhan dan juih muncung mulut mereka semakin rancak berbaur gelak ketawa,tiba-tiba sahaja pentas politik Sabah mengalihkan pandangan ke panji-panji USNO yang berkibar megah.
Rakyat jelata umpama terbangun dari tidur yang panjang di setiap ceruk rantau,lembah dan daerah di negeri Sabah.
Mendengar dan melihat USNO baharu ini sudah bangkit dengan penuh semangat dan daya,para pejuang-pejuang USNO veteran muncul satu persatu dengan linangan airmata gembira.
Biar datang bertatih,bertongkat dan tersengguk-sengguk akibat mamahan usia,semangat mereka kental,padu dan jitu untuk berdiri bersama anak muda belia hari ini sebagai memberikan sokongan dorongan,
Biar tiada kudrat di tiap sendi namun pengalaman dan semangat telah mereka resapkan ke jiwa anak-anak muda belia ini agar USNO itu diperkukuh sebagai parti lokal yang ORIGINAL.
USNO baharu...Kemunculannya untuk rakyat jelata yang sedang mencari-cari erti perjuangan sebenar demi Sabah,tanahair tercinta.
USNO baharu...Bangkitnya sebagai parti rakyat yang tidak mungkin membenarkan anasir-anasir asing bermaharajalela di bumi Sabah.
USNO baharu...PARTI LOKAL YANG ORIGINAL !!
SABAH TANAHAIRKU TERCNTA.
No comments:
Post a Comment