Friday, June 14, 2019


A.P.U MAHU USNO JADI PEMBANGKANG BERWIBAWA

titipan berita dari MediaUSNO

KOTA KINABALU : Perjuangan untuk memartabatkan kembali parti keramat ini tidak pernah luntur atau pudar,jelas Zamzuri P.Amin,Ketua Angkatan Pemuda Usno (APU) Sabah.

"Atas ikhthiar para pejuang dan penyokong tegar tertentu, USNO berjaya dibangkitkan dan dihidupkan kembali dengan mendakap roh dan semangat pejuang nenek moyang kita yang terdahulu dalam jiwa sanubari kita iaitu semangat PERJUANGAN 1961," katanya yang juga merupakan AMT USNO Negeri Sabah bagi mewakili golongan muda belia.

USNO dan kepimpinannya tidak akan berganjak untuk sentiasa memastikan kelangsungan agenda membina peradaban rakyat Sabah supaya akar yang telah dibina oleh nenek moyang kita dapat diperkukuhkan dan diperkasakan semula demi kesinambungan.

Bagi generasi anak muda wajar memahami perjuangan USNO parti yang terlibat dalam peristiwa untuk memerdekakan Sabah.

Beliau turut menggariskan tiga perkara pokok untuk menerangkan misi sebenar pergerakan golongan muda belia di dalam parti berkenaan.

Dengan itu,saya ingin menyatakan bahawa Hala tuju pergerakan sayap Angkatan Pemuda USNO di peringkat awal ini, akan terjurus atau terarah kepada tiga aspek signifikan iaitu: -

                   Menjadi pembangkang yang berwibawa dan menjuarai rakyat yang mampu membela nasib rakyat dan menjadi lidah rakyat. Kalau membangkang kita akan bersandar kepada fakta dan bukan auta dan fitnah semata-mata. Pembangkang yang berkredibiliti dan berwibawa adalah agenda utama kita dalam memperjuangkan hak, isu dan kebajikan rakyat. Membawa suara rakyat, menjadi semak dan imbang yang efektif pada dasar-dasar dan polisi yang dibuat oleh kerajaan;

                   Seterusnya ialah Pentarbiyahan parti yang berterusan dan barpandukan kepada model sikap kerterbukaan, keseimbangan, dan keadilan di semua peringkat samada di Pusat, Bahagian atau Cawangan peringkat akar umbi. Kesemua AMT, Ketua2 Sayap dan ahli-ahlinya akan mengerahkan usahanya untuk menyusuri akar umbi dengan memulakan siri jelajah ke seluruh Sabah bagi memberi penerangan berleluasa dan komprehesif; dan

                   Akhir sekali, Menerapkan elemen inklusif dan bersifat holistik kepada setiap ahli-ahli Pemuda USNO untuk mencampur masyarakat. Untuk menjadikan USNO ini sebagai satu parti yang bukan eksklusif. Tidak kira latar belakang, anutan agama, bangsa dan suku kaum, USNO akan menerima mereka ini untuk terus teguh dan kekal relevan serta tidak mudah longgar daripada prinsip perjuangan meskipun difitnah, ditohmah dan diremehkan dalam mendepani dunia peperangan persepsi.

"Selaku Ketua Pemuda USNO, apa yang saya boleh nyatakan ialah parti keramat ini dalam proses memperhalusi dan memantapkan urustadbirnya yang dilakukan secara berfasa....USNO berada di satu titik permulaan melangkah ke arah cabaran baru iaitu mengembalikan status kegemilangan dan memartabatkan semula reputasinya di mata masyarakat," tambah beliau lagi.

"Oleh itu, saya menyeru kepada semua pemuda-pemudi golongan anak muda, AYUH, kita bangkit bersama-sama untuk memperjuangkan dan terus menuntut hak-hak kesamarataan bagi rakyat Sabah yang terhakis dan tidak diendahkan oleh Kerajaan Persekutuan," tegas Zamzuri mengakhiri kenyataannya.

Thursday, June 13, 2019


MENGAPA ANAK MUDA MEMILIH USNO


Susunan semula oleh MediaUSNO

USNO berada di satu titik permulaan melangkah ke arah cabaran baru iaitu mengembalikan status kegemilangan dan memartabatkan semula reputasinya di mata masyarakat.

Bagi Generasi anak muda wajar memahami perjuangan USNO yakni parti yang terlibat dalam peristiwa untuk memerdekakan Sabah,jelas Zamzuri P.Amin.

Kalau pemimpin yang terdahulu dapat melibatkan diri dan menyumbang secara positif untuk memerdekakan Sabah dalam pembentukkan Malaysia walaupun mereka mempunyai kekangan pendidikan dan pengalaman,kini tidak ada alasan bagi generasi muda Sabah untuk tidak dapat menyumbang kepada usaha untuk menyedarkan Kerajaan Persekutuan kepada pentingnya ‘keberadaan’ Sabah dalam Malaysia.

"Untuk mengekalkan ‘keberadaan’ dalam Malaysia ini,Kerajaan mesti prihatin kepada aspirasi rakyat Sabah yang sebenar."

Bagi golongan anak muda yang tidak dapat memahami,menghayati dan mengikuti perjuangan wadah parti politik yang lain,mereka harus menghayati dan menerapkan semangat perjuangan nenek moyang kita yang terdahulu dalam jiwa mereka untuk menuntut hak-hak Sabah yang terabai semasa usaha memerdekakan Sabah dulu sehingga kini.

"Kerajaan sekarang dibentuk atas pembohongan. Rakyat, hari demi hari, selepas setahun mereka memerintah sudah semakin benci dan muak dengan naratif menyalahkan kerajaan dahulu", tegas Ketua Angkatan Pemuda Usno Sabah itu lagi.

Mereka Berjanji Tapi Gagal melaksana.

Kemudian minta maaf.Kalau buat silap jangan beri seribu alasan tetapi Itu lah modus operandi mereka sekarang ini.
Senang sangat memerintah kalau macam ini.Kemudian menyalahkan kerajaan BN kerana kegagalan itu sedangkan mereka sendiri yang lemah.
Banyak janji kerajaan untuk menghapuskan atau melupuskan pelbagai perkara adalah satu penipuan yang besar dan khianat kepada amanah dan mandat yang diberikan oleh anak muda.

Fitnah dan propaganda yang terancang dan dahsyat yang telah direka dan dihidangkan kepada rakyat seluruhnya,adalah satu perkara yang harus Anak Muda sedar dan insaf untuk menghukum Kerajaan ini pada masa PRU yang akan datang.
Kita ini golongan Anak Muda telah dijadikan sebagai mangsa – diperdaya,diperalat dan dibohong!

Tuntutan yang disebut ini adalah melalui USNO dalam Era Malaysia Baharu yang berasaskan pada NEW DEAL atau PERJANJIAN BARU di samping Hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang sudah boleh disifatkan sebagai DONE DEAL bagi perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adaptasi Pertama dari minda Sdr Zamzuri P.Amin (Ketua Angkatan Pemuda Usno Sabah)

Saturday, May 25, 2019

PENANTIAN BERAKHIR

KOTA KINABALU : Penantian rakyat negeri Sabah berakhir apabila parti tertua,USNO berjaya bangkit dengan membawa suatu fenomena yang tidak di jangka-jangka oleh kebanyakan orang.

Sebelum ini,ramai yang tidak begitu yakin bahawa USNO ini mampu bangkit kembali kerana kebangkitannya sebelum ini tidak mampu mandiri malah turut dicemari dengan berbagai masalah yang rumit sehingga parti itu dibatalkan pendaftarannya oleh Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Jatuh bangun parti ini berulangkali berlaku.Sehingga timbul prasangka bahawa parti ini akan terus terkubur dan takkan bangkit-bangkit lagi.

Barangkali juga,roh USNO yang ingin bangkit dahulu,tidak 'mendapat restu' daripada Pengasasnya Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Datu Harun lantaran ketrampilan dan pekerti ketuanya belum layak.
Lantaran dari itu,ramai kecundang dan USNO berulangkali jatuh malah di anggap tidak punya kudrat langsung untuk menuntun kehebatan pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Hampir separuh pengundi di Sabah sangat mencintai USNO.Lebih-lebih lagi di kalangan warga tua yang pernah merasai nikmat di bawah kepimpinan Tun Mustapha yang cemerlang.....Selainnya,kalangan pakar cendikia dan pemerhati politik semasa....Selebihnya pula adalah sebilangan besar anak-anak muda belia yang saat ini 'terpana' dengan janji-janji manis parti yang mereka perjuangkan semasa PRU14 lalu.

Anak-anak muda belia ini khususnya Gen-Y sangat teruja sebelum PRU14 sehingga sanggup mempertaruhkan kemakmuran pemerintahan kerajaan terdahulu,semata-mata mahukan kemakmuran dan kemajuan yang lebih mapan lagi.

Nyata sekali,percaturan itu membawa padah kepada mereka apabila kerajaan baru mengambil tempat akibat sokongan mereka yang berani mencantas peradaban.
Benar...Anak-anak muda inilah yang menafikan kemegahan Kerajaan Barisan Nasional lalu menggantikannya pula dengan kerajaan baharu.

Sesungguhnya,ramai di kalangan anak-anak muda belia hari ini mulai sedar dan terbit penyesalan (biarpun tidak semua) kerana apa yang mereka inginkan ialah sebuah pentadbiran yang lebih elok dan bagus daripada kerajaan terdahulu agar masa depan mereka dan adik-adik/anak-anak mereka terjamin.
Peluang pekerjaan di wujud seperti dijanjikan,golongan belia diberikan perhatian yang sewajarnya,harga barang-barang terkawal atau diturunkan,ekonomi menjulang naik,nasib petani,nelayan dan pengusaha kecil terpelihara serta mampu hidup lebih bagus daripada sebelum ini...

Kini,apa yang anak-anak muda belia impikan itu langsung tidak wujud malahan keadaan semakin teruk pula.
Mereka terlupa pula bahawa dengan menggantikan kerajaan terdahulu yang sedia punya pengalaman penuh,mereka terpaksa berhadapan dengan alasan.....Pemimpin yang baharu sangat kurang pengalaman mentadbir.
Ibaratnya,seorang graduan ditawarkan jawatan tinggi namun tidak pernah menyertai praktikal tugas...Dengan erti kata lain,TIDAK PUNYA PENGALAMAN BEKERJA.

Setahun berlalu,alasan demi alasan di terima oleh anak-anak muda belia ini sedang para pemimpin kurang seia sekata...Sekejap umum ini,sekejap lagi menafikan seolah rakyat jelata diperbudakkan layaknya.

Golongan belia dan beliawanis kini tidak gemar melihat kerajaan hari ini bekerja hanya fokus kepada menyingkap dan mencari kesalahan kerajaan lama.Janji 100 hari bertukar kepada Janji 345 hari...Selepas ini,terhidang lagi alasan mahu minta sedikit masa lagi untuk memperbaiki ekonomi....Sedikit masa demi sedikit masa.....Bosan akhirnya.

Tinjauan kami di ceruk-ceruk kampung dan pekan sebelum ini menampakkan betapa kemelut ekonomi begitu serius terjejas sejak kejatuhan kerajaan terdahulu.
Pemimpin hari ini lebih bergaya untuk diri dan kroni berbanding menitikberatkan keinginan orang biasa-biasa seperti mereka.
Selain mempersoalkan keangkuhan para pemimpin,rakyat jelata yang biasa-biasa ini turut muak dengan penampilan kroni-kroni yang nyata lebih sudu dari kuah.
Janji-janji di  PRU14 tentang hak-hak pribumi dan ekonominya sangat jelas 'sudah lari tajuk' dan misi serta visi parti yang pernah mereka sokong dahulu sudah terpesong dari matlamat asal....Alasan yang ada kedengaran cumalah "Asalkan BN Tumbang".

Bila sebut mengenai USNO,mata yang redup kembali bersinar dan galak.
Bila sebut mengenai USNO Bangkit,degup jantung mereka kembali berentak.
Bila sebut tentang USNO baharu dalam Era Malaysia Baru,kotak fikir mereka membayangkan wajah dua pemimpin iaitu Salleh Tun Said dan Pandikar Amin Mulia.

Kerana mereka ada mendengar khabar bahawa dua pemimpin ini tidak menyertai mana-mana parti setelah mengisytiharkan diri keluar daripada UMNO.
Mereka tidak ingin lagi mengharapkan jani-janji parti dari Malaya,juga tidak mahu lagi menyegarkan parti tempatan yang sedia ada kerana sering 'berangin-angin' muslihatnya.
Jelas sungguh,belum ada lagi parti lokal di Sabah ini yang terbuka untuk semua kaum,yang perjuang hak-hak anak asal negeri (pribumi) dan yang benar-benar asli sebagai wadah perjuangan (yang penting-tidak lari dari perjuangan asal).
Slogan parti yang dilaung-laungkan cuma sekadar penyedap rasa dan terguna hanya untuk mereka-mereka yang sudah di beri kesenangan hidup ataupun mereka-mereka yang taksud tapi tanpa tujuan sebenar demi untuk masa depan anak cucu cicit mereka.

Apa yang nyata...USNO yang kini dipimpin oleh gandingan Ibrahim Linggam (Presiden) dan Tan Sri Pandikar Amin (Pengerusi Jemaah Penasihat USNO) sudah mula merobek isi hati rakyat yang inginkan ketulinan perjuangan.
Percaya atau tidak,USNO yang bangkit berasaskan Semangat 1961 kali ini adalah gelombang tsunami politik yang besar.
Ia umpama angkatan laskar gergasi yang ingin memedani semua kelemahan pemerintahan yang dahulu dan hari ini dengan keputusan 'bedah siasat' yang mengkagumkan dan perkasa.
USNO parti semua kaum (anak asal negeri Sabah) dan bukan milik satu-satu kaum atau bangsa.

CORAKNYA TETAP ASLI-cuma wadah perjuangannya terhasil dari semangat bangkit golongan muda belia.

Jangan ada yang terasa dan sensitif pula kerana ini tinjauan umum.

Bakal muncul komen-komen yang tidak enak kerana pasti ada pihak-pihak mula mengeruni USNO dan akan berusaha untuk menidakkan apa saja.

PEACE.

  


Thursday, May 23, 2019

FENOMENA USNO BANGKIT : PARTI LOKAL YANG ORIGINAL

oleh : MediaUSNObaharu

Netizen media sosial melahirkan banyak reaksi mengenai USNO BANGKIT ini.

Rakyat dari berbagai pelusuk daerah dan ceruk- ceruk kampung mula ghairah dengan kebangkitan semula parti tertua Sabah ini.

Nama Allahyarham Tun Datu Hj Mustapha kembali tular dari bibir ke bibir,dari whatsapp ke whatsapp,dari utara ke selatan dan dari timur ke barat.
Di akhir bebelannya,satu persoalan timbul...Siapa Presiden USNO baharu ini yang kononnya berpaksi pada panji SEMANGAT 1961 USNO?

Netizen dan Jelata mahu tahu siapa dan di mana kedudukan Tan Sri Pandikar yang berkempen atas nama USNO baharu ketika PRK Sandakan hingga ke hari ini...Adakah Tan Sri Pandikar presidennya atau masihkah Hj.Dullie Tiaseh ??

Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia adalah Ketua Jemaah Penasihat di Lembaga Penasihat Kebangkitan USNO baharu.
Presidennya,Tuan Ibrahim Linggam bersama Ahli Majlis Tertinggi USNO masih kekal menerajui parti yang bernafas baru.

"USNO kembali dalam persada politik negara secara tertib.Tidak sumbang.Tidak canggung.Tidak terburu-buru", ujar Datuk Musli Oli,Ketua Penerangan USNO.

"Langkah disusun dengan baik.Sebaik sahaja peralihan pucuk pimpinan daripada kumpulan yang diketuai Hj Dullie Tiaseh pada 2018, kepimpinan baru USNO yang menyedari parti itu perlu suntikan kepimpinan yang berwibawa telah menjemput beberapa pemimpin politik yang pernah bersama USNO untuk menyertai dan seterusnya menerajui parti itu. Walaupun pada mulanya ramai yang berminat namun tiada yang benar-benar serius dan komited," katanya lagi yang sememangnya cukup terkenal sebagai seorang pengkritik politik dan banyak menghasilkan buku-buku yang laris di pasaran.

PRK Sandakan menjadi gelanggang titik tolak kemunculan semula USNO yang sememangnya parti lokal yang original.

Presiden,Ibrahim Linggam,Ketua Penerangan,Musli Oli dan beberapa anggota MT serta sekumpulan pemimpin pemuda parti yang diketuai Ketua Angkatan Pemuda USNO,Zamzuri P.Amin telah datang ke Sandakan untuk memberi sokongan kepada calon parti pembangkang PBS.

Kehadiran USNO telah membangkitkan satu semangat solidariti dikalangan parti-parti pembangkang. Selain USNO parti UMNO,SAPP,STAR,MCA dan lain-lain parti pembangkang turut memberi sokongan moral kepada calon PBS.

Soal keputusan PRK yang tidak memihak kepada pembangkang tetapi itu bukanlah isu utama.
Yang lebih penting semangat perpaduan yang ditunjukkan parti-parti pembangkang sehingga memaksa pemimpin-pemimpin PH terutama dari DAP dan WARISAN  berkampung di Sandakan.

Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Mohd.Shafie Apdal yang pada mulanya menganggap kemenangan mudah bagi calonl DAP telah menggerakkan seluruh jentera kerajaan negeri dan pemimpinnya berkempen sehingga saat pengundian akibat penglibatan USNO di kem pembangkang.

Apa yang menarik untuk dicatat disini ialah kemunculan mantan Speaker,Tan Sri Pandikar Amin dalam PRK Sandakan.
Beliau bukan sahaja berkempen secara terbuka untuk calon PBS tetapi juga  mengumumkan penyertaan dalam USNO.

Kemunculan Pandikar Amin merupakan satu fenomena di Sabah.
USNO tiba-tiba mendapat perhatian dan nama parti yang sekian lama terkubur itu,bangkit tiba-tiba dengan dasar USNO baharu untuk Malaysia Baharu.

Sejurus PRK Sandakan selesai,netizen dan rakyat akar umbi mula bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan borang keahlian dan bilakah penubuhan cawangan/bahagian diadakan?

USNO baharu sudah memiliki 8 Bahagian setakat ini yang membolehkannya diluluskan oleh ROS.

Manakala penubuhan cawangan/bahagian selebihnya sedang giat dilaksanakan bagi mencukupkan angka 26 bahagian kesemuanya kelak.

Mesyuarat Agung Tahunan parti dikhabarkan akan berlangsung pada minggu kedua bulan Jun ini.
'TAKUT APA BOSSKU' 
SIAPA DIA YANG ANDA TAHU?


SANDAKAN : Ramai yang benci dan menyalahkan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (TSPA) kerana pendapat dan kritikan mantan Speaker Dewan Rakyat itu dalam bukunya bertajuk ‘BERPISAH TIADA’ dan juga mengecam beliau kerana tidak membenarkan 1MDB dibahas dalam Dewan Rakyat.Tidak kurang juga yang tertanya-tanya mengapa baru sekarang TSPA sibuk bercerita tentang hak-hak Sabahan,yakni selepas memegang jawatan serta berada dalam kelompok kem pembangkang.

👉Jawapannya senang saja.....
Sila baca dengan tenang 🙏.

TSPA telah memegang jawatan Speaker Dewan Rakyat selama 10 tahun dan hakikatnya,beliau tidak dapat bersuara selain daripada menjalankan tugasnya mempengerusi mesyuarat Dewan Rakyat (semestinya tidak berat sebelah antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang).

Dalam hal ini, tiada siapa yang boleh menafikan yang beliau telah berjaya menjalankan tugasnya sebagai Speaker Dewan Rakyat dengan cemerlangnya.Kita sebagai rakyat Sabah sepatutnya merasa bangga apabila ada orang Sabah diberi penghormatan menjadi Speaker Dewan Rakyat Malaysia.

Let me put it this way, 👉contohnya dalam perlawanan bola sepak.
Sekiranya anda dilantik menjadi ‘referee’,bolehkah anda menjaringkan gol ataupun menjaga pintu gol pada masa yang sama? Sudah tentu tidak kan …..kerana jawatan referee tu tidak membenarkan ataupun melayakkan anda berbuat sedemikian. 😓

👉Berbalik kepada cerita TPSA yang kini bukan lagi Speaker Dewan Rakyat.Maka Beliau bolehlah memilih sama ada berkecimpung dalam parti kerajaan ataupun parti pembangkang.
Beliau boleh memilih parti-parti kerajaan Malaya seperti PPBM ataupun PKR ataupun beliau boleh memilih parti pembangkang Malaya yg kuat seperti UMNO.Sekiranya TSPA adalah seorang yang pentingkan jawatan ataupun dedak,sudah tentu Beliau akan memilih parti-parti besar ini.Dengan mudahnya Beliau boleh meminta  jawatan yang tinggi-tinggi.

👉Pernahkah terlintas dalam fikiran anda kenapa beliau tidak berbuat sedemikian tetapi Beliau memilih untuk kembali ke Sabah?
TSPA rela memilih parti pembangkang malahan memilih parti pembangkang Sabah pulak tu..........Kenapa 🤔🤔?
Ini sememangnya suatu tindakan yang berani kerana beliau berkemungkinan akan mendapat tindakan keras mahupun hukuman penjara sekiranya tindakannya (ke kem pembangkang) di anggap melawan Boss....
Ini yang menyebabkan kenapa timbulnya gelaran netizen terhadap beliau yang berbunyi 'TAKUT APA BOSSKU'.

👉TSPA memilih untuk berjuang bersama Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang telah didaftarkan 5 tahun yang lepas dan akhirnya bebas merekrut ahli mulai November, 2018,setelah ianya didaftarkan sebagai 'USNO' baharu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).  
Kebangkitan USNO Era Malaysia Baharu ini adalah untuk memperjuangkan hak-hak Sabah dalam Malaysia selari dengan hasrat Allahyarham Tun Datu Hj Mustapha Datu Harun dahulu.
Perjuangan hak-hak Sabah akan dilakukan melalui NEW DEAL yang bermaksud Perundingan Baru dengan Malaya dan bukan bersandarkan konsep dibawah tuntutan MA63.

👉Dengan lain perkataan, tuntutan akan dibuat berlandaskan kepada fakta yang benar dan bukan alasan yang diputar-belit ataupun atas tafsiran songsang kepada MA63.


Untuk ini,Gen-Y yang berani dan bersemangat harus bangkit bersama 'TAKUT APA BOSSKU' dalam menuntut hak-hak Sabah menerusi Perundingan Baru dengan Malaya. Sabah tidak perlu berpisah dengan Malaya tetapi perlu menuntut hak-hak kita sebagai rakan sekutu dlm Malaysia.

Rakyat Sabah harus bangkit dan menyokong perjuangan ini demi masa depan anak cucu kita semua.
Anda lah darah baru dalam politik Sabah yang ketandusan pemimpin muda…..tunggu apa lagi….bangkitlah bersama TAKUT APA BOSSKU.

Kenyataan ini diterbitkan hasil bicara & catatan
Pn.Liew Wean Chee - Sandakan Sabah
Ahli Politik & Aktivis Tempatan Sabah (23/05/2019)

Tuesday, May 21, 2019

KENYATAAN AKHBAR TAN SRI PANDIKAR AMIN HAJI MULIA (21/05/2019)
KINI,DEDAK MALAYA SIAPA YANG DAPAT ?

"Kalau dulu saya dituduh makan dedak MALAYA,kini saya juga boleh tuduh V K Liew dan Darrell makan DEDAK Malaya," demikian kata Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dalam satu kenyataan akhbarnya hari ini.

Ada pihak dalam negeri ini yang berpersipsi bahawa pendirian saya dalam mentafsirkan Perjanjian Malaysia 1963 melalui buku,' berpisah tiada' adalah suatu penderhakaan kepada negeri Sabah.
Kononnya pendirian saya itu adalah semata mata berpijak atas DEDAK yang saya makan dari Malaya.

Kini,selepas PRU14 tafsiran saya pada Perjanjian Malaysia 1963 adalah sama saperti dahulu cuma bezanya kini saya di dalam pembangkang.

Manakala pendirian pejuang-pejuang MA63 sebelum PRU 14 adalah, MALAYA mesti kembalikan hak-hak negeri Sabah yang di RAMPAS oleh MALAYA.
Kelantangan suara tuntutan tersebut ialah,mereka TIDAK makan DEDAK Malaya.

Apabila pejuang-pejuang MA63 ini BERKUASA, suara tuntutan yang lantang itu,sudah tidak kedengaran.Hampir lenyap.

Kenapa ya?
Atas sebab DEDAK Malaya juga kah?
Seperti mana saya kena tuduh dahulu....

Atau atas sebab konsep FEDERALISMA?
Atau atas sebab konsep,COLLECTIVE DECISION & COLLECTIVE RESPONSIBILITY?
Atau atas sebab kekangan prosedur atau perundangan?

Sewaktu Speaker dahulu - selama 10 tahun - saya tidak dapat bersuara selain dari menjalankan tugas mempengerusi mesyuarat Dewan Rakyat.

Saya dituduh tidak membenarkan 1MDB dibahas.Cuma orang yang tidak panjang akal saja yang percaya dengan tuduhan tersebut.
Sebab?
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Parlimen ada menyiasat kes 1MDB.Ahli-ahli Jawatankuasa tersebut adalah terdiri dari wakil rakyat parlimen dari kerajaan dan pembangkang.
YB Tan Seng Giaw dan YB Tony Pua dari DAP adalah antara ahli Jawatankuasa tersebut. Makna kata,pihak pembangkang melalui penyertaan mereka dalam Jawatankuasa tersebut telah maklum secara terperinci tentang hal 1MDB.

YB Tan Seng Giau (DAP-Kepong) dalam temuramah dengan pemberita menyatakan dengan jelas bahawa Perdana Menteri,Dato' Seri Mohd.Najib Razak tiada membuat kesalahan berhubung kes 1MDB.

Menurut rekod Hansard/Penyata Dewan Rakyat berpuluh-puluh soalan telah dikemukakan oleh wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang yang membangkitkan soal 1MDB dan telah pun dijawab oleh kerajaan.

Jadi, dimana letaknya kesalahan saya?

Ada pihak pula yang menyalahkan saya atas tindakan saya sebagai Speaker Dewan yang konon tidak membenarkan kes 1MDB dibahaskan di Dewan Rakyat dengan menggunakan alasan Sub Judice kerana ada kes yang difailkan oleh DOJ di Amerika.
Konon alasan 'Sub Judice' yang saya gunakan adalah tidak berasas sebab kes DOJ di mahkamah Amerika Syarikat itu adalah di luar ruang lingkup erti 'Sub Judice' yang sebenar.
Makna kata,konon kes di mahkamah luar negara tidak boleh digunakan sebagai alasan di dalam negara Malaysia.

Akan TETAPI,pihak pembangkang pada ketika itu pula,malahan sehingga sekarang masih menggunakan kes-kes orang yang di dakwa di luar negara pasal 1MDB,seperti di Singapura sebagai bukti bahawa kes 1MDB adalah kes yang melibatkan penipuan yang melibatkan PM Najib Razak.

Persoalannya disini ialah,kalau saya gunakan kes DOJ di Amerika yang ada kaitan dengan 1MDB sebagai justifikasi kepada Ruling saya,Sub Judice di Dewan Rakyat,pihak pembangkang kata, 'itu tidak boleh sebab hal (kes) di luar negara'.

Tapi,mereka kaitkan pula PM Najib Razak di Malaysia dengan kes-kes 1MDB yang dibicarakan di mahkamah negara lain.

Double standard kan?

Kini,melalui paparan.ini,dan melalui wadah perjuangan baru saya,USNO Era Malaysia baharu,akan menyuarakan pendapat tanpa takut-takut terhadap kebobrokkan kepimpinan dari Malaya atau di Malaya dan Sabah.

Sehingga kini,YB Dato' Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak belum lagi di dakwa di mahkamah di Malaysia mengenai hal (kes) 1MDB....Kenapa?
Walhal bertahun lamanya pihak-pihak tertentu mengatakan yang mereka ada bukti menunjukkan Najib Razak mencuri wang rakyat Malaysia melaui 1MDB.

YB Lim Kit Siang di antara tahun 1983 -86,ada menulis dua buah buku berhubung dengan skandal kewangan BMF dan Forex di mana menurutnya,berpuluh billion ringgit (lebih banyak jumlahnya dari kes 1MDB ) wang rakyat hilang begitu saja,dakwa Kit Siang.?

Kenapa Kit Siang diam-diam sekarang?...Kerana anak jadi Menteri Kewangan ke?

Double standard lagi kan?
Masih menuduh Najib Razak pasal 1MDB tapi sudah tidak menuduh Tun Dr. Mahathir dalam kes BMF dan Skandal Forex.

Walhal,tuduhan Kit Siang terhadap Tun Mahathir yang ada kaitan dengan Skandal BMF dan Forex telah dikuatkan lagi dokumen dimana CIA Amerika berpendapat bahawa Tun Mahathir terlibat !!

Hayati Kenyataan di atas,baru buat komen !!

USNO...Bangkit
#Takut Apa Bussku!
Esklusif bersama Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia
ANTARA KONFRANTASI ATAU PERUNDINGAN
  
"Sabah For Sabahan" vs Berpisah Tiada.
(Perjanjian Malaysia 1963) = ???


Faham tak tajuk di atas?...Bagi yang punyai ilmu mendalam dalam politik Federalisme akan faham,akan tetapi,bagi pengamal politik biasa atau atas nama peminat politik saja,maka perkara di atas akan dijawab mengikut 'selera' subjektif.
Selera subjektif ini lah yang biasanya mendatangkan 'hasil' yang 'makan diri'

Contoh:
Pejuang-pejuang MA63 sebelum PRU14,dengan suara lantang yang definitif mengatakan bahawa Malaya berhutang kepada Sabah sebanyak 1 TRILION dan kalau pihak mereka memerintah royalti minyak 20% pasti akan diberi dan macam-macam lagi kenyataan yang menghairahkan perasaan rakyat - lalu menyokong  seruan SABAH UBAH!

Pada masa yang sama, ada pihak yang menyokong kenyataan yang 'sederhana' - tidak definitif - iaitu, 'KALAU ADA YANG TERAMBIL OLEH MALAYA dari hak-hak Sabah,AKAN di kembalikan.

Kenyataan ini diselaraskan dengan tindakan terbentuknya sebuah Jawatankuasa untuk menentukan mana mana hak yang TERAMBIL atau tidak ditunaikan.

Reaksi pejuang-pejuang MA63 ialah,APA LAGI MAHU UJUDKAN JAWATANKUASA? Kembalikan saja lah!

Nah,kini pejuang-pejuang MA63 berada dalam KUASA yang boleh sudah 'WALK THE TALK'.....Tapi,instead of 'walk the talk',mereka ini pula menjadi ahli JAWATANKUASA yang diacuankan oleh MALAYA sendiri.

Pertanyaan,org macam saya yang berfahaman , 'BERPISAH TIADA ialah......

"WHAT THE HELL  is happening?"
Mana sudah itu 1 trillion tu?
Mana sudah itu royalti 20% minyak?
Mana sudah itu....mana sudah itu....? 
You dig my drift bro?

Jadi,pada mereka di luar sana, yang menuduh saya yang memegang prinsip dan memahami falsafah 'FEDERALISME', tolong berfikir secara mendalam sebelum buat hujah atau tuduhan 'definitif'.

Kalau bukan kerjasama DAP dan PKR di Sabah, bolehkan WARISAN jadi kerajaan?
Kan DAP dan PKR itu adalah dari MALAYA.Bukan kah falsafah di belakang 'BERPISAH TIADA' itu benar?

JADI,hadami benar benar kenyataan saya di bawah ini:

Kebangkitan USNO Era Malaysia Baharu ini adalah antara lain ;

MEMPERJUANGKAN HAK-HAK SABAH dalam Malaysia selari dengan hasrat Tun Mustapha dahulu. Akan tetapi perjuangan USNO kali ini adalah NEW DEAL atau PERUNDINGAN BARU dengan Malaya dan bukan bersandarkan dibawah tuntutan MA63.

MA63 is a done deal.
Semuanya telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Itu sebabnya,USNO Era Malaysia Baharu mengajak Generasi Muda (Gen-Y) untuk bangkit bersama USNO supaya mereka fahami 'konsep Federalisma' dan dengan demikian mereka dapat buat tuntutan yang dilandaskan kepada FAKTA yang benar dan bukan alasan yang diputar belit atau atas TAFSIRAN SONGSANG' kepada MA63.

USNO...Bangkit atas perjuangan baru, 'New Deal/Perundingan Baharu dengan Malaya.