MENGAPA ANAK MUDA MEMILIH USNO
Susunan semula oleh MediaUSNO
USNO berada di
satu titik permulaan melangkah ke arah cabaran baru iaitu mengembalikan status
kegemilangan dan memartabatkan semula reputasinya di mata masyarakat.
Bagi Generasi
anak muda wajar memahami perjuangan USNO yakni parti yang terlibat dalam peristiwa
untuk memerdekakan Sabah,jelas Zamzuri P.Amin.
Kalau pemimpin
yang terdahulu dapat melibatkan diri dan menyumbang secara positif untuk
memerdekakan Sabah dalam pembentukkan Malaysia walaupun mereka mempunyai
kekangan pendidikan dan pengalaman,kini tidak ada alasan bagi generasi muda
Sabah untuk tidak dapat menyumbang kepada usaha untuk menyedarkan Kerajaan
Persekutuan kepada pentingnya ‘keberadaan’ Sabah dalam Malaysia.
"Untuk
mengekalkan ‘keberadaan’ dalam Malaysia ini,Kerajaan mesti prihatin kepada
aspirasi rakyat Sabah yang sebenar."
Bagi golongan
anak muda yang tidak dapat memahami,menghayati dan mengikuti perjuangan wadah
parti politik yang lain,mereka harus menghayati dan menerapkan semangat
perjuangan nenek moyang kita yang terdahulu dalam jiwa mereka untuk menuntut
hak-hak Sabah yang terabai semasa usaha memerdekakan Sabah dulu sehingga kini.
"Kerajaan
sekarang dibentuk atas pembohongan. Rakyat, hari demi hari, selepas setahun
mereka memerintah sudah semakin benci dan muak dengan naratif menyalahkan
kerajaan dahulu", tegas Ketua Angkatan Pemuda Usno Sabah itu lagi.
Mereka Berjanji Tapi Gagal
melaksana.
Kemudian minta maaf.Kalau buat silap jangan beri seribu alasan
tetapi Itu lah modus operandi mereka sekarang ini.
Senang sangat memerintah kalau
macam ini.Kemudian menyalahkan kerajaan BN kerana kegagalan itu sedangkan mereka
sendiri yang lemah.
Banyak janji kerajaan untuk menghapuskan atau melupuskan
pelbagai perkara adalah satu penipuan yang besar dan khianat kepada amanah dan
mandat yang diberikan oleh anak muda.
Fitnah dan
propaganda yang terancang dan dahsyat yang telah direka dan dihidangkan kepada
rakyat seluruhnya,adalah satu perkara yang harus Anak Muda sedar dan
insaf untuk menghukum Kerajaan ini pada masa PRU yang akan datang.
Kita ini
golongan Anak Muda telah dijadikan sebagai mangsa – diperdaya,diperalat dan
dibohong!
Tuntutan yang
disebut ini adalah melalui USNO dalam Era Malaysia Baharu yang berasaskan pada
NEW DEAL atau PERJANJIAN BARU di samping Hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963
yang sudah boleh disifatkan sebagai DONE DEAL bagi perkara-perkara yang sudah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Adaptasi Pertama dari minda Sdr Zamzuri P.Amin (Ketua Angkatan Pemuda Usno Sabah)
No comments:
Post a Comment