Friday, June 14, 2019


A.P.U MAHU USNO JADI PEMBANGKANG BERWIBAWA

titipan berita dari MediaUSNO

KOTA KINABALU : Perjuangan untuk memartabatkan kembali parti keramat ini tidak pernah luntur atau pudar,jelas Zamzuri P.Amin,Ketua Angkatan Pemuda Usno (APU) Sabah.

"Atas ikhthiar para pejuang dan penyokong tegar tertentu, USNO berjaya dibangkitkan dan dihidupkan kembali dengan mendakap roh dan semangat pejuang nenek moyang kita yang terdahulu dalam jiwa sanubari kita iaitu semangat PERJUANGAN 1961," katanya yang juga merupakan AMT USNO Negeri Sabah bagi mewakili golongan muda belia.

USNO dan kepimpinannya tidak akan berganjak untuk sentiasa memastikan kelangsungan agenda membina peradaban rakyat Sabah supaya akar yang telah dibina oleh nenek moyang kita dapat diperkukuhkan dan diperkasakan semula demi kesinambungan.

Bagi generasi anak muda wajar memahami perjuangan USNO parti yang terlibat dalam peristiwa untuk memerdekakan Sabah.

Beliau turut menggariskan tiga perkara pokok untuk menerangkan misi sebenar pergerakan golongan muda belia di dalam parti berkenaan.

Dengan itu,saya ingin menyatakan bahawa Hala tuju pergerakan sayap Angkatan Pemuda USNO di peringkat awal ini, akan terjurus atau terarah kepada tiga aspek signifikan iaitu: -

                   Menjadi pembangkang yang berwibawa dan menjuarai rakyat yang mampu membela nasib rakyat dan menjadi lidah rakyat. Kalau membangkang kita akan bersandar kepada fakta dan bukan auta dan fitnah semata-mata. Pembangkang yang berkredibiliti dan berwibawa adalah agenda utama kita dalam memperjuangkan hak, isu dan kebajikan rakyat. Membawa suara rakyat, menjadi semak dan imbang yang efektif pada dasar-dasar dan polisi yang dibuat oleh kerajaan;

                   Seterusnya ialah Pentarbiyahan parti yang berterusan dan barpandukan kepada model sikap kerterbukaan, keseimbangan, dan keadilan di semua peringkat samada di Pusat, Bahagian atau Cawangan peringkat akar umbi. Kesemua AMT, Ketua2 Sayap dan ahli-ahlinya akan mengerahkan usahanya untuk menyusuri akar umbi dengan memulakan siri jelajah ke seluruh Sabah bagi memberi penerangan berleluasa dan komprehesif; dan

                   Akhir sekali, Menerapkan elemen inklusif dan bersifat holistik kepada setiap ahli-ahli Pemuda USNO untuk mencampur masyarakat. Untuk menjadikan USNO ini sebagai satu parti yang bukan eksklusif. Tidak kira latar belakang, anutan agama, bangsa dan suku kaum, USNO akan menerima mereka ini untuk terus teguh dan kekal relevan serta tidak mudah longgar daripada prinsip perjuangan meskipun difitnah, ditohmah dan diremehkan dalam mendepani dunia peperangan persepsi.

"Selaku Ketua Pemuda USNO, apa yang saya boleh nyatakan ialah parti keramat ini dalam proses memperhalusi dan memantapkan urustadbirnya yang dilakukan secara berfasa....USNO berada di satu titik permulaan melangkah ke arah cabaran baru iaitu mengembalikan status kegemilangan dan memartabatkan semula reputasinya di mata masyarakat," tambah beliau lagi.

"Oleh itu, saya menyeru kepada semua pemuda-pemudi golongan anak muda, AYUH, kita bangkit bersama-sama untuk memperjuangkan dan terus menuntut hak-hak kesamarataan bagi rakyat Sabah yang terhakis dan tidak diendahkan oleh Kerajaan Persekutuan," tegas Zamzuri mengakhiri kenyataannya.

No comments:

Post a Comment