Thursday, May 23, 2019

FENOMENA USNO BANGKIT : PARTI LOKAL YANG ORIGINAL

oleh : MediaUSNObaharu

Netizen media sosial melahirkan banyak reaksi mengenai USNO BANGKIT ini.

Rakyat dari berbagai pelusuk daerah dan ceruk- ceruk kampung mula ghairah dengan kebangkitan semula parti tertua Sabah ini.

Nama Allahyarham Tun Datu Hj Mustapha kembali tular dari bibir ke bibir,dari whatsapp ke whatsapp,dari utara ke selatan dan dari timur ke barat.
Di akhir bebelannya,satu persoalan timbul...Siapa Presiden USNO baharu ini yang kononnya berpaksi pada panji SEMANGAT 1961 USNO?

Netizen dan Jelata mahu tahu siapa dan di mana kedudukan Tan Sri Pandikar yang berkempen atas nama USNO baharu ketika PRK Sandakan hingga ke hari ini...Adakah Tan Sri Pandikar presidennya atau masihkah Hj.Dullie Tiaseh ??

Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia adalah Ketua Jemaah Penasihat di Lembaga Penasihat Kebangkitan USNO baharu.
Presidennya,Tuan Ibrahim Linggam bersama Ahli Majlis Tertinggi USNO masih kekal menerajui parti yang bernafas baru.

"USNO kembali dalam persada politik negara secara tertib.Tidak sumbang.Tidak canggung.Tidak terburu-buru", ujar Datuk Musli Oli,Ketua Penerangan USNO.

"Langkah disusun dengan baik.Sebaik sahaja peralihan pucuk pimpinan daripada kumpulan yang diketuai Hj Dullie Tiaseh pada 2018, kepimpinan baru USNO yang menyedari parti itu perlu suntikan kepimpinan yang berwibawa telah menjemput beberapa pemimpin politik yang pernah bersama USNO untuk menyertai dan seterusnya menerajui parti itu. Walaupun pada mulanya ramai yang berminat namun tiada yang benar-benar serius dan komited," katanya lagi yang sememangnya cukup terkenal sebagai seorang pengkritik politik dan banyak menghasilkan buku-buku yang laris di pasaran.

PRK Sandakan menjadi gelanggang titik tolak kemunculan semula USNO yang sememangnya parti lokal yang original.

Presiden,Ibrahim Linggam,Ketua Penerangan,Musli Oli dan beberapa anggota MT serta sekumpulan pemimpin pemuda parti yang diketuai Ketua Angkatan Pemuda USNO,Zamzuri P.Amin telah datang ke Sandakan untuk memberi sokongan kepada calon parti pembangkang PBS.

Kehadiran USNO telah membangkitkan satu semangat solidariti dikalangan parti-parti pembangkang. Selain USNO parti UMNO,SAPP,STAR,MCA dan lain-lain parti pembangkang turut memberi sokongan moral kepada calon PBS.

Soal keputusan PRK yang tidak memihak kepada pembangkang tetapi itu bukanlah isu utama.
Yang lebih penting semangat perpaduan yang ditunjukkan parti-parti pembangkang sehingga memaksa pemimpin-pemimpin PH terutama dari DAP dan WARISAN  berkampung di Sandakan.

Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Mohd.Shafie Apdal yang pada mulanya menganggap kemenangan mudah bagi calonl DAP telah menggerakkan seluruh jentera kerajaan negeri dan pemimpinnya berkempen sehingga saat pengundian akibat penglibatan USNO di kem pembangkang.

Apa yang menarik untuk dicatat disini ialah kemunculan mantan Speaker,Tan Sri Pandikar Amin dalam PRK Sandakan.
Beliau bukan sahaja berkempen secara terbuka untuk calon PBS tetapi juga  mengumumkan penyertaan dalam USNO.

Kemunculan Pandikar Amin merupakan satu fenomena di Sabah.
USNO tiba-tiba mendapat perhatian dan nama parti yang sekian lama terkubur itu,bangkit tiba-tiba dengan dasar USNO baharu untuk Malaysia Baharu.

Sejurus PRK Sandakan selesai,netizen dan rakyat akar umbi mula bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan borang keahlian dan bilakah penubuhan cawangan/bahagian diadakan?

USNO baharu sudah memiliki 8 Bahagian setakat ini yang membolehkannya diluluskan oleh ROS.

Manakala penubuhan cawangan/bahagian selebihnya sedang giat dilaksanakan bagi mencukupkan angka 26 bahagian kesemuanya kelak.

Mesyuarat Agung Tahunan parti dikhabarkan akan berlangsung pada minggu kedua bulan Jun ini.

No comments:

Post a Comment