Thursday, July 11, 2019

KOTA BELUD BAHAGIAN PERTAMA BAWA USUL AUTONOMI UNTUK UMNO SABAH


KOTA BELUD : UMNO Bahagian P169 Kota Belud mengukir sejarah apabila menjadi UMNO Bahagian yang pertama membawa usul autonomi bagi menjadikan UMNO Sabah sebagai parti yang mandiri di negeri ini.

Pemangku Ketua Bahagiannya,Haji Fadli Haji Juanas berkata,usul berkenaan dibawa pada Persidangan Perwakilan Bahagian parti itu melalui sayap Pemuda,Wanita dan Puteri.Kemudiannya usul berkenaan di sokong sebulat suara di Persidangan Perwakilan peringkat bahagian yang dirasmikan oleh Dato' Seri Abdul Rahman Dahlan pada 29 Jun lalu.

"Autonomi untuk UMNO Sabah sangat penting bagi menggerakkan seluruh jentera dalam suasana mandiri atau berkuasa sepenuhnya dalam menentukan sesuatu yang melibatkan parti tanpa merujuk ke Kuala Lumpur seperti sebelum ini," kata beliau lagi.

Ini membawa makna bahawa UMNO Sabah tidak akan terikat lagi dengan UMNO Pusat dalam menentukan keputusannya sekaligus menjadikan UMNO Sabah sebagai sebuah parti tempatan (parti lokal).


"Insyaallah di bulan November ini nanti,usul tersebut dibentangkan di Perhimpunan UMNO 2019 dan diluluskan," jelas Fadli yang juga merupakan Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Sabah.

Menurut sumber,UMNO Kota Belud mencatatkan jumlah  seramai 32,098 orang ahli yang masih berdaftar setelah 'pemutihan' berlaku di antara PRU14 hinggalah pada 31 Januari 2019 di mana pecahan jumlah berkenaan datangnya dari Usukan (12,954),Tempasuk (12,371) dan Kadamaian (6,773).

Turut sama membawa dan menyokong usul autonomi ini kemudiannya ialah di Mesyuarat Perwakilan Wanita Sepanggar dan Persidangan Perwakilan Bahagian Kinabatangan.

Perhimpunan Agung UMNO di jangka bakal berlangsung di Kuala Lumpur mulai 13-16 November depan.
GENERASI MUDA MEMERHATI

KOTA BELUD : Gelombang besar dan dahsyat pernah diciptakan oleh golongan ini di penghujung PRU14 lalu.Badai raksasa yang mengubah peradaban yang sekianlama terbina tanpa mampu kita ramalkan pengakhirannya.

Daerah Kota Belud masih Fobia dengan tragedi tersebut dan sehingga kini merasa,bagai tidak dapat di terima oleh akal akan kesannya.Pemimpin-pemimpin yang tertewas,ramai yang mengakui bagaimana kuatnya kuasa Generasi Muda ini serta mampu menerima hakikat dalam karier dunia politiknya.Ini genius namanya sebab ada sikap 'sedar diri'.

Tetapi,ramai juga pemimpin ini yang tidak ingin menerima hakikat kejatuhan empayar sekuat itu dan sering menyalahkan rakyat kerana tidak mengundinya.Yang ini,tak tahu macamana melabelkannya tetapi percaya lah,mereka-mereka ini akan muncul di saat-saat akhir Parlimen atau DUN akan dibubarkan.

Kini,Generasi Muda ini mula mengintai lagi setelah rasa terbohong dengan setahun jagung pemerintahan baharu.Pemerhatian mereka tertumpu kepada bilangan parti-parti yang muncul menjelang PRU15.
Mereka ingin melihat parti-parti yang sentiasa kekal di samping masyarakat bersama pemimpinnya tanpa mahu menunggu PRU tiba.

Yang peliknya,ada pula pemimpin tertentu sering bersuara,"Ah,PRU lama lagi bah."
Tidak mereka sedari bahawa rakyat hari ini mahu parti yang sentiasa 'ada' untuk masyarakat dan bukannya muncul memperbanyakkan kegiatan amal di penghujung hari-hari pembubaran.

Mata dan telinga Generasi Muda ini lebih fokus kepada tindak tanduk pemimpin belia sesebuah parti politik yang ada disekitarnya hari ini.Ada parti yang masih mengamalkan budaya cantas mencantas,ada yang masih di takuk lama,ada pula yang lebih 'advance' dengan idea gila-gila memualkan anak perut,ada yang terlalu agreasif seolah mereka di landasan yang betul dan macam-macam lagi karenah disajikan.

Benar...Parti-parti politik (khususnya di Sabah) sering mengatakan Suara Generasi Muda diutamakan.Namun itu cuma sekadar di bibir penyedap ucapan sahaja.
Apa yang jelas,bila saja anak-anak muda mula bersuara menyampai idea dan melontar pendapat,tiba-tiba sahaja golongan veteran politik melenting dan menyifatkan 'umur setahun jagung sudah pandai mengajar itik berenang".
Lalu,kemanakah maruah dan harga diri golongan muda ini apabila suara dan ideanya dinafikan oleh senior politiknya sendiri ??
Dihumbani dengan kata-kata kesat dan dilumuri dengan makian,adakah itu didikan yang perlu diajarkan kepada mereka ??

Ibarat sebuah bahtera,nakhodanya harus seorang yang perlu wibawa,bijaksana,adil saksama dan penuh pengalaman....Kelasinya pula,si anak-anak muda ini yang perlukan teladan yang betul untuk mereka meneruskan kepimpinan yang sedia ada diwariskan.

Veteran Politik suatu hari nanti akan mati jua.Ajarlah anak-anak muda ini selok belok pelayaran politik sebagai bekalan.

Golongan Muda Kota Belud perlukan sesuatu yang lebih relevan dan sesuai dengan usia mereka yakni,yang boleh membawa mereka menuju masa depan yang lebih bagus.

Golongan Muda ini mahukan 'sesuatu',bukan budaya yang 'dijenamakan semula' dan mereka mahu terus memelihara sikap hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Ramai kalangan Generasi Muda di daerah ini terpaksa berdepan lagi dengan budaya hipokrit dan kronisme.Kepentingan peribadi lebih diutamakan daripada pemuliharaan kepimpinan dalaman.

Yang nyata,memang benar laporan akhbar itu lebih relevan berbanding media sosial tetapi harus di ingat bahawa di media sosial itulah lebih ramai Generasi Muda berbanding masyarakat yang membeli akhbar-akhbar harian.

Hairan Bin Ajaib,kurangnya promosi di media sosial boleh menurunkan saham sesebuah parti politik tersebut dan lebih melucukan,jika menggunakan media sosial pun,beritanya hanya untuk mereka-mereka dan ahli parti mereka sahaja sedangkan di peringkat khalayak,ramai yang tidak mengetahuinya.

Generasi Muda melihat dan memerhati Warisan..UMNO..PPBM..USNO..PBS,UPKO,STAR,PAS,DAP,PKR dan beberapa buah parti lain untuk dinilaikan semula seolah-olah 'pilihanraya itu sudah semakin dekat' dan mereka tahu,mereka lah Sang Algojo yang bakal menjatuhkan hukuman yang setimpal.

#MunPahamBisai
BERSATU SABAH MAHU AGIHAN KERUSI BAHARU, MAHU JAWATAN DIBERIKAN : LAJIM

KOTA KINABALU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah berharap 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang akan diwujudkan di Sabah diagihkan dengan adil melibatkan Bersatu.

Pengarah Strategi dan Pilihan Raya Bersatu Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kawasan bumiputera Islam dan kaum Kadazan, Dusun serta Murut (KDM) adalah kerusi yang sesuai diberikan kepada Bersatu.

Katanya, satu kajian komposisi penduduk dan sokongan rakyat akan dilakukan di seluruh negeri bagi memudahkan parti itu menilai kerusi yang diinginkan sebelum dicadangkan kepada pucuk pimpinan Bersatu Pusat untuk dipertimbangkan.

“Kami akan bincang tentang kerusi baharu ini kerana Bersatu mesti ada agihan, itu kerusi baharu bukan milik sesiapa dan Bersatu sudah kenal pasti di mana kerusi yang kami ada penyokong serta boleh menang.

“Kalau kawasan masyarakatnya bercampur kami tidak akan bertanding kerana tumpuan Bersatu ialah kawasan bumiputera Islam dan KDM sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini.

Rabu depan, kerajaan dijangka membentangkan usul laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penambahan 13 kerusi baharu itu di Dewan Rakyat yang telah tertangguh sejak 2016.

Jika diluluskan, SPR akan memulakan kajian kawasan untuk 13 kerusi berkenaan menjadikan 73 DUN keseluruhan bakal dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang berbanding cuma 60 sebelum ini.

Mengulas perkembangan politik Sabah, Lajim berkata, Bersatu Sabah berharap beberapa jawatan di peringkat negeri dapat diberikan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) kepada pimpinan mereka bagi menjayakan lagi kerjasama yang terjalin.

Kata Lajim, hubungan amat baik telah terjalin antara kedua-dua parti, malah pimpinan Bersatu Sabah berpegang kepada arahan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membantu kerajaan negeri pimpinan Warisan.

“Tun Mahathir sudah kata kita ada persefahaman dan terbukti Warisan diberikan jawatan menteri dan timbalan di Kabinet Persekutuan walaupun mereka bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

“Jadi kita harap Warisan lihat peluang itu untuk memberi ruang juga kepada pimpinan Bersatu Sabah dapat jawatan, kita tiada niat yang tidak baik cuma mahu bantu Warisan menjadi lebih kuat di Sabah,” katanya.

Tuesday, July 9, 2019

BIMBANG KEBANGKITAN USNO ?





USNO yang tiba-tiba bangkit bukan sekadar retorik dan omong kosong dengan impian untuk mencari nama yang popular.
USNO bangkit kerana gagalnya kerajaan hari ini membimbing rakyat ke arah kesejahteraan.

USNO hari ini bangkit kerana rakyat terlalu kecewa dengan Sabah For Sabahan dan Sabah Kita Punya.

USNO bangkit dek kerana bosan dengan pembohongan melulu sesetengah pihak yang tergamak mendabik dada sebagai parti lokal sedang 'lokal' nya itu sekadar di bibir semata-mata walhal hala tujunya sudah ke arah lain.

USNO pernah mengalami kejatuhan paling dahsyat dalam sejarah hidupnya.Dari taktik penipuan hinggalah ke taktik ketamakan,menjadi duri di celah daging kenyal perjuangannya.

Tahun 70an,Tun Mustapha jatuh hasil dari penipuan dan 80an menjadi episod malang dalam buku sejahnya.

Setelah kejatuhan itu,USNO ingin bangkit bersama semangat legasi tetapi dibayangi kronisme dan perpecahan.

Di era 1990 an,USNO terkubur dengan penyeberangan UMNO yang dijadikan sebagai wadah perjuangan anak jati tempatan.

Hikayat UMNO ini di anggap berjaya dan Sabah membangun dengan majunya meski nyata masih tertinggal jauh di belakang negeri-negeri lain di Malaysia.

Tidak dinafikan,wujud juga kronisme dan akhirnya muncul sifat keangkuhan melayu bumiputera setelah sekianlama berkuasa.

USNO muncul lagi di saat keangkuhan parti semenanjung ini begitu gah di takhta.Kali ini,USNO Baru namanya dan semangat penuntutan itu ini bermula apabila ianya ditiupkan oleh pihak-pihak yang bersepakat membina parti itu semula.

Tidak juga bertahan lama apabila menjelang di tahun akhir PRU14 mula menjengah,Usno Baru tersembam di bentes kemelut khianat dan penipuan oleh orang-orang tertentu yang tentunya dari dalaman Usno Baru itu sendiri.

Bertatih dengan rintih kesedaran betapa perlunya sebuah parti lokal yang benar-benar lokal berteraskan perjuangan untuk anak-anak tempatan,USNO dibangkitkan lagi dengan iltizam yang lebih perkasa.

Anak didik Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Hj Harun,kembali bersatu untuk membina pengukuhan.Usno dibangkitkan dengan inspirasi Semangat 1961 lalu menyasarkan golongan anak muda belia sebagai pasukan Gerak Gempurnya yang diketuai oleh Zamzuri P.Amin.

Perlantikan Tan Sri Pandikar sebagai Penasihat Strategi Politik Usno,nampaknya berjaya membakar rumpunan semangat kebangkitan dengan gandingan mantap Ahli Majlis Tertinggi parti itu yang dipelopori oleh Ibrahim Linggam sebagai Presiden dan Puan Leong selaku timbalannya.

Kebangkitan ini amat membimbangkan sesetengah pihak dalam barisan Pakatan Harapan di Sabah.Lalu,tersiaplah kumpulan tertentu berupa angkatan Cytro yang memantau taring dan tanduk Usno kini.

Nantikan aksi-aksi berikutnya di medan perang siber dalam mempertembungkan usno dan seteru.Jelas amat...Kebangkitan USNO berjaya menyuburkan benih-benih bimbang di pentas politik Sabah yang berbilang.

Wednesday, July 3, 2019

Kenyataan Media
WANITA UMNO SABAH GEMBIRA ZAHID KEMBALI BERTUGAS

KOTA KINABALU : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO yang mandatnya diberikan oleh Ahli UMNO melalui kaedah demokrasi yang sah. Ianya wajib dihormati oleh semua pihak.

Maka dengan mandat itu jugalah Datuk Seri Ahmad Zahid kembali bertugas sebagai Presiden UMNO.

Bersama-sama kepimpinan Wanita UMNO Pusat dan UMNO Negeri, Wanita UMNO Sabah juga mengalu-alukan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu dan menyifatkan keputusan tersebut amat tepat untuk kita menyusun gerak kerja Pilihanraya agar lebih jelas.

Wanita UMNO Sabah juga meminta semua Ahli UMNO agar menghormati dan memberi kepercayaan penuh kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melaksanakan tugas sebagai Presiden. 

Ahli UMNO perlu fokus kepada agenda parti, perpaduan Ummah dan strategi untuk menang PRU15. Janganlah kita termakan dengan kata-kata adu domba segelintir ahli. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Kita wajib mengambil iktibar pada kekalahan pilihanraya lepas. Kita berpecah belah angkara fitnah yang disebarkan oleh Pakatan Harapan. Kini kita sedar UMNO adalah parti keramat yang memperjuangkan suara bumiputera dan kaum-kaum lain. Atas dasar itu UMNO dan Barisan Nasional terkenal dengan tagline 1Malaysia. Dari itu jangan sekali-kali kita benarkan orang ketiga memecahbelahkan kesatuan kita. 

Kita, Ahli UMNO harus insaf dan beringat jangan hilang fokus. Terus istiqamah dan konsisten melaksanakan agenda peremajaan parti serta memperkukuhkan jentera pilihanraya kerana PRU semakin mendekati kita.

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi membuat pengumuman untuk kembali menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO setelah beliau bercuti. Tugas-tugas Presiden sebelum ini diamanahkan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

YBhg Datuk Dr. Hjh Jainab Datuk S.P Haji Ahmad Ayid
KETUA WANITA UMNO SABAH
PEMUDA PEMUDI SABAH MANTAPKAN USNO

sedutan dari MediaUSNO

KOTA KINABALU : USNO bakal dimantapkan lagi dengan penyertaan belia dan beliawanis anak jati Sabah dalam usaha melayarkan bahtera perjuangannya.

Pandangan sesetengah pihak terhadap kebangkitan USNO sejak kebelakangan ini,lebih cenderung kepada 'old-school' serta menyifatkan bahawa parti ini dipelopori oleh muka lama sahaja.

Tohmahan tersebut disifatkan sebagai 'kurang akal' kerana tidak menyelidiki terlebih dahulu matlamat dan hala tuju USNO yang sering dilaung-laungkan oleh para pemimpinnya seperti Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia,Tuan Ibrahim Linggam (presiden) dan kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti berkenaan.

Penyertaan golongan Gen Y atau pemuda dan pemudi anak jati Sabah semakin dipergiat bagi tujuan memantapkan penstrukturan parti agar intipatinya tetap bugar dan sama rata di antara golongan lama dan baharu.


Ibaratnya,sang Rajawali ingin terbang tinggi,perlu kedua belah sayap untuk memacu laju ke angkasa,biar lebih perkasa bersama kibarnya panji-panji USNO.

Sudah pasti Angkatan Pemuda USNO (APU) sedang rancak menggamit para belia untuk sama-sama berjuang dan begitu halnya juga Angkatan Puteri USNO serta sayap Wanitanya.

Tidak ada tawaran yang lebih mapan untuk berjuang bersama USNO selain untuk mengembalikan maruah dan hak milik anak-anak jati Sabah yang selama ini diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya.

Tidak ada tawaran yang lebih bernilai selain suara anak-anak muda Sabahan ini berkumandang menuntut kesamarataan di Era Malaysia baharu yang serba serbinya seakan makin goyah dan menuju songsang.

Dan tidak ada tawaran yang lebih ikhlas selain memartabatkan harga diri anak-anak Sabah yang original itu daripada ianya jatuh ke tangan pemimpin-pemimpin yang hipokrit,birokrasi dan kronisme.


Generasi Muda Sabahan perlu bangkit dari terus di pijak-pijak oleh kerakusan politik songsang hari ini dan bersatu padu di bawah panji USNO demi kesejahteraan,kemakmuran dan kestabilan negeri Sabah,tanahair tercinta.

Pemuda dan pemudi,harus bangun dari kealpaan setelah PRU14 yang penuh penipuan dan hari ini,golongan muda mengalami penindasan yang amat kritikal akibat percantasan budi yang terang-terangan dilakukan.

Kemanakah maruah dan harga diri kita sebagai anak-anak muda Sabah yang pernah membina 'gelombang tsunami' di tahun 2018 itu ??

Senang dan selesakah anak-anak muda Sabahan setelah dijanjikan bulan dan bintang di tahun 2018 dulu itu ??

Bertaburkah kekosongan jawatan untuk graduasi dan lepasan sekolah (yang menganggur) yang dulunya tergamak menumbangkan sebuah kerajaan kukuh di tahun 2018 itu ?? 

TIDAK ADA,KAN......

Kembalilah kepada fitrah..Insyaallah...USNO parti berbilang kaum dan agama serta HANYA untuk anak-anak Sabah yang Original sahaja.


USNO sudah melabuh cabaran...Cabaran untuk anak-anak muda agar berdiri sama tinggi-duduk sama rendah dalam barisan kepimpinannya.

Kerajaan PH akan membentangkan suatu akta di Parlimen dalam bulan Juli ini, yang memberikan kelayakan kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun. Apapun alasannya, USNO tetap menyokong cadangan yang baik ini.
Sebab? Ianya selari dengan dasar perjuangan USNO era Malaysia Baharu dalam 'Blueprint' perjuangan USNO, 'New Deal @ Perundingan Baharu', dimana USNO akan memberi ruang (70%) barisan kepimpinannya dalam semua peringkat kepada generasi Y dan Wanita.
          -petikan teks dari Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia,
          Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi Politik USNO 2/7/2019

#UsnoBangkit
#TheNewDeal
#TakutApaBossku
                                                 




Monday, July 1, 2019

PANDIKAR SAH KETUAI JPS USNO


KOTA KINABALU : Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USNO yang berlangsung semalam mengesahkan mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi politik parti itu berkuatkuasa 30 Jun 2019.

Menurut Ketua Penerangan USNO Pusat,Datuk Musli Hj.Oli,mesyuarat tersebut yang berlangsung di Palace Hotel Kota Kinabalu turut sebulat suara memberi sokongan dan mandat sepenuhnya kepada Tn.Ibrahim Linggam bagi mengekalkan jawatannya sebagai Presiden USNO.

Usul tersebut dibacakan sendiri oleh Puan Leong Chau Chu,Timbalan Presiden USNO dan mendapat sokongan sepenuhnya oleh semua Anggota Majlis Tertinggi yang hadir.

"Kita rapatkan kembali saf parti keramat Sabah ini yang sebelumnya di landa banyak krisis kepimpinan ibarat buang yang keruh ambil yang jernih.Kita lupakan hal tersebut bagi memberikan tumpuan kepada usaha memantapkan jentera dan pentadbiran parti" kata Puan Leong ketika membaca usul berkenaan.

Mesyuarat AMT juga bersetuju dan menyokong sepenuhnya perlantikan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi parti USNO.

Beberapa bulan kebelakangan ini,bahagian dalaman parti itu mengalami sedikit percanggahan sehingga membentuk dua kumpulan sebelum kemunculan Tan Sri Pandikar yang di anggap sebagai ikon yang berperanan besar menaikkan semula semangat USNO.

Kedudukan Ibrahim sebagai presiden turut mendapat perkaitan krisis termasuklah beberapa anggota AMT yang kononnya tidak mengiktiraf Ibrahim menjalankan tugas-tugas selaku presiden.

Kemelut ini ini sedikit mengendur apabila Tan Sri Pandikar mula muncul bagi meredakan keadaan pada saat Pilihanraya Kecil Sandakan April lalu dengan meniupkan nafas baharu bagi kebangkitan USNO,parti keramat anak Sabah.

Keajaiban berlaku dengan kemunculan Pandikar yang mungkin berperanan untuk menyatukan semula dua kumpulan di dalam parti berkenaan sehinggalah terbentuknya muafakat dan penyatuan semula pada Mesyuarat AMT kali ini.


Menurut Musli lagi,dalam mesyuarat tersebut,AMT USNO juga meminta ketua-ketua Bahagian yg telah di lantik untuk menubuhkan barisan AJK termasuk Wanita, Angkatan Pemuda dan Angkatan Puteri USNO dan setelah kesemua disahkan (pembentukan AJK dan Bahagian) seluruh Sabah akan dirasmikan.

Sejumlah 25 bahagian bakal terbentuk di seluruh Sabah mengikut pembahagian DUN sejurus selepas pindaan perlembagaan di buat dalam tempoh terdekat ini melalui mesyuarat EGM USNO,jelas Musli lagi.