Thursday, July 11, 2019

GENERASI MUDA MEMERHATI

KOTA BELUD : Gelombang besar dan dahsyat pernah diciptakan oleh golongan ini di penghujung PRU14 lalu.Badai raksasa yang mengubah peradaban yang sekianlama terbina tanpa mampu kita ramalkan pengakhirannya.

Daerah Kota Belud masih Fobia dengan tragedi tersebut dan sehingga kini merasa,bagai tidak dapat di terima oleh akal akan kesannya.Pemimpin-pemimpin yang tertewas,ramai yang mengakui bagaimana kuatnya kuasa Generasi Muda ini serta mampu menerima hakikat dalam karier dunia politiknya.Ini genius namanya sebab ada sikap 'sedar diri'.

Tetapi,ramai juga pemimpin ini yang tidak ingin menerima hakikat kejatuhan empayar sekuat itu dan sering menyalahkan rakyat kerana tidak mengundinya.Yang ini,tak tahu macamana melabelkannya tetapi percaya lah,mereka-mereka ini akan muncul di saat-saat akhir Parlimen atau DUN akan dibubarkan.

Kini,Generasi Muda ini mula mengintai lagi setelah rasa terbohong dengan setahun jagung pemerintahan baharu.Pemerhatian mereka tertumpu kepada bilangan parti-parti yang muncul menjelang PRU15.
Mereka ingin melihat parti-parti yang sentiasa kekal di samping masyarakat bersama pemimpinnya tanpa mahu menunggu PRU tiba.

Yang peliknya,ada pula pemimpin tertentu sering bersuara,"Ah,PRU lama lagi bah."
Tidak mereka sedari bahawa rakyat hari ini mahu parti yang sentiasa 'ada' untuk masyarakat dan bukannya muncul memperbanyakkan kegiatan amal di penghujung hari-hari pembubaran.

Mata dan telinga Generasi Muda ini lebih fokus kepada tindak tanduk pemimpin belia sesebuah parti politik yang ada disekitarnya hari ini.Ada parti yang masih mengamalkan budaya cantas mencantas,ada yang masih di takuk lama,ada pula yang lebih 'advance' dengan idea gila-gila memualkan anak perut,ada yang terlalu agreasif seolah mereka di landasan yang betul dan macam-macam lagi karenah disajikan.

Benar...Parti-parti politik (khususnya di Sabah) sering mengatakan Suara Generasi Muda diutamakan.Namun itu cuma sekadar di bibir penyedap ucapan sahaja.
Apa yang jelas,bila saja anak-anak muda mula bersuara menyampai idea dan melontar pendapat,tiba-tiba sahaja golongan veteran politik melenting dan menyifatkan 'umur setahun jagung sudah pandai mengajar itik berenang".
Lalu,kemanakah maruah dan harga diri golongan muda ini apabila suara dan ideanya dinafikan oleh senior politiknya sendiri ??
Dihumbani dengan kata-kata kesat dan dilumuri dengan makian,adakah itu didikan yang perlu diajarkan kepada mereka ??

Ibarat sebuah bahtera,nakhodanya harus seorang yang perlu wibawa,bijaksana,adil saksama dan penuh pengalaman....Kelasinya pula,si anak-anak muda ini yang perlukan teladan yang betul untuk mereka meneruskan kepimpinan yang sedia ada diwariskan.

Veteran Politik suatu hari nanti akan mati jua.Ajarlah anak-anak muda ini selok belok pelayaran politik sebagai bekalan.

Golongan Muda Kota Belud perlukan sesuatu yang lebih relevan dan sesuai dengan usia mereka yakni,yang boleh membawa mereka menuju masa depan yang lebih bagus.

Golongan Muda ini mahukan 'sesuatu',bukan budaya yang 'dijenamakan semula' dan mereka mahu terus memelihara sikap hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Ramai kalangan Generasi Muda di daerah ini terpaksa berdepan lagi dengan budaya hipokrit dan kronisme.Kepentingan peribadi lebih diutamakan daripada pemuliharaan kepimpinan dalaman.

Yang nyata,memang benar laporan akhbar itu lebih relevan berbanding media sosial tetapi harus di ingat bahawa di media sosial itulah lebih ramai Generasi Muda berbanding masyarakat yang membeli akhbar-akhbar harian.

Hairan Bin Ajaib,kurangnya promosi di media sosial boleh menurunkan saham sesebuah parti politik tersebut dan lebih melucukan,jika menggunakan media sosial pun,beritanya hanya untuk mereka-mereka dan ahli parti mereka sahaja sedangkan di peringkat khalayak,ramai yang tidak mengetahuinya.

Generasi Muda melihat dan memerhati Warisan..UMNO..PPBM..USNO..PBS,UPKO,STAR,PAS,DAP,PKR dan beberapa buah parti lain untuk dinilaikan semula seolah-olah 'pilihanraya itu sudah semakin dekat' dan mereka tahu,mereka lah Sang Algojo yang bakal menjatuhkan hukuman yang setimpal.

#MunPahamBisai

No comments:

Post a Comment