PANDIKAR SAH KETUAI JPS USNO
KOTA KINABALU : Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USNO yang berlangsung semalam mengesahkan mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi politik parti itu berkuatkuasa 30 Jun 2019.
Menurut Ketua Penerangan USNO Pusat,Datuk Musli Hj.Oli,mesyuarat tersebut yang berlangsung di Palace Hotel Kota Kinabalu turut sebulat suara memberi sokongan dan mandat sepenuhnya kepada Tn.Ibrahim Linggam bagi mengekalkan jawatannya sebagai Presiden USNO.
Usul tersebut dibacakan sendiri oleh Puan Leong Chau Chu,Timbalan Presiden USNO dan mendapat sokongan sepenuhnya oleh semua Anggota Majlis Tertinggi yang hadir.
"Kita rapatkan kembali saf parti keramat Sabah ini yang sebelumnya di landa banyak krisis kepimpinan ibarat buang yang keruh ambil yang jernih.Kita lupakan hal tersebut bagi memberikan tumpuan kepada usaha memantapkan jentera dan pentadbiran parti" kata Puan Leong ketika membaca usul berkenaan.
Mesyuarat AMT juga bersetuju dan menyokong sepenuhnya perlantikan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi parti USNO.
Beberapa bulan kebelakangan ini,bahagian dalaman parti itu mengalami sedikit percanggahan sehingga membentuk dua kumpulan sebelum kemunculan Tan Sri Pandikar yang di anggap sebagai ikon yang berperanan besar menaikkan semula semangat USNO.
Kedudukan Ibrahim sebagai presiden turut mendapat perkaitan krisis termasuklah beberapa anggota AMT yang kononnya tidak mengiktiraf Ibrahim menjalankan tugas-tugas selaku presiden.
Kemelut ini ini sedikit mengendur apabila Tan Sri Pandikar mula muncul bagi meredakan keadaan pada saat Pilihanraya Kecil Sandakan April lalu dengan meniupkan nafas baharu bagi kebangkitan USNO,parti keramat anak Sabah.
Keajaiban berlaku dengan kemunculan Pandikar yang mungkin berperanan untuk menyatukan semula dua kumpulan di dalam parti berkenaan sehinggalah terbentuknya muafakat dan penyatuan semula pada Mesyuarat AMT kali ini.
Menurut Musli lagi,dalam mesyuarat tersebut,AMT USNO juga meminta ketua-ketua Bahagian yg telah di lantik untuk menubuhkan barisan AJK termasuk Wanita, Angkatan Pemuda dan Angkatan Puteri USNO dan setelah kesemua disahkan (pembentukan AJK dan Bahagian) seluruh Sabah akan dirasmikan.
Sejumlah 25 bahagian bakal terbentuk di seluruh Sabah mengikut pembahagian DUN sejurus selepas pindaan perlembagaan di buat dalam tempoh terdekat ini melalui mesyuarat EGM USNO,jelas Musli lagi.
Good Job for correcting the past mistake.
ReplyDeleteTeruskan usaha dan semoga maju jaya demi memperjuangkan martabat masyarakat borneo khususnya insyaallah
ReplyDelete