KOTA BELUD : UMNO Bahagian P169 Kota Belud mengukir sejarah apabila menjadi UMNO Bahagian yang pertama membawa usul autonomi bagi menjadikan UMNO Sabah sebagai parti yang mandiri di negeri ini.
Pemangku Ketua Bahagiannya,Haji Fadli Haji Juanas berkata,usul berkenaan dibawa pada Persidangan Perwakilan Bahagian parti itu melalui sayap Pemuda,Wanita dan Puteri.Kemudiannya usul berkenaan di sokong sebulat suara di Persidangan Perwakilan peringkat bahagian yang dirasmikan oleh Dato' Seri Abdul Rahman Dahlan pada 29 Jun lalu.
"Autonomi untuk UMNO Sabah sangat penting bagi menggerakkan seluruh jentera dalam suasana mandiri atau berkuasa sepenuhnya dalam menentukan sesuatu yang melibatkan parti tanpa merujuk ke Kuala Lumpur seperti sebelum ini," kata beliau lagi.
Ini membawa makna bahawa UMNO Sabah tidak akan terikat lagi dengan UMNO Pusat dalam menentukan keputusannya sekaligus menjadikan UMNO Sabah sebagai sebuah parti tempatan (parti lokal).
"Insyaallah di bulan November ini nanti,usul tersebut dibentangkan di Perhimpunan UMNO 2019 dan diluluskan," jelas Fadli yang juga merupakan Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Sabah.
Menurut sumber,UMNO Kota Belud mencatatkan jumlah seramai 32,098 orang ahli yang masih berdaftar setelah 'pemutihan' berlaku di antara PRU14 hinggalah pada 31 Januari 2019 di mana pecahan jumlah berkenaan datangnya dari Usukan (12,954),Tempasuk (12,371) dan Kadamaian (6,773).
Turut sama membawa dan menyokong usul autonomi ini kemudiannya ialah di Mesyuarat Perwakilan Wanita Sepanggar dan Persidangan Perwakilan Bahagian Kinabatangan.
Perhimpunan Agung UMNO di jangka bakal berlangsung di Kuala Lumpur mulai 13-16 November depan.
No comments:
Post a Comment