Tuesday, July 9, 2019

BIMBANG KEBANGKITAN USNO ?





USNO yang tiba-tiba bangkit bukan sekadar retorik dan omong kosong dengan impian untuk mencari nama yang popular.
USNO bangkit kerana gagalnya kerajaan hari ini membimbing rakyat ke arah kesejahteraan.

USNO hari ini bangkit kerana rakyat terlalu kecewa dengan Sabah For Sabahan dan Sabah Kita Punya.

USNO bangkit dek kerana bosan dengan pembohongan melulu sesetengah pihak yang tergamak mendabik dada sebagai parti lokal sedang 'lokal' nya itu sekadar di bibir semata-mata walhal hala tujunya sudah ke arah lain.

USNO pernah mengalami kejatuhan paling dahsyat dalam sejarah hidupnya.Dari taktik penipuan hinggalah ke taktik ketamakan,menjadi duri di celah daging kenyal perjuangannya.

Tahun 70an,Tun Mustapha jatuh hasil dari penipuan dan 80an menjadi episod malang dalam buku sejahnya.

Setelah kejatuhan itu,USNO ingin bangkit bersama semangat legasi tetapi dibayangi kronisme dan perpecahan.

Di era 1990 an,USNO terkubur dengan penyeberangan UMNO yang dijadikan sebagai wadah perjuangan anak jati tempatan.

Hikayat UMNO ini di anggap berjaya dan Sabah membangun dengan majunya meski nyata masih tertinggal jauh di belakang negeri-negeri lain di Malaysia.

Tidak dinafikan,wujud juga kronisme dan akhirnya muncul sifat keangkuhan melayu bumiputera setelah sekianlama berkuasa.

USNO muncul lagi di saat keangkuhan parti semenanjung ini begitu gah di takhta.Kali ini,USNO Baru namanya dan semangat penuntutan itu ini bermula apabila ianya ditiupkan oleh pihak-pihak yang bersepakat membina parti itu semula.

Tidak juga bertahan lama apabila menjelang di tahun akhir PRU14 mula menjengah,Usno Baru tersembam di bentes kemelut khianat dan penipuan oleh orang-orang tertentu yang tentunya dari dalaman Usno Baru itu sendiri.

Bertatih dengan rintih kesedaran betapa perlunya sebuah parti lokal yang benar-benar lokal berteraskan perjuangan untuk anak-anak tempatan,USNO dibangkitkan lagi dengan iltizam yang lebih perkasa.

Anak didik Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Hj Harun,kembali bersatu untuk membina pengukuhan.Usno dibangkitkan dengan inspirasi Semangat 1961 lalu menyasarkan golongan anak muda belia sebagai pasukan Gerak Gempurnya yang diketuai oleh Zamzuri P.Amin.

Perlantikan Tan Sri Pandikar sebagai Penasihat Strategi Politik Usno,nampaknya berjaya membakar rumpunan semangat kebangkitan dengan gandingan mantap Ahli Majlis Tertinggi parti itu yang dipelopori oleh Ibrahim Linggam sebagai Presiden dan Puan Leong selaku timbalannya.

Kebangkitan ini amat membimbangkan sesetengah pihak dalam barisan Pakatan Harapan di Sabah.Lalu,tersiaplah kumpulan tertentu berupa angkatan Cytro yang memantau taring dan tanduk Usno kini.

Nantikan aksi-aksi berikutnya di medan perang siber dalam mempertembungkan usno dan seteru.Jelas amat...Kebangkitan USNO berjaya menyuburkan benih-benih bimbang di pentas politik Sabah yang berbilang.

No comments:

Post a Comment