Saturday, September 28, 2019

UMNO MAMPU PERTAHAN KERUSI KIMANIS : MOHAMAD  


Mohamad Alamin
Kimanis,Sabah : UMNO Sabah mampu mempertahankan kerusi BN yang sekianlama dimenanginya jika Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen itu di arah untuk mengundi semula berikutan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman dibatalkan oleh mahkamah pilihanraya.

Ketua UMNO Sabah Bahagian P176 Kimanis,Datuk Mohamad Hj.Alamin (gambar) berkata,Kimanis adalah kubu kuat UMNO sekianlama dan tidak mustahil ianya akan kekal diduduki oleh BN-UMNO kelak sekirannya SPR mengisytiharkan PRK.

"Kita siap siaga sentiasa...Jentera parti sentiasa dalam keadaan yang konsisten dan sudahpun bergerak hampir setahun yang lalu sehinggalah ke hari ini...Itu tandanya UMNO di Kimanis ini sememangnya sentiasa dalam keadaan bersedia walau dalam keadaan apa sekalipun," katanya sewaktu ditemui di sini.

Kimanis Power Plant
Mohamad turut menegaskan bahawa UMNO Kimanis sentiasa turun padang walaupun sudah bergelar pembangkang kerana ikatan silaturrahim antara akar umbi dan kepimpinan UMNO Kimanis itu sudah terlalu akrab serta sebati sejak dahulu lagi.

"Meskipun bukan Datuk Anifah lagi yang akan bertanding menggunakan lambang BN-UMNO,kami tetap akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan Kimanis ini dari jatuh ke tangan parti lain," ujarnya lagi.

"Belum ada lagi parti-parti di negeri Sabah ini yang lebih konsisten dan berpengalaman selain UMNO....UMNO sudah lama membuktikan keupayaannya mentadbir negeri dan negara dengan baik...Malah jauh lebih baik lagi dari kerajaan yang ada sekarang.
Baru setahun jagung tetapi sudah banyak isu dan karenah timbul di sana-sini sehingga membebankan rakyat,menyusahkan rakyat dan pentadbirannya juga kucar-kacir...."

"Antara menteri-menteri,ada yang tidak sefahaman sehingga ekonomi kita juga turun ke paras yang agak teruk...Contohnya harga getah dan sawit,merundum ke paras yang tidak pernah di jangka oleh para peladang dan petani...Subsidi dihapuskan dan macam-macam lagi...
Pokoknya,semua menyusahkan rakyat terutamanya yang bekerja sendiri,warga tua,pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi,peniaga dan nelayan,semuanya terkesan dengan keadaan pemerintahan kerajaan yang ada hari ini," jelas Mohamad yang juga merupakan mantan ADUN Bongawan.


Berpandukan kepada keputusan PRU14 lalu,Anifah-BN (11,942 undi) memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi menewaskan pencabarnya Datuk Karim Bujang-WARISAN (11,786 undi) dan calon Harapan Rakyat Jaafar Ismail (1,300 undi).

Bagaimanapun,Anifah mengisytiharkan keluar dari BN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sehinggalah kes ini di bawa ke mahkamah oleh Karim Bujang untuk semakan semula.

Friday, September 27, 2019


KENYATAAN MEDIA 27/09/2019 Jumaat
PONTOON BORNEO REEF BEROPERASI SEMULA 1HB OKTOBER  

Insan Muslimin,General Manager
KOTA KINABALU : Restoran dan Rekriasi Terapung,Pontoon Borneo Reff bakal beroperasi sepenuhnya mulai 1hb Oktober ini setelah melepasi proses pembaikpulihan dan penaiktarafan kepada yang lebih selesa dan lebih baik lagi.

Pengurus Besar Mizume Tours & Travel SB,Tuan Insan Muslimin berkata,proses pembaikpulihan tersebut juga lebih menitikberatkan aspek keselamatan dan prosedur am bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung khususnya para pelancong asing.

“Pontoon ini mengalami kerosakan sedikit dan tenggelam pada tengah malam Jumaat 13 September lalu akibat di landa gelora ribut monsun yang melanda dan pihak kami di Borneo Reef mengambil masa seminggu untuk menaikkannya semula ke paras apungan air,” kata beliau kepada media di sini hari ini.
  

Pontoon Borneo Reef popular dengan sebagai bot apungan dua tingkat yang menyediakan platform restoran dan rekriasi santai bagi pelancong-pelancong dalam dan luar negeri.

Pontoon Borneo Reef yang juga merupakan bot apungan kedua terbesar di dunia ini menyediakan banyak aktiviti riadah laut seperti aktiviti snokling,menyelam,jet ski,discover scuba,banana-boat dan sebagainya.

Pontoon Borneo Reef ini terletak di antara Pulau Gaya dan Pulau Sapi yang mana kedudukannya benar-benar pada aras Taman AquaMarin Negara (Tunku Abdul Rahman Park).

“Borneo Reef World ini berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia dan dimiliki oleh Dynamic Holiday Cruise SB manakala kami di Mizume Tours & Travel menguruskan perjalanan operasinya bantuan pakar dari The Reef Watersports Sdn.Bhd.

Menurut Insan lagi,seperti sebelum ini,operasi berpakej untuk membawa pelancong atau pengunjung ke Pontoon ini akan berjalan seperti biasa mengikut jadual asal.
Bagaimanapun,sebarang perubahan akan segera dimaklumkan dari semasa ke semasa untuk pengetahuan umum.

Mizume Tour & Travel SB yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan para pengunjung ke Pontoon ini turut mengesahkan jadual asal yang digunapakai iaitu bermula di Terminal Jesselton Kota Kinabalu dalam tiga trip perjalanan jam 9 pagi,jam 9.30 pagi dan jam 10 pagi setiap hari manakala perjalanan pulang semula dari Pontoon ke Jeti Jesselton selewat-lewatnya jam 3 petang.

“Kita miliki dapur dan tukang masak yang sememangnya berpengalaman luas dalam menyediakan sehingga lebih 10 menu atau resepi ala buffet setiap hari dan ianya sudah pasti Halal meskipun para pelancong yang datang bukan juga terdiri daripada orang-orang Islam.
Pontoon ini sangat popular bagi pelancong-pelancong dari Taiwan,China,Jepun dan Hong Kong dan ada juga sambutan dari masyarakat kita di Malaysia dan Brunei,” jelas Insan lagi.

Menurut Insan,sememangnya Pontoon ini beroperasi hanya di sebelah siang sahaja tetapi boleh juga di tempah untuk majlis makan malam,perkahwinan dan sebagainya di sebelah malam dengan berhubung terus Mizume Tour & Travel di talian 088-250 141 untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut.





Tuesday, September 24, 2019

RAHMAN DAHLAN DI LANTIK PANTAU UMNO KUDAT,KB & KM  


Datuk Seri Abd Rahman Dahlan
Kota Belud,Sabah : Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan menerima perlantikan sebagai Bapa Angkat kepada tiga UMNO daerah iaitu Umno Bahagian Kota Belud,Kota Marudu dan Kudat.

Perlantikan yang dilakukan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Pengerusi UMNO Sabah itu,disahkan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Belud,Tn.Hj.Fadli Juanas dalam satu kenyataan beliau hari ini kepada Sabah_OnlineNews.

Umno Kota Belud
Menurut Fadli,Rahman yang juga mantan Menteri Ekonomi Malaysia itu telahpun mengadakan pertemuan dengan sebahagian daripada kalangan Majlis Tertinggi UMNO Bahagian Kota Belud pada Ahad dan seterusnya memberikan nasihat agar seluruh anggota parti memperhebatkan program mendekati rakyat terutamanya di peringkat akar umbi.

"Beliau mahu UMNO terus menjadi Juara Rakyat dan seterusnya menjadi mata dan telinga kepada masyarakat di Kota Belud ini," katanya.

Hj.Fadli Juanas
Rahman turut meminta agar Umno Bahagian melancarkan program-program kemasyarakatan selain sesi ceramah-ceramah kecil berhubung kebaikan penyatuan ummah terhadap golongan bukan Islam (bumiputera) yang lain supaya ianya tidak disalahtafsir sewenang-wenang oleh pihak-pihak tertentu.

UMNO Bahagian Kota Belud memenangi kesemua 3 kerusi ADUN walaupun kehilangan kerusi Parlimen dalam PRU14 yang lalu.Bagaimanapun,ketiga-tiga ADUN berkenaan berpaling tadah membelakangi pilihan rakyat Kota Belud apabila bertindak meninggalkan UMNO lalu menyertai parti Warisan dan Bersatu.

Tiga ADUN berkenaan ialah Datuk Musbah Hj.Jamli (Tempasuk-UMNO/BN) meninggalkan UMNO untuk menyertai Warisan manakala Datuk Japlin Akim (Usukan-UMNO/BN) menyertai Bersatu dan Datuk Ewon Benedick (UPKO-BN) beralih menyokong Warisan.
Kerusi Parlimen pula dimenangi oleh calon Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang menumpaskan Datuk Seri Panglima Dr.Mohd.Salleh Tun Said Keruak (UMNO/BN).Salleh kemudiannya meninggalkan UMNO dan kini ahli politik bebas.

PRU15 akan datang bakal menyaksikan perebutan kerusi baharu iaitu DUN Pintasan,kawasan majmuk suku kaum Iranun,Bajau dan Dusun.
PENYATUAN UMMAH BAIK UNTUK KEMAJMUKAN RAKYAT SABAH  


Kota Kinabalu,Sabah : Tanggal 14 September mencatat sejarah apabila UMNO dan Pas mengukir kata sepakat untuk berhimpun kembali dalam suasana kekeluargaan demi bangsa,agama dan negara.Penyatuan Ummah ini merupakan suatu berita baik juga untuk kalangan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama kerana ianya bakal menjadi landasan terbaik ke arah perpaduan dan keharmonian jelata.

"Penyatuan Ummah ini sebenarnya memberikan kepada Sabah hadiah yang sangat menarik dan berpadanan kerana Sabah mempunyai suku etnik yang banyak dalam usaha kita semua memperjuang dan mempertahankan semangat perpaduan yang sekianlama terjalin," kata Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid.

Katanya,Penyatuan Ummah ini bukanlah merujuk kepada golongan muslim semata tetapi perkataan UMMAH itu sebenarnya merujuk kepada semua lapisan masyarakat khususnya kepada suku etnik-suku etnik di Sabah yang majmuk.


"Rakyat hari ini sudah bijak pandai dan tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk...Kita tidak lagi berfikir secara kolot malah kita harus berfikir lebih maju ke hadapan..Semua masyarakat menghormati adat budaya dan anutan masing-masing yang namanya perpaduan kaum yang erat dan harus dipertahankan sampai bila-bila kerana semangat dan kekuatan sebeginilah yang mampu menjamin kemerdekaan Malaysia,Sabah dan Sarawak sekaligus membawa kepada kemakmuran dan kemajuan sosio-ekonomi," jelas beliau lagi yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Sabah.

"UMNO tidak seperti sesetengah parti lain yang secara senyap meniupkan sentimen perkauman dan cuba untuk mencetuskan ketegangan dalam isu-isu agama Islam dan agama lain....Kita lebih fleksibel sejak dahulu lagi dan ianya terbukti di mana UMNO Sabah mempunyai bilangan ahli Non-Muslim yang cukup besar dan begitu juga halnya dengan parti PAS yang kini menjadi sekutu kita dalam memperjuangan Permuafakatan Nasional," ujar mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu lagi.

Beliau turut menasihati kalangan pejuang-pejuang tegar parti-parti di Sabah agar lebih peka dan berfikiran positif dalam menyentuh isu kaum dan agama yang nyata terlalu sensitif di era Malaysia Baharu ini.
Sentimen perkauman dan agama,jika dipersoalkan,bakal memburukkan lagi keadaan dan mampu mencetus perselisihan faham.

"Berpolitik biar matang dan berfikir sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat....Penyatuan Ummah bukan hanya untuk golongan Muslim semata-mata tetapi lebih kepada istilah mengeratkan ikatan silaturrahim antara kita,masyarakat majmuk di Sabah....
Penyatuan Ummah ini bukan rasis atau pelampau agama kerana di dalamnya juga ada penyatuan ahli-ahli Non-Muslim dari masyarakat India,Cina,Kadazan-Dusun,Murut,Sungai dan banyak lagi," jelasnya.


Menurut Jainab yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia,istilah 'Manifesto Bukan Kitab Suci' umpama si pemungkir janji dan munafik terhadap apa yang pernah kerajaan sekarang janjikan untuk rakyat ketika PRU14 lalu.

Istilah tersebut dijadikan alasan bila janji itu sebenarnya semua palsu dan omong kosong sekaligus menipu dan mempermainkan perasaan rakyat berbanding dengan cara pemerintahan kerajaan BN yang mengotakan segala janji yang ditepati.

"Dalam perlembagaan negara cukup menyebut dengan menghormati status melayu dan bumiputera sekaligus menjadikan ianya istimewa dalam perlembagaan tersebut...Jangan pula kerana keghairahan sesetengah pihak terhadap isu ini sehingga mereka melupakan tentang hak-hak melayu dan bumiputera itu," kata Jainab lagi.


Menurutnya,kerajaan BN terdahulu yang ditunjangi UMNO adalah contoh paling terbaik kerana berusaha dari waktu ke waktu untuk memelihara dan mengekalkan status keistimewaan ini tanpa melupakan kepentingan suku etnik yang lain.

"Kebebasan beragama adalah amalan kita di Malaysia..Menghormati antara satu sama yang lain meskipun Islam itu agama rasmi persekutuan...Masyarakat mulai sedar dan kembali merindui slogan 1Malaysia yang menjadi asas kesinambungan sistem perpaduan kaum dan agama di negara kita," ujarnya lagi.


 ** ikuti wawancara video kami bersama YBhg.Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid yang bakal mengupas ketidakseimbangan pemerintahan kerajaan PH-Warisan di Laman Rasmi & Portal kami SABAHitz On9 TV (fb) tidak lama lagi.





Monday, September 23, 2019

kenyataan media
PEMBERIAN PSS BAKAL UNDANG BANYAK MASALAH : JAINAB  


KOTA KINABALU: Kejadian kes kematian seorang bayi lelaki berusia 20 bulan akibat di dera oleh empat remaja perempuan warga asing menjadi banyak sebab mengapa Pas Sementara Sabah (PSS) tidak boleh dilaksanakan, kata Ketua Wanita Umno Sabah, Datuk Dr Jainab Ahmad.

"Terdapat banyak isu yang mengelilingi pendatang asing yang tidak memiliki dokumen dan ini adalah antara sebab kenapa kerajaan tidak seharusnya memberikan pas sementara kepada kira-kira 600,000 pendatang asing di negeri ini," katanya pada Ahad.

Bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu pada awal bulan ini menyatakan kebimbangan mengenai cadangan PSS, bahawa ia bukanlah satu perkara politik tetapi adalah kebimbangan terhadap keamanan dan kedaulatan rakyat Sabah dan negeri secara keseluruhannya.


Beliau berkata  bahawa kematian anak kecil itu mungkin disebabkan oleh persekitaran atau kelalaian dalam institusi keluarga dan ia lebih baik untuk dihentikan sahaja (cadangan pemberian pas seperti itu kepada pendatang asing.)

Empat remaja perempuan itu yang terdiri daripada tiga warga Filipina dan seorang warga Indonesia, telah ditahan untuk memudahkan siasatan berikutan penderaan kejam yang dilakukan ke atas kanak-kanak itu di sebuah premis di Taman Hatib, Semporna, pada Jumaat lalu.

Menyentuh soal isu bot pam,beliau juga berkata, penggunaan bot pam akan mengakibatkan barang-barang yang diseludup ke negara-negara jiran dan kemungkinan akses dadah mudah ke Negeri ini terutama melalui Semporna dan pantai timur.

Pentadbiran Negeri terdahulu mengharamkan penggunaan bot pam ini pada tahun 2017 dengan mengambilkira terhadap soal keselamatan sebagai antara salah satu sebabnya, tetapi larangan itu ditarik balik oleh kerajaan hari ini  selepas mereka mengambilalih kuasa tahun lepas.

Wednesday, September 18, 2019

Kenyataan Media
PENGHARAMAN MESIN SLOT OLEH KERAJAAN NEGERI MERAGUKAN : YONG  

KOTA KINABALU : Cadangan pengharaman semua mesin slot berlesen di kelab-kelab berdaftar, tanpa terlebih dahulu mengambilkira strategi keseluruhan untuk menangani ancaman semua bentuk perjudian  di Sabah merupakan satu tindakan melulu, kerana pengharaman  tersebut hanya akan menyediakan hamparan subur untuk operator mesin slot haram  berkembang maju,kata Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee.

"Adakah kerajaan Sudah memikirkan kemungkinan bahawa terdapatnya pengusaha haram (mesin slot) mengintai di sekitar untuk mengambil alih vakum yang tercipta hasil dari larangan yang akan berlaku pada semua mesin slot? 
Dalam pada itu, saya memuji usaha  kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah sosial yang timbul dari mesin slot berlesen di kelab-kelab berdaftar, persoalannya ialah: Mengapa tidak ada dailog dan tiada tindakan ke atas lain-lain bentuk perjudian seperti perjudian 4-digit berlesen atau 4-digit haram, mesin slot haram dan perjudian dalam talian (online) di kafe siber dan di tempat lain?
Penjudi tahu bahawa, apabila kelab-kelab yang berdaftar telah ditutup, mereka (penjudi) masih boleh mengunjungi pusat perjudian haram yang akan mengambil alih perniagaan. Dengan kata lain, punca utama masalah sosial yang timbul dari perjudian akan berkembang maju dari pengharaman pada mesin slot berlesen," jelas mantan Ketua Menteri itu lagi.

Gejala sosial yang timbul dari perjudian haram lebih teruk daripada perjudian berlesen. Saya bukan bercakap mengenai kehilangan pendapatan cukai kepada kerajaan atau kehilangan pekerjaan membabitkan pekerja kelab. Tetapi mengenai sindiket perjudian dan kumpulan-kumpulan jenayah yang akan mengambil kesempatan daripada penutupan mesin slot di kelab-kelab berlesen yang di tinggalkan secara vakum mendadak.

Seperti sebelum ini kebanyakan tindakan dan ketiadaan tindakan kerajaan, larangan yang dicadangkan pada mesin slot berlesen seolah-olah kekurangan perincian matlamat dan meninggalkan ruang untuk keraguan. 
Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan untuk tampil dengan strategi keseluruhan dan dasar untuk memerangi gejala sosial yang disebabkan oleh perjudian. 

Sebagai rujukan, seawal Ogos 2004, Biro Agenda Sosial SAPP telah menerbitkan kajian kami berhubung dengan ancaman perjudian. Itu adalah selepas SAPP dan Kerajaan Sabah menempuh kesukaran  untuk membendung perjudian berleluasa di Sabah pada akhir 1990-an. 
Penyelidikan SAPP 2004 telah mencadangkan: 
1. Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang terhadap judi haram, 
2. Memperkenalkan program pendidikan agresif mengenai risiko semua bentuk perjudian, 
3. Menyediakan pusat profesional kepada peguam dan merawat penjudi tegar dan biasa, 
4. Kerajaan hendaklah menjalankan analisis impak sosial dan ekonomi aktiviti perjudian, 
5. Memperkukuhkan undang-undang anti-perjudian, 
6. Meletakkan tanda-tanda amaran mandatori terhadap perjudian di semua pusat perjudian berlesen sama dengan label amaran kesihatan dalam paket rokok, dan 
7. mengetatkan penalti untuk sabitan mahkamah bagi perjudian haram. 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kemunculan perjudian dalam talian (internet online gaming), kebanyakannya menggunakan kad kredit, telah memburukkan lagi masalah sosial. Penjudi ini menggunakan kredit, atau wang yang dipinjam, untuk berjudi. 

Oleh itu, kerajaan perlu menggunakan sumber dan kuasa yang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Malaysia untuk menghalang laman permainan dalam talian seperti yang diamalkan di beberapa negara lain. 

Datuk Yong Teck Lee, 
Presiden SAPP, 
Mantan Ketua Menteri, 
Kempen anti-perjudian

Photo caption: - Yong Bersama Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong, dan Naib Presiden Gee Tien Siong, memegang salinan buku SAPP “Gambling … the enemies within” yang disiarkan pada bulan Ogos 2004

Monday, September 16, 2019

USNO ROMBAK AMT PARTI  

KOTA KINABALU : Presiden USNO Tuan Ibrahim Linggam mengumumkan rombakan kecil pimpinan tertinggi parti itu dalam satu mesyuarat Anggota Majlis Tertinggi parti di ibu pejabat baru parti itu di Alam Mesra. Mesyuarat yang bertujuan untuk meluluskan beberapa pindaan Perlembagaan parti turut dihadiri Timbalan Presiden Puan Leong Chau Chu dan sebahagian besar AMT USNO.

Setiausaha Agung Tuan Matbee Hj Ismail akan mengisi jawatan Naib Presiden dan jawatan Setiausaha Agung dipangku sementara oleh Dr Zakaria Ilyas yang juga Ketua USNO Bahagian Ranau.

Ibrahim turut mengumumkan perlantikan Tuan Sail bin Jamaluddin sebagai Bendahari Agung USNO menggantikan Tuan Hasai Tudai.


Tiga AMT baru ialah Tuan Sazali bin Justi yang merupakan Ketua USNO Bahagian Tenom, Tuan Haji Ahmad bin Awang dari Tawau dan Antong bin Atong dari Ranau.

Butir-butir pindaan Perlembagaan parti akan diumum kemudian.