PEMBERIAN PSS BAKAL UNDANG BANYAK MASALAH : JAINAB
KOTA KINABALU: Kejadian kes kematian seorang bayi lelaki berusia 20 bulan akibat di dera oleh empat remaja perempuan warga asing menjadi banyak sebab mengapa Pas Sementara Sabah (PSS) tidak boleh dilaksanakan, kata Ketua Wanita Umno Sabah, Datuk Dr Jainab Ahmad.
"Terdapat banyak isu yang mengelilingi pendatang asing yang tidak memiliki dokumen dan ini adalah antara sebab kenapa kerajaan tidak seharusnya memberikan pas sementara kepada kira-kira 600,000 pendatang asing di negeri ini," katanya pada Ahad.
Bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu pada awal bulan ini menyatakan kebimbangan mengenai cadangan PSS, bahawa ia bukanlah satu perkara politik tetapi adalah kebimbangan terhadap keamanan dan kedaulatan rakyat Sabah dan negeri secara keseluruhannya.
Beliau berkata bahawa kematian anak kecil itu mungkin disebabkan oleh persekitaran atau kelalaian dalam institusi keluarga dan ia lebih baik untuk dihentikan sahaja (cadangan pemberian pas seperti itu kepada pendatang asing.)
Empat remaja perempuan itu yang terdiri daripada tiga warga Filipina dan seorang warga Indonesia, telah ditahan untuk memudahkan siasatan berikutan penderaan kejam yang dilakukan ke atas kanak-kanak itu di sebuah premis di Taman Hatib, Semporna, pada Jumaat lalu.
Menyentuh soal isu bot pam,beliau juga berkata, penggunaan bot pam akan mengakibatkan barang-barang yang diseludup ke negara-negara jiran dan kemungkinan akses dadah mudah ke Negeri ini terutama melalui Semporna dan pantai timur.
Pentadbiran Negeri terdahulu mengharamkan penggunaan bot pam ini pada tahun 2017 dengan mengambilkira terhadap soal keselamatan sebagai antara salah satu sebabnya, tetapi larangan itu ditarik balik oleh kerajaan hari ini selepas mereka mengambilalih kuasa tahun lepas.
No comments:
Post a Comment