Datuk Seri Abd Rahman Dahlan |
Kota Belud,Sabah : Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan menerima perlantikan sebagai Bapa Angkat kepada tiga UMNO daerah iaitu Umno Bahagian Kota Belud,Kota Marudu dan Kudat.
Perlantikan yang dilakukan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Pengerusi UMNO Sabah itu,disahkan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Belud,Tn.Hj.Fadli Juanas dalam satu kenyataan beliau hari ini kepada Sabah_OnlineNews.
Umno Kota Belud |
"Beliau mahu UMNO terus menjadi Juara Rakyat dan seterusnya menjadi mata dan telinga kepada masyarakat di Kota Belud ini," katanya.
Hj.Fadli Juanas |
Rahman turut meminta agar Umno Bahagian melancarkan program-program kemasyarakatan selain sesi ceramah-ceramah kecil berhubung kebaikan penyatuan ummah terhadap golongan bukan Islam (bumiputera) yang lain supaya ianya tidak disalahtafsir sewenang-wenang oleh pihak-pihak tertentu.
UMNO Bahagian Kota Belud memenangi kesemua 3 kerusi ADUN walaupun kehilangan kerusi Parlimen dalam PRU14 yang lalu.Bagaimanapun,ketiga-tiga ADUN berkenaan berpaling tadah membelakangi pilihan rakyat Kota Belud apabila bertindak meninggalkan UMNO lalu menyertai parti Warisan dan Bersatu.
Tiga ADUN berkenaan ialah Datuk Musbah Hj.Jamli (Tempasuk-UMNO/BN) meninggalkan UMNO untuk menyertai Warisan manakala Datuk Japlin Akim (Usukan-UMNO/BN) menyertai Bersatu dan Datuk Ewon Benedick (UPKO-BN) beralih menyokong Warisan.
Kerusi Parlimen pula dimenangi oleh calon Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang menumpaskan Datuk Seri Panglima Dr.Mohd.Salleh Tun Said Keruak (UMNO/BN).Salleh kemudiannya meninggalkan UMNO dan kini ahli politik bebas.
PRU15 akan datang bakal menyaksikan perebutan kerusi baharu iaitu DUN Pintasan,kawasan majmuk suku kaum Iranun,Bajau dan Dusun.
No comments:
Post a Comment