KENYATAAN MEDIA 27/09/2019 Jumaat
PONTOON BORNEO REEF BEROPERASI SEMULA 1HB OKTOBER
Insan Muslimin,General Manager |
KOTA KINABALU : Restoran
dan Rekriasi Terapung,Pontoon Borneo Reff bakal beroperasi sepenuhnya mulai 1hb
Oktober ini setelah melepasi proses pembaikpulihan dan penaiktarafan kepada
yang lebih selesa dan lebih baik lagi.
Pengurus Besar Mizume Tours & Travel SB,Tuan Insan Muslimin
berkata,proses pembaikpulihan tersebut juga lebih menitikberatkan aspek
keselamatan dan prosedur am bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung
khususnya para pelancong asing.
“Pontoon ini mengalami kerosakan sedikit dan tenggelam pada tengah malam
Jumaat 13 September lalu akibat di landa gelora ribut monsun yang melanda dan
pihak kami di Borneo Reef mengambil masa seminggu untuk menaikkannya semula ke
paras apungan air,” kata beliau kepada media di sini hari ini.
Pontoon Borneo Reef popular dengan sebagai bot apungan dua tingkat yang
menyediakan platform restoran dan rekriasi santai bagi pelancong-pelancong
dalam dan luar negeri.
Pontoon Borneo Reef yang juga merupakan bot apungan kedua terbesar di dunia
ini menyediakan banyak aktiviti riadah laut seperti aktiviti
snokling,menyelam,jet ski,discover scuba,banana-boat dan sebagainya.
Pontoon Borneo Reef ini terletak di antara Pulau Gaya dan Pulau Sapi yang
mana kedudukannya benar-benar pada aras Taman AquaMarin Negara (Tunku Abdul Rahman
Park).
“Borneo Reef World ini berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia dan dimiliki
oleh Dynamic Holiday Cruise SB manakala kami di Mizume Tours & Travel
menguruskan perjalanan operasinya bantuan pakar dari The Reef Watersports
Sdn.Bhd.
Menurut Insan lagi,seperti sebelum ini,operasi berpakej untuk membawa
pelancong atau pengunjung ke Pontoon ini akan berjalan seperti biasa mengikut
jadual asal.
Bagaimanapun,sebarang perubahan akan segera dimaklumkan dari semasa ke
semasa untuk pengetahuan umum.
Mizume Tour & Travel SB yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan
para pengunjung ke Pontoon ini turut mengesahkan jadual asal yang digunapakai
iaitu bermula di Terminal Jesselton Kota Kinabalu dalam tiga trip perjalanan
jam 9 pagi,jam 9.30 pagi dan jam 10 pagi setiap hari manakala perjalanan pulang
semula dari Pontoon ke Jeti Jesselton selewat-lewatnya jam 3 petang.
“Kita miliki dapur dan tukang masak yang sememangnya berpengalaman luas
dalam menyediakan sehingga lebih 10 menu atau resepi ala buffet setiap hari dan
ianya sudah pasti Halal meskipun para pelancong yang datang bukan juga terdiri
daripada orang-orang Islam.
Pontoon ini sangat popular bagi pelancong-pelancong dari Taiwan,China,Jepun
dan Hong Kong dan ada juga sambutan dari masyarakat kita di Malaysia dan
Brunei,” jelas Insan lagi.
Menurut Insan,sememangnya Pontoon ini beroperasi hanya di sebelah siang
sahaja tetapi boleh juga di tempah untuk majlis makan malam,perkahwinan dan
sebagainya di sebelah malam dengan berhubung terus Mizume Tour & Travel di
talian 088-250 141 untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut.
No comments:
Post a Comment