Kenyataan Media
PENGHARAMAN MESIN SLOT OLEH KERAJAAN NEGERI MERAGUKAN : YONG
KOTA KINABALU : Cadangan pengharaman semua mesin slot berlesen di kelab-kelab berdaftar, tanpa terlebih dahulu mengambilkira strategi keseluruhan untuk menangani ancaman semua bentuk perjudian di Sabah merupakan satu tindakan melulu, kerana pengharaman tersebut hanya akan menyediakan hamparan subur untuk operator mesin slot haram berkembang maju,kata Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee.
"Adakah kerajaan Sudah memikirkan kemungkinan bahawa terdapatnya pengusaha haram (mesin slot) mengintai di sekitar untuk mengambil alih vakum yang tercipta hasil dari larangan yang akan berlaku pada semua mesin slot?
Dalam pada itu, saya memuji usaha kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah sosial yang timbul dari mesin slot berlesen di kelab-kelab berdaftar, persoalannya ialah: Mengapa tidak ada dailog dan tiada tindakan ke atas lain-lain bentuk perjudian seperti perjudian 4-digit berlesen atau 4-digit haram, mesin slot haram dan perjudian dalam talian (online) di kafe siber dan di tempat lain?
Penjudi tahu bahawa, apabila kelab-kelab yang berdaftar telah ditutup, mereka (penjudi) masih boleh mengunjungi pusat perjudian haram yang akan mengambil alih perniagaan. Dengan kata lain, punca utama masalah sosial yang timbul dari perjudian akan berkembang maju dari pengharaman pada mesin slot berlesen," jelas mantan Ketua Menteri itu lagi.
Gejala sosial yang timbul dari perjudian haram lebih teruk daripada perjudian berlesen. Saya bukan bercakap mengenai kehilangan pendapatan cukai kepada kerajaan atau kehilangan pekerjaan membabitkan pekerja kelab. Tetapi mengenai sindiket perjudian dan kumpulan-kumpulan jenayah yang akan mengambil kesempatan daripada penutupan mesin slot di kelab-kelab berlesen yang di tinggalkan secara vakum mendadak.
Seperti sebelum ini kebanyakan tindakan dan ketiadaan tindakan kerajaan, larangan yang dicadangkan pada mesin slot berlesen seolah-olah kekurangan perincian matlamat dan meninggalkan ruang untuk keraguan.
Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan untuk tampil dengan strategi keseluruhan dan dasar untuk memerangi gejala sosial yang disebabkan oleh perjudian.
Sebagai rujukan, seawal Ogos 2004, Biro Agenda Sosial SAPP telah menerbitkan kajian kami berhubung dengan ancaman perjudian. Itu adalah selepas SAPP dan Kerajaan Sabah menempuh kesukaran untuk membendung perjudian berleluasa di Sabah pada akhir 1990-an.
Penyelidikan SAPP 2004 telah mencadangkan:
1. Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang terhadap judi haram,
2. Memperkenalkan program pendidikan agresif mengenai risiko semua bentuk perjudian,
3. Menyediakan pusat profesional kepada peguam dan merawat penjudi tegar dan biasa,
4. Kerajaan hendaklah menjalankan analisis impak sosial dan ekonomi aktiviti perjudian,
5. Memperkukuhkan undang-undang anti-perjudian,
6. Meletakkan tanda-tanda amaran mandatori terhadap perjudian di semua pusat perjudian berlesen sama dengan label amaran kesihatan dalam paket rokok, dan
7. mengetatkan penalti untuk sabitan mahkamah bagi perjudian haram.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kemunculan perjudian dalam talian (internet online gaming), kebanyakannya menggunakan kad kredit, telah memburukkan lagi masalah sosial. Penjudi ini menggunakan kredit, atau wang yang dipinjam, untuk berjudi.
Oleh itu, kerajaan perlu menggunakan sumber dan kuasa yang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Malaysia untuk menghalang laman permainan dalam talian seperti yang diamalkan di beberapa negara lain.
Datuk Yong Teck Lee,
Presiden SAPP,
Mantan Ketua Menteri,
Kempen anti-perjudian
Photo caption: - Yong Bersama Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong, dan Naib Presiden Gee Tien Siong, memegang salinan buku SAPP “Gambling … the enemies within” yang disiarkan pada bulan Ogos 2004
No comments:
Post a Comment