Wednesday, October 16, 2019


ISU PENGARAH JANS : MOHAMAD BIDAS KENYATAAN LIEW VUI KEONG  
  
Kota Kinabalu : Ketua UMNO Bahagian P176 Kimanis Datuk Mohamad Hj.Alamin hari ini mebidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berhubung isu Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Datuk Amarjit Singh.

Menurut Mohamad,kenyataan Liew telah memperlihatkan betapa kefahaman menteri itu berkenaan konsep pemisahan kuasa di antara Kuasa Eksekutif dan Kuasa Kehakiman.

"Samada beliau (Liew) tidak faham ataupun sengaja buat-buat tak faham berkenaan konsep tersebut sehingga menampakkan seolah-olah menteri itu tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu," ujar beliau.

Baru-baru ini,Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa perlantikan Datuk Amarjit Singh selaku Pengarah JANS tidak sah kerana melanggar Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah.

"Mungkin saja beliau mempunyai tafsiran berbeza terhadap [eruntukan undang-undang tersebut tetapi sebagai Menteri Undang-Undang yang menjaga hal ehwal istitusi kehakiman negara,adalah sangat tidak wajar untuk beliau membuat kenyataan secara terbuka seoalah-olah tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah.

Tindakan begitu boleh mencemar imej kerajaan yang seharusnya bebas daripada mencampuri urusan Badan Kehakiman."

Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang dan Perlembagaan UMNO Sabah menjelaskan bahawa,beliau (Liew) yang juga bekas pengamal Undang Undang WAJIB faham dan bertindak secara professional lebih-lebih lagi khalayak umum tahu bahawa Liew dan Amarjit Singh mempunyai kepentingan tertentu lantaran keduanya adalah ahli Parti WARISAN Sabah.

"Kita mendesak agar YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara dapat memberikan teguran kepada Menteri Undang Undang ini, jangan bikin malu orang Sabah bah !" Ujar Mohamad lagi.

JEFFREY RASMI STAR DUN PINTASAN DAN USUKAN 20 OKTOBER  


Jalumin Bayogoh
KOTA KINABALU : Dua lagi Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sah akan dirasmikan penubuhannya di Parlimen P169 Kota Belud pada 20 Oktober ini oleh YB Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan,Presiden parti berkenaan.

Ketua Star Bahagian P169 Kota Belud,Jalumin Bayogoh ketika bercakap kepada media di sini mengesahkan perkara tersebut dan beranggapan bahawa sudah tiba masanya STAR bertapak kukuh di Kota Belud berdasarkan senario politik Sabah hari ini.

"Pengukuhan STAR melalui penubuhan Bahagian di DUN Pintasan dan DUN Usukan adalah tepat pada masanya di mana rakyat sudah menebal keyakinannya terhadap perjuangan dan dasar atau hala tuju parti ini dalam memperjuangkan hak-hak rakyat pribumi Sabah itu sendiri," katanya.

"Yang Berhormat Presiden akan ke Kota Belud untuk merasmikan dua bahagian baharu ini iaitu DUN N8 Pintasan dan DUN N10 Usukan pada Ahad 20 Oktober 2019 bertempat di laman terbuka Kg.Kota Bungan Kota Belud.
Program bersejarah ini akan bermula pada sebelah pagi dengan berbagai acara menarik bersama rakyat setempat dan perasmiannya bakal bermula pada jam 1 petang," ujar Jalumin lagi.

"Oleh yang demikian,orang ramai adalah di jemput dan dialu-alukan untuk hadir memeriahkan lagi program sehari ini dan mendengar sendiri amanat dari YB Presiden berkenaan dengan isu semasa politik tanahair," katanya lagi.

Dato Raplin DUN Pintasan
Dalam pada itu,Ketua Bahagian Star N8 Pintasan,Dato Raplin Samat menjelaskan bahawa banyak acara melibatkan rakyat setempat telah di susun sepanjang sehari sambutan bersejarah berkenaan.

"Selain banyak acara yang menyediakan hadiah-hadiah menarik,kami juga ingin menyerahkan sumbangan amal kepada surau dan masjid berupa penghawa dingin dan juga pam air.
Orang ramai juga berpeluang untuk memeriksa kesihatan diri dan keluarga kerana pihak kami menjemput pasukan medik turut serta dalam program ini," jelas Raplin.

DUN N10 Usukan
Setakat berita ini di tulis,Parlimen Kota Belud mencatatkan lebih 4 ribu ahli Parti Star telah didaftarkan dan jumlah berkenaan di jangka akan meningkat dengan mendadak apabila dua bahagian parti itu dirasmikan kelak.
Ibu pejabat parti STAR juga di jangka akan membuka kaunter pendaftaran keahlian pada hari berkenaan selain beramah mesra bersama penduduk setempat dan pengunjung-pengunjung yang hadir.

Monday, October 14, 2019

kenyataan media
14.10.2019

BELANJAWAN 2020 GAGAL PENUHI ASPIRASI RAKYAT - JAINAB


KOTA KINABALU : Pembentangan Belanjawan 2020 kerajaan Pakatan Harapan ternyata gagal memenuhi aspirasi Rakyat kata Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh Jainab Ahmad Ayid.

"Sepertimana Manifesto nya terdahulu yang nyata gagal, begitu jugalah Belanjawan yang baru saja dibentangkan 3 hari lalu.
Rakyat secara keseluruhannya kecewa dengan Belanjawan kali ini malah turut terkesan juga kepada pengundi pengundi PH yang menyokong mereka dahulu, " kata Jainab.

Jainab turut beranggapan bahawa Belanjawan kali ini lebih tertumpu kepada keuntungan Developer dan orang luar dari memikirkan kebajikan masa depan Rakyat tempatan.
Baca dengan teliti Belanjawan 2020 berkenaan dan kesan ketidakseimbangan dalam agihan yang lebih memihak kepada pihak lain.
Ia seolah-olah membelakangi kepentingan rakyat, katanya lagi.

Menurut mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah itu, lebih mengecewakan jika kembali mengenang janji-janji mereka di PRU lepas untuk mengembalikan hak-hak negeri Sabah dan hak-hak Bumiputera, langsung tidak di pandang serius.

"Ini membawa maksud bahawa kerajaan hari ini memandang ringan hal tersebut sedangkan rakyat sangat-sangat mengharapkan perubahan Sepertimana yang mereka laung-laungkan dulu.
Bila ini terjadi, nyatalah bahawa kerajaan hari ini berbohong menipu rakyat semata-mata mahu memancing undi," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, menurut Jainab,tindakan kerajaan meneruskan dasar Dan Pembangunan yang dirancang oleh kerajaan terdahulu di sambut baik seperti contohnya Projek Pan Borneo.

" Sebagai pembangkang, tidak semua yang boleh kita kritik terhadap kerajaan kerana ada juga hal-hal tertentu seperti penerusan plan pembangunan yang pernah kerajaan terdahulu rancangkan dan kita menyambut baik kerana ianya memberikan impak dan kebaikan untuk Rakyat, " katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan agar kembali memberikan ruang kepada kaum Wanita dalam arus pembangunan dan sosio ekonomi Sabah.

" Saya berharap agar kerajaan menitipkan sedikit fokus kepada golongan Wanita supaya segala plan yang pernah di buat dan dirancang sejak dulu dapat diteruskan serta ditambahbaikkan lagi agar golongan Wanita ini tidak jauh tertinggal dalam arus Perdana.
Memang ada penambahan bagi insentif golongan Wanita tetapi dari segi perlaksaannya kelak,kita belum tahu lagi.
Namun,usaha-usaha bersepadu dan serius ke arah pembangunan wanita dalam industri professional belum lagi didedahkan khususnya ke arah tujuan latihan atau kursus berkemahiran,ujarnya lagi.

"Ini negara kita... Jangan benarkan kita di tipu terus menerus... Hak-hak kita beransur-ansur di hakis sedikit demi sedikit dan ianya bermula apabila Bantuan Sara Hidup dikurangkan, bantuan persekolahan dimansuhkan dan harga barangan semakin mahal.

Bagi saya, Belanjawan 2020 ini secara diam-diam menidakkan orang melayu dan mengelirukan rakyat meskipun terdapatnya peruntukan bagi Bumiputera tetapi kaum cina pula yang mendapat lebih besar.
Bukankah lebih baik jika peruntukan tersebut disamaratakan mengikut kaum sedangkan kita juga mahu bersama-sama dengan kaum yang lain dalam usahasama, perniagaan Dan sebagainya," Menurutnya lagi.

Sunday, October 13, 2019

STAR PINTASAN SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG.SARANG  

KOTA BELUD : Parti STAR Sabah hari ini menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang di tanggung oleh magsa-mangsa kebakaran di Kg.Sarang Kota Belud dalam siri lawatan ziarah amal parti itu.

Misi ziarah amal tersebut diketuai oleh Dato Raplin Samat,Ketua Star DUN Pintasan beserta rombongan,turut menyaksikan tragedi kebakaran yang melibatkan empat buah keluarga di kampung berkenaan sambil menerima taklimat sebenar kejadian daripada mangsa-mangsa kebakaran.

Dato Raplin juga merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak=Anak Negeri Sabah,turut menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Rijuah Mondongot,Timpas Malingkam,Sintom Mungkilas dan Agai Rombitu.


Dalam satu temubual bersama Sabah_OnlineNews di sini,Raplin turut terkesan dengan keadaan banjir yang melanda daerah Kota Belud sejak beberapa hari ini dan sudahpun mengarahkan kakitangannya untuk meninjau keadaan di pusat penempatan banjir yang disediakan sekiranya keadaan banjir kembali naik mendadak.

"Kita difahamkan bahawa pusat penempatan banjir di dua tempat sudahpun di tutup pada jam 1 petang tadi tetapi melihat kepada keadaan sungai Tempasuk dan Kadamaian,langkah berjaga-jaga perlu dilakukan tiap masa dan kita akan berbuat sesuatu untuk kebajikan mangsa-mangsa berkenaan dengan segera sekiranya banjir kembali," kata Raplin lagi.


Pusat Maklumat Rakyat Kota Belud yang dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia hari ini mengisytiharkan bahawa kedua-dua pusat penempatan banjir (Dewan Tun Said & PKOB) sudahpun di tutup pada tengahari 12hb Oktober dan mangsa-mangsa yang terlibat juga sudah kembali ke kediaman masing-masing.


Friday, October 11, 2019

PKANS TERUS BANTU RAKYAT YANG MEMERLUKAN  


Kota Belud : Pertubuhan Kebajikan Anak Negeri Sabah akan meneruskan usaha beramal jariah bagi membantu rakyat yang memerlukan di seluruh negeri Sabah sepertimana pada mula-mula pertubuhan itu didaftarkan pada tahun 2013.

Presidennya YBhg Dato Raplin Samat ketika bercakap kepada Sabah_OnlineNews di sini berkata,pertubuhan di bawah pimpinannya itu menghulurkan bantuan sebagai amal kebajikan tanpa mengira kaum,agama dan anutan politik di seluruh negeri Sabah.

"Sejak pertubuhan ini ditubuhkan sekitar 2013 dahulu,pertubuhan ini aktif sehingga ke hari ini dan tumpuan sasar kita lebih kepada ekonomi dan kebajikan tanpa mengira fahaman politik,agama mahupun suku kaum," jelas beliau.

"Seluruh Sabah....Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Negeri Sabah aktif di merata tempat di seluruh negeri termasuklah di Kota Belud ini dan orang ramai sudah meengetahuinya sejak dahulu lagi," katanya lagi.

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Sabah di asas dan didaftarkan oleh Dato Raplin pada tahun 2013 dengan misi utama ke arah penaiktarafan sosio ekonomi dan kebajikan anak pribumi Sabah.

Ianya bergerak aktif sejak tahun penubuhannya dengan melancarkan aktiviti-aktiviti pada golongan sasar tanpa mengharapkan sebarang bantuan dari kerajaan mahupun individu-individu kenamaan yang ada di negeri ini.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Kg.Tamau,Kota Belud dari suku kaum Iranun juga merupakan Presiden Persatuan Seni Silat Gerak Sunda Sabah dan sudah 15 tahun menceburi NGO dari Semenanjung hingga ke Sabah.

Dato Raplin juga amat sinonim di daerah 'Cowboy of the East' ini kerana turut terlibat dalam berbagai aktiviti masyarakat malahan beliau juga adalah merupakan salah seorang anak kelahiran Kota Belud yang berjaya dalam bidang keusahawanan.



Monday, October 7, 2019

KENYATAAN AKHBAR  

TIADA KEPERLUAN PSS SELAIN AGENDA TERSEMBUNYI : DR.JEFFREY  

Kota Kinabalu: "Paparan facebook oleh Perkhidmatan Perundingan Filipina telah menawarkan untuk mendapatkan pasport Filipina kepada warga Filipina di Sabah yang memegang;

(a) IMM13,
(b) sijil Malaysia (kecil atau besar)
(c) kad bancian / JKM,

tanpa sebarang dokumen, mengesahkan tanpa sebarang keraguan bahawa tidak ada keperluan bagi kerajaan Malaysia dengan bantuan kerajaan Sabah untuk mengeluarkan Pas Sementara Sabah atau PSS." kata Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen Keningau dan Presiden Parti Solidarity Tanah Airku (STARSABAH).

Permohonan untuk paspor Filipina dan perkhidmatan konsular lain difasilitasi oleh lawatan jangka pindek ke Sabah oleh seksyen konsular Kedutaan Filipina Kuala Lumpur. Lawatan mereka seterusnya di Kota Kinabalu dijadualkan pada 14 hingga 18 Oktober 2019.

Kita harus ingat bahawa pemegang IMM13, yang dikenali sebagai "Kad Burung-burung" dan Kad Banci adalah orang asing.  Mereka semua orang asing dan tidak ada keperluan untuk mengeluarkan PSS lain untuk mereka menggantikan dokumen mereka yang sedia ada.  Begitu juga, untuk orang asing yang tidak berdokumen termasuk orang Filipina, mereka tetap sebagai orang asing tidak kira sama ada mereka disediakan dengan mana-mana dokumen.

Tawaran passport Filipina yang dikeluarkan oleh kerajaan Filipina melalui fasilitator perkhidmatan konsular kepada pemegang kad IMM13, Kad Burung-Burung, pemegang Kad Banci serta orang asing tanpa dokumentasi menunjukkan penyelesaian sebenar untuk rakyat Filipina di Sabah.

Tidak ada keperluan untuk mengeluarkan PSS kepada orang asing melainkan jika kerajaan Persekutuan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri dari Warisan dan Kerajaan Warisan Sabah di bawah Shafie Apdal mempunyai agenda tersembunyi yang lebih besar.

"Jadi apakah agenda tersembunyi Shafie dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengeluarkan PSS apabila tidak ada keperluan sedemikian?" Tanya Dr. Jeffrey.

"Adakah rancangan untuk melakukan pengambilalihan Sabah daripada penduduk asal Sabah?"

"Atau ada plot yang tersembunyi untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia dan menyertai sebahagian daripada Sulu sebagai Kesultanan Sulu dan Borneo Utara?  seperti yang ditunjukkan oleh penandatanganan suatu gerakkan keselamatan oleh wakil-wakil yang dipanggil Kesultanan di Manila baru-baru ini? "

"Hanya masa akan menentukan?"

Dalam pada itu, "Adakah kerajaan Persekutuan dengan pembabitan kerajaan Sabah mengeluarkan PSS untuk Presiden Duterte dan seluruh Kabinet Presidennya dan mengalu-alukan mereka tinggal di Sabah?" Tambah Dr Jeffrey.

Memandangkan undang-undang sedia ada, tidak ada peruntukan undang-undang bagi kerajaan untuk mengeluarkan PSS melainkan mereka bersedia untuk pergi dan meluluskan undang-undang baru untuk mengeluarkan PSS.

Sama ada kerajaan Persekutuan atau Warisan suka atau tidak, terdapat defisit amanah yang besar dalam tindakan mereka berhubung dengan orang asing di Sabah dan orang-orang di Sabah tidak mempercayai mereka dengan penekanan mereka kepada orang asing dan bukan penduduk asal Sabah.

Dasar-dasar kerajaan Sabah tidak membantu mengawal keadaan tapi hanya membuatkan ketidakpercayaan yang lebih besar bermula dengan pelbagai kebakaran di penempatan setinggan. Dalam kebakaran itu, seorang Menteri Senior Sabah sepertinya mencadangkan seperti yang dirancang dalam video, satu-satunya kerugian yang kelihatan adalah rumah dan IC tapi terdapat pengeluaran dua kali ganda MyKads dan dokumen lain dan ketidakpercayaan menjadi lebih teruk dengan penangkapan pegawai JPN dan sindiket yang terlibat dalam mengeluarkan IC yang diragui..

Shafie atau Kerajaan Warisan boleh mengatakan apa saja atau menafikan, tapi orang asal Sabah tidak akan mempercayai mereka.  Pengeluaran PSS kelihatan seperti Projek IC 2.0 di mana dokumen dikeluarkan untuk Projek IC yang asal dan mungkin petua ais berg untuk satu lagi pemberian kewarganegaraan tidak sah kepada orang asing di bawah Projek IC yang asal seperti yang terbukti dengan penemuan dalam  Laporan RCI 2014.

Seperti yang dinyatakan dalam catatan facebook, untuk penyelesaian sebenar bagi warga asing Filipina adalah memohon pasport Filipina mereka.

Isu ini bukan bermakna mereka tidak dilayan tetapi kena mematuhi undang-undang.  Sama seperti jika rakyat Sabah pergi ke Filipina, mereka perlu mematuhi undang-undang Filipina di sana.  Mereka tidak boleh mengharapkan Pas Sementara Filipina dari kerajaan Filipina untuk tinggal di Filipina.

Semua kerajaan Persekutuan dan Sabah perlu melakukan dan memastikan bahawa warga asing di Sabah termasuk bukan-Filipina memohon dokumen negara asal mereka dan kemudian memohon untuk masuk ke Sabah menerusi pintu depan melalui Imigresen bukan di pambot dengan diam-diam di tengah-tengah  malam tanpa melalui Imigresen.

Orang asing sama ada orang Filipina atau bukan, dialu-alukan di Sabah. Tapi dengan cara yang sah dan betul jika mereka ingin bekerja, iaitu memohon permit kerja yang diperlukan dan jika mereka ingin tinggal, memohon tinggal sementara.

Kerajaan Persekutuan dan Sabah perlu berfikir semula dan harus sedar bahawa dengan pengeluaran PSS dan dokumentasi pendatang tanpa izin ini, bukan sahaja di Sabah, keselamatan dan kedaulatan Malaysia dan Sabah dipertaruhkan. Pendatang tanpa izin ini akan memancing Malaya dalam masa yang singkat dan membawa bersama masalah keselamatan termasuk keganasan dan militan, isu sosial dan kesihatan di mana penyakit seperti tuberkulosis yang muncul di Sabah daripada orang asing ini.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan

Wednesday, October 2, 2019

KERAJAAN NEGERI PERLU PANDANG SERIUS : JAINAB  

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri di gesa agar memandang lebih serius isu berbangkit yang sering menjadi bualan rakyat Sabah berhubung isu tuntutan hak negeri Sabah,royalti,masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan kepentingan rakyat pribumi asal Sabah,kata Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.

"Agihan ekonomi,PTI dan pejuangan Hak MA63 perlu diberikan perhatian wajar dan bukannya sekadar mahu menyedapkan hati rakyat semata-mata kerana lebih setahun Warisan mengambilalih pentadbiran negeri tetapi belum lagi mampu membuktikan apa-apa," jelas Jainab.

"Masalah ini (PTI) perlu di bendung dan bukannya di naiktaraf," tegas beliau lagi.

"Kerajaan dahulu bertindak menahan,menghukum dan menghantar balik PTI ke negara masing-masing dan bukannya memberikan 'hak' melalui pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) kepada mereka.
Ini bukannya keperluan (PSS) tetapi ini namanya memberikan banyak lagi ruang dan peluang kepada PTI ini untuk terus berada di Sabah,berbuat sesuka hati seolah sama taraf dengan penduduk asal pribumi," jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media bagi mengulas keberhasilan forum yang dihoskan oleh Datuk Seri Anifah Aman di sebuah hotel terkemuka di ibu negeri baru-baru ini.

Forum tersebut membawa tajuk Perpaduan Politik Demi Kepentingan Rakyat Sabah itu turut disertai oleh Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan,DSP Yong Teck Lee,DSP Wilfred Bumburing, dan beberapa penganalisa politik tanahair.


Menurut Jainab,forum tersebut di lihat sebagai cara untuk mencari resolusi bagui menyelesaikan banyak isu berbangkit seperti Undi 18 tahun,pekerjaan/pengangguran di Sabah,Perpaduan kaum,isu kemasukan PTI,ekonomi Sabah dan Hak MA63.

"Pada dasarnya,saya bersetuju bahawa keperluan sebegini haruslah melibatkan semua pihak termasuk rakyat jelata dan bukan hanya tertumpu kepada pengamal politik semata bagi mempamerkan ketelusan sebenar suara hati rakyat.
Sebab itulah dalam kertaskerja PhD saya dahulu ada menekankan isu dalaman dan luaran bagi memartabatkan diri dan masyarakat.
Ibubapa,masyarakat dan pemimpin perlu tunjukkan integriti bersama barulah kita boleh menjadi contoh kepada anak-anak muda khususnya Gen Y," ujarnya lagi.

Jainab yang juga mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna menyifatkan kerajaan negeri yang ada hari ini tidak begitu prihatin dan kurang serius dalam menangani pelbagai isu jenayah dan keselamatan khususnya di perairan Pantai Timur Sabah sehingga menyebabkan ramai pendatang asing menceroboh sesuka hati.

"Kegagalan untuk mencari resolusi dan kurang serius akan menyebabkan kita akan terus ketinggalan hingga nanti,hak-hak anak bumiputera tidak terbela..Akhirnya,kita pula akan menjadi pendatang asing di negeri sendiri.
Kita tidak mahu menjadi seperti Hong Kong yang mana demonstrasi tidak membawa apa-apa kebaikan dan keharmonian," kata Jainab lagi.

Beliau turut menyokong kenyataan DSP Anifah Aman berhubung tuntutan royalti 10 peratus tersebut berbanding 5% yang diberikan kepada Sabah sebelum ini.

"Sabah negeri yang kaya dengan banyak sumber tetapi yang menghairankan,mengapa Sabah diletakkan antara negeri termiskin di Malaysia ?...
Kekayaan sumber dari negeri Sabah ini dieksplotasi dan hasil tersebut hanya sedikit sahaja kita kecapi sehingga menjadikan Sabah mundur dari segi pembangunan dan prasarana..
Kerajaan Sabah perlu lebih peka dan membuat kajian terperinci bagi mendesak persekutuan tentang cara mana untuk Sabah mendapatkan hak dan royalti ini.
Selama setahun ini,rakyat hanya dihidangkan dengan isu-isu PTI dan slogan Sabah Kita punya sedangkan anak-anak pribumi terpinggir kepentingannya," tambah beliau lagi.