KOTA BELUD : Parti STAR Sabah hari ini menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang di tanggung oleh magsa-mangsa kebakaran di Kg.Sarang Kota Belud dalam siri lawatan ziarah amal parti itu.
Misi ziarah amal tersebut diketuai oleh Dato Raplin Samat,Ketua Star DUN Pintasan beserta rombongan,turut menyaksikan tragedi kebakaran yang melibatkan empat buah keluarga di kampung berkenaan sambil menerima taklimat sebenar kejadian daripada mangsa-mangsa kebakaran.
Dato Raplin juga merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak=Anak Negeri Sabah,turut menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Rijuah Mondongot,Timpas Malingkam,Sintom Mungkilas dan Agai Rombitu.
Dalam satu temubual bersama Sabah_OnlineNews di sini,Raplin turut terkesan dengan keadaan banjir yang melanda daerah Kota Belud sejak beberapa hari ini dan sudahpun mengarahkan kakitangannya untuk meninjau keadaan di pusat penempatan banjir yang disediakan sekiranya keadaan banjir kembali naik mendadak.
"Kita difahamkan bahawa pusat penempatan banjir di dua tempat sudahpun di tutup pada jam 1 petang tadi tetapi melihat kepada keadaan sungai Tempasuk dan Kadamaian,langkah berjaga-jaga perlu dilakukan tiap masa dan kita akan berbuat sesuatu untuk kebajikan mangsa-mangsa berkenaan dengan segera sekiranya banjir kembali," kata Raplin lagi.
Pusat Maklumat Rakyat Kota Belud yang dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia hari ini mengisytiharkan bahawa kedua-dua pusat penempatan banjir (Dewan Tun Said & PKOB) sudahpun di tutup pada tengahari 12hb Oktober dan mangsa-mangsa yang terlibat juga sudah kembali ke kediaman masing-masing.
No comments:
Post a Comment