KERAJAAN NEGERI PERLU PANDANG SERIUS : JAINAB
KOTA KINABALU : Kerajaan negeri di gesa agar memandang lebih serius isu berbangkit yang sering menjadi bualan rakyat Sabah berhubung isu tuntutan hak negeri Sabah,royalti,masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan kepentingan rakyat pribumi asal Sabah,kata Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.
"Agihan ekonomi,PTI dan pejuangan Hak MA63 perlu diberikan perhatian wajar dan bukannya sekadar mahu menyedapkan hati rakyat semata-mata kerana lebih setahun Warisan mengambilalih pentadbiran negeri tetapi belum lagi mampu membuktikan apa-apa," jelas Jainab.
"Masalah ini (PTI) perlu di bendung dan bukannya di naiktaraf," tegas beliau lagi.
"Kerajaan dahulu bertindak menahan,menghukum dan menghantar balik PTI ke negara masing-masing dan bukannya memberikan 'hak' melalui pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) kepada mereka.
Ini bukannya keperluan (PSS) tetapi ini namanya memberikan banyak lagi ruang dan peluang kepada PTI ini untuk terus berada di Sabah,berbuat sesuka hati seolah sama taraf dengan penduduk asal pribumi," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media bagi mengulas keberhasilan forum yang dihoskan oleh Datuk Seri Anifah Aman di sebuah hotel terkemuka di ibu negeri baru-baru ini.
Forum tersebut membawa tajuk Perpaduan Politik Demi Kepentingan Rakyat Sabah itu turut disertai oleh Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan,DSP Yong Teck Lee,DSP Wilfred Bumburing, dan beberapa penganalisa politik tanahair.
Menurut Jainab,forum tersebut di lihat sebagai cara untuk mencari resolusi bagui menyelesaikan banyak isu berbangkit seperti Undi 18 tahun,pekerjaan/pengangguran di Sabah,Perpaduan kaum,isu kemasukan PTI,ekonomi Sabah dan Hak MA63.
"Pada dasarnya,saya bersetuju bahawa keperluan sebegini haruslah melibatkan semua pihak termasuk rakyat jelata dan bukan hanya tertumpu kepada pengamal politik semata bagi mempamerkan ketelusan sebenar suara hati rakyat.
Sebab itulah dalam kertaskerja PhD saya dahulu ada menekankan isu dalaman dan luaran bagi memartabatkan diri dan masyarakat.
Ibubapa,masyarakat dan pemimpin perlu tunjukkan integriti bersama barulah kita boleh menjadi contoh kepada anak-anak muda khususnya Gen Y," ujarnya lagi.
Jainab yang juga mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna menyifatkan kerajaan negeri yang ada hari ini tidak begitu prihatin dan kurang serius dalam menangani pelbagai isu jenayah dan keselamatan khususnya di perairan Pantai Timur Sabah sehingga menyebabkan ramai pendatang asing menceroboh sesuka hati.
"Kegagalan untuk mencari resolusi dan kurang serius akan menyebabkan kita akan terus ketinggalan hingga nanti,hak-hak anak bumiputera tidak terbela..Akhirnya,kita pula akan menjadi pendatang asing di negeri sendiri.
Kita tidak mahu menjadi seperti Hong Kong yang mana demonstrasi tidak membawa apa-apa kebaikan dan keharmonian," kata Jainab lagi.
Beliau turut menyokong kenyataan DSP Anifah Aman berhubung tuntutan royalti 10 peratus tersebut berbanding 5% yang diberikan kepada Sabah sebelum ini.
"Sabah negeri yang kaya dengan banyak sumber tetapi yang menghairankan,mengapa Sabah diletakkan antara negeri termiskin di Malaysia ?...
Kekayaan sumber dari negeri Sabah ini dieksplotasi dan hasil tersebut hanya sedikit sahaja kita kecapi sehingga menjadikan Sabah mundur dari segi pembangunan dan prasarana..
Kerajaan Sabah perlu lebih peka dan membuat kajian terperinci bagi mendesak persekutuan tentang cara mana untuk Sabah mendapatkan hak dan royalti ini.
Selama setahun ini,rakyat hanya dihidangkan dengan isu-isu PTI dan slogan Sabah Kita punya sedangkan anak-anak pribumi terpinggir kepentingannya," tambah beliau lagi.

No comments:
Post a Comment