ISU PENGARAH JANS : MOHAMAD BIDAS KENYATAAN LIEW VUI
KEONG
Kota Kinabalu : Ketua UMNO Bahagian P176 Kimanis Datuk
Mohamad Hj.Alamin hari ini mebidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berhubung isu Pengarah Jabatan Air Negeri
Sabah Datuk Amarjit Singh.
Menurut Mohamad,kenyataan Liew telah memperlihatkan betapa
kefahaman menteri itu berkenaan konsep pemisahan kuasa di antara Kuasa
Eksekutif dan Kuasa Kehakiman.
"Samada beliau (Liew) tidak faham ataupun sengaja
buat-buat tak faham berkenaan konsep tersebut sehingga menampakkan seolah-olah
menteri itu tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota
Kinabalu," ujar beliau.
Baru-baru ini,Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan
bahawa perlantikan Datuk Amarjit Singh selaku Pengarah JANS tidak sah kerana
melanggar Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah.
"Mungkin saja beliau mempunyai tafsiran berbeza
terhadap [eruntukan undang-undang tersebut tetapi sebagai Menteri Undang-Undang
yang menjaga hal ehwal istitusi kehakiman negara,adalah sangat tidak wajar
untuk beliau membuat kenyataan secara terbuka seoalah-olah tidak berpuashati
dengan keputusan mahkamah.
Tindakan begitu boleh mencemar imej kerajaan yang seharusnya
bebas daripada mencampuri urusan Badan Kehakiman."
Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang dan
Perlembagaan UMNO Sabah menjelaskan bahawa,beliau (Liew) yang juga bekas
pengamal Undang Undang WAJIB faham dan bertindak secara professional
lebih-lebih lagi khalayak umum tahu bahawa Liew dan Amarjit Singh mempunyai
kepentingan tertentu lantaran keduanya adalah ahli Parti WARISAN Sabah.
"Kita mendesak agar YAB Perdana Menteri dan Ketua
Setiausaha Negara dapat memberikan teguran kepada Menteri Undang Undang ini,
jangan bikin malu orang Sabah bah !" Ujar Mohamad lagi.
No comments:
Post a Comment