Jalumin Bayogoh |
KOTA KINABALU : Dua lagi Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sah akan dirasmikan penubuhannya di Parlimen P169 Kota Belud pada 20 Oktober ini oleh YB Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan,Presiden parti berkenaan.
Ketua Star Bahagian P169 Kota Belud,Jalumin Bayogoh ketika bercakap kepada media di sini mengesahkan perkara tersebut dan beranggapan bahawa sudah tiba masanya STAR bertapak kukuh di Kota Belud berdasarkan senario politik Sabah hari ini.
"Pengukuhan STAR melalui penubuhan Bahagian di DUN Pintasan dan DUN Usukan adalah tepat pada masanya di mana rakyat sudah menebal keyakinannya terhadap perjuangan dan dasar atau hala tuju parti ini dalam memperjuangkan hak-hak rakyat pribumi Sabah itu sendiri," katanya.
"Yang Berhormat Presiden akan ke Kota Belud untuk merasmikan dua bahagian baharu ini iaitu DUN N8 Pintasan dan DUN N10 Usukan pada Ahad 20 Oktober 2019 bertempat di laman terbuka Kg.Kota Bungan Kota Belud.
Program bersejarah ini akan bermula pada sebelah pagi dengan berbagai acara menarik bersama rakyat setempat dan perasmiannya bakal bermula pada jam 1 petang," ujar Jalumin lagi.
"Oleh yang demikian,orang ramai adalah di jemput dan dialu-alukan untuk hadir memeriahkan lagi program sehari ini dan mendengar sendiri amanat dari YB Presiden berkenaan dengan isu semasa politik tanahair," katanya lagi.
Dato Raplin DUN Pintasan |
Dalam pada itu,Ketua Bahagian Star N8 Pintasan,Dato Raplin Samat menjelaskan bahawa banyak acara melibatkan rakyat setempat telah di susun sepanjang sehari sambutan bersejarah berkenaan.
"Selain banyak acara yang menyediakan hadiah-hadiah menarik,kami juga ingin menyerahkan sumbangan amal kepada surau dan masjid berupa penghawa dingin dan juga pam air.
Orang ramai juga berpeluang untuk memeriksa kesihatan diri dan keluarga kerana pihak kami menjemput pasukan medik turut serta dalam program ini," jelas Raplin.
DUN N10 Usukan |
Setakat berita ini di tulis,Parlimen Kota Belud mencatatkan lebih 4 ribu ahli Parti Star telah didaftarkan dan jumlah berkenaan di jangka akan meningkat dengan mendadak apabila dua bahagian parti itu dirasmikan kelak.
Ibu pejabat parti STAR juga di jangka akan membuka kaunter pendaftaran keahlian pada hari berkenaan selain beramah mesra bersama penduduk setempat dan pengunjung-pengunjung yang hadir.
No comments:
Post a Comment