Saturday, November 2, 2019


KOTAKAN JANJI KATA JAINAB  
Oleh Sam Hj.Othman  

KOTA KINABALU: Pihak pembangkang menggesa kerajaan untuk mewartakan 30 buah kampung di kawasan Sepanggar dengan kadar segera seperti yang dijanjikan.

Mantan Wakil Rakyat Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata beliau ingin mengingatkan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman untuk segera mengotakan janjinya bagi mewartakan kampung berkaitan.

Menurut Jainab,isu pewartaan kampung-kampung berkenaan sudah diusulkan pada waktu kerajaan terdahulu dan ianya belum sempat dilaksanakan sebelum PRU14.

''Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan Datuk Azis Jamman agar  menyegerakan  pewartaan kampung yang berkaitan di kawasan Sepanggar seperti yang beliau (Aziz) nyatakan tempohari.

''Ini kerana semua laporan mengenai kampung dan setinggan terbabit  telah didokumentasikan dan dihantar kepada kerajaan. Saya turut menggesa agar beliau mewartakannya seperti yang dijanjikan beliau sebelum ini,'' katanya.

Semasa masih menjadi ADUN Karambunai dahulu,Jainab dan pemimpin-pemimpin ketika itu telah beberapa kali menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Tanah dan agensi-agensi terlibat termasuklah pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk menyuarakan segala permasalahan rakyat.


Tan Sri Musa telah diberikan taklimat oleh Dato Seri Abdul Rahman Dahlan,Datuk Yakub khan dan rakan-rakan yang lain di mana akhirnya Ketua Menteri mengumumkan pewartaan Kg.Numbak 1 & 2 sepertimana yang telah telah diumumkan semula Dato Azis baru-baru ini.

Banyak lagi pewartaan kampung-kampung diusahakan ketika itu dalam keadaan berperingkat dengan pelbagai cabaran dihadapi.


Pengujudan kampung-kampung ini di lihat sebagai salah satu alternatif bagi menampung jumlah penduduk di penempatan-penempatan sedia ada dan juga disebabkan perpindahan lokasi akibat kerja-kerja pembesaran sungai dan pembinaan masjid di kampung yang terlibat,” jelas Jainab lagi.

Ketika bergelar ADUN bagi Karambunai,usaha Jainab untuk mewartakan banyak kampung terlaksana seperti Kg.Likas Lama,penambahan bagi Kg.Inanam,Kg.Loqub Baru,Kg.Soang Bok Darau,Kg.Tebobon Baru dan Kg.Selambunan selain berjaya mendapatkan pengiktirafan dari UiTM bagi penduduk Kg.Kuala Menggatal menumpang tanah milik UiTM di Menggatal.

Bagaimanapun kata Jainab lagi,sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri,Dato Azis harus peka kepada isu PTI dan pewartaan kampung-kampung sebegini tidak menolak persepsi rakyat terhadap keterlibatan PTI yang mungkin akan mengambil peluang dan kesempatan.

“Saya yakin,Azis dan kementerian beliau akan memperhalusi serta bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mendapatkan lot-lot  kediaman yang terdiri dari yang bukan warganegara.


Isu ini menjadi hangat disebabkan istilah ‘setinggan’ itu berkait rapat dengan perumahan haram PTI di mana-mana pun juga dan ianya perlu dipantau dengan lebih terperinci lagi bagi mengelakkan sebarang isu sensitif muncul,” ujarnya lagi.

Azis, dalam satu kenyataan baru-baru ini, turut berkata terdapat pelan penstrukturan semula untuk 18 buah kampung setinggan di Inanam yang kebanyakannya didiami oleh masyarakat KDMR, iaitu Kampung Bambangan (Sobog), Bambangan Baru, Kelingau, Kiang Lama, Perpaduan Keliangau, Kiapad, Kironggu, Maruah / Sumagid  , Natai Telipok, Pangasan, Poring-Poring, Pulau Penampang, Ruminding, Salut, Tampulan, Kebayai / Tamalang, Peniang dan Pinahawon.

kenyataan media secara terbuka  
Hj.Mustapha Hj.Sakmud  02.11.2019  

ASSALAMUALAIKUM WRT DAN SALAM SEJAHTERA  

Berikutan Sedutan Ucapan saya semasa Konvensyen Keadilan baru-baru ini tentang Evolusi Politik Perubahan dengan mengambil contoh kes Kg. Suang Punggur, Kota Belud.

Saya dengan ini MEMOHON MAAF kepada WARGA KG. SUANG PUNGGUR khasnya dan WARGA KOTA BELUD amnya kerana menyentuh isu politik wang yang berlaku semasa saya bertanding di DUN Usukan pada masa itu.

Niat murni saya hanyalah untuk memberi gambaran kepada peserta konvensyen tentang bagaimana evolusi politik perubahan yang berlaku di Kota Belud berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri.

Saya fikir perubahan sudah banyak berlaku dan pada PRU15 pengundi Di Usukan sudah semakin menerima Politik Perubahan ini dengan peningkatan undi yang mendadak berbanding semasa saya dan calon-calon sebelum itu.

Kesimpulan yang saya mahu ialah agar peserta Konvensyen dan rakyat Sabah khususnya dapat menilai pemimpin bukan kerana hartanya semata-mata tetapi perlu menilai kewibawaannya memimpin. Kita mahu supaya ramai pimpinan generasi muda Sabah diketengahkan untuk bersama politik perubahan ini. Mohon dengar keseluruhan ucapan agar contoh yang digunakan dapat diletak dalam kontek yang adil.

Walaubagaimanapun saya mengambilkira sentimen setempat dan sekali lagi MEMOHON MAAF dan akan lebih berhati-hati dalam ucapan-ucapan selepas ini.

Saya juga ambil maklum bahawa Satu Laporan Polis telah dibuat berkaitan isu sedutan ucapan saya semasa Konvensyen Keadilan baru-baru ini.

Pertamanya saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terimakasih atas Laporan Polis ini yang bagi saya Penduduk Kg. Suang Punggur ingin menyatakan kepada umum bahawa politik wang tidak mendapat tempat di kampung tersebut sejajar dengan politik perubahan yg sedang berlaku.

Walaupun saya sudah membuat permohonan maaf secara terbuka seperti posting saya sebelum ini kemungkinan tidak mencukupi. InsyaAllah Team Penyelaras DUN Usukan sedang merancang untuk membuat program di Kg. Suang Punggur dan saya minta agar ucapan permohonan maaf saya nanti di rakam untuk sebaran umum. Untuk keperluan sidang akhbar saya akan meminta peguam saya untuk meneliti cadangan tersebut dari segi undang-undang.

Saya fikir mesej Politik Perubahan yang saya dan Team Keadilan di Kota Belud semakin menarik perhatian ramai. Penafian dan kecaman kepada saya menggambarkan bahawa berlaku kesedaran dikalangan generasi muda terutamanya untuk menolak politik wang. Jika gelombang politik perubahan dan kesedaran ini membesar, saya yakin ini baik untuk Kota Belud dan rakyat boleh menilai pemimpin secara matang.

Inilah mesej penting yang saya mahu bawa ditengah masyarakat. Kita mahu melahirkan rakyat terutama pengundi yang berjiwa merdeka. Kita tidak terikat dengan Pemimpin kerana banyak hartanya tetapi kerana kewibawaan kepimpinannya. Saya tidak kata harta tidak penting tapi kriteria-kriteria lain juga sama penting.

Saya akui dengan sedar kesilapan besar saya apabila menamakan lokasi dan daerah sendiri sebagai contoh. Saya memohon setinggi-hati kemaafan atas kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati dalam siri ucapan selepas ini. Namun saya fikir majoriti rakyat Kota Belud memahami isu ini dan saya minta agar ucapan saya di dengar dari awal sampai akhir supaya dapat memahami mesej yang saya mahu sampaikan.

Akhirnya, saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak Polis untuk memberi keterangan selanjutnya tentang ucapan ini dan sekali lagi memohon maaf atas kesilapan menamakan lokasi secara spesifik dalam ucapan tersebut.

Mohon juga agar ahli-ahli Keadilan bertenang dan jangan lari dari fokus seperti yang dirancang. Jangan buat provokasi dan biar saya berdepan sendiri dengan masalah ini.

MUSTAPHA SAKMUD
Ketua Cabang Kota Belud
Merangkap
Timbalan Pengerusi MPN
Parti Keadilan Rakyat
Sabah.

Friday, November 1, 2019

SUDAH TIBA MASANYA KERAJAAN PERLU FOKUS PADA PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI : VERDON   
oleh Sam Hj.Othman   


KOTA KINABALU : Fokus pembangunan sosio ekonomi dalam dan luar bandar,gesa pemerhati politik Sabah,YBhg.Dato' Verdon Bahanda terhadap para pemimpin kerajaan negeri pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Mohd.Shafie Apdal.

Gesaan itu di buat berikutan prestasi lembab kerajaan negeri dalam membangunkan Sabah ke arah yang lebih baik seperti mana yang pernah dilaung-laungkan semasa PRU14 yang lalu.

"Lebih setahun tempoh pemerintahan kerajaan baharu yang memperjuangkan slogan 'Sabah Ubah' sehingga rakyat nekad mengubah tampuk pemerintahan dengan harapan yang tinggi bahawa Sabah akan berganjak dari sebuah negeri terbelakang kepada negeri yang lebih maju lagi.
Kita tidak mahu menyokong sesiapa dalam soal ini....Mandat sudah diberikan hingga membentuk kerajaan jadi,giliran pemimpin-pemimpin ini pula berusaha menunjukkan bahawa 'Sabah Ubah' itu tercapai maksudnya dan bukan hanya sekadar janji-janji kosong semata," ujar beliau dalam satu temubual eksklusif bersama Sabah_OnlineNews di sini hari ini.

Menurutnya lagi,para pemimpin ini sudah ada peluang untuk membuktikan apa yang mereka perjuangkan selama ini dan teruskanlah memikat hati rakyat.
Penduduk menjual hasil tani di Tamu Sabah

"Bawa pembangunan itu ke ceruk rantau negeri khususnya di kawasan-kawasan luar bandar agar rakyat tidak mengeluh kesusahan.
Jika pembangunan dan sosio ekonomi luar bandar itu kuat,maka akan muncul kuasa beli yang berterusan dan rakyat boleh merasai kesenangan.
Sepatutnya kerajaan hari ini perlu lebih gah dan lebih bagus lagi daripada kerajaan terdahulu kerana itulah yang rakyat harap-harapkan," kata Verdon yang juga merupakan mantan Bendahari UPKO sebelum ini.

Beliau menegaskan bahawa politik dan ekonomi itu adalah seiring dan tidak boleh dipisahkan serta haruslah difahami rantaiannya.

Gambar Hiasan Sawit
"Jika politik kita stabil,ekonomi juga ikut stabil dan begitulah sebaliknya....Biar macamana sekalipun para pemimpin mempromosikan kerajaan di luar negara dengan harapan pelabur-pelabur akan datang ke sini membuat pelaburan,jika corak pentadbiran tidak konsisten,banyak aduan ketidakseimbangan dan sebagainya,para pelabur akan menolak..
Pelabur-pelabur ini bijak sebenarnya,mereka juga punya penyiasat dan penyelidik dan tidak akan membuat sebarang ketetapan tanpa memantau terlebih dahulu".

"Harga sawit misalnya...Saya menjangkakan bahawa akan ada lagi penurunan harga dalam dua tiga bulan ini nanti sedangkan harga sawit sekarang ini pun berada pada paras yang terlalu rendah berbanding dahulu.
Saya juga mempunyai beberapa ekar tanaman sawit dan saya sangat bimbang dengan keadaan ini...Bagaimana pula dengan nasib pengusaha-pengusaha sawit di seluruh negeri Sabah khususnya para pekebun kecil dan sederhana...Komoditi sawit dan getah rata-ratanya diusahakan oleh penduduk luar bandar di Sabah dan kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan isu harga ini," jelasnya lagi.

"Berhenti dari memikirkan isu-isu pewartaan tanah,isu PTI,isu selongkar keaiban pemimpin-pemimpin terdahulu yang kelihatannya tiada penghujung dan sehingga kini belum terbukti pun mereka bersalah.....
Berhentilah menuding jari ke arah kerajaan terdahulu dan mulakan fokus kepada pembangunan sosio ekonomi yang lebih mapan kerana rakyat sangat-sangat memerlukan sesuatu untuk menangani kos sara hidup yang semakin tinggi setelah begitu banyak subsidi dan bantuan dimansuhkan termasuklah dengan isu harga barang yang semakin meningkat..
Berhentilah dari berpolitik kerana kerajaan sudah di bentuk dan sudah pun memerintah...Rakyat sudah beri mandat,dan kini giliran kerajaan pula membalas budi," ujarnya yang juga merupakan Pengasas kepada Yayasan Verdon Bahanda Sabah.


Mengulas mengenai pertumbuhan ekonomi dan sara hidup diluar bandar,Verdon berkata,tidak ada yang boleh dibanggakan setakat ini.

"Orang-orang kampung ini 'very simple' dan tidaklah begitu 'demand' lebih...Apa yang penting,mereka mahu tahu apa yang kerajaan lakukan dan adakah impaknya berfaedah untuk mereka atau pun tidak...
Saya akui bahawa kerajaan ini masih baru dan perlukan banyak masa untuk melaksanakan sesuatu tetapi sekurang-kurangnya ada juga sedikit perubahan ataupun,keadaan sekarang ini jauh lebih baik dari keadaan dahulu dan bukannya lebih teruk lagi".



Wednesday, October 30, 2019

KPLB Sabah Harap Dapat Peruntukan Lebih Besar Dalam Belanjawan Negeri 2020  

Foto ehsan Mary Ann KPLB
RANAU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah berharap agar dapat diberikan peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2020.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, kementeriannya bertanggungjawab melaksanakan projek kecil pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan dan keusahawanan desa selain bertanggungjawab ke atas peruntukan khas Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan hal ehwal Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Justeru, katanya, kementerian memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk memenuhi skop dan peranan yang diberikan untuk membasmi kemiskinan dan mensejahterakan luar bandar Sabah.

"Walaupun saya maklum dengan cabaran ekonomi dan perolehan hasil kita, tetapi saya berharap peruntukan yang lebih besar pada tahun depan dapat disalurkan berbanding peruntukan tahun ini. Ini termasuklah agar peruntukan ADUN juga ditambah agar mereka boleh membawa kemudahan yang lebih baik di kawasan masing-masing.

"Pada tahun ini, kementerian saya menerima peruntukan RM4.5 juta untuk projek kecil pembangunan luar bandar, kemudian tambahan RM7.4 juta dalam perbekalan tambahan. Tetapi secara keseluruhannya, jumlah keseluruhan permohonan yang dikemukakan kepada saya atau kepada Setiausaha Tetap mencecah RM60 juta. Ini menunjukkan banyak keperluan projek kecil pembangunan luar bandar di seluruh Sabah," katanya.
Foto ehsan Mary Ann KPLB

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran MPKK Kawasan Paginatan, di Perkasa Hotel Kundasang, dekat sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, kementeriannya sudah mengemukakan input kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Kementerian Kewangan mengenai keperluan peruntukan untuk inisiatif-inisiatif baru yang mahu dilaksanakan oleh kementeriannya.

"Kita masih berada dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 dan kod-kod baru setiap inisatif ini tidak dapat dimasukkan ke dalam pembikinan belanjawan kementerian. Tetapi kita sudahpun mendapat pengesahan boleh melaksanakan beberapa inisiatif baru yang telah kita tetapkan, iaitu menaiktaraf jalan-jalan menuju kawasan pelancongan komuniti luar bandar, program bekalan air alternatif (telaga tiub) dan bekalan elektrik alternatif (mini hidro) menggunakan peruntukan yang akan disalurkan mengikut kod sedia ada terlebih dahulu," katanya.

Beliau juga berharap agar peruntukan untuk membina Rumah Sejahtera Sabah juga dapat ditambah khusus untuk kampung-kampung di bawah Program Kampung Sejahtera dan perkampungan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di seluruh Sabah.

"Selepas saya membangkitkan keperluan ini di kabinet, maka ianya telah dipersetujui. Sebab itulah dalam perbekalan tambahan yang dibentangkan pada bulan Ogos lepas, kita telah mendapat peruntukan RM6 juta untuk memulakan program ini. Bagaimanapun, kita mempunyai 60 buah Kampung Sejahtera dan 52 perkampungan MESEJ setakat ini di seluruh Sabah.

“Jumlah ini pasti akan bertambah. Sebab itu, kita memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk menyediakan program bantuan rumah di kampung-kampung ini," katanya.

Terdahulu itu ketika berucap, Ewon menyatakan harapan agar semua Pengerusi, Setiausaha dan ahli-ahli jawatankuasa MPKK di setiap kampung dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebaiknya sebagai sebuah pasukan yang bekerjasama dengan kepimpinan dan jentera penyampaian kerajaan di daerah.

Foto Ehsan Mary Ann KPLB
"Saya tahu tugas sebagai Pengerusi MPKK sangat mencabar kerana ekspektasi penduduk kampung yang begitu besar sedangkan peruntukan pembangunan adalah terhad. Tetapi selagi kita boleh bekerjasama sebagai satu pasukan, kita sentiasa boleh mencari jalan penyelesaian kepada pembangunan kampung termasuk menganjurkan kerjasama dengan pihak swasta dan sektor korporat untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kampung masing-masing," katanya.

Ewon turut menambah bahawa Kabinet Negeri Sabah juga dalam mesyuarat tahun lepas telah bersetuju agar pelantikan Pengerusi MPKK akan dilaksanakan melalui proses pemilihan di peringkat kampung sebaik sahaja tempoh perlantikan MPKK sekarang tamat pada Disember 2020.

"KPLB Sabah akan memperincikan bagaimana proses tersebut boleh dilaksanakan termasuk kriteria menjadi calon dan pemilih. Setakat hari ini, keputusan kabinet mengenai perkara ini adalah kekal dan kita akan kemukakan kepada kabinet pada tahun hadapan mengenai kaedah dan proses pemilihan MPKK ini. Bagaimanapun kita akan dipandu oleh keputusan kabinet kelak.

"Saya amat pasti Pengerusi MPKK yang ada sekarang akan dipilih semula oleh penduduk kampung bagi meneruskan perkhidmatan sekiranya telah dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang tempoh perkhidmatan mereka sekarang," katanya.

Kursus anjuran KPLB Sabah ini merupakan yang keenam telah diadakan setakat ini dan seterusnya akan diadakan bagi kawasan Kudat.

Turut hadir ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir, Setiausaha Rendah (Dasar) KPLB Sabah Majaran Osman, Pegawai Daerah Ranau Mohd Yassin Ibrahim, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan Hishamuddin Harun dan PPM Kundasang Siriman Basir.

Saluran ;
Marryan Razan,
Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
BERITA BERGAMBAR  
TABIKA DUDAR ULU RAKAM TERIMAKASIH  
Oleh Sam Hj.Othman  


Kota Belud : Warga pendidik dan pelajar Tabika Dudar Ulu,Kota Belud merakamkan ucapan terimakasih kepada Ketua STAR Bahagian N8 Pintasan YBhg.Dato Seri Raplin Hj.Samat kerana menyumbang kepada kelangsungan aktiviti Lawatan Tabika Dudar Ulu ke Ranau baru-baru ini.

Sumbangan tersebut yang berupa baju sewarna untuk di pakai oleh tenaga pendidik dan kanak-kanak sempena lawatan berkenaan,disampaikan oleh Raplin kepada wakil Taman Bimbingan Kanak-Kanak tersebut.
DATO SERI RAPLIN SAMAT  


"Sumbangan ini sangat bermakna bagi kami dan kanak-kanak Tabika Dudar Ulu malah para ibubapa juga turut sama melahirkan rasa gembira dengan jasa baik Dato Raplin," kata salah seorang wakil Tabika berkenaan kepada Sabah_OnlineNews di sini.


Selain melawati Desa Farm di Kundasang,rombongan lebih 30 orang itu turut mengunjungi beberapa lokasi pelancongan dan riadah bagi mendedahkan murid-murid keadaan alam sekitar,pembangunan,pelancongan dan alam semulajadi sekitar daerah Ranau.

(Pix Captured Below)










RAHMAN DAHLAN WARNAI POLITIK KOTA BELUD  
Oleh Sam Hj.Othman  

RAHMAN DAHLAN
Teruja...Begitulah kata sebilangan anggota UMNO dan sebahagian besar rakyat daerah Cowboy of The East itu bila mana desas desus mengatakan mantan Ahli Parlimen Kota Belud Dato Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan sudah kembali.

"Syukur jika betul Dato Rahman kembali bersama-sama rakyat di Kota Belud ini...Kami memang sangat bertuah," kata Saidin Maruf,34,yang katanya tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik setakat ini.

Ibarat 'Sirih Pulang Ke Gagang',Rahman atau lebih dikenali sebagai MR.DARD mengorak langkah awal apabila disahkan perlantikannya sebagai Bapa Angkat UMNO Bahagian Kota Belud bulan lepas.

Dard juga turut di lantik bagi memantau UMNO Bahagian Kudat dan Kota Marudu yang mana merupakan jiran terdekat Kota Belud selain menjadi Ketua UMNO Bahagian Tuaran,juga sebuah kejiranan paling dekat.

Menurut tinjauan Sabah_OnlineNews baru-baru ini,Dard begitu kerap berada di kawasan ini dan kelihatan juga di beberapa majlis awam antaranya di Tamu Besar Kota Belud 2019,majlis perkahwinan dan kelihatan juga meninjau beberapa buah projek besar di Kota Belud yang dahulunya telah diluluskan oleh kerajaan BN...Saat itu,Dard menjawat jawatan Menteri Ekonomi yang memudah-carakan kemasukan pembangunan demi kemajuan Kota Belud yang mampu di lihat hingga ke hari ini.


Dard turut kelihatan di tapak projek Perumahan Rakyat yang khabarnya kini hampir 90 peratus siap selain meninjau kawasan pesisir sungai Tempasuk,Gunding dan Kadamaian yang sering dilewati air di paras tebingnya sehingga mengakibatkan banjir kerap berlaku apabila tiba musim tengkujuh.

Sewaktu kerajaan terdahulu memegang tampuk,Dard merupakan salah seorang pejuang tegar dalam isu mencegah banjir di daerah ini dan berusaha mendapatkan banyak peruntukan bagi mengorek dan memperdalamkan sungai serta tebing yang terlibat namun setelah kerajaan bertukar takhta,projek harapan rakyat Kota Belud itu dihentikan sehinggalah ke saat ini.

Selain turut menyantuni rakan,sahabat dan rakyat di Kota Belud baru-baru ini di pelbagai acara,Dard juga khabarnya ada menyentuh soal Politeknik Kota Belud yang merupakan suatu kemegahan daerah itu di dalam sektor pendidikan.
Projek Perumahan Rakyat Kota Belud

Politeknik Kota Belud,sebuah mercutanda pendidikan yang begitu dinanti-nantikan pembikinannya kerana kewujudan institusi itu kelak bakal mengundang banyak kebaikan dalam populasi dan sosio ekonomi setempat.

Apa yang jelas,kerajaan hari ini ternyata mengekang setiap apa yang pernah diusahakan oleh kerajaan terdahulu seolah-olah semua 'impian rakyat' ini cuma layak dimasukkan dalam 'tabung impian' sahaja semata-mata dek kerana dendam atau sebagainya.

Kerajaan Negeri hari ini sepatutnya bersyukur dengan pelan yang sedia ada dan cuma perlu meneruskannya sahaja...Bukan mengekang atau 'mengawet' perkara tersebut semata-mata kerana takut dilabelkan sebagai 'Sapi Punya Susu - Lembu Dapat Nama'...

Istilah ini memang lucu jika dipengaruhi dengan sentimen negatif tetapi jika Kerajaan Negeri khususnya para YB-YB berfikir demi kepentingan rakyat serta kelangsungan pengaruhnya dalam politik Kota Belud,soal meneruskan pelan kerajaan terdahulu itu sebenarnya bakal mengundang 'rasa sayang' dan pujian kepada YB-YB yang meneruskannya (tetapi sikap mengawet pelan-pelan berkenaan lebih pada mengundang kekesalan rakyat).

Salleh Said Keruak
DARD pada kronologinya,telah banyak membawa kemajuan dan pembangunan di daerah ini sewaktu beliau bergelar Ahli Parlimen dan Menteri...PRU14 menyaksikan kejutan dahsyat apabila kerusi P169 itu di ambil oleh DSP Dr.Mohd.Salleh Tun Said (ketika itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia) manakala Dard 'dipindahkan' ke Parlimen Sepanggar.

Percaturan berani mati ini akhirnya berdepan Checkmated bila kedua-duanya tumpas dan kehilangan kerusi ibarat 'Yang Dikejar tak dapat,yang di kendung berciciran'...Warisan merampas kedua-dua kerusi berkenaan sekaligus meletakkan semua pelan perancangan untuk Kota Belud menemui jalan buntu dan kusam sehinggalah ke hari ini.

Masalah banjir bukanlah sesuatu yang baharu di Kota Belud...Malah,sebelum kerajaan bertukar,isu banjir hampir dua tiga kali setahun dibicarakan di daerah ini sehingga netizen meletakkan YB-YB ketika itu (Datuk Musbah,Datuk Salleh & Dard) adalah penyebab kepada kejadian banjir tersebut.
Foto Ehsan PMR KB

Kerap sakan bila sahaja banjir berlaku,YB-YB inilah yang dipersalahkan di media sosial...
Sedang musibah alam itu datangnya daripada Allah Yang Esa dan Maha Besar.

Yang peliknya pula,bila kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan,tidak pula YB-YB baharu ini dipersalahkan bila bencana melanda...Tidak pula disebut-sebut sebagai penyebab....

Jelapang Padi Kota Belud di Tempasuk (foto IADAKB)
Apa yang dilihat setakat hasil tinjauan ini di tulis,para YB Kota Belud lebih gemar membuat kajian demi kajian tentang cara mana mengatasi banjir berlaku....Kajian-kajian itu sudah lebih setahun berlaku tetapi masih belum ada tindakan menyeluruh..(Pelan tersebut sebenarnya pelan kajian atasi banjir yang pernah digariskan oleh kerajaan terdahulu tetapi kerajaan hari ini mungkin 'malu' untuk meneruskannya)....Mahu di ubah,tetap berbalik kepada titik asalnya,mahu di tokok tambah,tetap juga berbalik pada dasar permulaannya.

Wal hasil balik asal.

Musbah Hj.Jamli
Dasar Pertanian Global (Jelapang Padi Kota Belud) pernah disusunatur strateginya oleh Datuk Musbah sewaktu beliau masih di dalam kerajaan terdahulu....Tidak juga beliau di cemuh kerana meneruskan pelan pertanian Kota Belud itu apabila berada di dalam kerajaan hari ini....Malah,Ahli Yang Berhormat Tempasuk itu tetap menerima pujian kerana terus berani memperjuangkan sektor pertanian ini sehingga jaya dan separuh lagi masih dalam peringkat perlaksanaan.

Datuk Seri Salleh Keruak turut sama memperjuangkan Jalur Lebar 4.5 di Kota Belud sewaktu berada dalam kerajaan terdahulu..Suatu perjuangan yang akan di kenang biarpun beliau sudah meninggalkan UMNO-BN secara rasminya dan kini bakal menyertai PKR pula (parti kerajaan PH)....Persoalan yang tertinggal ialah,perjuangannya itu diibaratkan sebagai Perjuangan Yang Belum Selesai.

Barangkali Salleh boleh meneruskannya apabila sudah rasmi berada dalam kerajaan kelak dan Kota Belud kembali memegang status JL4.5 pertama di Malaysia,InshaAllah.

Soalnya,selepas Salleh dan JL4.5 nya,ada tak YB-YB Kota Belud mengungkit perkara ini untuk diajukan ke peringkat nasional bagi kelangsungannya ????

Negeri itu umpama sebuah busut tanah.....
Rakyat itu umpama jutaan sang semut merah.....

Bila semut mula membina busut - Bentuknya dan kondisinya terpulang pada sang semut dan tidak boleh dicorakkan oleh sesiapapun...Mereka itu ibarat sang Algojo yang mampu menghukum....

SELAMAT KEMBALI,DARD.
SELAMAT BERJUANG DMJ & DSSK.





Tuesday, October 29, 2019


dari kacamata Musli Oli...  
DR JEFFREY KITINGAN DAN PERJUANGAN HAK-HAK SABAH   

Bukan begitu caranya.

Mengata orang tidak pandai tidak menjadikan kamu lebih pandai. Mengata orang gagal tidak bermakna kamu telah berjaya. Janganlah perkekeh perjuangan Datuk Jeffrey G Kitingan menuntut hak-hak Sabah.

Sebenarnya Dr Jeffrey merupakan satu-satunya pemimpin Sabah yang konsisten memperjuangkan isu tersebut ketika pemimpin-pemimpin Sabah lain masih di buai mimpi indah mendengar janji-janji Kuala Lumpur. Setuju atau tidak Dr Jeffrey merupakan pemimpin Sabah yang telah menyedarkan sebahagian besar rakyat Sabah tentang hak-hak yang telah dicabul Kuala Lumpur.

Dia bukan lakukan semasa pilihanraya sahaja tetapi sepanjang masa sentiasa mengadakan program kesedaran. Forum, seminar, konvensyen dan sebagainya. Dia juga pernah ditahan ISA tapi semangatnya tidak pernah luntur memperjuangkan hak-hak Sabah.

Mencerca dan mengherdiknya tidak menjadikan kamu lebih hebat darinya. Bila cara dan pendekatan Dr Jeffrey dengan kamu tidak sama, tidak bermakna kamu seorang sahaja yg betul. Kamu dan puak kamu gunakan pendekatan dan cara kamu.

Biarkan Dr Jeffrey menggunakan pendekatannya. Dia juga seorang Ahli Parlimen yang telah diberi mandat oleh rakyat. Apa yang penting perjuangan kamu dan Dr Jeffrey menuju matlamat sama. Jika ada kekurangan fakta dipihak Dr Jeffrey tolong bantu. Begitu juga bila kamu minta pandangan Dr Jeffrey saya pasti dia akan bantu. Perjuangan menuntut hak-hak Sabah bukan untuk 'personal glory' tapi untuk kita Sabahan secara umum. Berpeganglah pada prinsip itu.