Tuesday, October 29, 2019


dari kacamata Musli Oli...  
DR JEFFREY KITINGAN DAN PERJUANGAN HAK-HAK SABAH   

Bukan begitu caranya.

Mengata orang tidak pandai tidak menjadikan kamu lebih pandai. Mengata orang gagal tidak bermakna kamu telah berjaya. Janganlah perkekeh perjuangan Datuk Jeffrey G Kitingan menuntut hak-hak Sabah.

Sebenarnya Dr Jeffrey merupakan satu-satunya pemimpin Sabah yang konsisten memperjuangkan isu tersebut ketika pemimpin-pemimpin Sabah lain masih di buai mimpi indah mendengar janji-janji Kuala Lumpur. Setuju atau tidak Dr Jeffrey merupakan pemimpin Sabah yang telah menyedarkan sebahagian besar rakyat Sabah tentang hak-hak yang telah dicabul Kuala Lumpur.

Dia bukan lakukan semasa pilihanraya sahaja tetapi sepanjang masa sentiasa mengadakan program kesedaran. Forum, seminar, konvensyen dan sebagainya. Dia juga pernah ditahan ISA tapi semangatnya tidak pernah luntur memperjuangkan hak-hak Sabah.

Mencerca dan mengherdiknya tidak menjadikan kamu lebih hebat darinya. Bila cara dan pendekatan Dr Jeffrey dengan kamu tidak sama, tidak bermakna kamu seorang sahaja yg betul. Kamu dan puak kamu gunakan pendekatan dan cara kamu.

Biarkan Dr Jeffrey menggunakan pendekatannya. Dia juga seorang Ahli Parlimen yang telah diberi mandat oleh rakyat. Apa yang penting perjuangan kamu dan Dr Jeffrey menuju matlamat sama. Jika ada kekurangan fakta dipihak Dr Jeffrey tolong bantu. Begitu juga bila kamu minta pandangan Dr Jeffrey saya pasti dia akan bantu. Perjuangan menuntut hak-hak Sabah bukan untuk 'personal glory' tapi untuk kita Sabahan secara umum. Berpeganglah pada prinsip itu.

No comments:

Post a Comment