oleh Sam Hj.Othman
KOTA KINABALU : Fokus pembangunan sosio ekonomi dalam dan luar bandar,gesa pemerhati politik Sabah,YBhg.Dato' Verdon Bahanda terhadap para pemimpin kerajaan negeri pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Mohd.Shafie Apdal.
Gesaan itu di buat berikutan prestasi lembab kerajaan negeri dalam membangunkan Sabah ke arah yang lebih baik seperti mana yang pernah dilaung-laungkan semasa PRU14 yang lalu.
"Lebih setahun tempoh pemerintahan kerajaan baharu yang memperjuangkan slogan 'Sabah Ubah' sehingga rakyat nekad mengubah tampuk pemerintahan dengan harapan yang tinggi bahawa Sabah akan berganjak dari sebuah negeri terbelakang kepada negeri yang lebih maju lagi.
Kita tidak mahu menyokong sesiapa dalam soal ini....Mandat sudah diberikan hingga membentuk kerajaan jadi,giliran pemimpin-pemimpin ini pula berusaha menunjukkan bahawa 'Sabah Ubah' itu tercapai maksudnya dan bukan hanya sekadar janji-janji kosong semata," ujar beliau dalam satu temubual eksklusif bersama Sabah_OnlineNews di sini hari ini.
Menurutnya lagi,para pemimpin ini sudah ada peluang untuk membuktikan apa yang mereka perjuangkan selama ini dan teruskanlah memikat hati rakyat.
Penduduk menjual hasil tani di Tamu Sabah |
"Bawa pembangunan itu ke ceruk rantau negeri khususnya di kawasan-kawasan luar bandar agar rakyat tidak mengeluh kesusahan.
Jika pembangunan dan sosio ekonomi luar bandar itu kuat,maka akan muncul kuasa beli yang berterusan dan rakyat boleh merasai kesenangan.
Sepatutnya kerajaan hari ini perlu lebih gah dan lebih bagus lagi daripada kerajaan terdahulu kerana itulah yang rakyat harap-harapkan," kata Verdon yang juga merupakan mantan Bendahari UPKO sebelum ini.
Beliau menegaskan bahawa politik dan ekonomi itu adalah seiring dan tidak boleh dipisahkan serta haruslah difahami rantaiannya.
Gambar Hiasan Sawit |
"Jika politik kita stabil,ekonomi juga ikut stabil dan begitulah sebaliknya....Biar macamana sekalipun para pemimpin mempromosikan kerajaan di luar negara dengan harapan pelabur-pelabur akan datang ke sini membuat pelaburan,jika corak pentadbiran tidak konsisten,banyak aduan ketidakseimbangan dan sebagainya,para pelabur akan menolak..
Pelabur-pelabur ini bijak sebenarnya,mereka juga punya penyiasat dan penyelidik dan tidak akan membuat sebarang ketetapan tanpa memantau terlebih dahulu".
"Harga sawit misalnya...Saya menjangkakan bahawa akan ada lagi penurunan harga dalam dua tiga bulan ini nanti sedangkan harga sawit sekarang ini pun berada pada paras yang terlalu rendah berbanding dahulu.
Saya juga mempunyai beberapa ekar tanaman sawit dan saya sangat bimbang dengan keadaan ini...Bagaimana pula dengan nasib pengusaha-pengusaha sawit di seluruh negeri Sabah khususnya para pekebun kecil dan sederhana...Komoditi sawit dan getah rata-ratanya diusahakan oleh penduduk luar bandar di Sabah dan kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan isu harga ini," jelasnya lagi.
"Berhenti dari memikirkan isu-isu pewartaan tanah,isu PTI,isu selongkar keaiban pemimpin-pemimpin terdahulu yang kelihatannya tiada penghujung dan sehingga kini belum terbukti pun mereka bersalah.....
Berhentilah menuding jari ke arah kerajaan terdahulu dan mulakan fokus kepada pembangunan sosio ekonomi yang lebih mapan kerana rakyat sangat-sangat memerlukan sesuatu untuk menangani kos sara hidup yang semakin tinggi setelah begitu banyak subsidi dan bantuan dimansuhkan termasuklah dengan isu harga barang yang semakin meningkat..
Berhentilah dari berpolitik kerana kerajaan sudah di bentuk dan sudah pun memerintah...Rakyat sudah beri mandat,dan kini giliran kerajaan pula membalas budi," ujarnya yang juga merupakan Pengasas kepada Yayasan Verdon Bahanda Sabah.
Mengulas mengenai pertumbuhan ekonomi dan sara hidup diluar bandar,Verdon berkata,tidak ada yang boleh dibanggakan setakat ini.
"Orang-orang kampung ini 'very simple' dan tidaklah begitu 'demand' lebih...Apa yang penting,mereka mahu tahu apa yang kerajaan lakukan dan adakah impaknya berfaedah untuk mereka atau pun tidak...
Saya akui bahawa kerajaan ini masih baru dan perlukan banyak masa untuk melaksanakan sesuatu tetapi sekurang-kurangnya ada juga sedikit perubahan ataupun,keadaan sekarang ini jauh lebih baik dari keadaan dahulu dan bukannya lebih teruk lagi".
terbaik lh dato
ReplyDeleteYa betul tu kamanakon@dato apa yang rakyat nampak kerajaan khususnya kerajaan warisan gagal mentadbir sabah
ReplyDeletenasihat yang ringkas tapi kepadatnya tidak terkira
ReplyDeleteSangat setuju Dato verdon,kerjaan perlu bertidak seperti janji-janji PRU yg lepas terutama penduduk luar bandar yg mahukan perubahan bukan sekadar janji kosong...
ReplyDeleteSatu pernyataan/peringatan/teguran yg membina.Tahniah Dato.
ReplyDeletesokong Dato .terbaik..semoga terus cermalang .
ReplyDelete